Air Tangan Mak Terbaik 2

Assalamualaikum,hai semua!Air tangan Mak memang tak dinafikan oleh semua masakan paling sedap di dunia!Setiap kali balik kampung Mak Kak Sue akan masak macam-macam jenis lauk pauk.Kadang sampai tak tahu mana nak makan,semua sedap-sedap belaka..

Kali nie hantar Mak balik lepas bercuti,kemahin sakan Mak masak.Nampak Mak sihat dan ceria balik rumah.Empat hari tinggalkan rumah katakan..Mak Kak Sue mana boleh dok diam tak buat kerja,nanti badan sakit katanya.Mak pula memang suka masak,bila balik tu apa lagi macam lepas dendam..hahaha..Terima kasih Mak selalu masak kat kami sedap-sedap..
MAK SAYA


Air Tangan Mak Memang Terbaik 


Dari sarapan pagi sehingga makan malam,semua Mak Kak Sue masak dan pastikan semua anak,cucu dan menantu makan bersama.Seronok betul dapat berkumpul makan bersama-sama.Abang Man dan anak-anak Kak Sue kalau balik rumah Tok Pah memang menambah-nambah makan,Kak Sue apatah lagi..kahkahkah!Kami sekeluarga suka masakan selera kampung dan makanan yang agak pedas..Air tangan Mak memang terbaik!
AIR TANGAN MAK TERBAIK
Masak Lemak Jantung Pisang
AIR TANGAN MAK TERBAIK
Kerabu Ulam
AIR TANGAN MAK TERBAIK
Sambal Buah Kuinin dan Ulaman

Terima kasih Mak,lain kali masak lagi kat kami ya.Kalau ikut resepi Mak bagi pun masih tak sama rasanya dengan air tangan Mak.Kali nie tak banyak gambar sempat ambil,kalut lapar nak makan..ehehe..Semoga Mak sentiasa diberi umur yang bermafaat,kesihatan yang baik,rezeki yang murah dan dipermudahkan semua urusan Mak dunia,akhirat..kami sayang Mak sangat..muah!

3 comments

  1. Parents sebenarnya lagi suka kita luang masa dengan mereka. Btw sambal kuinin tu sedapnyaaa. Lama tak makan.

    ReplyDelete
  2. Sejak mak sakit SA jarang dpt makan air tangan mak..nak tak nak SA kena brlajar masak cara mak..sama tp x serupa...sabar jer la...

    ReplyDelete
  3. rindu nak makan lauk kg mcm ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