2018 - Shuhaida Kabdy

Monday, January 22, 2018

Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

January 22, 2018 4
Peraduan Traveloka Fly & Win CNY
Assalamualaikum, hai semua! Rasanya semua orang dah tahu tentang Traveloka, syarikat teknologi terkemuka yang menyediakan penerbangan dan perkhimatan tempahan hotel dalam talian, yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Untuk korang yang kaki travel dan suka bercuti Traveloka adalah teknologi yang korang dapat mencari penerbangan atau hotel dengan cepat dan harga yang murah tanpa sebarang tambahan bayaran tersembunyi. Dalam pada tu Traveloka akan adakan tawaran atau promosi dari masa ke semasa dan kali nie Kak Sue nak kongsikan dengan korang Peraduan Traveloka Fly & Win CNY yang bakal diadakan tak lama lagi..

Peraduan Traveloka Fly & Win CNY
Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

Sebelum Kak Sue kongsikan dengan korang Peraduan Traveloka Fly dan Win CNY nie, Kak Sue nak kongsikan sikit tentang Traveloka nie. Macam yang Kak Sue dah bagi tau kat atas tadi, Traveloka nie adalah satu website yang kita boleh guna untuk tempah hotel atau penerbangan percutian kita. Tambah pula sekarang nie zaman semua kerja hanya dihujung jari, boleh aja kita nak tempah secara online dari rumah atau di mana-mana secara serta merta pula tu.

Maksudnya kalau kita nak guna tu, boleh aja tempah on the spot! Senang kan, korang hanya perlu download aplikasi Traveloka di Playstore untuk adroid dan apstore bagi Iphone. Kemudian boleh lah korang register jadi ahli, senang kalau register nie ada banyak kelebihannya nanti dan jangan risau register jadi ahli nie percuma ja tau.. lelaju install dan register tau korang. Jom Kak Sue nak kongsi secara ringkas cara nak guna pula ya..

Peraduan Traveloka Fly & Win CNY
Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

Cara Nak Guna Aplikasi Traveloka


1. Memula, lepas korang install aplikasi Traveloka, sila daftar sebagai ahli dulu. Banyak tau kelebihan bila jadi ahali nie

2. Kemudian, korang pilih aja nak tempah hotel, penerbangan atau nak tengok promosi apa yang best pun boleh

3. Lepas dah pilih, confirmkan dan isi form yang dah disediakan

4. Akhir sekali, buat pembayaran dan untuk pembayaran nie macam biasa korang boleh guna online banking. Nak guna debit atau kredit kad pun boleh.

5. Bila dah selesai buat pembayaran Traveloka akan hantar e-ticket, jadi senang dah sekarang nie korang. Nanti bila nak check in korang tunjuk ja e-ticket. Tak risau dah tiket hilag atau tertinggal. Selesai semua, korang boleh berlepas dengan senang hati..

Haaa.. senang kan! Dengan Traveloka nie kita tak payah kusut nak menempah atau nak buat pembayaran semua kat situ dah disediakan termasuk lah e-tiket. Selain dari tempah tiket penerbangan, nak tempah hotel pun cara yang sama juga tau korang. Dan bukan untuk dalam negara ja, luar negara pun korang boleh tempah juga kat Traveloka nie. Nak bandingkan harga ke, nak tengaok website penerbangan ke, semua yang kat dalam satu aplikasi nie.

Okay, selesai satu bab. Sekarang Kak Sue nak kongsikan kelebihan mengunakkan aplikasi Traveloka pula. Jom kita tengok..

Peraduan Traveloka Fly & Win CNY
Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

Kelebihan Aplikasi Traveloka

1. Aplikasi Traveloka nie senang, kemas dan yang paling penting percuma

2. Boleh bandingkan harga-harga dengan pilihan yang lain

3. Tiada caj yang tersembunyi

4. Memudahkan kita membuat pembayaran secara oline banking, debit atau kredit

5. Kemudahan e-ticket untuk check in

6. Pembelian insuran perjalana

7. Selalu ada promosi, kena rajin cek lah ya korang

Akhir sekali, Kak Sue nak kongsikan promosi baru dari Traveloka macam Kak Sue bagi tahu kat atas tadi, Peraduan Traveloka Fly & Win CNY pula untuk korang ya. Peraduan  nie bermula 22 Januari sehingga 28 Febuari 2018. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Ada beberapa step yang korang perlu lengkapkan sebelum korang layak menang peraduan Traveloka Fly & Win CNY nie tau. Hadiah pun tak kurang menarik juga, rugi kalau korang tak join. Kak Sue pun rasa macam nak join la juga.. ehehe.. mana tahu ada rezeki kan..

Peraduan Traveloka Fly & Win CNY
Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

Syarat Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas ( pada Januari 2018) menetap di malaysia tidak termasuk pekerja atau ahli keluarga terdekat Traveloka Sdn Bhd

2. Peserta yang berumur 18 tahun  perlu mendapat persetujuan keluarga

3. Tempoh peraduan adalah pada 22 Januarai sehingga 28 Febuari 2018 dan pihak penganjur berhak memendekkan atau memanjangkan tempuh peraduan tanpa perlu memberi notis dahulu

4. Ikut arahan permainan yang perlu dilengkapkan

5. Peserta perlu mempunyai akaun Facebook, follow Fan Facebook Page. Peserta juga perlu sertain permainan di laman website yang disediakan juga perlu mengisi detail tentang diri mereka

6. Peserta boleh berkongsi maksimum 5 kali sehari dan perlu mencapai skor yang tertinggi. Hanya tiga pememang yang akan dipilih dan dipilih secara rawak. Kegagalan mematuhi syarat di atas akan kehilangan syarat kelayakan untuk menang hadiah

Hadiah Peraduan Traveloka Fly & Win CNY

Hadiah peraduan Traveloka Fly & Win CNY ada tiga pemenang tau korang. Meh kita tengok apa hadiah yang disedikan oleh Traveloka kali nie

Hadiah Utama ialah perjalanan 6 hari 5 malam ke Seoul, Korea untuk dua orang

Hadiah kedua pula perjalanan 5 hari 4 malam ke Phuket, Thailand untuk dua orang

Hadiah ketiga perjalanan 4 hari 3 malam ke Langkawi, Malaysia untuk dua orang

Hadiah lain, voucher Traveloka RM1000 kepada dua pemenang dan setiap pemenang hanya layak untuk satu hadiah voucher sahaja

* Hadiah pertama, kedua dan ketiga kat atas nie adalah untuk penerbangan dan penginapan sahaja tau. Semua pemilihan pemenang adalah mukatamad sebarang surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

Apalagi korang jom kita join ramai-ramai dan jangan lupa kongsi dengan kawan-kawan yang lain ya..









