Koleksi Mug Hello Kitty

10:01:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum, hai semua! Sebenarnya kan Koleksi Mug Hello Kitty bersama Kit Kat nie dah lama Kak Sue beli. Masa memula keluar tu, gigih Kak Sue cari kat Aeon Anggun Rawang, tapi yang tinggal bukan mug Hello Kitty. Yang corak biasa aja, tapi beli juga lah sebab Kak Sue pun memang pengemar Kit Kat kan.. Beberapa kali datang akhirnya dapat juga koleksi terbaru nie..

Koleksi Terbaru Mug Hello Kitty


Entah macam mana Kak Sue boleh terjebak pula dengan barangan Hello Kitty nie.Nampak cute pula kan. Kakak anak dara Kak Sue yang seorang tu sikit pun tak heran dengan Hello Kitty, Ibu nak belikan pun Kakak tak mau. Siap cakap kat Ibu, Ibu nie macam budak-budak lah nak ber Hello Kitty bagai..hahaha.. Dah terminat, nak buat macam mana kan.. Bertabah aja lah Kakak ada Ibu macam nie..hihihi..

Sebelum nie anak buah Kak Sue yang peminat tegar Hello Kitty, sekali bila tengok barangannya macam cantik ja, macam comel ja. Tersuka tanpa sengaja. Kalau ada koleksi Hello Kitty dari Kit Kat memang Kak Sue belilah. Dapat bekas dan mug sekali kan. Boleh guna untuk isi Kit Kat atau barang makanan yang lain. Nampak lebih kemas dan cantik.. wah gituuuu. Lepas nie tak tahu Kit Kat keluarkan lagi tak koleksi Hello Kitty tapi barang lain pula kan. Kalau ada harus bertambah lagi koleksi Hello Kitty Kak Sue.. jumpa lagi ya, papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Sotong Goreng Tepung

11:38:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum, hai semua! Kali nie Kak Sue cuba menu baru masakan mengunakan sotong. Selalunya kalau Abang Man beli sotong, kalau tak goreng kunyit mesti masak sambal. Kali nie Kak Sue cuba masak Sotong Goreng Tepung. Kat rumah nie yang makan sotong Kak Sue dan Abang Man jaa.. anak-anak tak makan. Kalau buat Sotong Goreng Tepung kalau tak habis makan dengan nasi boleh ratah-ratah aja kan..tak membazir

Sebenarnya kan, sebelum nie Kak Sue nak cuba menu Sotong Goreng Telur Masin.Tapi Kak Sue takut nak masak sebab katanya sotong nie meletup - letup. Aduhai kalau jenis nak meletup bagai nie memang ngeri betul la.. Ada kisah ngeri kalau dengan goreng meletup nie, buat Kak Sue betul-betul trauma. Nanti bebila lah Kak Sue kongsi cerita ya..Jom kita tengok resepi dulu..

resepi sotong goreng tepung
Sotong Goreng Tepung


Sotong Goreng Tepung


Resepi Asal : The Vocket oleh Rafiza Idayu
Bahan - bahan :
sotong - dipotong kecil dan dibersihkan, tos dan ketepikan
1 biji bawang putih - dipecahkan ( Kak Sue tumbuk nampak hancur sikit dah)
1 camca cuka - Kak Sue guna cuka Epal, boleh beli dekat Aeon
1 biji telur
5 sudu tepung jagung
5 sudu tepung serba guna - (Kak Sue guna tepung gandum ja, tak dan nak beli dah)
Sedikit lada sulah
Sedikit garam

Cara - cara :
Gaul sotong dengan bawang putih dan cuka tadi
Masukkan lada sulah dan gaul lagi
Masukkan garam sikit dan gaul sebati selama 10 minit
Pukul telur tadi dan sebatikan telur putih dan kuning, jangan pukul beriya nanti telur jadi ringan dan tak berapa melekat pada sotong nanti

Proses Salut :
Celup sotong perapan tadi kedalam telur dan kemudian terus ke dalam tepung. Pastikan sotong disalut luar dan dalam
Proses nie penting untuk elakkan sotong meletop. Tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan sotong.telur pula bertindak sebabgi gam melekatkan sotong dengan tepung
Kak Sue buat satu-satu juga macam dalam resepi, sebab nak bagi nampak cantik.. ehehe..
Goreng bila minyak betul-betul panas
Masukkan satu-satu dan goreng jangan lama sangat
Kata empunya resepi seafood tak boleh overcooked sebab liat bila sejuk
Bila nampak dah ranggup dan sedikit kekuningan, boleh lah angkat
Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba

* Untuk info korang resepi nie memang tak meletup sangat, cuma meletup sikit ja masa nak angkat. Terlompat la juga tadi..ehehehe.. :)

6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Carrie Junior Dengan Pek Isian Semula

10:40:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue dan keluarga memang guna produk Carrie Junior nie kat rumah.Kami suka dengan baunya yang wangi dan menenangkan. Memang dari anak-anak Kak Sue kecil sampai lah sekarang dah ada yang meningkat remaja masih gunakan produk Carrie Junior nie.. punyalah lama kan. Sekarang lebih jimat dan mudah dengan Carrie Junior dengan pek isian semula. Bila habis guna boleh terus top up dengan pek isian semula, mudahkan..
carrie junior dengan pek isian semula

Carrie Junior Pek Isian Semula Lebih Jimat


Carrie Junior adalah barangan mandian bayi dan kanak-kanak yang telah dikenali lebih 20 tahun di Malaysia. Dengan kos sara hidup yang tinggi zaman sekarang nie, Carrie Junior mencari cara baru bagi penjimatan pengguna setia mereka dengan menawarkan pek isian semula yang lebih jimat dan mudah. 

Dengan ekonomi friendly pack ini juga 79% pengurangan penggunaan plastik dapat memelihara alam sekitar dari tercemar.. Haaa, bukan saja kita boleh berjimat tapi dapat memelihara alam sekitar agar lebih sihat dan selamat..

Syampu dan mandian Carrie Junior nie dirumus khas dengan Fruito-E dengan lembut dan efektif dan merupakan kombinasi semula jadi estrak buah-buahan. Ia juga kaya dengan vitamin dan nutrien yang membantu melembapkan dan melindungi kulit si manja menjadi lembut dan bersih sepanjang hari
carrie junior dengan pek isian semula

Carrie Junior juga ada pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi membantu si manja sentiasa segar dan bersih sepanjang hari juga sesuia digunakan setiap hari. Ada pilihan rangkaian produk Carrie Junior iaitu Baby bath, Baby syampoo, Baby hair & Body wash, Baby powder, Baby Lotion dan Baby Oil. Lengkap untuk si manja anda..
carrie junior dengan pek isian semula

Harga Produk Carrie Junior


Pek Isian semula Carrie Junior baby Bath 500g berharga RM8.90* ( Semenanjung ) dan RM9,30* ( Sabah dan Sarawak )

Carrie Junior Hair & Body Wash pula terdapat dalam harga RM9.90* ( Semenanjung ) dan RM10.40* ( Sabah dan Sarawak )

Semua produk carrie Junior boleh didapat disemua kedai runcit, pasaraya dan farmasi di seluruh Malaysia dan dikitiraf Halal

Facebook Carrie junior - CarrieMY

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Adik Dah Mula Sekolah

11:01:00 AM Kak Sue 9 Comments

Assalamualaikum, hai semua! Habis dah cuti sekolah untuk kali nie, Adik dah mula sekolah hari nie. Cuti seminggu rasa macam sekejap jaa kan..Pejam celik tau-tau dah habis cuti Kak Sue sekeluarga tak kemana-mana pun cuti nie sebab Abang Man baru mula berniaga air balang balik nie. Biasa lah orang meniaga nie tak boleh nak kejap tutup, kejap buka gerai nanti pelanggan pun lari kan..Tunggu cuti yang akan datang lah..
adik dah mula sekolah
Adik dah mula sekolah hari nie 

Adik Dah Mula Sekolah Dah


Semalam dah siapkan semua barang sekolah Adik, takut nanti bila nak ke sekolah kelam kabut mencari itu, ini tak ada.Baju pun dah siap bergosok semua, senang. Buku yang Ustaz Amin minta belikan pun dah ada, semua siap. Rasanya dalam minggu nie Adik akan belajar ke peringkat yang lain, Alhamdullilah!

Ibu dan Abah tak ada target untuk Adik habiskan hafazan dan bacaan, biarlah Adik buat secara selesa.Tak mahu beri tekanan kepada Adik. Begitu juga kepada anak-anak Ibu dan Abah yang lain, Kakak dan Abang. Semua ibu bapa dalam dunia mahukan yang terbaik untuk anak mereka, tapi kena terima lah tahap kemampuan anak-anak.Sebagai ibu bapa kita kena faham anak-anak kita kan.. Biar apa yang anak-anak buat tu mereka suka,bukan kita yang suka..Jadi anak-anak pun selesa dan seronok kan.. 

