May 2018 - Shuhaida Kabdy

Thursday, May 31, 2018

Lazada Riang Ria Raya Sale

May 31, 2018 10
Lazada Riang Ria Raya Sale
Assalamualaikum, hai semua. Tak lama lagi kita bakal sambut Aidilfitri pula kan. Sana-sini orang berkongsi jualan murah dan macam-macam lagi. Kak Sue pun tak terkecuali juga nak kongsi dengan korang Lazada Riang Ria Raya Sale sempena sambutan raya tak lama lagi. Jom Kak Sue kongsikan dengan korang apa yang menarik tentang Lazada Riang Raya Sale untuk kali nie ya. Ada banyak pilihan barangan dan tawaran  yang tak kurang hebat.. menarik kan.. jom kita tengok jom..

Lazada Riang Ria Raya Sale
Lazada Riang Ria Raya Sale

Kempen Lazada Riang Ria Raya Sale

Sekarang nie semua senang dah kalau nak shopping. Tak payah susah-susah nak keluar memandu, nak cari parking dan bersesak kat mall. Shopping online pun boleh, tu yang Kak Sue nak kongsi dengan korang Kempen Lazada Riang Ria Raya Sale sempena sambutan raya kat korang nie. Semua dihujung jari sekarang, senang kan..

Lazada Riang Ria Raya Sale akan bermula dari 1 hingga 4 Jun 2018, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai pilihan produk termasuk tawaran eksklusif dari lebih daripada 30 jenama antarabangsa. Antara pilihan jenama yang ditawarkan kat Lazada ialah Asus, Watsons, Carlo Rino, Poney, Levi's, Siti Khadijah, Samsung, Panasonic, Tesco, Maybelline, Nivea, Huggies, PetPet, Philips, Clarks, Logitech dan banyak pilihan lain lagi tau..

Lazada Riang Ria Raya Sale
Lazada Riang Ria Raya Sale
Selain dari tu, Riang Ria Sale nie juga akan menawarkan Jualan Flash ada lebih daripada 600 voucher, tawaran Essential Raya dan Buffet Buka Puasa, Tawaran Buddle dan Rakan Kongsi Eksklusif. Haa.. menarik kan, macam-macam tawaran ada. Kak Sue pun teruja juga nak shopping raya kat Lazada nie bila dapat tau banyak tawaran menarik macam nie. Bila ada sale macam nie lah kita kena rebut peluang dan dapat berjimat kan..

Yang terakhir dan menarik Kak Sue nak kongsi dengan korang Tawaran Duit Raya Shakin dan berpeluang memenangi voucher tunai RM50. Dengan nilai nie, boleh juga buat tambah-tambah bila nak shopping kat Lazada nanti kan, sapa nak bagi. Nak tak voucher tunai? Haa.. meh Kak Sue kongsikan langkah mudah untuk korang ikut kat bawah nie cara nak menang Duit Raya Shakin

Cara Menang Duit Raya Shakin

1. Muat turun, log masuk Apps Lazada  dan daftar
Lazada Riang Ria Raya Sale

2. Screenshot jadual kat bawah nie, senang nanti korang nak ingat bila nak shake-shake..
Lazada Riang Ria Raya Sale

3. Log in akaun dan korang kena kekal kat laman utama. Sedia untuk shake handphone korang
Lazada Riang Ria Raya Sale

Ingat tau, korang kena shake setiap hari handphone korang dari 22 Mei hingga 4 Jun nanti. Masa 5.30 pagi, 12.30 malam dan 9.30 malam. Mana tau ada rezeki korang kan.

Lazada Riang Ria Raya Sale

Haa.. senang ja kan cara nak menang Duit Raya Shakin dari Lazada nie kan. Korang ikut ja step yang Kak Sue kongsi kat atas tu ya. Untuk terma dan syarat korang boleh klik link nie MyCampaign Riang Ria Raya Shakin Deals Mega. Selamat berpuasa dan selamat menyopping korang.










