Happy Anniversary 17th SayangKu

Assalamualaikum semua,syukur Alhamdullilah diam tak diam dah 17 tahun Kak Sue hidup bersusah senang bersama kekasih hati Kak Sue.Sapa lagi kalau bukan insan yang bernama Zamanuri bin Nasir.Pertemuan pertama Kak Sue dan Abang Man sebenarnya di tempat kerja kami di Scalinis Restoran.Scalinis Restoran merupakan Restoran Italy bertaraf lima bintang pada masa tu,Kak sue berkerja sebagai cashier,manakala Abang Man pula sebagai Demi Chef.Jauh betul bidang kami sekarang kan..tapi Abang Man kadang-kadang masih lagi memasak untuk kami sekeluarga..untung tau dapat suami yang pandai memasak nie..ehehe..

Bila bekerja di tempat yang sama,setiap hari memang jumpa la kan,masa makan,masa rehat dan masa punch card walaupun berkerja lain section.Masa tu masing-masing dah ada pasangan dah,tak terlintas pun nak bercouple-couple bagai.Agaknya memang jodoh tu kuat dan memang dah di tetapkan oleh Allah,akhirnya kami bertunang setelah berkawan tak sampai tiga bulan dan seterusnya berkahwin dan bahagia hingga la ke hari ini.Dalam perkahwinan biasa la dengan duggan yang akan datang menguji rumahtangga kita,tapi Alhamdullilah kami berjaya harungi bersama..
Abang Man nie seorang yang sangat cool,penyabar dan sentiasa bersangka baik pada semua orang.Bukan la nak memuji suami sendiri,tapi siapa yang kenal dekat dengan kami akan tau macam mana Abang Man.Kak Sue pula,jenis cepat panas,tapi cepat sejuk kalau kena gayanya,dah tua-tua nie dah kurang sikit la angin kus-kusnya..ehehehe..Allah tu memang dah cantik susun kan,kami saling melengkapi kekurangan masing-masing..

Kak Sue amat bersyukur di kurniakan seorang suami yang sangat bertanggung jawab,sabar,menerima seadanya dan penuh dengan kasih sayang.Semoga kasih sayang kami sekeluarga berkekalan sehingga ke Jannah Allah,InsyaAllah.Terima kasih sayang kerana menerima Sue seadanya,di kesempatan ini Sue memohon ampun dan maaf andai ada kata dan perbuatan yang menyinggung hati Abang..Happy Anniversary Sayang,semoga kita berbahagia hingga ke Jannah.Love you more..muahhh!

Post a Comment

0 Comments