Polis Evo Memang Best..!!

Assalamualaikum semua,semalam Kak Sue dan family berkesempatan menonton filem yang tengah hot sekarang Polis Evo.Memula nak tengok sebelah petang,tapi semalam kebetulan ramai sangat orang,Abang Man pulak ada kerja yang nak di siapkan,jadi kami ambik tiket midnite aje di Eon Anggun Rawang TVG Cinema.Anak-anak teruja sangat nak tengok Polis Evo,Kak Sue pun tertanya-tanya best ke cita nie..dengar orang cerita dan dari review macam best je..

Ternyata Polis Evo memang Best..!!!Filem ini mengisahkan filem aksi tapi ada di selitkan komedi yang membuatkan filem nie tak jemu di tonton sehingga ke akhir cerita.Berdekah Kak Sue gelak,satu panggung riuh dengan gelak ketawa.Walaupun begitu terdapat pengajaran dari filem nie iaitu tanggungjawab dan kasih sayang pada keluarga dan semangat setia kawan.Yang belum tengok filem cepat ke panggung berhampiran...sangat berbaloi Kak Sue bagi lima bintang!!!Papai..!!

Post a Comment

0 Comments