~Wallpaper Kaison Murah dan Menarik di Paradigm Mall~

June 13, 2015

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak share pasal wallpaper yang Kak Sue beli kat Kaison ari tu.Sebenarnya Kak Sue memang niat nak pasang wallpaper bahagian dapur basah Kak Sue tu,sakit je mata nengok dindingnya..dengan sepahnya barang-barang baking Kak Sue dah rasa macam store pun ada, malu je kalau ada orang datang tengok..ehehe..Sebelum nie Kak Sue dah beli tahun lepas untuk wall kat ruang tetamu tu..kali nie beli untuk bahagian dalam rumah yang lain pulak...
Dengan penuh semangat Kak Sue memborong hari tu kat Kaison.Wallpaper kat Kaison nie bagi Kak Sue bagus juga materialnya dan sesuai dengan harganya,tak lah mahal sangat kan rm19.90 untuk segulung bersamaan 10 meter x 45cm.Planning nak beli untuk dapur aje memula,sekali terjangkit sekali dengan bilik anak-anak Kak Sue,layankan lah aje dah alang-alang datang sini..

Dah dua hari acara memasang wallpaper nie,nasib baik la ada adik Kak Sue datang bercuti kat rumah Kak Sue,so adik la tolong pasangkan dengan bantuan anak-anak buah dan anak-anak Kak Sue..Cara nak pasang pun mudah aje,sebab dia jenis sticker wallpaper tak payah nak gam bagai.Cuma kita kena pastikan kemas dan betul dengan garisan barulah kita lekatkan sambil gosok dengan kain kat wallpaper tu kasi kemas gitu...malam tadi semua dah selesai acara memasang wallpaper dengan jayanya,tinggal sikit je kat bilik anak dara tak tau dia nak letak kat mana lagi..taraaaaaa...cantik kan?

~Bahagian dapur Kak Sue pilih wallpaper ala enggeris gitu,munge-munge...~

~Ini bilik anak -anak teruna Kak Sue,tema biru nampak lembut dan tenang..~

~Bilik anak dara Kak Sue,motif munge-munge jugak..sweet aje kan..ehehe..sweet la sangatttt~

Sesiapa yang berminat dan memang suka dengan barang hiasan rumah boleh la ke Kaison Pradigm Mall Petaling Jaya ye..di jamin puashati dan berbaloi-baloi!!Sekian dulu perkongsian Kak Sue kali ini..Jangan jemu singgah Blog Kak Sue tau..terima kasih,jumpa lagi...Papaiiii!!!



You Might Also Like

1 ulasan

  1. Salam. sy nak tanya, utk 1 bilik tu, berapa gulung kena beli ye? hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.