Cuti Sekolah Anak Dah Habis

Assalamualaikum,hari nie cuti sekolah anak-anak dah habis.Dari pagi Kak Sue sibuk nak siapkan barang-barang anak,segala baju dan stok mak...

Assalamualaikum,hari nie cuti sekolah anak-anak dah habis.Dari pagi Kak Sue sibuk nak siapkan barang-barang anak,segala baju dan stok makanan.Sedih pulak nak berpisah lagi dengan anak-anak,tapi memikirkan anak-anak nak pergi menuntut ilmu dunia dan akhirat Ibu redhakan lah hati nie.Lepas nie kata dah tak ada cuti dah,dekat nak raya esok baru cuti..
Untuk minggu nie kata Abang Man,Adik sambung cuti lagi.Nak kena ke sekolah depa la nak mintak izin Ustaz Ishak.Nak pastikan Adik betul-betul dah sihat dan sembuh luka.Dapatlah Ibu sambung manja-manja lagi dengan Adik lagi seminggu..ehehe..
Kira hari nie hantar Abang aja balik asrama dulu,minggu depan Adik pulak.Buat masa sekarang kena berkorban demi anak-anak.Berulang alik ke asrama setiap dua minggu akan di kurangkan sebulan sekali selepas nie.Harap tak ada apa-apa masalah timbul kat sana lah.Semoga anak-anak Ibu sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah,di permudahkan semua urusan dunia dan akhirat nanti..aamiin ya rabb..Sayang anak-anak Ibu..muahhh!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.