Jalan-Jalan ke Sabak Bernam

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue temankan Abang Man ke Sabak Bernam.Ada urusan projek Kelapa Laut.Kalau kat rumah tu pun tak ada bu...

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue temankan Abang Man ke Sabak Bernam.Ada urusan projek Kelapa Laut.Kalau kat rumah tu pun tak ada buat apa,baik temankan Abang Man dapat la jugak hilangkan boring atau ngantok Abang Man.Lagi pun Abang Man nie kalau ke mana-mana kalau boleh nak Kak Sue sentiasa ada dengan dia,loving la konon..hahaha..


Dalam perjalanan nak  ke tempat yang nak di tuju tu,kami singgah ke kilang Nata De Coco.Selalu kalau lalu sini,kerap jugak lah singgah,sebab anak-anak Kak Sue memang suka makan nata de coco nie.Letak dalam peti ais makan sejuk-sejuk,wallahhh..sedapnya lalu kat tekak.Ada bermacam pilihan perasa kat sini dan harga pun murah dari tempat lain.Masa Kak Sue sampai,ada jugak lah dua tiga orang dok memborong jugak..
Selesai memilih dan membeli kami teruskan perjalanan kami.Cuaca pun agak terik hari nie,plan nak makan cendol bila selesai kerja nanti.Selesai semua kerja hari dah agak petang,kami tengah fikir nak singgah mana nie nak minum cendol.Area sini banyak betul orang meniaga cendol,kita tinggal pilih nak singgah gerai mana..


Akhirnya kami singgah di Cendol Durian Borhan,katanya sedap jadi kami nak cuba lah.Bagi Kak Sue boleh tahan la cendol kat sini,cuma rasa tawar sikit.Selain itu kat sini ada berbagai pilihan makanan dan pilihan air yang lain jugak.Okay jugaklah suasana kat kedai cendol nie tepi jalan senang nak cari dan parking.Ada di sediakan toilet dan surau bagi orang yang memerlukan.Jadi kita pun tak terkejar-kejar boleh relak-relaks minum cendol sambil borak.Kalau korang lalu area sini boleh la cuba nanti ye..Papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.