Pujuk Hati Redha

Assalamualaikum, hai semua. Pujuk Hati Redha.. Susah juga rupanya nak betul-betul redha dan ikhlas. Sebenarnya kan hari-hari Kak Sue pujuk hati sendiri. Hari-hari doa supaya Kak Sue redha dengan ikhlas. Terima ketentuan Allah, kuat dan terima dengan kententuan yang satu nie.. tapi kadang kalah juga dengan perasaan sendiri nak pujuk hati redha dengan semuanya nie..

Pujuk Hati Redha
Pujuk Hati Redha.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang

Pujuk Hati Redha

Nak pujuk hati redha makan masa juga sebenarnya. Di mulut cakap kita redha tapi dihati tidak dengan seikhlasnya. Bercakap dengan nak laksanakan tu agak payah.. untuk diri Kak Sue sendiri lah kan. Tapi Kak Sue memang respect orang-orang yang kuat hatinya, redha dengan ikhlas. Tak setanding dengan diri Kak Sue yang nipis imannya nie..

Tak mudah pun sebenarnya. Apatah lagi kehilangan orang terdekat dengan kita. Mak yang melahirkan kita.. tempat kita curah kasih sayang, rindu dan mengadu.. tiba-tiba hilang sekelip mata. Peritnya tu Allah saja yang tahu.. Bila terbayang dan datang rindu rasa sesaknya dada.. Hanya doa dan ayat-ayat Allah penyembuh duka..

Cuma Kak Sue pasti.. hari demi hari perasaan redha dengan seikhlasnya akan datang juga dengan sendiri nanti. Yang pergi tetap akan pergi, tinggal kita yang masih kat sini perlu teruskan hidup yang berbaki. Satu hari nanti kita juga akan ke sana yang kekal abadi..

Mak.. kenangan, kasih sayang dan tunjuk ajar Mak akan kekal selamanya dihati. "Orang" akan lalui hari-hari yang berbaki buat "orang" nie dengan mengenang Mak dalam doa yang tiada penghujung. Tenang lah Mak disana, kita bakal berjumpa juga nanti di syurga abadi. Semoga Mak ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai Allah dan yang beramal soleh. Sayang Mak selamanya.. Al Fatihah buat Mak Tersayang..


Keep Reading»

Rindu Yang Tak Tertanggung

Assalamualaikum, hai semua. Rindu yang tak tertanggung.. Ya, itu yang Kak Sue rasa sekarang nie. Rindu pada Mak yang telah pergi dijemput Allah. Rupanya macam nie rasa perit dan sakitnya bila kehilangan Mak tersayang. Setiap masa asyik mengenang dan rindu pada Mak. Allahu.. kuatkan hati dengan rindu yang tak tertanggung nie Ya Allah.. kadang rasa sangat tak mampu nak lalui rasa yang satu nie..

Rindu Yang Tak Tertanggung
Gambar kenangan bercuti dengan Mak.. Rindu Yang Tak Tertanggung

Rindu Yang Tak Tertanggung

Hari pertama Kak Sue balik rumah sendiri di Rawang rasa betul-betul kalah dengan perasaan. Perasaan rindu yang tak tertanggung, rasa terkejut dan susah nak terima yang Mak dah tak ada. Hari-hari pujuk hati redha, tapi Ya Allah.. payahnya.. Kak Sue menangis lagi semahu-mahunya macam hari pertama terima berita Mak pergi menghadap Ilahhi. Rasa gelap dan kosong hidup Kak Sue nie.. Allahu.. hebat rasa ujian bila Mak kita dah tak ada nie rupanya..

Terkilan bila balik ke rumah bila teringat kami adik beradik tengah plan nak bawa Mak bercuti kat rumah baru Kak Sue pindah hujung tahun lepas. Kerap Kak Sue update perkembangan rumah yang baru Kak Sue duduk nie pada Mak. Sempat mengadu pada Mak yang Kak Sue letih sangat kali nie bila buat kerja, tak larat sangat. Padahal rupanya Mak pun sebenarnya dah letih dan tak larat juga di sana masa tu..  Allahu.. Maafkan "orang" Mak.. maafkan "orang"..

Rindu Yang Tak Tertanggung
Gambar kenangan terakhir di Taiping... Rindu Yang Tak Tertanggung
Rindu Yang Tak Tertanggung
Kenangan di Taping.. Rindu Yang Tak Tertanggung

Sejak akhir-akhir nie Mak memang tak berapa sihat. Demam on off, adik-adik ada bawa Mak ke klinik tapi katanya tak ada apa-apa. Ingat demam biasa aja, tak sangka Mak kena jangkitan kuman rupanya.. Allahu! Mak memang susah nak sakit atau mengadu sakit. Mak memang seorang yang tak suka susahkan anak-anak apatah lagi orang luar. Pergi Mak mengadap Allah, amat mudah dan tenang.. Pergi pula pada hari Jumaat yang mulia.. dari mula sampai habis urusan Mak semua dipermudahkan. Kami anak-anak rasa bersyukur sangat..

Sekarang nie.. tinggal kami anak-anak Mak merindu dan mengenang Mak setiap hari. Doa dan sedekah ayat suci tak pernah kami lupa juga setiap hari. Hari-hari juga anak-anak Mak datang ziarah Mak. Semoga berehat dan tenang di alam sana ya Mak. Semoga kita berjumpa lagi nanti di syurga Allah.. aamiin ya rabb.. Kami sayang dan rindu Mak selamanya.. Al Fatihah untuk Mak Tersayang.. ❤



Keep Reading»

Kami Tunggu Mak

Assalamualaikum, hai semua. Sebenarnya entri nie Kak Sue tulis masa Tok Pah masih dalam ICU Hospital Taiping. Kami tunggu Mak. Kali nie datang lagi ujian buat keluarga Kak Sue. Dua ujian paling besar tahun nie buat keluarga Kak Sue. Belum hilang lagi macam-macam 'rasa' sebelum nie datang lagi ujian yang baru.. Allahu! Kadang rasa memang tak kuat dah, tapi Allah uji pada yang mampu. Takan Allah nak seksa atau aniaya kita, melainkan Allah tahu.. Kuat ya Mak, kami tunggu Mak nie..