Sunday, January 21, 2018

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

January 21, 2018 4
Mek Zumbie 2k18 Giveaway
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak join Mek Zumbie 2k18 Giveaway pula. tengok syarat pun mudah sangat. Hadiah pula siap boleh pilih mana yang berkenan dalam list yang dah disediakan. Mana tahu ada rezeki kan, sambil kita support kawan blogger apa salahnya join kan. Untuk syarat-syarat dan nak join korang boleh klik banner bawah nie tau..

Mek Zumbie 2k18 Giveaway
Mek Zumbie 2k18 Giveaway - Klik banner untuk join

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Semua syarat dah Kak Sue ikut dah dan hadiah yang Kak Sue pilih ialah novel Dari Alam Lain, sebab Kak Sue memang suka baca kisah misteri macam nie. Siap ada koleksi lagi kat rumah nie tau, kalau terpilih sebagai pemenang Mek Zumbie 2k18 nie bertambah lagi satu koleksi novel kesayangan Kak Sue lah nanti.


Semoga ada rezeki untuk Kak Sue kali nie dan kalau terpilih sebagai pemenang email Kak Sue skabdy@yahoo.com. Good luck semua yang join ya :)





Saturday, January 20, 2018

Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester

January 20, 2018 10
Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester
Assalamualaikum, hai semua! Selamat berhujung minggu, sambil santai-santai meh Kak Sue nak kongsi dengan korang satu contest yang menarik untuk korang join. Untuk peminat sukan bola sepak, korang wajib join contest Beli Dashing dan menang hadiah ke Manchester. Haa.. gila tak nak kan dapat hadiah macam nie. Dapat ke Stadium Ethihad yang bertaraf dunia dan menonton secara langsung pasukan kegemaran korang. Jom beli Dashing dan menang hadiah ke Manchester jom..

Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester
Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester

Jom Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester

Macam yang kita sedia tahu, Dashing satu jenama penjagaan diri khusus untuk lelaki. Kali nie Dashing menganjurkan satu peraduan untuk tahun ketiga tahun berturur-turut dan ganjaran kali nie lebih hebat dan menarik. Dashing nak bagi penginapan 4 hari 3 malam, trip pergi balik ke Manchester, United Kingdom termasuk tiket VIP bagi perlawanan secara langsung anatra MCFC dan MU. Hadiah pula untuk 6 orang bertuah tau, menarik kan.. sapa nak bagi. Jom cepat beli Dashing dan menang hadiah menarik ke Manchester!

Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester
Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester
Pemenang bukan setakat dapat saksikan perlawanan bola sepak pasukan EPL dengan tiket tempat duduk vip di Stadium Etihad sahaja, tapi korang akan dapat..

* Melawat National Football Museum dan Stadium seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield

* Dapat berjumpa dan tandatangan dari beberapa pemaian lagenda MCFC

* Sebagai bonus, pemenang berpeluang untuk menyertai lawatan Magical Mystery Tour, ke beberapa lokasi pilihan kisah kumpulan muzik ternama The Beatles

Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester
Beli Dashing dan Menang Hadiah ke Manchester
Haaa.. best kan, okay sekarang, Kak Sue nak kongsi cara nak join contest menarik dari DASHING nie pula. Caranya mudah sangat tau, ikut aja semua step nie tau..

1. Beli Dashing atau Elite dalam 1 resit pembelian

2. Ambil gambar resit dan whatsapp kan nama penuh, no kad pengenalan / passport  dan outlet korang beli barang kat mana

3. Akhir sekali, whatsapp ke +6016-9972373

Jangan tunggu lagi, cepat dapatkan produk DASHING dan join contest nie tau. Tarikh tamat pada 31 Januari 2018, sempat lagi kalau korang nak join.

Untuk lebih detail macam biasa Kak Sue kongsikan kat bawah nie ya



No Tel : 03 - 8023 8311









Friday, January 19, 2018

Serimuka Durian Sedap di BTP

January 19, 2018 4
Serimuka Durian Sedap di BTP
Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue rasa ramai antara korang nie suka makan serimuka durian kan. Kat rumah Kak Sue nie kalau kuih muih tradisonal memang anak-anak kurang nak makan., tengok juga jenis kuih nya, Beberapa hari lepas rasa teringin pula nak makan kuih serimuka durian sedap di BTP nie. Kak Sue order aja dari kawan satu taman dengan kawasan perumahan Kak Sue nie. Dah banyak kali juga sebenarnya order dengan kawan nie, siap hantar depan pintu lagi tau. Memang puashati..

Serimuka Durian Sedap di BTP
Serimuka Durian Sedap di BTP

Serimuka Durian Sedap di BTP

Sebelum nie Kak Sue rasanya belum pernah order dari mana-mana peniaga yang buat kuih serimuka durian nie. Kira pertama kali order dengan kawan Kak Sue nie lah, Azrina Fizi terus melekat sampai hari nie. Rasanya serimuka durian paling sedap di BTP nie dari air tangan Rina lah. Semua cukup dan terasa duriannya tau. Memang puas makan, harga pun sangat berpatutan..

Selain menjual dan menerima tempahan kuih muih tradisional nie, Rina juga ada buat tempahan kek. Pilihan kek Rina pun menarik, macam-macam jenis kek ada. Kak Sue pernah order Kek Cheese dan Kek Durian kat Rina, macam biasa air tangan Rina memang tak pernah mengecewakan. Korang kalau nak rasa atau nak tempah kek boleh lah cari Rina di facebook beliau Azrina Fizi ya. Rasanya Rina ada juga buat penghantaran ke area Kuala Lumpur sebab pejabat Rina kat sana. Kak Sue yakin sekali dah rasa, mesti nak lagi.. Selamat mencuba korang, papai!

Thursday, January 18, 2018

Riadah Petang di Sekolah Adik

January 18, 2018 8
Riadah Petang di Sekolah Adik
Assalamualaikum, hai semua! Lama Kak Sue tak kongsi cerita pasal Adik kat sini kan. Petang tadi sempat Kak Sue singgah tengok riadah petang di sekolah Adik. Sebelum nie pun Kak Sue dah pernah kongsikan dah cerita yang sama kan sini. Kali nie nak ulang lagi, saja nak kongsi cerita pasal Adik. Pejam celik dah setahun lebih dah Adik kat sini, cuma masa mula-mula dulu lepas habis riadah petang di sekolah Adik nie, kira Adik dah habis kelas. Sekarang bila dah mula ke tahap yang lain, kelas Adik sampai lewat malam dah..