Wednesday, May 30, 2018

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral

May 30, 2018 5
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi kan kat korang Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral pula. Ya lah, tak lama lagi kita dah nak sambut Aidilfitri pula kan. Tentu-tentu lah ada yang dah mula buat persiapan untuk raya, tu yang Kak Sue nak cadangkan kat korang pilihan Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral nie..

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral

Sebenarnya lepas Kak Sue sekeluarga ke food review kat Bangi hari tu, sempat Kak Sue singgah nak tengok-tengok Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral nie. Kak Sue pun belum pernah lagi singgah kat area Bangi Sentral nie. Rupanya memang banyak pilihan butik kat sini antaranya Novembermate nie lah..

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Korang yang tengah mencari-cari baju raya terkini dan harga berpatutan boleh lah singgah kat Novembermate nie. Bukan setakat pilihan baju raya dewasa aja kanak-kanak pun ada, skirt dan blouss pun ada, pilihan tudung, pilihan kasut dan bag dengan pilihan warna, corak dan fesyen yang menarik. Cantik-cantik juga tau..

Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Selain dari tu ada juga barangan make up, penjagaan diri dan kuih raya. Kak Sue dah rasa dah kuih rasa kat sini memang sedap.Lagi satu kan Kak Sue nak kongsi dengan korang, Novembermate nie memang selesa untuk kita shopping. Ada tempat duduk untuk kita berehat sementara keluarga atau kawan mencuba baju di bilik yang disediakan.
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Koleksi Baju Raya di Novembermate Bangi Sentral
Novembermate Bangi Sentral
Kalau tetiba nak ke bilik air pun ada tandas yang bersih juga kat sini tau. Jadi korang boleh shopping dengan tenang  dan happy..Bagi korang yang tinggal berdekatan Bangi boleh lah singgah kat Novembermate nie tau, yang duduk jauh pun boleh. Korang boleh singgah kat IG dan FB Novembermate ya. Macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie..

Novembermate 
Level 1
1-11-02 Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 7
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Landmark
Sama bangunan dengan LeeyanaRahman
Belakang Wisma PKNS

Facebook
www.facebook.com/Novembermate

Instagram


Tuesday, May 29, 2018

Ramadhan Kali Ini

May 29, 2018 4
Ramadhan Kali Ini
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue harap Ramadhan Kali Ini semua kenangan yang baik-baik aja. Kalau ada juga ujian yang datang harap dapat Kak Sue positifkan diri dan terima qada dan qadhar dari Allah. Kak Sue juga harap Ramadhan kali nie dapat perbaiki diri dan amal agar lebih baik dari tahun sebelumnya. Ya lah dalam hidup kita nie mesti kita ada niat nak berubah untuk lebih baik kan..

Ramadhan Kali Ini
Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Kali Ini

Ramadhan kali ini walaupun cuaca tak menentu tapi Alhamdullilah rezeki yang Allah tetapkan untuk kami sekeluarga sentiasa cukup. Tahun nie juga kalau geng Madrasah Adik datang kami akan bekalkan air jualan kami untuk depa berbuka puasa. Adik pun tak dapat nak berbuka dengan kami kalau hari biasa sebab Ustaz Amin mudir Madrasah Adik tengah latih Adik jadi imam. Seronok dan bangga Ibu dan Abah dengar Adik terpilih untuk tahun nie..

Ramadhan kali ini juga Adik terpilih beberapa kali dah jadi imam. Memula Ustaz Amin test Adik jadi imam Isyak. Hari berikutnya Adik terpilih jadi imam Terawikh pula. Akhirnya sampai pun hajat Adik nak jadi imam kan. Kalau korang ada ikut cerita Ustaz Kecik Kak Sue nie, Kak Sue pernah kongsi yang Adik pernah cakap nak jadi imam. Alhamdullilah tercapai hasrat Adik nak jadi imam pada umur Adik 12 belas tahun..

