Congo Bars

April 14, 2015

Assalamualaikum,buat apa tu,tengah cari-cari resepi ye?Sihat ke semua hari nie?Hari nie Kak Sue nak kongsi resepi Congo Bars yang mudah dari Che Mat Gebu...Resepi yang sangat mudah dan menjadi kegemaran anak dara Kak Sue..Sebenarnya dah lama Kak Sue cuba resepi nie dan dah banyak kali jugak la buat,siap bawak balik kampong lagi.Kawan-kawan Mak Kak Sue pun suka sangat ngan Congo Bars nie..Begitu jugak dengan adik-beradik Kak Sue,suka beno.Marilah kita tengok bahan dan cara membuatnya ye..Mintak izin ye Che Mat kongsikan resepinya..tq..


Congo Bar
Resepi dari :Che Mat Gebu

Bahannya:
150 gram Mentega
220 gram Gula perang (resepi asal 280 garam)
3 biji Telur gred A
315 Tepung seft raising
1/2 camca garam (Che mat guna 1/4 sebab guna butter salted)
1 camca teh esen vanila
1 cawan Chips Coklat (atau ikut suka)
1 cawan Flake almond (atau ikut suka)

Caranya:
Guna loyang berukuran 10 x 10 inchi,lenser kan dengan mentega dan alas kertas minyak.Ketepikan
Putar mentega,gula perang dan garam hingga berkrim,tak perlu sampai kembang sangat kata Che Mat.
Masukkan telur satu persatu dan putar sehingga sebati
Perlahankan kelajuan,masukkan tepung sedikit demi sedikit,hingga habis.Gaul rata
Tambah esen vanila,1/3 coklat chips dan 1/3 flakes almond (Kak Sue letak walnut je) ke dalam adunan.Gaul rata dengan spatula.Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.Tabur baki coklat chips dan flakes almond atasnya.
Bakar 30 minit,dalam suhu 170C (atau ikut kepanasan oven memasing ye) sehingga masak.Sejukkan sebelum di potong.



~Selamat mencuba..papai!!~

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.