Tradisi Baraan Di Kampong Tanjung Keramat

Assalamualaikum semua,macam mana sambutan hari raya kedua hari ini?Hari nie Kak Sue pertama kali join Baraan iaitu aktiviti berhari raya secara berkumpulan dari rumah ke rumah mengikut giliran,satu kampung di akhiri dengan doa dan sedekah duit raya..Kali ini rumah mertua Kak Sue,merupakan rumah nombor tiga yang akan menerima tetamu.Seawal pagi,Abang Man,adik dan kakak ipar Kak Sue dah sibuk menyediakan menu untuk tetamu nanti.Kak Sue tolong sikit-sikit aje..ehehe..
Dah ready nak terima tetamu,giliran rumah nombor tiga tahun nie..harap semua mencukupi lah,selalu rumah yang agak awal nie memang ramai yang datang,kalau nak di bandingkan rumah yang terakhir dah agak kurang orangnya kerana kepenatan dan mungkin ada tetamu yang datang ke rumah masing-masing jadi terpaksa pulang lebih awal..
Antara orang kuat yang menjayakan baraan,Kak Jam,kakak ipar Kak Sue dan Abang Man..yang bawah tu anak buah Kak Sue yang comey-comey belaka..
Kami dah ready jugak nak join Baraan,first time tu Kak Sue join sejak jadi isteri Abang Man nie.Saje la nak merasa kan macam mana meriahnya Baraan nie..memang seronok,tapi agak memenatkan la nak keliling semua rumah kat kampung nie..nak makan pun kena agak-agak sebab banyak rumah yang nak kena pergi lagi.

Tetamu dah sampai,tetamu wanita kat dalam rumah dan tetamu lelaki kat luar..Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar..ramai gilaaa..


Anak-anak teruna Kak Sue dan sepupu lelaki depa di tugaskan beri duit raya pada tetamu-tetamu kecil..teruja anak-anak teruna Kak Sue,seronok abis..

Di rumah abang ipar,sekali lagi anak teruna Kak Sue di tugaskan beri duit raya..kata abahnya nama tengah hot tu,nak beri duit raya..hahaha..
Rumah tetamu yang lain pulak,haaa..tengok anak teruna Kak Sue antara paling awal beratur..ahaha,tergelak tengok kerenah anak-anak..
Sempat lagi posing kat motor..smart gila motor nie..Dari tadi dok usha je tuan motor tu bawak motor relaks n cool je.Akhirnya dapat gak posing ngan motor tu ye..
Seronok tengok gelagat anak-anak kecil beratur nak ambik duit raya..tapi kena tunggu bunyi wisel dulu dan beratur baru boleh ambik duit raya dari tuan rumah.Selain mengekalkan salah satu tradisi orang jawa,Baraan juga dapat mengeratkan silaturahim.Dapat berkenalan dan beramah mesra dengan jiran sekampung.Meriah dan menyeronokkan,semoga tradisi Baraan nie dapat di teruskan dan di kekalkan oleh generasi yang akan datang..Selamat Hari Raya Semua...Papai!!!

Post a Comment

0 Comments