Majlis Doa Selamat Adik Berkhatan

February 21, 2016

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Hari nie Kak Sue dan Abang Man buat majlis doa selamat Adik berkhatan.Kami buat di rumah mertua Kak Sue di Kampung Tanjung Keramat,Langkap,Perak.Kami buat majlis sebelah pagi untuk tetamu perempuan dan tetamu lelaki sebelah tengahari.Majlis di mulakan dengan bacaan Yassin oleh tetamu perampuan di pimpin oleh mak mertua Kak Sue

Sebelah tengahari giliran tetamu lelaki dengan tahlil dan bacaan doa selamat pulak.Boleh tahan jugak tetamu lelaki ramai jugak,alhamdullilah..


Selesai bacaan Yassin,tahlil dan doa selamat tetamu di jemput menjamu selera kuih muih,semetara menyiapkan makanan tengahari.Gambar lauk pauk tak dan nak ambik sebab tengah kalut masa tu..hihihi.Kuih muih tradisional semua sedap-sedap belaka di order dari Bik Yot.Terima kasih bibik sedap semua kuih terutama pulut panggang,sedap!


Ini namanya Bubur Sum Sum,selalunya bubur nie di buat selepas kenduri kahwin dan di agih-agihkan kan ke seluruh kampung.Bubur nie di buat menggunakan tepung beras,santan dan beberapa bahan lagi,di kacau di dalam kuali sehingga pekat.Dah siap kita masukkan ke dalam bekas dan di biarkan sejuk,lepas tu boleh la makan dengan gula merah..memang sedap tambah lagi di makan sejuk...


Nasi Ambeng,makanan tradisional orang jawa.Di kampung Abang Man masih lagi di titik berat makanan dan tradisi orang jawa.Sedap tau nasi ambeng,paling Kak Sue suka sambal goreng jawa..ratah pun sedap..ehehehe..

Alhamdullilah,Mak Kak Sue pun datang ke majlis nie walau tak berapa sihat.Terima kasih Mak..sayang mak!Lepak-lepak kat pondok aja kena angin luar,sambil makan-makan.Nak ambik gambar adik beradik pun tak sempat,memasing tengah menjamu selera dengan ada yang tak sihat lah.Terima kasih na hangpa sudi mai kenuri orang.. ;)


Nur Zahra Aressa,anak buah Kak Sue yang paling kecil.Penyejuk hati dan penceria suasana..ada aja yang nak di buat nya,budak bijak kan..sayang Zahra jugak..


Dah selesai semua majlis,Abang Man dan adik beradik menjamu selera Nasi Ambeng yang ini special untuk keluarga aja,jangan tak tau hokay..hahaha.Seronok tau makan dalam talam,kalau tak percaya cuba lah bebila time nak makan tu.Kak Sue pun kalau kat rumah selalu jugak buat macam nie,selera aje makan.Selesai sudah majlis doa selamat Adik.Terima kasih untuk semua yang datang dan tolong terutamanya kaum keluarga Abang Man.Terima kasih daun keladi,lain kali kita buat kenduri lagi ye..ehehe..Papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.