~Pahala Yang Berterusan..~

Assalamualaikum,semoga semua pembaca blog Kak Sue berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa hendaknya dan semoga pengakhiran hidup kita biarlah yang baik-baik belaka ye.Kak Sue nak berkongsi dan untuk mengingatkan diri Kak Sue sendiri tentang tiga cara untuk mendapat pahala yang berterusan setelah kita meninggal dunia nanti.Kak Sue yakin ramai antara kita pun tahu dan sedar mengenai perkara ini kan..
Cara mudah yang boleh kita boleh lakukan adalah dengan memberi sedekah amal jariah,seperti kita sedekah kan kipas ke masjid,atau bersedekah ke rumah anak yatim.Cara yang lain ialah kita berkongsi ilmu yang bermenafaat kepada orang lain.Tak kira la ilmu apa,ilmu agama atau ilmu masak memasak,asalkan ia memberi menafaat kepada org lain.Maka kita pun akan dapat pahala berterusan sehinggalah kita tiada lagi nanti.Akhir sekali,doa anak yang soleh dan solehah,yang sentiasa mendoakan kita.Setiap amalan soleh anak-anak kita di kira sebagai pahala buat ibu bapanya.
Itu sajalah yang akan kita bawa sebagai bekalan bila akhir hidup kita nanti.Semoga kita tergolong dalam orang yang bertuah dan dalam keredhaan Allah..Aamiin Ya Rab..

No comments

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