Hokkaido Baked Cheese Tart

Assalamualaikum,hai semua!Dah lama Kak Sue teringin nak rasa Hokkaido Baked Cheese Tart nie tau.Nampak kawan blogger share kat instagram pastu bila lalu kat kiosk dia dah niat nak tapau bila balik, sekali terlupa sebab dah kekenyangan makan tempat lain.Tak pun masa nak balik tu lalu kat tempat lain tak lalu situ.Bila sampai rumah baru teringat..kempunan lagi nak merasa Hokkaido Baked Cheese Tart nie..

hokkaido baked cheese tart
Hokkaido Baked Cheese Tart


Hokkaido Baked Cheese Tart Ada Tiga Pilihan


Kebetulan bebaru nie Abang Man ada delivery barang ke Shah Alam, Kak Sue minta izin nak singgah kejap aja nak beli Hokkaido Baked Cheese Tart nie.Nasib baik Abang Man setuju, kadang Abang Man tu kalau dah selesai kerja beliau nak cecepat balik..Apalagi lelaju Kak Sue dengan Kakak pi tapau satu kotak, dalam kotak tu ada enam biji cheese tart.Memula ingat nak ambik cheese empat dan dua durian.. sekali kena tambah duit.Dah la bawa duit ngam-ngam jadi ambik aja satu kotak yang ada dua coklat, dua cheese dan dua durian.Semua filling dapat rasa kan..

hokkaido baked cheese tart
Hokkaido Baked Cheese Tart..sedap!

Rasa Hokkaido Baked Cheese Tart nie raggup kat crust dia tu,tapi kat dalam lembut.Kak Sue paling suka yang durian dengan rasa yang tak manis sangat sedang elok aja.Jadi tak muak lah kan bila makan.Korang yang belum rasa tu silalah merasa ya, Kak Sue pasti kalau jenis suka cheese tart akan repeat beli nanti..ehehe..tapi harga yang tak menahan tu kan.Cuma kalau beli satu kotak tu harga lebih jimat RM29.90 sahaja.Selalunya kiosk mereka nie ada di cawangan Aeon Aggun mana-mana tempat kalau tak salah Kak Sue.Selamat mencuba..papai!

12 comments

  1. Pernah try kak..beli di AEON Shah Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah Kak Sue pun beli kat sana :)

      Delete
  2. Ala.. tak berjaya cuba lagi..

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah makan, InsyaAllah nanti nak cuba yang durian tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba yang durian..Kak Sue memang suka :)

      Delete
  4. Tak berkesempatan utk cuba lagi kak. Kalau ada rezeki, durian tu confirm kena beli 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Ana..Kak Sue suka yang durian :)

      Delete
  5. Sedapnyaaaa...lama SA x mkn hokaido cheese tart ni.mm

    ReplyDelete
  6. aaaaa akakkk. busyra teringin nak makan ni.. tp belum pernah cuba lgi..

    ReplyDelete
  7. Kalau datang Kuala Nerus wajib dapatkan Hokkaido Cupcake kat Fizmie Bakery di Seberang Takir. Super yummy!!!

    ReplyDelete
  8. Nak beli sebab ramai yang kata sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