Persiapan Majilis Doa Selamat Abang

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue busy sikit nak menyiapkan sambutan hari jadi Abang kat asramanya esok.Nak buat kecilan-kecilan aja doa selamat yang ringkas lepas solat Asar.Minggu nie kat sekolah banyak aktiviti luar,nasib dah bagi tau Ustaz awal-awal nak reserved esok sekejap khas untuk sambutan hari jadi Abang..
Kak Sue belikan makanan sunnah buah-buahan kering nie untuk di isikan kat dalam bekas nak hadiahkan untuk ustaz dan kawan-kawan Abang nanti.Buah-buahan nie korang boleh beli kat Mahnaz Food yang terletak di Shah Alam.Macam-macam pilihan ada kat situ,rambang mata tengok..ehehe..

Taraaaa..siap dah hadiah untuk Ustaz dan kawan-kawan Abang.Kak Sue buat simple-simple aja,Abang tu bukan boleh sangat kang dia bising kata Ibu nie over sangat lah..buat biasa sudahh..hahaha..

Yang terakhir sebab Abang suka kek coklat tak mau topping semua,Ibu buatkan brownies je lah untuk Abang.Semoga sambutan harijadi tahun nie meninggalkan kenangan yang manis dalam hidup Abang..sayang Abang..muah!!

Post a Comment

0 Comments