Masakan Kampung di Ummiza Cafe

October 05, 2015



Assalamualaikum semua,Alhamdullilah kebetulan pada anniversary perkahwinan Kak Sue hari tu,Kak  Sue berpeluang makan tengahari bersama keluarga Kak Sue dan sebahagian dari keluarga besar KelabBloggerBenAshaari di Ummiza Cafe yang terletak di Jenderam Hulu,Selangor.Kami semua di sambut dan di layan dengan begitu meriah sekali oleh tuan punya cafe yang sangat baik dan pemurah.Kami disediakan berbagai pilihan menu masakan kampung pada hari itu..semua nya sedap dan menyelerakan.Memang kena dengan selera Kak Sue sekeluarga,berselera kami makan hari tu.Antara menu pebret Kak Sue pada hari itu ialah Siput Sedut dan Sup cendawan,memang sedap!
Menurut tuan punya Ummiza Cafe,tempahan di ambil hanya untuk 300 orang ke bawah dan untuk majlis yang telah di tetapkan sahaja,contohnya untuk majlis keluarga,pejabat,hari lahir dan ulangtahun pun boleh,suasana Cafe pun selesa dan bersih.Manakala untuk harga pula,semua berdasarkan harga pasaran dan kuantiti lauk yang telah di tempah pelanggan.
Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari yang di masak.Contohnya antara menu yang di sediakan ialah Ayam Masak Merah,Ayam Masak Kicap Berlada,Ayam Masak Lemak Cili Api,Ikan Kembong dan Ikan Keli Berlada,Asam Pedas Ikan,Udang Sambal serta Sup Cendawan.Selain menyediakan makan tengahari,pihak Umizza Cafe juga ada menyediakan sarapan pagi dengan pilihan kuih muih tradisional antaranya Kuih Lapis,Seri Muka,Kaswi dan tak lupa kuih kegemaran anak-anak Kak Sue Donut..
Pihak Umizza Cafe juga ada menyediakan surau dan tandas yang bersih dan selesa.Jadi pada yang datang dari jauh tiada masalah nak cari surau atau masjid nak solat,kat sini dah di sediakan surau kan.Seperti biasa sebelum pulang,keluarga KelabBloggerBenAshaari akan bergambar beramai-ramai sebagai kenangan,meriah sungguh dengan gelagat masing-masing.Tak lupa juga Umizza Cafe ada menyediakan tempahan catering,tetapi peralatan dan pengankutan tidak di sediakan atas sebab kekurangan kakitangan buat masa sekarang.Untuk tempahan korang bolehlah hubungi alamat dan nombor yang Kak Sue sertakan di sini..
~Ummiza Cafe~
No 229,Batu 29 Kampung Jenderam Hulu,Dengkil Selangor
Waktu di buka
7am-3pm | Isnin-Sabtu
Nombor Tel
012 970 0969 / 019 575 5525
Instagram
ummizacafe




You Might Also Like

7 ulasan

  1. Jom repeat makan sini lagi kak su!! Hehehe

    ReplyDelete
  2. masakan kampung memang sentiasa jadi pilihan.. semuanya sedap²

    ReplyDelete
  3. Kena pergi lagi ni. Teringat inga ayam masak merah tu, sedap!

    ReplyDelete
  4. Untung la dpt makan kat tpt best

    ReplyDelete
  5. Kita nak gie lagi....asik terbayang2 gulai ayamnya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.