Happy Birthday Abang..!

Assalamaualaikum semua,14 tahun dulu 02.02.2002 Allah telah menghadiahkan Kak Sue seorang anak lelaki yang sangat ohsem!Abang adalah cucu...

Assalamaualaikum semua,14 tahun dulu 02.02.2002 Allah telah menghadiahkan Kak Sue seorang anak lelaki yang sangat ohsem!Abang adalah cucu lelaki pertama dalam keluarga Tok Pah.Tentulah kami berbangga dan sangat seronok kan.Masa Abang kecik,Abang di syakki ada penyakit asma,tapi tak lah teruk.Alhamdullilah seiring dengan usia Abang meningkat dewasa,Abang sembuh sepenuhnya.Abang seorang anak yang sangat aktif bersukan dan dapat mewakili sekolah ke peringkat Selangor dalam kawad kaki sekolah,Ibu sangat bangga dengan abang tau.. :)
Masa Kak Sue menghadiri salah satu majlis kat sekolah Abang,Kak Sue dengar pakar motivasi yang Kak Sue dah lupa pulak namanya...maafkan saya,ehehe.Katanya anak nombor dua nie memang sangat suka menduga keluarga dan ibu bapanya dengan kerenah dan kelakuannya,tapi percayalah bila anak ini membesar,mereka merupakan anak yang akan banyak berbakti dan menjaga keluarganya,masa Kak Sue dengar tu bergenang airmata dan meremang rasanya.Sebab Abang memang macam tu perangai dia..
Abang nie sebenarnya senang nak di dekati dan di nasihatkan cuma kita kena tahu caranya.Seorang anak yang sangat sayang pada keluarga dan sentiasa membela dan menjaga keluarga seandainya kalau ada orang yang mengacau ke,mengata ke..Abang lah orang pertama yang akan ke depan.Kadang-kadang bila Abang buat kerenah tu,Ibu rasa geram sangat dengan Abang.Selalu Ibu ingatkan Abang,baik-baik memilih kawan tapi Abang tetap dengan kata Abang..Bila nampak Ibu marah Abang akan datang peluk Ibu,cium Ibu..kadang dukung Ibu,itulah la yang melemahkan Ibu..haih la anak..hahaha..
Abang,Ibu nak ucapkan Happy Birthday Untuk Abang hari nie,Ibu mendokan semoga Abang sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,di beri kesihatan yang baik,di tenangkan dan di terangkan hati,di murahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh dan baik akhlaknya.Semoga di permudahkan setiap urusan Abang,baik di dunia mahupun di akhirat nanti.Semoga kerinduan Abang pada Ibu,Abah dan Kakak Allah sahajalah pengubatnya Nak,jaga Adik baik-baik ya..proud of you,Ibu sayang Abang till Jannah..amiin Ya Allah!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Selamat hari lahir abg,semoga jadi anak soleh dan jadi mak dan ayah ye,tacing lak cik sue kita pun anak no 2 huuhuu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.