Sup Panas Pembuka Selera

January 24, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Dah dua tiga hari rasa macam tak berapa sihat dengan cuaca sekarang nie.Hari ahad lepas panas lah juga sekejap,pastu dah hujan aja dah dua hari nie.Bila sejuk sangat dah buat Kak Sue kurang minum air.Perit tekak sebab mungkin panas dalam dan tak cukup minum air.Hari nie nak makan pun tak ada selera,fikir punya fikir terus masak Sup Daging Sayur.Sup panas pembuka selera kami sekeluarga makan dengan nasi putih dan sambal kicap,sedap betul!Buat satu jenis lauk pun dah cukup dah,janji sup panas-panas terus makan kan..

sup panas pembuka selera
Sup Daging Sayur - sedap makan panas -panas

Sup Panas Pembuka Selera Sekeluarga


Sedapnya makan sup panas dan nasi putih bila kita tengah tak ada selera nak makan nie.Dari tak ada selera terus jadi berselera pula siap bertambah makan tadi.Ada cili kicap pula pedas dan panas memang sedang elok makan dalam cuaca sejuk macam nie kan.Rasa panas sikit badan nie selesa sikit.Kalau tidak asyik berstokin aja kat dalam rumah beberapa hari nie,tak tahan sejuk kaki..

Harap esok kesihatan bertambah baik,kalau badan tak sihat nie mood memang ke laut aja.Nasib baik ada anak dara Kak Sue bantu buat kerja rumah,tak tau lah nanti bila Kakak dah sambung belajar semua Kak Sue kena buat sendiri macam biasa..huhuhu..Korang semua jaga kesihatan,minum air yang cukup dan berhati-hati kalau keluar memandu tu ya,maklumlah cuaca sekarang nie kadang hujan sepanjang hari.Jumpa lagi,papai!


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Lauk paling ohsem kak sue buat ni penuh sayur...syoknya....rasa nak tukar habit lebih buat sup bg badan pun fresh

    ReplyDelete
  2. aloo semoga cepat sembuh sis =) menu sup mmg jadi pilihan bila rasa tekak xda slera nak mkn yg lain =D

    ReplyDelete
  3. Makan nasi panas dgn sup, dan sambal tempoyak petai..perghhh 3 pinggan nasi boleh clear ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.