ABC Ais Krim Sedap di Giant Taman Permata

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue berkesempatan merasa ABC Ais Krim yang terletak di Giant Taman Permata,Ulu KLang.Sebelum nie kakak ipar Kak Sue,Kak Jam yang kongsikan di group whatapss keluarga.Nampak sedap dan menarik,teringin nak rasa,nak pulak tengah musim panas nie kan.Kebetulan hari nie Kak Sue dan Kakak anak dara Kak Sue temankan Abang Man delivery barang pada customer,singgah sekali ke rumah Kak Jam.Selepas maghrib kami terus ke sana,Kakak pun ada nak cari barang sekolah sikit.
Dah selesai beli barang,kami ke Food Court Giant nak merasa ABC Ais Krim yang Kak Jam kongsikan hari tu.Kami order minuman masing-masing,Kak Sue order ABC Ais Krim kongsi dengan Kakak,Abang Man order Cendol dan Kak Jam order Ley Che Kang.Nasiblah Kak Sue kongsi dengan Kakak,banyak gila abc jenuh nak habiskan.Cara mereka deco abc tu pun lain dari yang lain,semua bahan di susun di tepi mangkuk dan ais krim di letakkan di bahagian atas sekali.Apa yang istimewanya rasa ais yang di sagat sangat halus,tak pernah rasa ais sagat yang halus dan lembut macam tu.Tekstur ais sagat abc tu dah sama macam ais krim pulak,memang sedap.Pada korang nak cuba,boleh lah ke food court giant Taman Permata,mesti korang puashati.Selamat mencuba...papai!




Post a Comment

0 Comments