Ibu dan Abah doakan semoga Adik sentiasa ditenangkan dan diterangkan hati, bukan senangkan nak menghafal. Doa yang sama juga untuk Kakak dan Abang dalam bidang masing-masing. Ibu dan Abah sentiasa menyokong..Semoga Kakak, Abang dan Adik juga anak - anak yang lain di sekolah Adik sentiasa dalam lindungan dan dalam rahmat Allah.. aamiin ya rabb..love you Adik!

9 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sambutan Hari Jadi Along

11:00:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Semalam Kak Sue dan keluarga dapat jemputan dari kakak Abang Man, Kak Jam untuk sambutan hari jadi Along di Pizza Hut, Wangsamaju.Memula Kak Jam plan sebelah petang, tapi kami ada urusan sikit jadi tukar selepas Isyak.Senang nanti balik tinggal tidur ja kan..
sambutan hari jadi along


Kejutan Hari Jadi Along Menjadi


Kak Jam cuma jemput kami sekeluarga datang makan.Yang lain semua Kak Jam dah urus sebelah petang rupanya.Kami sampai aja di Restoran Pizza Hut Kak Jam bagi tahu ada buat kejutan hari jadi untuk Along.Tapi kami diminta buat macam tak tahu aja lah nak buat kejutan harijadi untuk Along..sweet kan dapat Ibu macam nie..ehehe..
sambutan hari jadi along
sambutan hari jadi along

Biasa lah kalau makan kat Pizza Hut semestinya order Pizza, ada juga order makanan kegemaran Adik Spagetti Olio dan beberapa menu lain.Masa tengah tunggu order siap dihidangkan tetiba datang sekumpulan crew Pizza Hut nyanyikan lagu Happy Birthday to you kat Along.Tersipu-sipu Along malu dan terkejut..bukan Along aja terkejut dengan Kak Sue pun terkejut sekali..hahaha!Menjadi lah kejutan hari jadi Along kali nie yang Kak Jam dah plan..
sambutan hari jadi along
sambutan hari jadi along
sambutan hari jadi along
sambutan hari jadi along

Maka selesailah sambutan hari jadi Along dengan jayanya..Selamat hari Jadi Along, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah, kesihatan yang baik, umur yang bermafaat, murah rezeki, cemerlang dalam semua bidang yang diceburi dan dipermudahkan semua urusan dunia, akhirat.. aamiin ya rabb..!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Terima Kasih Honestbee... !

10:03:00 PM Kak Sue 12 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Semalam Kak Sue order barangan keperluan rumah secara online di Honestbee.Kebetulan ada voucher hari tu tak guna lagi kan.Kak Sue pun lelaju order dari rumah sebab nak pergi event boleh lah pick up kat area situ memandangkan kawasan Rawang, Honestbee belum buat delivery kesini lagi..Terima kasih Honestbee puashati sangat dengan servis mereka..cepat dan mudah!
terima kasih honestbee

Pembelian di Honestbee Memang Puashati


Macam sebelum nie Kak Sue ada kongsikan kat sini Honestbee dah popular kat Singapore dah beberapa tahun dah.Cuma kat Malaysia aja kita baru nak tahu ada jualan barangan rumah secara online.Selalu kalau kita nak beli barang keperluan rumah nak kena ke pasar atau supermarket kan.Sekarang tak payah dah..online pun boleh tau.. dan penghantaran depan pintu lagi.
terima kasih honestbee
terima kasih honestbee

Kak Sue puashati sangat dengan pembelian di Honestbee.Tak payah susah nak bersesak atau nak angkat barang berat.Kita cuma perlu ke website www.honestbee.my daftar dan boleh terus shopping secara online macam biasa.Korang yang bekerja atau tak sempat nak shopping barang dapur boleh lah shopping kat sini nanti ya.Pembayaran boleh buat secara online banking atau cash on delivery.Happy shopping korang..Terima kasih sekali lagi Honestbee..papai!

