Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International

11:41:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kita baru menyambut Hari Wanita Sedunia beberapa hari lepas kan, sekurang-kurangnya ada hari yang menghargai kita sebagai wanita.Kak Sue sendiri terima ucapan selamat hari wanita dari suami tersayang, rasa sangat disayangi dan dihargai tau..Kak Sue juga berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International beberapa hari lepas, meriah sangat.

sambutan hari wanita sedunia bersama stellavingze international
Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze International

Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Stellavingze


Pertama kali Kak Sue menghadirkan diri dalam majlis sambutan hari wanita nie, rasa teruja pula nak dengar perkongsian hebat dari panel-panel istimewa yang dijemput dalam majlis tersebut dan majilis diadakan di Melilea Tower, The Horizon Bangsar Kuala Lumpur.Habis aja waktu pejabat Kak Sue tengok makin ramai jemputan yang datang..meriah!Jom Kak Sue nak sembang tentang Stellavingze International nie dulu jom..

Stellavingze International adalah sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mencapai kebahagian dan kejayaan.Diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga seorang usahawan wanita tempatan, seorang isteri dan ibu yang penyayang telah mencipta sebuah formula untuk membantu para wanita bagi mencapai cita-cita  tanpa mengabaikan keluarga di rumah.Beliau telah membawa syarikat miliknya dan suami menerajui pasaran global dan memenangi pelbagai anugerah berprestij.Hebat kan..

sambutan hari wanita sedunia bersama stellavingze international
Antara tokoh wanita hebat sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 
Tujuan majils ini diadakan untuk mengalakkan wanita di malaysia untuk keluar dari zon selesa dan temui potensi diri untuk lebih maju dalam bidang ekonomi dan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih makmur.Pada malam itu, Stellavingze International menjemput beberapa wanita hebat untuk berkongsi cerita dan motivasi kepada semua wanita yang hadir.Mereka adalah 
- Tan Sri Datin Paduka Seri hajah Zaleha binti Ismail , Pengerusi Yayasan Wanita (YASNITA)
- Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Waniat dan Keluarga, Palimen Lembah Pantai
- Datin Noor Faezah Bt Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang
- Ms Wee Siew Ling, Pengarah Urusan Stellavingze International

Perkongsian Dari Tokoh Wanita Hebat


sambutan hari wanita sedunia bersama stellavingze international
Sambuatn Hari Wanita Sedunia bersamaTan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail
Kak Sue kongsikan pula perkongsian dari Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail.Beliau berkongsi wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang. Beliau mengulas tentang bagaimana beliau mampu membentuk seorang anak yang kecil untuk bercita-cita tinggi dan menyokong sehingga cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. 

Kata beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa.Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi Beliau mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga


sambutan hari wanita sedunia bersama stellavingze international
Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama Datin Azizah Hj Shariff
Datin Azizan Hj Shariff, pula menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga. Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga.Beliau juga berpesan bagi wanita untuk sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan
sambutan hari wanita sedunia bersama stellavingze international
Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama Datin Noor Faezah Mohd Ashref
Datin Noor Faezah Mohd Ashref pula berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.Akhir kata beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat menghadapi cabaran 
sambutan hari wanita sedunia bersama stellavingze international
Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama Ms Wee Siew Ling
Ms Wee Siew Ling, berkata bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, selalu menghadapi kekangan masa. Beliau perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. Namun begitu, beliau berkata tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita = (+) Kasih ayang/cinta , (-) Kebencian/ kemarahan , (x) Kesyukuran , (÷) Umpatan/ gosip.

Beliau berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Mengakhiri ucapan beliau, beliau berkata wanita umpama air yang mudah membiasakan diri dalam apa-apa keadaan, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami...wah hebat kan!

Haaa..nie Kak Sue nak kongsi pada wanita yang berminat nak jadi sebahagian dari Stellavingze International ada dua kursus latihan

Stellavingze Smart Star Peningkatan Nilai Kewanitaan
Objektif: 
Membantu wanita dalam menguruskan diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga dan anak-anak serta mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
Kelas Imej 
Kesihatan dan Kecantikan 
Pembentukan Minda dan Rohani 
Pengurusan Rumah Tangga 
Interaksi Bersama Anak 

Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah 
Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star: 
Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan: 
Pendidikan:Diploma / Ijazah
Pengalaman:2 tahun ke atas 
Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan:  
Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
Perlu menjadi ahli Stellavingze International 

Stellavingze Guiding Star Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti 

Objektif: 
Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan 
Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya 

Stellavingze Guiding Star: 
Kami menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh
Kami menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran. 
Kami menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:
Kelas Imej Perniagaan
Latihan Skill Perniagaan
Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
Kelas Pengurusan Perniagaan
Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan: 

Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun 

Untuk lebih detail boleh singgah sini www.stellavingzeinternational.com

Anda Juga Mungkin Meminati

5 comments:

  1. Wah bertuahnya badan dapat join event... lebih-lebih event wanita kan... mesti berkobar-kobar semangat Kak Sue lepas ni... bagus juga ada persatuan yang membantu wanita...

    ReplyDelete
  2. wowww.... bestnyaaa.. bole join ni kursus2 dia...

    ReplyDelete
  3. wahh sangat bertuah.. hari lelaki ada sambutan gini tak ? hahaha

    ReplyDelete
  4. sangat menginspirasikan.. :)
    memang betul, wanita perlu lebih mengutamakan kesihatan skrng ni.. bukan kesihatan fizikal sahaja tapi kesihatan mental dan emosi juga.

    kalau sihat ibu, InsyaAllah sihat lah seluruh ahli keluarga.. hehehehehee..

    ...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.