Riadah Petang di Sekolah Adik
Riadah Petang di Sekolah Adik

Riadah Petang di Sekolah Adik

Biasanya selepas solat asar, anak-anak dibenarkan riadah petang di sekolah Adik nie. Kadang Kak Sue nampak ada ustaz atau warden yang pantau, tapi kalau tak ada, abang-abang senior pun ada bermain sekali. Jadi tak ada lah kita risau kalau ada perkara yang tak dijangkan berlaku kan. Alhamdullilah, sekarang Adik dapat main bola sama-sama dengan pelajar lain, tak macam dulu kalau pelajar-pelajar baru atau yang kecil-kecil nie nak bersaing dengan abang-abang memang dapat tengok bola aja lah. Sekolah Adik kali nie, lain sikit semua orang main sama-sama.. semangat tengok Adik rebut bola tadi. Kemahin seronok Adik..

Riadah Petang di Sekolah Adik
Riadah Petang di Sekolah Adik
Bagus juga ada aktiviti riadah petang macam nie kan, dapat juga keluarkan peluh dan merehatkan minda. Ya lah, seharain memerah otak mengahafal bila ada aktiviti riadah macam nie tak ada lah anak-anak rasa tertekan sangat. Untuk riadah petang nie, pelajar-pelajar diwajibkan pakai t.shirt hitam tapi ada juga yang pakai t.shirt putih tu, ehehe.. Tepat pukul tujuh pelajar kena balik ke asrama untuk bersiap solat maghrib pula. Selepas solat Maghrib sambung menghafal dan baca surah Al Waqiah. Kemudian solat Isyak, lepas tu makan malam dan sambung menghafal lagi. Akhir sekali sebelum habis kelas, ada taklim antara pelajar dan ustaz. Selesai semua, pelajar dibenarkan masuk tidur. Ha.. macam tu lah aktiviti pelajar-pelajar tahfiz serba sedikit yang dapat Kak Sue kongsikan kat sini.. Kut lah ada ibu bapa yang tertanya-tanya kan macam mana aktiviti anak-anak tahfiz..

Riadah Petang di Sekolah Adik
Riadah Petang di Sekolah Adik
Setakat nie Kak Sue rasa agak berpuashati juga dengan jadual belajar Adik, cuma Adik agak keletihan sikit sekarang nie. Tak apa lah nak, letih kejar akhirat tu dihujungnya manis. Ibu doakan Adik dan semua anak-anak di madrasah sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, diterangkan dan ditenangkan hati, diberi kesihatan yang baik, cemerlang di dunia dan akhirat.. Semoga terus istiqomah ya anak-anak semua, aamiin ya rabb..

Baca juga Selamat Bersekolah Anak-Anak Ibu


Wednesday, January 17, 2018

Lauk Paling Sedap

January 17, 2018 9
Lauk Paling Sedap
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie nak sembang santai lagi dan pasal makanan lagi.. ehehe! Salah satu lauk paling sedap bagi Kak Sue sekeluarga ialah ikan bilis goreng letak bawang dan cili padi. Haa.. kalau masak simple macam nie memang bertambah makan tau. Nak-nak Abang Man, memang suka sangat kalau Kak Sue masak macam nie. Kira lauk paling sedap lah, tak ada lauk lain pun tak apa dah..

Lauk Paling Sedap
Lauk Paling Sedap

Lauk Paling Sedap

Kadang kan sampai dah tak idea dan tak tahu dah nak masak apa dah kan. Nasib Abang Man jenis yang tak cerewet, janji pedas sudah. Lagi-lagi kalau lauk jenis simple, yang tu lah lauk paling sedap bagi Abang Man. Selain ikan bilis goreng campur bawang dan cili padi nie, satu lagi lauk paling sedap bagi Abang Man telur mata kerbau letak kicap dan cili padi. Memang bertambah makan, siap cakap masak hari-hari pun tak apa. Senang gila nak jaga kan.. ehehe..

Lagi satu Abang Man memang tak reti nak makan kalau ada banyak-banyak lauk. Selalunya kalau balik rumah Mak Kak Sue lah, Mak suka masak lauk banyak jenis, memang dah terbiasa. Kadang yang jadi banyak jenis tu sebab nak ikut lauk kegemaran anak, menantu dan cucu. Akhirnya sedar tak sedar jadi banyak jenis lauk pulak dah.. ehehe.. Tu yang dah tak tau nak makan lauk yang mana satu. Okay la, setakat sini dulu sembang makan-makan Kak Sue kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!




Tuesday, January 16, 2018

Birthday Giveaway By MamaPipie

January 16, 2018 9
Birthday Giveaway By MamaPipie
Assalamualaikum, hai semua! Untuk tahun nie Birthday Giveaway By MamaPipie adalah giveaway atau segmen pertama yang Kak Sue join. Agak lama juga Kak Sue tak join mana-mana aktiviti dari rakan blogger nie. Jadi apa salahnya sesekali kita support kawan-kawan blogger yang buat aktiviti macam nie kan. Sebelum join Birthday Giveaway By MamaPipie nie, jom kita tengok syarat-syaratnya dulu jom..


Birthday Giveaway By MamaPipie

Antara syarat-syarat Birthday Giveaway By MamaPipie ialah

1. Add Blog MamaPipie dalam bloglist
2. Follow Blog MamaPipie
3. Masukkan Blog MamaPipie dalam bloglist korang
4. Follow Instagram MamaPipie dan like FB Page MamaPipie
5. Buat satu entry dan letakkan banner kat atas dan backlink ke entri MamaPipie
6. Dalam entry tu pilih satu post MamaPipie yang korang suka baca dan juga sebabnya. Jangan lupa letak link post yang korang pilih tau. Cerita serba ringkas  aja. Saja MamaPipie nak tau topik menarik dalam blog nie yang korang suka
7. Selepas siap semuanya tinggalkan komen di post ini berserta link korang

Entri Blog MamaPipie Yang Kak Sue Suka

Dalam banyak-banyak entry Blog MamaPipie yang Kak Sue suka, Kak Sue pilih entry Apa Perlu Dibuat Jika Terjumpa Barang Berharga sebab Kak Sue kadang tertanya-tanya apa perlu kita buat, atau apa hukumnya kita gunakan barang yang kita jumpa. Takut juga kan nak guna barang orang lain punya yang bukan hak kita. Korang nak tau lebih lanjut kena lah baca entri MamaPipie nie tau..

Hadiah Birthday Giveaway By MamaPipie

Hadiah yang disediakan adalah 2 hadiah utama dan 3 hadiah saguhati. Pemenang hadiah utama akan berpeluang memilih buku/majalah/novel/Al-Quran yang berharga RM50 terbitan Krangkraf. Korang boleh pilih mana-mana tajuk yang korang suka. Bagi hadiah saguhati pula, hadiah buku juga tapi tak boleh pilih tajuk tau. Pemenang pula akan dipilih melalui Encik Random.org.

Cepat tau korang join, giveaway nie sampai 25 Januari pukul 9.10 malam ( MamaPipie pilih waktu kelahiran beliau) Good luck semua!