12 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cendol Bandar Country Home Rawang

11:16:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Kak Sue dan keluarga memang peminat cendol.Kalau ke gerai Cendol Bandar Country Home Rawang pilihan Kak Sue selalunya Cendol Kacang Merah atau Cendol Pulut.Kena pula kalau cuaca panas kan, memang sedap layan cendol.Gerai nie tepi jalan aja, bawah pokok lagi..memang best kalau lepak gerai bawah pokok nie bersantai bersama keluarga kan...relaks jaa..

cendol bandar country home rawang
Cendol Bandar Country Home Rawang - Cendol Kacang Merah


Cendol Bandar Country Home Rawang


Kadang Kak Sue dan keluarga memang suka datang lepak kat sini bila ada masa terluang atau Kak Sue cuti masak.Kalau kebetulan lalu situ tapi ada urusan lain tak dapat nak lepak kami tapau aja balik rumah.Selain cendol kat gerai nie ada jual menu lain macam laksa, mee rebus dan rojak mamak.Memang ngam kalau dilawankan dengan cendol kan.Kalau hujung minggu tu kadang sampai tak ada meja kosong sebab ramai orang yang datang

Gerai nie tepi jalan dan bersebelahan dengan kedai-kedai runcit dan tak jauh dari masjid Bandar Country Home.Kalau dari Aeon Anggun Rawang korang belok sebelah kanan dan nampak dah gerai nie dari jauh.Ada lori putih dan khemah biru..situ lah gerai cendol yang Kak Sue selalu pergi.Korang kalau ada jalan-jalan ke Bandar Country Home jangan lupa singgah sini tau.Jumpa lagi di entri jalan-jalan cari makan Kak Sue yang lain..papai!

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang

11:59:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Hari nie Kak Sue sekeluarga jalan-jalan cari makan ke Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang.Restoran nie boleh tahan besar dan ada dua tingkat.Tingkat atas ada beberapa pilihan meja kalau kita nak lepak kat atas dan bilik karoke.Sebelah bawah ada banyak pilihan meja untuk BBQ & Steamboat dan juga pilihanmasakan panas atau western.Apa yang menarik Restoran Anjung D Tasek Biru nie mengadap ke Tasik Biru.Malam-malam macam nie tak ada aktiviti apa-apa,tapi kata pembantu kat situ kalau hari ahad ada jet ski dan macam-macam lagi aktiviti kat sini tau..lain kali boleh lah datang hari ahad sebelah petang..

restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang
Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang

Restoran Anjung D Tasek Biru BBQ & Steamboat Kuang

Sebelum nie Kak Sue beberapa kali lalu Restoran Anjung D Tasek Biru nie, sebab Kak Sue ke D'Manggis Steamboat.Rupanya kedua-dua restoran sama pemiliknya.Kali nie Abang Man pelawa kami sekeluarga makan kat sini pula, saja nak merasa makanan dan suasana kat sini kan..


restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang
restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang
restoran anjung d tasek biru bbq & steamboat kuang

Restoran nie ada bermacam pilihan buffet BBQ dan steamboat dari makanan laut, pilihan bebola seafood, sayuran dan pencuci mulut buah buahan dan ais krim.Dan yang istimewanya kat sini ada disediakan perapan kambing yang tak ada di restoran D'manggis.Kalau ikut selera Kak Sue perapan daging kambing agak manis, kalau dikurangkan sikit lebih sedap kut.Tapi terpulang kepada selera masing-masing kan..

Selain itu, kat sini juga ada disediakan perkhimatan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari jadi, seminar, kursus, mesyuarat, aqiqah, reunion dan macam-macam lagi.Di sini juga ada disediakan kemudan surau dan tandas.Bagi korang yang berminat nak datang sini boleh lah tengok detail yang Kak sue kongsikan kan kat bawah nie ya..Selamat mencuba..papai!

Restoran Anjung D Tasek Biru Kundang
Alamat 
Komplek Pavillion, Jalan Tasek Biru 1,
Taman Tasek
48050 Kundang,Rawang, Selangor
No tel 
012 2802862 / 011 11705949
Facebook
Instagram

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kak Sue di Nami Island Korea

11:42:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Jangan tak tau nama Kak Sue di Nami Island Korea hari nie..nama aja, bukan Kak Sue yang ada kat sana tau..hahaha..Setakat ber impian satu hari nak ke sana bercuti bersama keluarga.Terima kasih Anil Wanina sudi ambil gambar nama Kak Sue kat Nami Island.Jadi lah Kak Sue buat semangat mana tau satu hari impian menjadi kenyataan.. Kak Sue di Nami Island Korea, sapa tahu kan...

kak sue di nami island korea
Kak Sue di Nami Island Korea With Love 

Jom Cuti - Cuti ke Korea


Entah bila Kak Sue dan keluarga dapat merasa nak ke Korea.Dalam hati memang teringin juga satu hari nak ke sana bersama keluarga.Asyik tengok Anil dan kawan-kawan yang lain aja ke sana dan bercuti ke luar negara teringin juga nak merasakan.Pada hal dalam Malaysia pun tak habis jalan lagi Kak Sue nie..ada hati nak cuti luar negara ya..ehehe...

