Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin

Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin pula dengan korang. Sebenarnya Alang adik Kak Sue yang masakkan Terung Tumis Pedas Ikan Masin nie kat rumah Kak Sue masa bulan puasa beberapa tahun lepas. Bila dah rasa, sedap lah pula dan memang kena dengan selera Kak Sue. Tu yang Kak Sue repeat masak lagi nie. Korang yang suka dengan sayur terung boleh cuba cara Kak Sue masak nie ya..

Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin
Terung Tumis Pedas Ikan Masin


Resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin

Sebelum Kak Sue nak kongsi resepi Terung Tumis Pedas Ikan Masin nie dengan korang, sebenarnya sebelum nie kalau ada stok terung macam nie kat rumah, Kak Sue buat ulam aja pun. Tak tau pula boleh masak tumis pedas macam nie. Tambah pula ikan masin dalam tu, memang sedap lah makan dengan nasi panas, ikan goreng garing dengan sambal dan ulam. Memang menambah lah makan..

Lagi satu rasanya lah kan, kalau tak ada terung macam Kak Sue guna nie.. korang boleh aja guna terung yang biasa tu untuk masak guna resepi nie. Cuma korang boleh potong kecil-kecil sikit atau ikut saiz mana yang korang suka. Kita yang buat dia kan.. okay lah, tak nak buang masa jom kita tengok resepinya jom..

Terung Tumis Pedas Ikan Masin

Bahan :
1 bekas terung kecil - dibelah dua
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
1/2 kiub ayam Knorr
Sedikit ikan masin di potong kecil
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara :
Tumis semua bahan yang dikisar tadi sehingga cili masak
Kemudian masukkan ikan masin, biarkan sekejap
Kalau kuah kering, masukkan sedikit air
Biarkan bahan bergaul mesra sekejap
Kemudian masukkan terung tadi
Gaul sebati, biarkan terung masak dan empuk
Akhir sekali masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam
Kacau biar kuah bergaul mesra, tutup api
Sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi lain kat sini - Resepi Sayur Tauge Tumis

Post a Comment

15 Comments

  1. Kalau dah ada ikan masin, cukuplah makan nasi lauk begini. Tak yah cari lauk lain dah.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak sue. Makan dengan nasi panas.

    ReplyDelete
  3. Sedap resepi Kak Sue buat ni, makan dengan nasi panas perghhh

    ReplyDelete
  4. hari-hari nengok gambar menu2 kak sue, semua tu menyelerakan sungguh. lapar terus hahaha

    ReplyDelete
  5. adudu sedapnya terasa kat tekak pedas2 masin

    ReplyDelete
  6. Dah lengkaplah
    ada sayur
    ada ikan

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaa sue suka betul terung,masak apa pun semua suka hehehhe

    ReplyDelete
  8. Waah, menarik ni. Ramai yang suka.

    ReplyDelete
  9. NANTI RAYA KAMI NAK MAI MAKAN RUMAH KAK SUE TAU

    ReplyDelete
  10. hai salam kenal kak sue! alamakkk menu ni buat bertambah makan nasi hehehe

    ReplyDelete
  11. Sedapnya Kak Sue.. Ni makan nasi ni menambah nambah ni

    ReplyDelete
  12. suka lauk gini. memang selera makan

    ReplyDelete
  13. sedapnya kalau makan dengan nasi panas panas ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