Sehari Sebelum Raya

Assalamualaikum semua,macam mana persiapan untuk hari raya yang bakal menjelang esok hari..?Sehari sebelum raya,biasanya kita sibuk dengan bermacam kerja nak di selesaikan..Kak Sue di tugaskan masak kuah Laksa,sambil di bantu oleh family yang lain untuk menu para tetamu esok.Di samping tu,ada menu Rendang Ayam hasil air tangan,Kak Jam kakak ipar Kak Sue dan Pecal dari air tangan ibu mertua tersayang.Bila masak ramai-ramai bergototng royong memang seronok,dan kurang rasa letih.Sambil masak,berbual dan bergurau,tahu-tahu dah siap semua kerja...



Selalunya selepas kami berbuka puasa di rumah mertua Kak Sue,kami semua akan bersolat magrib berjemaah bersama-sama di rumah.Selepas selesai solat,boleh le buat acara bebas..,nak baring ke,berborak ke,gosok baju raya ke..is sokay dah.Di rumah keluarga mertua Kak Sue nie di larang sama sekali bermain mercun,kalau anak-anak Kak Sue teringin nak main depa pergi la rumah sedara Abang Man yang ada kat kampung tu..hihihi,biasa la orang tua kan,risau keselamatan anak cucu.

Malam raya pula,kalau dah abis keje kat rumah,kalau mood rajin Kak Sue sekeluarga keluar jap,bersiar ke Menara Condong,Teluk Intan..ada jualan lelong pada malam terakhir,sebelum raya.Kadang bukan nak beli apa pun,saje je suka-suka tengok kerenah orang dan jumpa kawan-kawan dah alang balik Teluk Intan kan..bukan selalu boleh jumpa..okay lah setakat nie saje untuk hari nie..Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...Papai!!!








Post a Comment

0 Comments