Semoga Ramadhan Kali Ini memberi kita semua rahmat dan bertemu malam Lailatul Qadar, aamiin ya rabb.. Selamat menjalankan ibadah puasa dan Terawikh semua..



Saturday, May 26, 2018

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya

May 26, 2018 7
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Assalamualaikum, hai semua! Pada korang yang tercari-cari kat mana nak berbuka puasa Kak Sue nak kongsikan dengan korang Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya. Apa yang menarik tentang Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya nie ialah ada lebih 200 pilihan menu yang disediakan untuk pengunjung yang datang. Banyak betul pilihan kan, memang rambang mata..

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya nie menyediakan menu tempatan dan juga barat. Kat sini juga ada gerai ala Food Truck sepanjang jalan ke pintu masuk restoran, menarik sangat tau. Ada beberapa pilihan menu yang disediakan di gerai Food Truck antaranya Kambing Golek, Satay, Mangolia BBQ, Nasi Ayam, Nasi Itik, Nasi Kandar dan macam-macam pilihan sup pun ada..

Pintu masuk utama pula siap ada roda berpusing (Ferris Wheel) lagi, memang menarik perhatian bila sampai kat situ. Apa tak menariknya, siap ada desert kat roda berpusing tu tau. Unik sangat dan tak ada kat tempat lain selain di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya nie. Bila melangkah masuk ke dalam restoran lagi lah banyak pilihan tinggal pilih aja mana yang berkenan di hati..

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Selain pilihan lauk pauk kampung yang menarik ada juga pilihan makanan barat antaranya Pizza, Set Spagetti Bolognese dan Spagetti Cabonara. Pilihan lain yang ada kat sini, mee dan laksa juga. Kalau korang jenis yang tak suka nak makan nasi waktu berbuka boleh lah cuba pilihan mee n laksa nie.

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Pilihan air pun ada macam-macam juga kat sini tau. Ada ABC dan Cendol juga, tak lupa untuk anak-anak dan peminat ais krim pun ada juga disediakan kat sini. Untuk pencuci mulut pun ada banyak pilihan kek, kuih muih, buah-buahan dan yang paling Kak Sue suka Bubur Durian kat sini. Memang sedap tau korang, makan pula dengan pulut.. memang terangkat!

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Lagi satu Kak Sue nak kongsi, korang yang tinggal area Kuala Lumpur tu jangan risau resah, hanya ambik masa 30 minit ja nak sampai ke sini tau. Bab parking pun tak payah risau, sebab kat sini percuma aja. Haa.. best tak? Memang tak rugi korang datang berbuka kat sini tau. Makanan sedap dan tempat pun selesa..

Kemudahan lain yang ada kat sini ialah surau yang berada di Level dua. Selain dari tu Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya juga mempunyai sijil Halal dari Jakim. Bab tu pun tak perlu risau juga tau. Boleh menjamu selera dengan selesa dan gembira.. gitu.. hehehe..

Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Ramadhan Buffet di Restoran Funtasia Hotel Bangi Putrajaya
Korang yang berminat nak berbuka puasa kat sini boleh lah tempah awal dan setiap tempahan berbuka puasa, secara tak langsung korang bakal menyumbang Kempen Care For Hunger sebanyak RM3.50 seorang pada badan terpilih. Sambil berbuka dapat pahala lagi kan. Macam biasa untuk lebih detail Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya. Jom Iftar at Funtasia bermula 17 Mei sehingga 14 Jun 2018

Buffet Ramadhan Restoran Funtasia
Hotel Bangi Putrajaya

Harga tempahan
(Advance Minima 24 jam)
Dewasa - RM90.00 nett
Kanak-kanak - RM45.00 nett

