Terubat Rindu Adik

Assalamualaikum, hai semua! Akhirnya terubat rindu Adik, punya lama tak jumpa Abang Aza. Rasanya kali terakhir jumpa pun, masa Kak Sue buat makan-makan jamuan raya tahun lepas. Haa.. punya lama tak jumpa kan. Abang Aza panggilan Adik kepada adik sepupu Abang Man. Keluarga kami memang agak rapat dengan Aza dari sepupu-sepupu Abang Man yang lain. Adik memang membesar dengan Aza, dari Adik masih baby lagi. Kadang siap demam kut kalau lama tak jumpa. Hari nie terubat rindu Adik dah.. asyik melekat aja dengan Abang Aza tu seharian..

terubat rindu adik
Terubat Rindu Adik - kalau jumpa macam nie lah

Terubat Dah Rindu Adik

Adik memang terlebih manja sikit dengan Aza nie, sebab dari baby lagi Aza dah mula rapat dengan keluarga kami. Hari nie terubat dah rindu Adik pada Abang Aza. Dulu bila hari cuti aja Aza datang lepak-lepak kat rumah melayan kerenah anak-anak Kak Sue. Aza pula jenis sukakan budak-budak, pandai nak layan kerenah semua bagai. Tu yang anak-anak Kak Sue suka tu kalau Aza datang ziarah. Bukan setakat Adik, Abang dan Kakak pun memang rapat dan manja dengan beliau.

Dalam banyak-banyak sepupu Abang Man memang keluarga kami rapat dengan Aza dan keluarga beliau. Mungkin sebab masa Aza dengan kami lebih banyak dari sepupu yang lain. Dulu sebelum bekerja kat tempat lain, Aza tolong Abang Man niaga. Ikut aja kami kemana-mana berniaga. Bukan setakat tolong niaga, tolong jagakan anak-anak Kak Sue sekali tau. Memang menjadi orang kepercayaan dan kesayangan kami sekeluarga dari dulu sampai sekarang.. Susah nak jumpa dah orang macam Aza nie tau.. 

Cuma sejak Aza bekerja tempat lain masa dengan kami agak kurang dah.. Ya lah duduk pun dah jauh dengan waktu kerja yang ber shif tu kan.. Walau pun jarang jumpa kami masih lagi berhubung melalui whatsapp dan facebook bertanya khabar. Memang anggap Aza nie dah macam adik sendiri pun. Cuma sekarang agak sibuk mungkin, tu yang dah jarang datang ziarah kami. Buat dua kerja kan, masa tu ketat lah nak kesana sini kan. Sekarang katanya dah tak buat dua kerja, boleh lah kerap datang sini nanti.. ehehe..

Terima kasih lah hari nie datang ziarah kami sekeluarga. Nampak Adik seronok sangat hari nie. Hilang dah rindu.. Apapun Kak Sue dan keluarga sentiasa mendoakan semoga Aza sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah dan terus cemerlang dunia,akhirat.. aamiin..! Papai..!



Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah semoga berpanjangan dan terus rapat ukhwah yg di bina tu kak. Comel je tgk adik. Rindu sgt lah tu kak. Lama sungguh tak jumpa. Nak masuk Ramadan dah pun ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. nampak kemesraannya tu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️