Aktiviti Hari Minggu Kak Sue

Assalamualaikum,Salam sejahtera,Selamat berhujung minggu semua..Hari nie Kak Sue tak masak apa-apa pun,kitchen is coti....ehehehe,so tak ad...

Assalamualaikum,Salam sejahtera,Selamat berhujung minggu semua..Hari nie Kak Sue tak masak apa-apa pun,kitchen is coti....ehehehe,so tak ada resepi yang nak di kongsikan di sini.Seharian merehat-rehatkan badan akibat keletihan menolong hencik suami berniaga di Stadium Shah Alam malam tadi.Sambil tu mengemas-ngemas rumah,gosok baju sekolah anak-anak dan menonton tv.Kak Sue memang tak boleh kalau sehari tak mengemas dan menyapu rumah,serabut rasanya.Macama mana letih pun kalau bab kemas rumah tetap akan buat jugak.Dah terbiasakan dari kecik..terbawak-bawak le sampai ke tua..Mesti nak rumah kemas dan bersih.


Selalunya hari ahad Kak Sue mesti dah selesaikan urusan sekolah anak-anak.Kalau tak ada niaga mana-mana hari sabtu tu memang Kak Sue selesaikan urusan sekolah anak-anak sebelah pagi dah,tapi kalau ada pergi niaga mana-mana tu,sebelum petang tu dah menggosoklah baju sekolah, periksa buku-buku sekolah dan pastikan anak-anak dah siapkan kerja sekolah mereka.Tak lupa juga dah siap-siap suruh mereka salin jadual sekolah untuk esok,tak ada lah bila time nak pergi sekolah nanti baru nak kelam kabut!!!Memang nak kenalah ye..Segala stokin semua dah suruh siapkan sendiri dah.

Jadi sebelah malam boleh la Kak Sue berehat-rehat dan menonton bersama anak-anak dan suami tersayang.Kadang kalau ada kesempatan suami akan bawak Kak Sue sekeluarga makan-makan di luar atau membeli belah barang keperluan.Yang tu yang paling best tu kan...Kadang seharian kat dalam rumah dan melakukan rutin harian pun jemu jugak kan.Nak jugak keluar ambik angin dan cuci mata..ehehehe..Macam nie lah hari minggu Kak Sue di habiskan..Okay lah semua,sampai di sini saja kali ini.Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang ye semua..Jumpa lagi,Papai!!



You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.