Harga Walk-In
Dewasa - RM120 nett
Kanak-kanak - RM60

Tel
03-8210 2222

Email
fb_reservation@hotelbangi-putrajaya.com

Website

Wednesday, May 23, 2018

Dapur Kak Sue

May 23, 2018 9
Dapur Kak Sue
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah bulan Ramadhan tahun nie pun Dapur Kak Sue beroperasi macam biasa. Walaupun sibuk nak keluar bantu berniaga di Pasar Ramadhan tapi Kak Sue masih sempat masakkan menu berbuka untuk keluarga. Terima kasih juga pada Kakak dan Alang yang bantu Kak Sue masak setiap hari. Ringan banyak kerja Kak Sue di dapur tau, Alhamdullilah. Menu di Dapur Kak Sue macam biasa lah lebih kepada lauk pauk kampung. Kuih muih Kak Sue beli ja..

Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue

Menu Dapur Kak Sue

Menu di Dapur Kak Sue macam yang Kak Sue bagi tau kat atas nie tadi, biasanya lauk pauk kampung ja. Kak Sue dah jarang buat kuih muih atau kek dah. Kebanyakkan resepi yang Kak Sue kongsi pun menu yang ringkas dan cepat disediakan. Senang kan, boleh juga untuk ibu-ibu yang bekerja pun cuba resepi Kak Sue tu. Kadang kelam kabut balik kerja dah nak kena memasak pula kan..

Setakat hari nie Kak Sue masih lagi diberi peluang dan kesihatan untuk masak juadah berbuka untuk keluarga Kak Sue. Abang Man dan anak- anak lebih suka Kak Sue masak setiap hari, tak kisah walau goreng telur pun janji Ibu yang masak. Haaa.. sampai macam tu lah, tak nak makan lauk beli dah bila bulan Ramadhan nie. Jenuh juga la Ibu memikir apa nak masak setiap hari..

Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue
Dapur Kak Sue
Sebenarnya ada juga Kak Sue beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan bila nak buat tambah-tambah lauk, cuma tahun nie belum ada rezeki lagi Kak Sue nak cuba dan beli lauk-pauk di Pasar Ramadhan. Beberapa hari lepas ada juga kawan niaga Pasar Ramadhan hantar lauk-pauk kat gerai Abang Man. Meriah meja makan kami kat gerai Pasar Ramadhan.

Apapun pada korang yang tercari-cari resepi mudah dan cepat boleh la klik blog Kak Sue tau. Nanti Kak Sue kongsikan lagi resepi lain kat blog Kak Sue nie. Selamat mencuba korang.. papai!



Sunday, May 20, 2018

Sanah Helwah Sayang

May 20, 2018 3
Sanah Helwah Sayang
Assalamualaikum, hai semua! Sanah Helwah Sayang. Hari nie hari lahir kesayangan Kak Sue, Abang Man. Sebenarnya Kak Sue nak buat kejutan harijadi untuk Abang Man tapi sebabkan masa yang agak sibuk, dah macam lari sikit plan yang dirancang. Tahun nie pun macam tak dapat nak buat sambutan sebab tarikh hari lahir Abang Man jatuh di bulan puasa. Apapun sekali lagi Sanah Helwah sayang ❤

Sanah Helwah Sayang
Sanah Helwah Sayang

Sanah Helwah Sayang

Macam biasa, Abang Man selalu tak ingat tarikh hari lahir sendiri. Malam tadi, bila Kak Sue dan Kakak wish harijadi Abang Man macam terpingga-pingga.. eh birthday Abah ke? Boleh macam tu kan.. hahaha! Tambah pula bulan puasa macam nie memang sibuk gila-gila punya. Rutin tu dari pagi sampai lewat malam, tapi bukan lah bekerja sampai tak ingat ganjaran di bulan Ramadhan yang istimewa nie. Ingat.. cuma masa memang ketat sikit..