Tips Sambal Tumis Tahan Lama

January 16, 2018 8
Tips Sambal Tumis Tahan Lama
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Tips Sambal Tumis Tahan Lama. Rasanya boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu dah tau kan macam mana nak masak resepi yang satu nie kan, cepat dan mudah. Kalau kat rumah Kak Sue nie masak berkali-kali pun tak apa, sebab salah satu lauk kegemaran anak-anak. Kadang kalau kita masak sambal, tak kira lah sambal apa pun kalau tak betul cara masak cepat basi dan sakit perut tau. Jadi kali nie Kak Sue nak kongsikan tips sambal tumis tahan lama dengan korang..

Tips Sambal Tumis Tahan Lama
Tips Sambal Tumis Tahan Lama

Tips Mudah Sambal Tumis Tahan Lama

Sebenarnya tips mudah sambal tumis tahan lama nie Kak Sue dapat dari Mak Kak Sue sendiri. Biasa lah orang tua kan, banyak tips dan petua yang mereka amalkan baik dari segi masakan atau dalam kehidupan sehari-hari. Caranya senang aja pun sebenarnya, macam biasa bila korang dah tumis sambal dalam kuali tu, korang biarkan kuah sambal tumis masak lebih lama sikit dengan api sederhana dan sampai kuah sambal tu nampak berkilat. Bila dah nampak kuah berkilat, kacau sekejap baru tutup api. Kata Mak Kak Sue kalau kuah sambal masak lama dan berkilat macam tu, baru tahan lama. Haa.. gitu aja tipsnya, masak lama dan sampai berkilat..

Untuk korang yang nak berniaga atau nak buat stok kuah sambal tumis supaya senang kerja korang nak masak nanti boleh lah cuba tips nie ya. Caranya senang aja pun, sambil tunggu sambal tumis masak dan berkilat korang boleh aja sambil buat kerja lain kat dapur tu. Lain kali, kalau korang rasa nak masak sambal tumis ikan bilis ka, sotong ka, udang petai ka, cuma panaskan aja balik kuah sambal tu. Kerja pun jadi mudah dan cepat. Korang pun cukup masa nak rehat.. eh macam pantun pula kan. Semoga perkongsian ringkas Kak Sue kali nie beri manfaat untuk korang semua ya, selamat mencuba.. papai!

Baca juga Sunnah Ketika Masak

Monday, January 15, 2018

Sanah Helwah Mak Tersayang

January 15, 2018 11
Sanah Helwah Mak Tersayang
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie harijadi Mak Kak Sue, Sanah Helwah Mak Tersayang.  Alhamdullilah, masih dipanjangkan umur dan masih sihat. Cuma kadang-kadang tu biasa lah kan bila umur dah banyak nie, badan dah tak kuat tapi semangat Mak yang sentiasa kuat. Masih macam dulu, rajin masak makan untuk anak cucu, ada aja kerja yang nak dibuat tak boleh duduk diam. Kadng bila Kak Sue telefon Mak tu tak berangkat, rupanya kadang kat belakang rumah tengok pokok yang Mak tanam lah, itik lah, ayam lah. Apapun Orang doakan Mak sentiasa sihat tau, kena jaga kesihatan juga ya Mak. Jangan dok lasak-lasak sangat..

Sanah Helwah Mak Tersayang
Sanah Helwah Mak Tersayang

Sanah Helwah Untuk Mak Tersayang

Kak Sue cuma dapat ucapkan Sanah Helwah untuk Mak tersayang dari jauh aja lah. Nak balik sambut dengan adik-beradik yang lain tak dapat. Ya lah, anak-anak sekolah kan. Nanti lah bila cuti-cuti nanti boleh lah bawa Mak keluar makan dan belikan Mak hadiah. Mak tak kisah pun, tapi sesekali kita berbelanja dan gembirakan hati Mak kita apa salahnya kan.. Mak Kak Sue sebenarnya susah juga nak makan kat luar, lebih suka masak sendiri. Kadang bila dah berkumpul ramai-ramai adik beradik, Mak ikutkan aja lah..

Sebelum nie kan, beberapa hari lepas Kak Sue boleh tersalah buat ucapan harijadi Mak, hadoi la! Selalu macam tu tau, keliru tarikh harijadi Mak. Nasib tak call Mak wish birtday beria lagi hari tu, kalau tak nampak sangat tak ambik berat tarikh hari jadi Mak. Sorry tau Mak, tengok kat facebook Mak memang betul tarikh tu, sekali salah lah pulak. Nampaknya nak kena betulkan balik nanti.. huhuhu..

Sempena harijadi Mak nie, Orang nak ucapkan terima kasih sebab Mak lahirkan, didik dan sabar dengan kerenah Orang dari kecik sampai lah dah tua nie. Orang doakan semoga Mak sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, diberi kesihatan yang baik, umur yang bermafaat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan Mak dunia dan akhirat.. aamiin ya rabb.. Orang sayang Mak sangat-sangat. Nanti kita pergi makan-makan dan orang belikan Mak hadiah tau.. lebiu Mak..


Sunday, January 14, 2018

Cerita Blog Shuhaida Kabdy

January 14, 2018 10
Cerita Blog Shuhaida Kabdy
Assalamualaikum, hai semua! Hari nie Kak Sue nak sembang Cerita Blog Shuhaida Kabdy, blog Kak Sue sendiri. Ala tak ada cerita hebat pun pasal blog Shuhaida Kabdy nie pun korang, saja ja Kak Sue nak sembang santai kat sini. Kak Sue mula buat blog dah agak lewat dalam tahun 2011 macam tu. Masa tu Kak Sue baru nak kenal media sosial, lepas tu nampak blogger masakan selalu kongsi resepi di Facebook. Tu yang Kak Sue pun timbul minat nak ada blog nasakan juga, sambil-sambil belajar memasak kan..

Cerita Blog Shuhaida Kabdy
Cerita Blog Shuhaida Kabdy


Cerita Blog Shuhaida Kabdy

Kak Sue dulu kan, bukanlah seorang yang pandai memasak, sekarang pun bukan lah pandai sangat pun, masih banyak lagi nak belajar sebenarnya. Disebabkan Kak Sue suka dan minat tengok blogger masakan kongsikan resepi dengan gambar yang cantik dan langkah demi langkah yang mudah buat Kak Sue tertarik nak cuba resepi mereka dan nak  ada blog masakan sendiri juga. Tu yang Kak Sue pun buat blog, kalau tak silap dalam tahun 2011 macam tu. Masa tu ayat dalam entri pun entah apa-apa, bila baca balik kelakar gila.. malu pun ada, hahaha!

