Alhamdullilah,Terima Kasih Ya Allah

January 21, 2016

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak menzahirkan rasa syukur Kak Sue pada Allah s.w.t.Sejak Kak Sue dan Abang Man hantar Adik dan Abang ke asrama sekolah agama urusan kami sekeluarga sentiasa di mudahkan.Kadang rasa sebak sangat,sebab tiap kali kami nak berurusan,senang dan mudah sangat.Rezeki pun Alhamdullilah,tak putus-putus sejak dari mula niat nak hantar Adik dan Abang ke sana.
Contohnya macam bila nak parking kereta kan,selalu kalau kat tempat yang sibuk,memang payah la nak dapat parking.Berkali-kali nak kena pusing waktu peak hour pulak tu kan baru la dapat parking.Ini dah dua kali kejadian yang sama,bila sampai aja tempat yang di tuju memang di mudahkan aja,bagai di lorongkan.Parking betul-betul dekat dengan tempat yang kami nak pergi tu,tak tau la kan kalau secara kebetulan ke apa kan tapi rasa sangat bersyukur lah..
Kak Sue sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kami sekeluarga dan semoga kami juga turut memudahkan urusan orang lain.Kak Sue rasa betul-betul bersyukur dengan perubahan yang sedang berlaku dalam hidup kami sekeluarga.Alhamdullilah,terima kasih Ya Allah...
*Terima kasih empunya gambar di atas :)

You Might Also Like

4 ulasan

  1. alhamdulillah syukur... :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.....syukur...syukur..syukur....

    ReplyDelete
  3. Alhamdullilah.. tapi mak saya kata, dia pergi belajar agama.. tiada apa yang kebetulan. Sampai sekarang saya masih tak faham apa maksudnya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.