Makan-Makan Di Wangsa Maju

February 14, 2016

Assalamualaikum semua.Selamat berhujung minggu bersama keluarga,buat apa hari nie? Kak Sue memula plan nak masak-masak aja kat rumah.Maklumlah anak-anak semua ada kat rumah nie seronok nak memasak makan ramai-ramai.Tetiba kakak Abang Man,Kak Jam jemput kami sekeluarga datang makan-makan kat rumah beliau.Sambil tu nanti kata nak pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk,tak pernah pergi lagi pun walau pun dekat aje dengan rumah Kak Jam,jalan kaki pun sampai..

Kami sampai kat Wangsamaju ngam-ngam waktu zohor,Kak Jam pun dah siap masak semua,tinggal nak menjamu selera aje lepas solat nanti.Kalau datang rumah Kak Jam memang berselera aja makan,lepas tu lepas satu,satu menu di hidangkan semoga Kak Jam sekeluarga sentiasa di murahkan rezeki ye..sedap menu-menu semua..

Mee Hoon Sup,bertambah-tambah Kak Sue dan anak-anak makan.Abang Man memang bukan kaki makan semangkuk pun kenyang sampai malam,sebab tu slim je,ehehe..

Puding Malasan,siap desert lagi.Puding nie wajib ada kat rumah Kak Jam,sedap aje lalu kat tekak dah la cuaca tengah panas kan..sedap!

Ais Krim Kelapa,Bukit Dinding Coconut..yang nie Kak Jam belanja.Punya la ramai orang beratur sampai luar kedai,lepas tu nak duduk pun tak ada tempat kosong kena sabar menunggu.Sedap tau ais krim nie patot la ramai orang.Nanti bebila free Kak Sue datang sini lagi,Kak Sue review kat korang ye,nak cuba menu yang lain kat sini jugak.Nampak ada laksa,mee bandung dan memacam lagi..

Terima kasih Kak Jam,selalu menjamu dan belanja kami dengan makanan yang sedap-sedap,semoga Kak Jam sentiasa dalam rahmat Allah,di murahkan rezeki selalu,sayang akak..muahhh!Lain kali ajak lagi tau..hahaha..papai!

You Might Also Like

2 ulasan

  1. assalamualaikum kaksu. Ya Allah lamanya tak singgah sini. huhu. btw sedapnya bihun sup tuu T.T

    ReplyDelete
  2. Wasalam..sebok ye..ehehe..memang sedap,bertambah Kak Sue makan.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.