Masa tahun 2014, bila Kak Sue tengok balik blog Kak Sue tak ada satu entri pun yang Kak Sue update. Kira lama juga lah Kak Sue senyap kat blog dekat setahun tak aktif sampai lah Kak Sue join satu kelab blogger nie untuk belajar dan mengembangkan lagi bisnes Kak Sue dan Abang Man dan terus aktif sampai sekarang. Dari blog masakan, Kak Sue tukar niche blog ke Lifestyle, Parenting dan Food. Ya la, entri Kak Sue bukan bercerita pasal resepi ja sekarang nie, macam-macam Kak Sue kongsi. Kak Sue juga berpeluang dapat duit poket dan gift dari hasil berblogging walaupun tak sebanyak kawan-kawan lain tapi Alhamdullilah tetap ada. Seronok sangat..

Untuk tahun nie, Kak Sue harap blog Kak Sue mencapai target yang Kak Sue nak. Selepas tu mungkin Kak Sue akan slow down kut, tapi jangan risau.. Kak Sue tetap support kawan-kawan blogger yang lain tau. Semoga apa yang Kak Sue kongsikan di Blog Shuhaida Kabdy, memberi manfaat dan pahala yang terus mengalir walaupun Kak Sue dah tak ada nanti... aamiin ya rabb.. Jumpa lagi nanti, papai!






Saturday, January 13, 2018

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

January 13, 2018 11
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Assalamualaikum, hai semua! Cuti hujung minggu macam nie kadang malas nak masak kan, rasa nak rehat dan makan kat luar bersama keluarga. Kadang sampai habis dah idea nak masak apa, bila cuti hujung minggu macam nie apa salahnya sesekali kita makan kat luar kan. Jom lah Kak Sue nak kongsikan dengan korang satu tempat makan yang Kak Sue pergi masa cuti sekolah hari tu. Untuk korang yang memang peminat makanan barat, boleh lah korang cuba ke Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati. Sebenarnya Kak Jam, kakak Abang Man yang pelawa kami lunch kat sini hari tu, katanya makanan kat sini sedap dan portion pun agak banyak. Kami plan lepas makan di Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati nie nak pergi cari barang sekolah Adik dan Abang terus. Dah alang-alang keluar kan, sekali kita settelkan apa yang patut..

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Kami sampai di Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse yang terletak di Taman Melawati  agak lewat juga hari tu. Dah keluar lewat dari rumah ditambahkan lagi dengan hujan dan jem, ambik paham aja lah kan macam mana punya lewat. Nasib Kak Jam dan Along pun belum sampai lagi kat situ, kalau tak kesian juga depa nak tunggu lama. Kata Kak Jam, tak apa lah kalau tak sempat lunch kita order aja makanan yang lain nanti. Rupanya restoran nie dekat juga dengan Melawati Mall tau korang, betul-betul tepi jalan dan senang ja nak cari. Parking pun senang, samada nak parking depan restoran tepi-tepi jalan atau parking seberang jalan sana pun ada. Memang tak payah risau bab parking

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Bila Kak Sue masuk aja ke dalam restoran rasa macam wah, nampak mewah restoran nie deko pun simple aja tapi cantik. Sebelah kanan pintu masuk ada dapur ala tardisonal untuk masak pizza, memang menarik. Tak payah tunggu lama lepas kami duduk staff terus datang ambik order. Minuman Abang Man pesan Teh O panas, depa serve dalam teko tau, jadi boleh tambah sendiri gula nak macam mana. Adik nak air kosong, mana-mana nak air kosong tau Adik nie. Abang Tihie Lemonade Haus Boom dan selebihnya Kak Sue, Kakak, Kak Jam dan Along order Ice Lemon Tea..

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Untuk makanan pula, Kak Sue, Abang, Adik dan Along order Chicken Chop Set, Kakak order Lamb Chops dan Kak Jam order Chicken Burger Set. Disebabkan kata portion banyak Abang Man kata nak kongsi dengan Adik, takut tak habis pula nanti kan, sambil tengok menu kut ada yang berkenan kat hati. Makanan pun tak ambil masa yang lama, sekejap dah siap. Kak Sue tak pasti lah kan memang cepat servisnya atau hari tu memang tak ramai sangat pelanggan kan. Apapun jom kita layan gambar dulu..

Chicken Chop - RM30.00++
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Lamb Chop RM50.00++
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Chicken Burger RM26.00++ (tak ada dalam gambar, sorry.. ehehe)
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Bagi Kak Sue servis kat sini memang cepat dan mesra. Makanan memang sedap dan portion banyak. Harga pun sangat berbaloi dengan hidangan. Air minuman siap boleh refill tau kat sini korang, boleh minum sampai kembung, ehehe! Kemudahan yang disediakan kat sini selain tandas, ada surau kat dalam restoran tau, jadi korang tak payah risau nak cari surau atau nak kena keluar dari restoran. Nama pun restoran Islamik kan! Lagi satu ada satu bilik nie khas untuk majlis tertutup, tak kira majlis apa pun boleh tempah kat sini. Bilik pun macam besar juga lah, Kak Sue lupa nak tanya boleh muat berapa orang.

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati
Korang yang tercari-cari restoran makanan barat yang sedap dan Islamik boleh la singgah sini nanti, memang recomanded! Terima kasih Kak Jam dan Along ajak makan kat sini, lain kali ajak lagi ya.. hahaha! Macam biasa, Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie untuk korang. Selamat mencuba, papai!

Restoran Sixty9 Islamic SteakHouse Taman Melawati

Alamat
Wisma global Globe
No 341, Lorong Sarawak (Block B)
Melawati Urban 1, Pusat Bandar Melawati
53310 Kuala Lumpur

No Tel
03 - 4162 1312

Friday, January 12, 2018

Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie

January 12, 2018 8
Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsikan Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie, yang mudah dan sedap. Lama Kak Sue tak cuba resepi baru, balik-balik masa menu yang sama ja, bila nampak resepi Ayam Teriyaki versi Mamapipie nie kat blog beliau terus rasa nak cuba. Cara dan bahan nak sediakan pun mudah, senang nak cari kat kedai kawasan rumah Kak Sue nie. Musim hujan nie, Abang Man kata malas nak keluar jauh-jauh. Jadi kita beli barang dekat kedai sini aja, jom kita tengok bahan dan cara nak masak jom, senang sangat..

Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie
Ayam Teriyaki Versi MamaPipie

Resepi Ayam Teriyaki Versi MamaPipie

Sebelum nie Kak Sue rasa macam pernah tau makan ayam yang rasa sama macam resepi Ayam Teriyaki versi MamaPipie nie. Tu pun dah lama sangat, zaman Kak Sue belum kahwin dan masih bekerja. Ingat-ingat lupa dah, dah nak masuk puluh tahun dah rasanya tapi rasanya macam masih teringat-ingat sebab sedap! Kebetulan anak-anak Kak Sue memang suka makan ayam, apa salahnya kan cuba resepi baru. 

