Persiapan Baju Sekolah Anak-Anak Dah Selesai

December 15, 2015

Assalamualaikum semua,alhamdullilah semalam dah selesai Kak Sue buat persiapan sekolah anak-anak.Beli baju,kasut,beg dan alat tulis dulu,buku belum beli lagi.Kak Sue beli kat Hari-Hari dan Mydin je semalam.Banyak gak beza harga dari tempat sebelum Kak Sue ke sana.Sekarang nie nak kena pandai banding harga,kalau tidak sesak nafas..hahahaha..

Kakak tak nak beli baju sekolah tahun nie sebab katanya yang tahun lepas masih tak pakai.Ada dua helai lagi baju,jadi pakai yang itu aje.Cuma tudung je Kakak nak beli baru sebab tudung tahun lepas dah pendek.Kakak memilih nak beli tudung jenama Canggih sebab katanya senang nak bentuk tudungnya.Biasa lah budak perempuan kan..Pakai tudung berejam rejam.Ibu dulu pakai tudung senget pun ramai peminat..#ehhhh.. 

Abang pun nak beli jenama Canggih juga,itu pun tak nak jugak beli baru memula tu.Pakai yang lama je Ibu,abang okay je,Ibu pulak tak sampai hati anak nak sekolah tak bertukar baju.Lagi pun ada rezeki kan,memang dah ketepikan belanja untuk persekolahan anak-anak.Baju tahun lepas bukan tak elok,tapi dah agak kusam sikit,dah lelaki kalau pakai tu paham-paham je la,comot sana sini..Konon bergurau dengan kawan,habis baju berkaler-kaler..sabar je la ..

Adik pula Kak Sue dan Abang Man pilih jenama Jony & Jeny sebab bagi Kak Sue jenama nie mudah nak menggosok.Sekali gosok terus hilang kedut,dah la sekali nak menggosok lima,enam helai baju sekolah.Nak cepat pilih jenama nie je mudah.Rasanya Kak Sue dah pakai jenama nie nak masuk empat tahun dah dan puashati sangat.Esok nak selesaikan bab buku pula kat sekolah,terasa betul tahun nie dengan perbelanjaan sekolah anak-anak semua benda naik harga sekarang nie..Sabar je la!

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Wahh, rindunya nak beli baju sekolah T-T

    ReplyDelete
  2. Kan..seronok dapat pencil box baru kalau Kak Sue dulu..ehehe..

    ReplyDelete
  3. Sama ngan kak sue, nak cari jenis yang senang gosok je hehe. Tahun lepas beli Jony & Jeny gak untuk si kembar. Tapi tahun ni beli brand Matari plak, sebab kain jenis tak kedut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tengok video kat IG Nani..memang menarik kan brand Matari tu kan...

      Delete
  4. Salam wah dah settle dah.. adik adik yana blom pi beli lagi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.