Happy Annivesary Sayangku

Assalamualaikum, hai semua. Setiap tahun memang ternanti-nanti tarikh yang sama, tarikh istimewa untuk Kak Sue dan Abang Man. Happy Annivesary Sayangku.. alhamdullilah dah 23 tahun kita kongsi hidup sama-sama. Semoga kasih sayang kita akan berkekalan hingga syurga Allah.. Aamiin Ya Rabb..

Happy Annivesary Sayangku

Happy Annivesary Sayangku

Bercerita tentang selama berkongsi hidup dengan Abang Man nie macam-macam dah kami lalui sama-sama. Dengan ujian, emosi yang kadang ada naik turun bila datang ujian yang kita tak jangka dalam perkahwinan memang perlu sangat ada kesabaran yang tinggi dan kesefahaman.. Sama juga dengan perkahwinan yang lain juga kan. Biasa lah dalam hidup nie tak lari dari semua tu..

Happy Annivesary Sayangku
Happy Annivesary Sayangku

Tipu lah kalau tak ada gaduh dan merajuk dalam perkahwianan nie kan, itu dah lumrah dalam hidup berumahtangga. Kadang dengan adanya rasa yang macam nie, ia akan lebih eratkan lagi hubungan kita suami isteri sebenarnya. Kak Sue bersyukur sangat ditemukan dengan Abang Man yang sentiasa sabar dan faham Kak Sue selalu. Mana yang kenal dekat tahu lah Abang Man nie macamana. Kang kata puji lelebih pula suami sendiri kan.. hehehe..

Kak Sue pun masih belajar nak perbaiki dan jadi isteri yang terbaik untuk Abang Man. Semoga Kak Sue dan Abang Man terus istiqomah perbaiki diri kami supaya lebih baik lagi dari sebelumnya. Tiada apa yang kita perlu dalam perkahwinan dan rumahtangga nie sebenarnya, cuma kebahagian, ketenangan, kasih sayang dan menjadikan keluarga kita keluarga yang sakinah mawardah.. Aamiin Ya Rabb..

Happy Annivesary Sayangku
Happy Annivesary Sayangku - Buah Hati Ibu dan Abah

Tahun nie pun tak ada buat sambutan apa-apa pun. Kami  cuma buat makan-makan kat rumah ja dan Kak Sue ada juga belikan kek sebagai ingatan dan kenangan. Dok memikir nak cari hadiah belum dapat ilham lagi, tak tau apa sebetulnya yang Abang Man suka, susah juga orang yang tak bercakap banyak nie. Nanti-nanti lah pikir lagi nanti.. hehehe..

Apapun, simpan cerita nie kat sini untuk kenangan. Mana tau bila Kak Sue dah tak ada nanti, kalau rindu boleh lah datang baca entri kasih sayang Kak Sue kat sini. Terima kasih sayangku.. selalu terima isterimu ini seadanya, selalu sabar, memberi kasih sayang, tunjuk ajar dan didikan untuk 'orang' dan anak-anak kita..

Semoga kasih sayang dan bahagia cara kita sekeluarga kekal sampai syurga Allah.. Semoga setiap keringat dan susah payah suamiku menjaga kami diberikan balasan pahala dan syurga yang teringgi.. Aamiin Ya Rabb.. Love you till Jannah Yang.. 💙

Post a Comment

3 Comments

  1. Happy Anniversary Kak Sue dan Abg Man... Semoga kekal ke jannah dan dilimpahi rezeki

    ReplyDelete
  2. happy anniversary buat kak sue dan abg man semoga kekal bahagia til jannah

    ReplyDelete
  3. happy anniversary ..semoga kekal bahagia dan bersama hingga ke jannah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