Cuma bahan ada yang Kak Sue tambah-tambah sendiri sikit, sebab Kak Sue nak masak dalam kuantiti yang banyak. Tu pun tadi terlupa nak masukkan garam sebab macam tak nampak dalam resepi kat Blog MamaPipie, rabun ke apa entah nie.. kahkahkah! Kalau korang jenis tak makan masin, tak masuk garam pun okay ja, jangan macam Kak Sue nie kuat masin sebenarnya tau.. tu semua mengundang penyakit kan. Air pun Kak Sue main agak aja sebab nak blender semua bahan yang kat tas tu kan. Lagi satu, kalau korang nak masak dengan kuantiti yang sikit boleh refer ke resepi asal yang Kak Sue letak kat bawah nie tau. Terima kasih resepinya MamaPipie aka Adda, mintak halal resepinya ya..

Ayam Teriyaki Versi MamaPipie


Bahan-bahan :
1 ekor ayam - di potong ikut kesukaan masing-masing ya
1/2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil kicap soya pekat - Kak Sue guna kicap Cap Kipas Udang
4 sudu besar gula perang
Secubit garam

Cara-cara :
Campurkan semua bahan yang dikisar tadi, gaul sebati dan perap selama 5-10 minit
Kemudian panaskan minyak, goreng ayam tadi dengan api sederhana sehingga perang keemasan. Kalau api kuat sangat takut ayam hangus pula kan, tapi ayam Kak Sue pun macam nak hangus sebab nak bagi garing sikit.. hahaha!
Bila nampak ayam dah masak, angkat dan ketepikan
Kemudian dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan sos dari perapan tadi
Didihkan sos sampai nampak pekat sedikit
Akhir sekali masukkan ayam tadi dan kaup balik dengan sos
Tutup api, sedia untuk dihidangkan




Thursday, January 11, 2018

Menang Top Komentator Blog Azlinda Azman

January 11, 2018 16
Menang Top Komentator Blog Azlinda Azman
Assalamualaikum, hai semua! Menang Top Komentator Blog Azlinda Azman. Alhamdullilah, Kak Sue terpilih sekali lagi sebagai pemenang Top Komentator tapi kali nie di blog Azlinda Azman pula. Sebenarnya blog Linda antara blog yang kerap juga Kak Sue singgah dan menjadi rujukan pada Kak Sue bila nak tulis satu-satu entri. Ya lah orang hebat kan, kita belajar cara-cara menulis dan mengunakan ayat. Kadang memang tak ada idea bila nak update satu-satu entri, jadi Kak Sue lebih suka blog walking ke blog kawan-kawan atau singgah komen. Lagi pun kalau kita rajin komen blog kawan yang lain, InsyaAllah mereka pun akan datang komen balik kat blog kita..

Menang Top Komentator Blog Azinda Azman
Menang Top Komentator Blog Azinda Azman

Menang Top Komentator Blog Azlinda Azman

Terima kasih Linda sudi hantarkan hadiah Kak Sue menang Top Komentator nie terus ke rumah. Seronok dapat jumpa Linda yang entah ke berapa kali di rumah Kak Sue pula kali nie. Kebetulan Linda cuti hari tu, dapat lah kami jumpa dan sembang-sembang sekejap. Selalu jumpa kat mana-mana event memang tak dapat bersembang lama-lama. Ya lah, masing-masing ada kerja yang nak dibuat kan. Ralat sikit aja tak dapat nak menjamu selera kat Linda hari tu, nanti datang lagi tau Linda..

Menang Top Komentator Blog Azinda Azman
Menang Top Komentator Blog Azinda Azman

Linda nie rajin juga bagi kawan-kawan hadiah, sebelum nie masa nak sambut raya Linda ada hadiah kan Kak Sue Yasin comel. Kalau korang nak tau Linda ada buat jual online Yasin comel nie tau. Kalau ada nak buat apa-apa majlis dan nak buat door gift Yasin boleh contac Linda nanti tau. Harga memang sangat berbaloi-baloi dan puashati, Kak Sue jamin! Lepas tu bila balik bercuti dari Bali pun Linda ada juga belikan hadiah untuk Kak Sue. Terharu betul, sebab Linda nie tak cakap pun ada belikan Kak Sue hadiah atau buah tangan. Tau-tau dah sampai depan rumah, terima kasih sekali lagi tau Linda..

Kak Sue doakan semoga Linda sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan Linda, aamiin! Semoga Linda dan blog Linda terus maju dan berkongsi perkara yang menarik dan bermafaat untuk semua pembaca blog Linda ya. Semoga ukhuwah kita berpanjangn sampai bila-bila. Terima kasih sekali lagi Linda..

Wednesday, January 10, 2018

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

January 10, 2018 27
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue nak kongsi dengan korang Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam. Lagi pun tak lama lagi nak Chinese New Year dah kan. Kak Sue sebenarnya agak suka juga dengan makanan Cina nie, ada lah beberapa kali pernah cuba makan di beberapa tempat. Semalam Kak Sue berpeluang mencuba menu baru Chinese New Year 2018 bertempat di Hotel Grand BlueWave Shah Alam pula, memang tak lepas kan peluang lah kan. Rezeki jangan ditolak.. ehehe..

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Bila kita sebut aja makanan Cina nie, mesti ada yang tertanya-tanya kan, halal ke makan makanan dan ke restoran Cina? Korang jangan risau tau, di Tung Yuen Chinense Restauran yang terletak di Level 1 Hotel Grand BlueWave Shah Alam nie, adalah halal friendly hotel tau. Semalam pun Kak Sue tengok ada keluarga Melayu yang datang makan kat sini. Jadi korang jangan risau nak datang makan kat sini bersama kawan atau keluarga nanti tau, sijil Halal diiktiraf oleh Jakim.

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Sambutan Chinese New Year atau Tahun Baru Cina tahun nie jatuh pada 16 Febuari 2018. Biasanya akan ada acara makan besar sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina kan. Pada korang yang berbangsa Cina atau ada keluarga berbangsa Cina dah boleh mula kalau nak buat tempahan makan besar untuk keluarga korang kat sini nanti, tapi sebelum tu meh Kak Sue nak kongsikan set menu yang akan disediakan untuk sambutan itu nanti. Makanan sedap dan harga pun sangat berpatutan, okay jom kita tengok

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Eight Treasure,Dried Oster, Fragrant rice in lotus leaf
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - StirFried Hong Kong Seasonal Vegetable with Whole Garlic
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Shredded Seafood Soup, Golden Mushroom, Dries Scallop
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Fruits

1. Yee Sang

Salah satu menu wajib ada dalam sambutan Tahun Baru Cina seperti yang kita tahu ialah Yee Sang. Pihak hotel menyediakan Auspicious Yee Sang bermula dengan harga RM43.00 nett. Kak Sue pun pertama kali dapat merasa Yee Sang semalam, memang sedap! Ada pilihan set Yee Sang yang lain juga tau korang, jom kita tengok pilihan yang ada