Kak Sue akan teruskan juga plan asal nanti untuk sambutan harijadi Abang Man. Walaupun Abang Man tak kisah, tapi Kak Sue memang jenis suka meraikan orang yang Kak Sue sayang, tambah suami, anak-anak dan keluarga kan. Sehabis boleh nak juga buat sikit-sikit tanda ingatan dan kasih sayang dari Kak Sue.

Sanah Helwah Sayang
Sanah Helwah Sayang
Sekali lagi, Sanah Helwah Sayang.. semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermanfaat, rezeki yang murah dan berkat, dipermudahakan semua urusan dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Love you more Sayang ❤❤❤

Saturday, May 19, 2018

Resepi Ayam Masak Sambal

May 19, 2018 5
Resepi Ayam Masak Sambal
Assalamualaikum, hai semua! Sekejap dah masuk hari ketiga kita berpuasa kan. Buat masa nie Kak Sue masih mampu kekalkan kerajinan memasak setiap hari, chewah.. hehehe.. Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Masak Sambal. Kalau masak ayam kat rumah nie pun laju, nak pula masak Ayam Masak Sambal nie. Kesukaan anak Kak Sue si Abang Tihie, mau bertambah-tambah makan nanti nie, memang suka sangat Abang kalau Ibu masak kegemaran Abang..

Resepi Ayam Masak Sambal
Ayam Masak Sambal

Resepi Ayam Masak Sambal

Bahan-bahan :
1 1/2 ekor ayam - Digaul kunyit dan garam, goreng dan ketepikan
2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1/2 biji bawang besar - dihiris
5-6 sudu besar cili kisar
1 kiub ayam Knorr
1 asam keping
Sos cili
Sedikit garam dan gula

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau
Masukkan cili kisar dan asam keping, goreng sehingga masak
Kemudian masukkan sedikit air, sos cili dan kiub ayam Knorr
Biarkan mendidih sekejap, kemudian perasakan dengan garam dan gula
Akhir sekali masukkan ayam dan bawang yang dihiris tadi, gaul sebati
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi lain boleh singgah di sini Resepi Ayam Masak Tomato



Friday, May 18, 2018

Resepi Kerabu Pucuk Paku

May 18, 2018 6
Resepi Kerabu Pucuk Paku
Assalamualaikum, hai semua. Hari nie Kak Sue nak kongsi Resepi Kerabu Pucuk Paku pula. Kerabu Pucuk Paku nie kalau kita campur dengan kerang atau perut lembu lagi sedap tau. Kali nie Kak Sue tak tambah pun, cuma gaul dengan tauge ja. Nak cepat kan, nanti nak keluar meniaga Pasar Ramadhan pula. Korang kalau suka boleh tambah ya.

Resepi Kerabu Pucuk Paku
Kerabu Pucuk Paku
Resepi nie adik Kak Sue Alang yang kongsikan. Masuk tahun nie dah dua tahun Alang datang tolong kami kat Pasar Ramadhan. Ringan lah sikit kan kerja Kak Sue ada yang bantu kat rumah dan Pasar Ramadhan. Okay lah, tak mau buang masa lagi jom Kak Sue kongsikan resepi yang mudah dan senang ja nak disediakan nie jom..

Resepi Kerabu Pucuk Paku

Bahan-bahan :
2 ikat pucuk paku - dicelur
1 mangkuk sederhana - dicelur
1 biji bawang besar - dikisar *
10 biji cili padi - dikisar *
2 batang serai - dikisar *
1/2 inci lengkuas - dikisar *
2 sudu kerisik
1/2 cawan santan
1 sudu air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Memula semua bahan bertanda * dan dikisar tadi, korang kena kisar dengan santan sekali
Kemudian masukkan bahan yang dah dicelur tadi ke dalam mangkuk
Gaulkan bahan kisar dan bahan dicelur tadi sebati
Akhir sekali, perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi yang lain boleh singgah sini Resepi Kerabu Pegaga