Kami Tunggu Mak
Kami Tunggu Mak.. Gambar kenangan hari raya 2018 

Kami Tunggu Mak

Hari Selasa lepas Mak demam agak teruk, badan panas dan lemah. Mak memang takut sangat nak jumpa doktor, nak pergi klinik atau hospital. Biasalah orang tua kan, Kak Sue ada juga telefon Mak sebelum tu tanya khabar dan pujuk Mak pergi hospital atau klinik. Kak Sue tak bercakap lama sebab dengar suara Mak pun lemah sangat, Alhamdullilah berkat kami adik beradik pujuk Mak akhirnya petang tu Mak yang minta nak ke hospital..

Kak Sue andaikan bila Mak ke hospital semuanya akan baik macam biasa.. Tetiba dalam pukul tiga pagi Acik, adik Kak Sue telefon nak bagi tau dan tanya pendapat Kak Sue pasal Tok Pah. Rasa macam berhenti degup jantung Kak Sue, pilihan yang kami ada samada Tok Pah ditidurkan atau bahasa lain dikomakan atau risiko tinggi Tok Pah akan pergi selamanya. Kelu lidah.. tak tau nak reaksi macam mana. Lepas letak telefon terus Kak Sue menangis sungguh-sungguh.. Allahu.. kesiannya Mak..

Terus Kak Sue tak boleh nak tidur semalaman, ambik wuduk solat doakan agar Tok Pah tak apa-apa. Nak tunggu siang rasa sangat lama, sebab nak bergerak malam risau Abang Man tak cukup rehat sebab baru balik berniaga. Kalau Kak Sue yang drive, rasanya tak tau lah mampu ke tak sebab Kak Sue pun baru lelap mata tadi dengan emosi macam nie. Nak sampai waktu subuh terlelap sekejap, bangun lagi.. Allah kenapa lama sangat nie. Tak sabar dah rasa hati macam nak terbang peluk Tok Pah Allah aja yang tahu. Mak kuat ya Mak. Pilu rasa hati nie tak terucap dengan kata-kata..

Kami Tunggu Mak
Kenangan terakhir dengan Mak di Menara Condong Teluk Intan
Sampai di wad, Kak Sue memang tak dapat nak tahan sedih dan airmata. Nampak Tok Pah berselirat dengar tiub dan wayar.. Allahu kesiannya Mak. Semua adik-beradik Kak Sue ada, Kak Sue peluk.. tenangkan depa walaupun hati sendiri macam nak pecah. Tak sanggupnya Ya Allah nak tengok Mak sakit macam nie. Abang Man bagi izin Kak Sue jaga dan tinggal di Taiping sampai Tok Pah sihat. Terima kasih Abang.. semoga Allah beri rahmat pada Abang.. Kak Sue terpisah dengan suami dan anak-anak buat sementara demi Mak yang tersayang. Kak Sue redha.. janji Mak depan mata Kak Sue setiap hari..

Esoknya Tok Pah dpindahkan ke ICU, bermula lah rutin kami adik beradik menjaga Mak. Masa kami lebih banyak kat Hospital Taiping dari kat rumah. Tak pernah sehari pun kami tak datang ziarah Tok Pah. Dari mula waktu melawat sebelah tengahari sampai lah ke petang, kami anak-anak setia tunggu Mak. Sampai dah kenal guard dan sesetengah jururawat dan doktor kat sana. Hari-hari ulang alik ke surau, hari-hari sedekahkan Mak Yasin, hari-hari buat solat hajat supaya Tok Pah sembuh tanpa jemu. Hari-hari ramai saudara dan kawan,-kawan Tok Pah, kawan-kawan kami anak beranak datang ziarah. Jauh dan dekat semua datang ziarah dan doakan Tok Pah..

Kami Tunggu Mak
Al Fatihah Untuk Mak Tersayang

Tapi.. akhirnya, setelah penat Tok Pah kuat melawan sakit.. Allah jemput Tok Pah pagi Jumaat, hari yang mulia. Lagak tenang dan menahan airmata tak mampu Kak Sue sorok lagi. Ditambahkan lagi Kak Sue tinggalkan Tok Pah dijaga Ateh malam tu balik ke Rawang.. terkilannya Ya Allah.. Kak Sue menangis semahu-mahunya.. rupanya macam nie lah rasa kehilangan syurga kita.. sakitnya tak terperi. Syukur pada Allah, kami adik beradik dapat mandikan, kafankan dan kebumikan Mak dengan baik bantuan dari keluarga rapat juga orang yang lebih arif. Semuanya mudah dan selesai macam semua kami anak-anak Mak nak.. Alhamdullilah..

Pergilah Mak dengan tenang.. Kami anak-anak redha.. rehat lah. Kita akan berjumpa lagi satu hari nanti. Kami sentiasa akan ingat dan doakan Mak. Semoga Mak sentiasa dalam rahmat Allah, diluaskan dan diterangkan kubur Mak. Kami sayang Mak dunia dan akhirat.. Al Fatihah.. Terima kasih pada yang selalu ada, semoga Allah merahmati kamu semua.. aamiin ya rabb..





Keep Reading»