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Yee Sang With Salmon
Harga untuk Menu Yee Sang ( Medium dan Large )

Yee Sang with Sliced Abalone and Salmon Fish
RM255.00 nett (M) RM382.00 nett (L)

Yee Sang with Salmon Fish
RM106.00 nett (M) RM 159.00 nett (L)

Yee Sang with Tuna Fish
RM106.00 nett (M)  RM 159.00 nett (L)

Vegetarian Yee Sang
RM43.00 nett (M)  RM64.00 nett (L)

2. Poon Choy Set

Sebelum tu kan Kak Sue nak kongsikan kat sini, Lo Hei Poon Choy nie adalah hidangan tradisi yang mesti ada pada mana-mana hidangan semasa Sambutan Tahun Baru Cina. Kebiasannya masakan nie diletakkan dalam bekas kayu, seramik atau stainless stell. Kebetulan semalam Kak Sue duduk semeja dengan kawan berbangsa Cina jadi beliau kongsikan yang makanan ini, merupankan left over bagi kaum Cina dan dicampurkan sekali sebagai hidangan makan besar. Cuma zaman sekarang telah dimodenkan lah sikit. Hotel Grand BlueWave telah menyediakan tiga set menu Poon Choy termasuk juga Special Take Away Prosperity Pot 'Poon Choy". Haaa.. siap boleh tapau lagi kan! Okay jom kita tengok harga bagi set-set yang lain pula jom..

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam
Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam - Poon Choy Set
Pilihan Harga Poon Choy Set

Classical Prosperity Treasure Pot Pakage A
RM988.00nett

Duluxe Prosperity Treasure Pot Pakge B
RM1288.00nett

Takeaway Prosperity Pot "Poon Choy"
RM680.00 nett
(inclusive of Stainless Stell Pot)

Pilihan lain yang disediakan

Auspicoius Good Luck Set Menu
RM988.00 nett

Joyful Reunion Set Menu
RM1388.00 nett

Auspicious Good Health Set Menu
RM1888.00 nett

Pre Chinese New Year Celebration Menu
RM2288.00 nett

Hidangan yang kat atas nie adalah hidangan untuk 10 orang makan. Berbaloi sangat dengan pilihan lauk pauk yang ada dalam setiap set tu tau. Set Tahaun Baru Cina nie bermula pada 5 Januari hingga 4 Mac 2018.  Untuk lebih detail macam biasa boleh tengok kat bawah nie ya..

Menu Baru Chinese New Year 2018 di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Tung Yuen Chinese Restauran
Level 1

Buka
Isnin - Ahad ( 7 hari seminggu )

Waktu
Lunch - 11.30 hingga 2.30pm
Dinner - 6.30pm hingga 10.30pm

No Tel
03-5511 8811 ext 2616 / 2724

Web

Facebook

Instagram





Tuesday, January 9, 2018

Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru

January 09, 2018 11
Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru
Assalamualaikum, hai semua! Korang dah cuba Coklat Cadbury perisa Orea yang baru? Kak Sue baru dapat beli beberapa minggu lepas. Jenuh cari merata kedai, tak ada stok atau kehabisan stok kut. Kak Sue memang suka sangat makan coklat, kat dalam peti ais rumah nie, memang sentiasa ada aja apa-apa jenis coklat yang Kak Sue beli. Hari tu ke NSK Rawang, tetiba ternampak coklat Cadbury perisa Oreo yang baru nie kat rak, apa lagi cecepat sambar. Takut kang lambat-lambat tak dapat nak merasa. Kak Sue kalau nampak atau tau ada coklat terbaru mesti gigih beli, nak rasa sedap ke tak.. ehehe..

Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru
Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru

Coklat Cadbury Perisa Oreo Yang Baru

Agaknya semua orang suka dengan rasa Coklat Cadbury perisa Oreo yang baru nie kan. Sebab mana-mana kedai Kak Sue cari, memang tak ada. Semalam pun masa nak beli biskut untuk Adik, nampak ada sign board Coklat Cadbury perisa Oreo aja, coklatnya satu pun tak ada. Nasib sempat beli satu hari tu kat NSK, kalau tak kempunan nak merasa. Ewah, ngalahkan bebudak lah pulak kan. Kak Sue tau pasal Coklat Cadbury perisa Oreo nie pun bila baca blog Amy aka Blog Mamatisya, nampak macam sedap aja. Tu yang gigih cari tu, nasib lah jumpa dan memang sedap!

Coklat Cadbury perisa Oreo nie memang sedap tau korang, pastu ada rasa serbuk dari Orea kat bahagian dalam coklat tu. Rasa memang lain dari yang lain, cuma manis sikit lah. Biasa lah dah nama coklat kan, manis tu biasa. Selain coklat Cadbury Oreo ada beberapa jeni coklat kat rumah Kak Sue sekarang nie. Yang dalam kotak tu, Kak Sue beli masa pergi melawat Muzium Coklat hari tu, yang lagi satu Cadbury Marvellous Creations tapi Kak Sue belum rasa yang dua-dua nie lagi..

Apapun rata-rata dari kita tau, coklat memang ubat penghilang stress kan, tapi tak bermakna orang yang makan coklat nie dia tengah stress. Kadang memang pengemar tegar coklat, macam Kak Sue nie ha.. Bila lepas makan nasi, kadang Kak Sue suka nak makan buah atau coklat. Lepak-lepak tengok tv pun suka makan coklat. Harap tak ada lah penyakit lain kan sebab suka sangat makan coklat Kak Sue nie. Korang yang belum rasa Coklat Cadbury perisa Oreo yang baru nie cecepat lah beli, kut nanti lama-lama dah tak ada pula kan. Dah gigit jari, baru tau erti penyesalan.. ehehe! Okay lah korang setakat nie dulu kali nie, jumpa lagi nanti ya.. papai!


Monday, January 8, 2018

Resepi Sup Sayur Tauge

January 08, 2018 12
Resepi Sup Sayur Tauge
Assalamualaikum, hai semua! Rumah Kak Sue setiap hari kalau masak menu wajib mesti nak kena ada sayur. Kalau tak ada satu jenis menu nie, memang rasa tak lengkap lauk tengahari kami sekeluarga. Kali nie Kak Sue nak kongsikan resepi mudah dan ringkas Sup Sayur Tauge. Sebenarnya Abang Man yang minta Kak Sue masakkan Sup Sayur Tauge nie semalam, Abang Man memang jarang nak buat permintaan masak apa setiap hari, bila dah minta tu maknanya betul-betul nak makan lah tu. Tambah cuaca pun dah mula panas nie kan, sedap juga hirup sup bila tak ada selera nak makan kan..