Kalau korang berminat nak bercuti ke Korea atau luar negara korang boleh intai kat Blog Anil tau.Beliau ada share tips nak bercuti dan macam-macam lagi.Boleh katakan Korea tu dah jadi macam kampung halaman kedua Anil dah..hahaha..amboi sangat!Sebab rasa Kak Sue dah beberapa kali beliau ke sana.Rasanya Anil ada buat trip berkumpulan kesana lagi dalam bulan sembilan nanti.Sempat lagi kalau korang nak join..Jom cuti - cuti ke Korea jom..sampai sini aja kali nie, papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Durian lagi...

11:16:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Orang kata tetamu bawa rezeki dan keberkatan pada kita sekeluarga.Hari nie ada tetamu istimewa, keluarga mertua nak datang rumah Kak Sue dari kampung.Biasalah bila orang tua datang menziarah, macam-macam barang makanan yang dibawa.Keluarga mertua Kak Sue memang macam nie, kalau kita balik menziarah pun dibekalkan macam-macam, kalau mereka datang menziarah pun sama.Tapi yang paling istimewa ada durian lagi..ehehe..

durian lagi
Durian lagi..siap kopek dah tinggal makan ja..

Bukan Musim Durian


Pagi - pagi Kak Sue dah sibuk siapkan makanan tengahari.Takut tetamu sampai apa pun tak siap lagi kan..Kak Sue kalau boleh bila tetamu datang, semua dah siap sedia.Tak mau kelam kabut, tinggal hidangkan aja.Lagi pun mereka dari jauh kan..tentu letih dan lapar.Sebenarnya bukan musim durian pun sekarang.Tapi nak jadi rezeki kami semua, satu pokok dirumah mertua Kak Sue berbuah.Ingatkan dah habis dah buahnya, sekali tengok ada lagi sikit.Katanya buah hujung..jadilah kan..yang penting dapat makan durian lagi..

Kali nie durian semua dah dikopek dan dimasukkan dalam bekas tinggal makan ja.Banyak pula tu..kalau tak dapat habiskan nanti nak sedekah sikit dekat kawan niaga atau buat bubur lagi macam hari tu.Makan ramai-ramai seronok kan..Kata orang rezeki sama dikongsi, kalau korang nak juga meh la datang sini tau..Jumpa lagi, papai!





2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Durian Dari Tanjung Keramat

11:07:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Rezeki kami sekeluarga dapat makan Durian dari Tanjung Keramat.Minggu lepas Kak Sue ada event di Sunway Lagoon dengan Adik dan Kakak.Abang Man dan Abang pula plan balik kampung sebab ada kenduri kahwin kat kampung sambil nak jumpa kawan-kawan.Ngam-ngam balik kampung durian dah luruh memang rezeki lah kan nak merasa durian dari Tanjung Keramat.. tau-tau masa jemput kami balik dari event tu kereta kuat dah bau durian..pening sat rasa kepala nie..


Rezeki Balik Kampung Dapat Durian


Sekarang sebenarnya bukan musim durian pun.Kat kampung Abang Man satu pokok aja berbuah, rezeki untuk keluarga aja merasa.Rezeki Abang Man balik kampung dapat durian hari tu.Pokok nie isi memang best tebal dan sedap melekat!Kak Sue makan empat ulas dah stop kang makan banyak-banyak takut sakit kepala pula.Anak dara Kak Sue memang kaki durian entah berapa ulas Kakak tibai.Ada lebih sedekah kat kawan dua biji pastu buat bubur durian..makan dengan pulut, memang puas makan kan bila buat bubur..


Bubur durian Kak Sue guna sebiji durian aja.Cukuplah untuk sekeluarga makan.Siap aja masak dua mangkuk juga Kak Sue makan, Kak Sue memang suka bubur durian makan dengan pulut.Rasa puas makan..kalau beli kat pasar malam sebungkus RM6 seulas durian aja..ya lah durian kan mahal sekarang.Nie buat sendiri, pokok sendiri memang puas la juga makan kan..