Thursday, May 17, 2018

Resepi Kari Udang Nyonya

May 17, 2018 5
Resepi Kari Udang Nyonya
Assalamualaikum, hai semua! Salam Ramadhan, hari nie hari pertama kita berpuasa kan. Korang dah ada idea ka nak masak apa hari nie? Kak Sue cuba resepi Kari Udang Nyonya hari nie. Semalam ada pula hamba Allah berkongsi menu sepanjang bulan Ramadhan, belek punya belek macam tertarik dengan resepi Kari Udang Nyonya. Kebetulan Abang Man beli udang semalam. Anak-anak pun suka, jadi hari nie Kak Sue kongsikan menu pertama bulan puasa untuk tahun nie..

Resepi Kari Udang Nyonya
Kari Udang Nyonya
Sebenarnya resepi asal guna ayam untuk bahan utama, tapi Kak Sue macam biasa lah pepandai derhaka kat tuan punya resepi. Kak Sue tukar kepada udang. Ada juga Kak Sue tambah sukatan bahan dan bahan dalam resepi nie, kita yang buat dia kan, hehehe.. Kak Sue ucapkan terima kasih kepada empunya resepi, semoga pahala ilmu nie berterusan selamanya ya.. aamiin ya rabb.. Jom kita tengok cara dan bahannya jom..

Kari Udang Nyonya

Bahan-bahan :
1 kg udang saiz sederhana
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
3 batang serai - dihiris
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
4 biji buah keras
2 biji cili masak
1 sudu rempah daging
1 kotak santan
Cili kering - ikut nak pedas macam mana

Cara-cara :
Kisar semua bahan yang di tanda * tadi
Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi dan masukkan daun kari dan rempah kari. 
Kacau sehingga naik bau
Kemudian masukkan santan dan udang juga daun limau purut
Biarkan masak sekejap, perasakan
Sedia untuk dihidangkan

Untuk resepi lain boleh singgah sini Resepi Kari Udang Galah




Wednesday, May 16, 2018

Salam Ramadhan Al Mubarak

May 16, 2018 4
Salam Ramadhan Al Mubarak
Assalamualaikum, hai semua! Salam Ramadhan Al Mubarak Kak Sue ucapkan untuk semua keluarga dan kawan-kawan. Esok bermula lah kita semua berpuasa, bulan yang memang dinanti-nantikan oleh kita semua. Semoga Ramadhan kali nie lebih baik dari sebelumnya dan semoga kita semua berlumba-lumba mengerjakan dan memperbaiki amal di bulan yang mulia nie kan..

Salam Ramadhan Al Mubarak
Salam Ramadhan Al Mubarak - Sumber Google

Salam Ramadhan Al Mubarak

Malam nie kita semua akan mulakan Ramadhan dengan solat sunat Terawikh. Harap Kak Sue sekeluarga dan kita semua istiqomah lah dalam mengejarkan pahala istimewa di bulan yang mulia nie kan. Bulan Ramadhan memang istimewa untuk kita sebab pahala memang berganda-ganda..

Kak Sue dan Abang Man macam biasa setiap kali tiba bulan Ramadhan nie, tetap berniaga macam biasa. Macam sesetengah dari korang yang dah pun tau selain dari membekalkan Pati Kelapa Laut Man Java, kami juga berniaga di Pasar Ramadhan Bandar Tasik Puteri Rawang. Harap tahun nie pun kami dimurahkan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan.. aamiin..!

Walaupun sibuk dengan urusan kerja seharusnya kita pun kena sibuk menambah amal juga kan. Walaupun agak letih bila tiba bulan Ramadhan tapi memang bulan Ramadhan yang kami tunggu-tunggu setiap tahun. Sempena bulan Ramadhan nie Kak Sue sekelurga nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan untuk korang semua, mohon maaf andai ada salah silap yang sengaja atau tanpa disengajakan. Semoga amalan kita diberkati Allah.. aamiin ya rabb..

