Resepi Kek Marble Yang Ringkas dan Mudah

November 03, 2015


Assalamualaikum,Selamat malam semua.Hari nie Kak Sue nak kongsi resepi Kek Marble yang ringkas dan mudah yang Kak Sue buat pada sambutan majlis harijadi mertua Kak Sue hari tu.Kek Marble nie juga merupakan kek kegemaran mak Kak Sue,kadang kalau balik ke kampung mak selalu mintak buatkan,cuma resepi yang berlainan dari yang ini.
Resepi nie Kak Sue dapatkan dari kawan Kak Sue Haniza Ngah,terima kasih Niza.Nanti boleh la korang cuba,senang je nak buat untuk minum petang kat rumah pun boleh.Jom kita tengok resepinya ye..

Kek Marble
Resepi:Haniza Ngah
Bahan
250 gram butter
150 gram gula kastor
250 gram tepung
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
6 biji telur
pewarna

Caranya
Pukul butter dan gula kastor hingga kembang dengan kelajuan sederhana
Masukkan esen vanila dan susu pekat,terus pukul lagi
Masukkan pula telur satu persatu hingga habis
Kemudian masukkan tepung dan kacau sebati
Bahagikan kepada beberapa warna
Bakar 45 minit sehingga 60 minit atau sehingga masak pada suhu 170C
Selamat Mencuba,papai!


You Might Also Like

1 ulasan

  1. oven dh ada ni kak..nnt diya leh cubaaa..nk pandai baking cam kak sue jg hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.