Sambutan Hari Jadi Di Restoran Jiran

November 12, 2015

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada Kak Sue masih bernafas dan berada di sini.Semoga Kak Sue di beri kesihatan yang baik dan umur yang bermafaat bagi menghabiskan masa Kak Sue sehingga sampai masanya nanti.Terima kasih kepada suami dan anak-anak Kak Sue yang tersayang yang sentiasa menceria dan membahagikan hidup Kak Sue.Terima kasih juga kepada mak dan Abah yang melahirkan Kak Sue,memberi kasih dan sayang kepada Kak Sue,jasa mak dan Abah tak terbalas sampai bila-bila pun..


Petang tadi Abang Man sempat bawa kami sekeluarga keluar makan di Restoran Jiran di area Wangsamaju.Kebetulan Abang Man ada urusan di sana,jadi kami pun singgah makan di kawasan berdekatan aje lah.Ini kali kedua kami ke sini,sebelum nie kakak ipar yang perkenalkan tempat nie pada Kak Sue.Boleh la tahan,menu kat sini dan harga pun berpatutan.Suasana sana kedai pun agak luas,boleh pilih nak duduk kat luar atau dalam restoran

Pelbagai pilihan menu boleh kita pilih di sini,juga untuk tempahan catering


Kami order minuman kegemaran kami,limau ais,ice lemon tea dan teh panas..mana-mana pergi pun balik-balik itu je yang di order..ehehe..


Abang Man order Sirlion Steak


Kak Sue pula order Grilled Salmon dengan sos Hollandaise


 Kakak order makanan kegemaran dia salad,Grill Carpaccio


Untuk anak bongsu Kak Sue pula Spagetti Bolognise

Untuk Abang pula,kami tapau Chicken Chop aje,Abang tak ikut sebab ada training bola,sedih Ibu!tapi Ibu jadi sejuk hati bila Abang datang peluk dan cium Ibu,tanda sorry tak dapat join sebab ada pemilihan hari nie untuk game ahad nie,tak apalah nak Ibu doakan Abang terpilih ye.Okay lah,keselurahannya menu kat situ,boleh tahan lah.Cuma kali nie Kak Sue pergi makanan kurang sikit lah dari yang pertama kali.Walau bagaimanapun tak ada lah mengecewakan sangat..dan pada tahun nie tak birthday kek pun sebab kadang tak habis makan,Kak Sue nak buat sendiri dah tak lalu nak makan air tangan sendiri..ehehe..

Terima kasih juga kepada keluarga Kak Sue dan kawan-kawan yang tak henti-henti memberi ucapan harijadi untuk Kak Sue hari nie,meriah sungguh wall facebook dan whatsApp Kak Sue hari nie.Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,kesihatan yang baik,umur yang bermafaat,rezeki yang berkat,anak-anak yang soleh dan solehah dan berbahagia hingga ke Jannah.Terima kasih semua..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. happy belated birthday kak sue, moga moga diberkati dan dirahmati dunia dan akgirat oleh NYa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.