Monday, May 7, 2018

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif

May 07, 2018 2
Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue sempat ke majlis pelancaran produk Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif di District 21, 1O1 Mall Putrajaya. Kak Sue rasa bertuah dan seronok menjadi salah sorang yang dapat hadir dalam majlis pelancaran Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif nie tau, happening sangat dengan macam-macam aktiviti yang dah disusun..

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif

Majlis pelancaran produk Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif nie disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Wipro UNZA Malaysia Sdn Bhd, Sriram Krishnamurthy dan Pengurus Pemasaran Safi Puan Mahsuri Sulaiman. Dalam majlis nie juga pihak Safi Shayla memperkenalkan Safi Shayla perumusan baru dan packaging terkini. Memang sesuai sangat lah majlis di adakan kat District 21 nie sebab kat sini banyak aktiviti lasak dan berani untuk wanita tapi masih kekal berhijab dan tak perlu nak risau kesihatan rambut dengan adanya Safi Shayla formulasi baru..

Pada era yang moden sekarang nie, masa adalah sesuatu yang amatlah penting dan tak boleh dijual beli kan. Sekarang nie dunia semakin pesat membangun dan masa tak akan menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung selalu ada masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Semua nie antara puncanya sibuk dengan tekanan kerja atau kekotoran dan habuk pencemaran

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Oleh sebab tu, golongan wanita yang bertudung mahupun tak, sekarang tak perlu risau takut atau kecewa sebab SAFI yang merupakan rangkain produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah kita wanita semua nie. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung SAFI SHAYLA. Produk nie bukan saja ditambah baik dalam variasi syampu tapi SAFI SHAYLA terbaru nie memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk rambut yang sihat dan bersinar

Selain dari tu SAFI SHAYLA terbaru nie mempunyai formulasi baru mengadungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda adalah ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanta. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dal produknya kerana dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Apa yang lebih menarik Habbatus Sauda juga dapat mengekalkan rambut sihat sebab dapat menghidari keguguran rambut dan membuatkan rambut lebih lembap dan bersinar. Baru Kak Sue tau kelebihan Habbatus Suada nie untuk rambut kita, menarik kan..

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Micro Bamboo Charcoal pula membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotiran, Mico Bamboo Charcoal nie menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut adalah sesuatu yang penting untuk kita wanita bertudung kerana dapat meningkatkan keyakinan diri..

SAFI SHAYLA terbaru nie mengeluarkan rangkain produk syampu yang baru yang bukan saja mengandungi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tapi juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini dapat bertahan selama 48 jam tau..

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Dengan fomulasi terbaru yang dipertingkat dan haruman segar berpanjangan, pengunaan SAFI SHAYLA dapat membantu golongan wanita bertudung merasa lebih yakin dengan diri dan mengejar impian dan cita-cita mereka selain dari mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

SAFI SHAYLA Mist 2 Dalam 1 Rambut & Hijab


Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla - Mist 2 Dalam 1 Rambut & Hijab - Sumber Google
Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Produk nie juga tak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut. Sesuai untuk kegunaan setiap hari dan meninggalkan haruman yang menyegarkan juga bertahan selama 24 jam. Selain tu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

SAFI SHAYLA Serum Rambut

Safi Shayla Serum Rambut disediakan dengan dua variasi iaitu Licin Terurus dan Hitam Menawan. Dengan formulasi Safi Shayla yang mengandungi bahan terpilih Minyak Organic Habbatus Sauda, Minyak Moroccan Argan Organik, Minyak Zaitun Asli dan Minyak Vitamin E membuat rambut lebih sihat dan ringan

SAFI SHAYLA Minyak Rambut


Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla Baru - Minyak Rambut - Sumber Google
Minyak rambut Safi Shayla pula dapat memberikan rambut yang lembut juga licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan

SAFI SHAYLA Syampu
Safi Shayla Syampu dengan pilihan lapan variasi. Jom kita tengok jom..

Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif
Safi Shayla Baru Istimewa Untuk Wanita Bertudung dan Aktif - Sumber Google
SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
Mengandungi Micro ZPT Complex yang mana dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan

SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan
Mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus

SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapus bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar sepwrti berada di awang-awangan

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak
Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapar membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotiran dan menyegarkan kulit kepala.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak
Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut risak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus
Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk dijaga/dimanja.

SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya
Mengandungi Nano Lipid Enchancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain iti, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya

Rangkaian produk SAFI SHAYLA nie korang boleh dapatkan di pasaraya besar, pasaraya dan juga dalam talian. Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya

SAFI SHAYLA

Facebook

Instagram















Saturday, May 5, 2018

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites

May 05, 2018 7
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Assalamualaikum, hai semua! Tak berapa hari lagi kita semua dah nak sambut bulan puasa kan. Kak Sue ada lagi satu tempat nak berbuka yang nak dikongsikan dengan korang Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites. Korang yang bekerja dekat area KL boleh la mula menempah Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites nie sebab tempat nie boleh dikatakan tengah-tengah bandar KL juga tau. Balik keje boleh berbuka kat sini dengan keluarga atau geng pejabat korang kan..

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites

Sebelum Kak Sue kongsi menu yang akan disediakan dalam Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites nie, Kak Sue juga nak kongsi dengan korang lokasi hotel nie yang berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur. Kira landmark juga lah, senang nak cari kan. Kadang biasa lah KL nie dengan jem nya, dengan waze buat kita berpusing-pusing pastu sesat, hehehe.. Ramadhan Buffet nie disediakan di tingkat 23 di Restoran Soi tau korang, tempat yang selesa dan disediakan kemudahan surau dan tandas yang bersih. Usah lah risau bab tu ya..

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Sekarang jom Kak Sue nak sembang bab menu yang disediakan kat sini pula ya. Ramadhan Buffet bertemakan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites nie menyediakan masakan Melayu Asli dan resepi adalah dari resepi kampung dari Chef kat sini tau. Kalau dah masakan kampung nie Kak Sue pasti tentu ramai peminat kan. Macam Kak Sue sendiri pun peminat masakan kampung nie, mau bertambah-tambah makan..

Ada lebih 100 juadah menarik yang akan disediakan untuk korang yang plan berbuka kat sini. Mesti rambang mata kan nak pilih mana satu sebab semuanya menarik dan sedap. Jom lah Kak Sue kongsikan dengan korang menu utama yang akan disediakan nanti. Antaranya Ayam Pencen Salai, Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok Wan, Daging Bakar Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan Gulai Kawah.
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Selain tu ada menu menarik yang lain di sediakan dalam Ramadhan Buffet nie antaranya Ikan Bakar, Briayani Pak Arab dengan Kambing Golek Bakar, Satay Kajang, Ayam Percik, Laksa dan Bubur Lambuk. Haa.. macam-macam pilihan ada, mau tak rambang mata kalau macam nie kan.. hehehe..

Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Akhir sekali, macam biasa lah pencuci mulut. Ada macam-macam pilihan juga tau. Ada pelbagai jenis kek, kuih muih, buah-buahan dan pilihan istimewa ABC. Ada banyak bahan tau korang boleh tambah-tambah sendiri dalam ABC nie.
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Ramadhan Buffet Pacific Regency Hotel Suites
Pada korang yang berminat nak berbuka atau nak tau lebih detail, macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya

Pacific Regency Hotel Suites
Restoran Soi 23

Harga
RM98.00++ ( Dewasa )
RM49.00++ ( Kanak-kanak & Warga Emas)

Tarikh
19 Mei 2018 - 19 Jun 2018

Tel
03 - 2332 7788

Email
fnbadmin@pacific-regency.com




[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.