Resepi Sup Sayur Tauge
Sup Sayur Tauge - menu tengahari kami 

Resepi Sup Sayur Tauge

Alhamdullilah anak-anak Kak Sue pun memang kaki makan sayur, memang Kak Sue ajar dari baby lagi makan sayur. Bubur nasi depa, Kak Sue akan blend dengan carrot atau kentang, bila dah besar sikit ajar lah makan sayur-sayur yang kita masak, jadinya terbiasa sampai sekarang. Cuma Abang dan Adik ada juga sayur yang depa tak makan, macam sawi atau sayur-sayur kampung. Kakak semua bedal, kadang sayur memang Kakak lah tukang habiskan. Macam Sup Sayur Tauge nie Kak Sue masak bagi pedas sikit, sebab kat rumah nie kalau tak pedas memang tak jalan. Okay jom Kak Sue kongsikan resepi ringkas dan mudah nie ya..

Sup Sayur Tauge

Bahan-bahan :
Sayur Tauge - satu bekas besar
Bebola Ikan - Kak Sue beli yang siap packing
2 ketul tauhu - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
8 biji cili padi - dikisar
1 inci halia - diketuk
1/2 kiub Ayam Knor
1 peket sup bunjut
Sedikit buah keras yang ditumbuk
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang dikisar, halia dan sup bunjut sehingga naik bau
Kemudian masukkan air, ikut sukatan yang korang nak banyak mana kuah sup korang
Biarkan mendidih, kemudian masukkan bebola ikan dan tauhu
Kemudian masukkan kiub ayam Knorr, buah keras, lada hitam dan sedikit garam
Biarkan mendidih sekejap, kacau
Akhir sekali tutup api,kemudian masukkan tauge tadi dan kacau lagi
Sedia untuk dihidangkan


Sunday, January 7, 2018

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara

January 07, 2018 12
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Assalamualaikum, hai semua! Hari kedua aktiviti cuti sekolah baru-baru nie Kak Sue dan Abang Man sempat lah bawa anak-anak jalan-jalan tapi Kak Sue rasa nak demam ke Pusat Sains Negara tu tau. Nak ke sini pun Adik sibuk tanya berkali-kali juga, agaknya dengar sepupu-sepupu dan kawan-kawan yang dah pergi seronok kut. Adik pun apalagi nak pergi juga lah nak rasa dan tengok macam mana keadaannya kat sana. Kemahin seronok lagi Adik bila Ibu dan Abah kata nak kesana, Adik tak tau yang Ibu nie rasa nak demam ke Pusat Sains Negara hari tu.. huhuhu..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara

Hari tu pepagi lagi Kak Sue dah bising suruh anak-anak bersiap awal, sebab Pusat Sains Negara ditutup pada pukul lima petang. Kalau dah lambat bersiap dari Rawang nak kesana dengan ditambahkan jem lagi tak tahu lah sempat ke tak nak habis berjalan. Tau ajalah anak dara dan anak teruna bersiap tambah dengan Ibu lagi, memang kalau tak awal bersiap alamatnya tak sempat lah nanti. Kami sampai ke Pusat Sain Negara dah pukul 2 lebih, kalau tak silap. Parking penuh dan orang pun ramai gila. Di pintu masuk Pusat Sains kami disambut oleh staff yang bertugas, walaupun masuk percuma tapi nak kena bagi tau kat depa berapa orang nak masuk. Berapa orang kanak-kanak dan berapa orang dewasa. Mungkin nak buat rujukan kut berapa ramai yang hadir pada hari tu kan..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Selesai semua urusan kat pintu masuk, kami dibenarkan dan dialu-alukan masuk ke dalam Pusat Sains Negara tu. Masuk aja ke dalam, ada akuarium ala-ala Aquria KLCC, tapi tak besar sangat lah. Kita boleh tengok ikan-ikan berenang-renang atas kepala kita, suasana pun sejuk aja kat situ. Lega kejap sebab berpanas kat luar tadi tunggu parking kosong. Kemudian jalan ke depan sikit ada bahagian Aqua dan Cahaya. Kat sini cahaya agak gelap walaupun ada lampu warna biru dan masa kami masuk tu memang orang agak ramai. Nak cuba permainan kat situ pun macam berebut-rebut sebab ramai kan, nak kena tunggu giliran. Kadang agak lama juga nak tunggu.. letih badan dan minda.. sabar ja lah..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Seterusnya kami ke Kids World dan Eureka yang menjadi tempat tumpuan, ramai gila kut kat sini. Dah nama pun cuti sekolah kan, walaupun hari biasa tapi memang penuh orang. Nasib kawasan nie luas dan ada macam-macam bahan pameran dan aktiviti menarik yang boleh kita buat dengan anak-anak kita. Adik memang teruja habis, semua benda Adik nak cuba. Adik punya tenaga tu tak habis-habis dan tak letih, Ibu nie rasa nak demam dah dengan cuaca berbahang dan orang yang padat. Rasa dedor dah badan dan kepala pun berat, tapi masih bertahan sebab anak kan..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Kak Sue, Kakak dan Abang temankan Adik main dan cuba aktiviti kat kawasan tu aja, Kak Sue dah tak larat dah nak naik ke tingkat atas. Tadi dah naik tingkat empat untuk solat zohor, malas nak naik lagi dah dengan keadaan badan yang dah lemau nie. Korang kalau ke sini jangan risau, surau, tandas dan tempat makan ada disediakan. Cuma makanan kat kiosk luar tu agak mahal sikit lah harganya, tambah rasa nak demam lah Ibu.. hahaha! Sebelum balik tu, Kakak sempat layankan Adik main dulu kawasan Kids World tu puas-puas, Ibu dah tak larat nasib ada tempat duduk kosong bila dah petang sikit. Abah, paham-paham aja lah tak boleh tempat crowded macam nie tapi ada aja berdekatan dengan kami..

Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Rasa Nak Demam Ke Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara
Pada Kak Sue, Pusat Sains Negara nie agak menarik untuk bawa anak-anak dan keluarga ke sini. Ada banyak pameran dan aktiviti yang boleh kita buat bersama keluarga. Ada banyak juga permainan yang menguji minda dan kita dapat belajar ilmu sains kat sini. Rasanya Pusat Sains Negara nie antara tempat pilihan yang patut korang pergi bila tiba musim cuti sekolah. Ya lah, in case tak ada idea nak kemana-mana, boleh ja bawa anak-anak dan keluarga ke sini. Nanti Kak Sue kongsikan alamat bagi yang tak tahu nak ke sini ya. Sekian dulu entri jalan-jalan cari makan Kak Sue kali nie, jumpa lagi di entri jalan-jalan Kak Sue yang lain.. papai!

Pusat Sains Negara

Alamat
Persiaran Bukit Kiara,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutan, Kuala Lumpur

No Tel
03 - 2089 3400

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.