Tak tau masih ada lagi ka durian kat kampung sebab buah tak banyak kan.Tapi Alhamdullilah dapat lah kami semua sekeluarga dapat merasa seorang sikit.Tunggu musim buah durian kat kampung Kak Sue pula, Batu Kurau yang terkenal dengan buah durian yang sedap tu..Jumpa lagi..papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

The Sunshine Blogger Award Tagged By CiklaPunyaBelog

11:09:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Terima kasih Cikla sudi tag Kak Sue untuk The Sunshine Blogger Award nie.The Sunshine Blog Award nie katanya ialah untuk blogger yang positif dan kreaktif memberi inspirasi kepada orang lain.. amboi layak ka Kak Sue nie, segan lah pula.Tapi tak apa Kak Sue cuba jawab soalan yang Cikla tanyakan ya..

the sunshine blogger award



Kak Sue sertakan sekali syarat bagi yang nak menyertai The Sunshine Blogger Award

Thanks the person (s) who nominated you in a blog post and link back to their blog
Answer teh 11 questions sent by the person who nominated you
Nominated 11 new blogs to recive the award and write them 11 new questions
List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog


The Sunshine Blog Award Tagged By CikLaPunyaBelog

Jom jawab 11 soalan dari Cikla untuk Kak Sue...

* Ceritakan pasal diri korang secara ringkas dan nama timangan korang sekali - Kak Sue seorang surirumah, isteri dan ibu kepada seorang puteri dan dua orang putera yang sangat ohsem dan nama timangan ialah Da, Ida atau Kak Sue

* Sejak bila korang berblog dan sebab utama mengapa korang menceburkan diri dalam blogging - Kak Sue mula buat blog tahun 2011, tapi lepas tu lama tinggalkan sebab kekangan masa dan mula aktif menulis balik tahun 2015.Kak Sue mula blogging sebab kononnya nak kongsikan resepi yang Kak Sue cuba dari blogger masakan yang hebat masa tu..dan sekarang masih belajar dan berkongsi resepi..ehehe..

* Apa yang korang mesti buat sebelum tidur. (Tak semestinya baca Doa tidur, basuh kaki tau).Cikla nak lain dari yang lain. - Sebelum tidur sebolehnya Kak Sue akan ke bilik anak-anak bagi good night kiss ..kalau tak, rasa tak lena tidur Kak Sue sebab dah terbiasa..

* Orang yang paling adore?Dan mengapa - Kak Sue kagum pada suami sendiri..hahah boleh tak?Sebab suami Kak Sue seorang yang sentiasa cool dan selalu dapat menangani semua situasi dengan tenang..bukan senang nak buat tu kan..

* Makanan yang korang tak boleh makan langsung.Kalau korang makan jugak kena alergik dan sebagainya - Rasanya Kak Sue tak boleh makan shushi kut..sebab kalau makan jugak takut terkeluar balik aja..huhuhu..

* Pencapain terbaik korang sepanjang berblog - bila entri ada kat first page kut..

* Pengalaman paling pahit korang sepanjang berblog - rasanya belum ada kut..

* Siapa yang korang teringin sangat nak jumpa dan mengapa - Erra Fazira kut sebab minat sangat kat dia..

* 5 barang penting yang ada dalam handbeg korang - semestinya beg duit, bedak, lipstick, name card dan pen

* Apakah cita -cita pertama korang masa kecil dulu? - Cita-cita Kak Sue nak jadi cikgu dan pramugari..ada hati tu nak jadi pramugari..ehehe..

* Apakah aspirasi korang dalam dunia blog ni pada masa akan datang.Mungkin 10 tahun akan datang ke.. - Kak Sue harap blog Kak Sue memberi mafaat pada semua walaupun Kak Sue dah tak ada lagi nanti..dan berharap blog menjadi perantaraan yang terbaik dari semua segi..

Okay Kak Sue dah jawab semua soalan dan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, Kak Sue nak tag 11 blogger cool yang sudi nak jawab soalan Kak Sue nie


Dan soalan yang perlu korang jawab ialah
Ceritakan tentang diri awak secara ringkas
Sejak bila awak berblog?
Kongsikan apa niche blog awak
Apakah makanan kegemaran awak?
Apakah minuman kegemaran awak?
* Apakah barang kesayangan dan kenapa?
Di mana awak simpan barang kesayangan awak?
Apakah sukan kegemaran?
Berapa kerap awak bersenam?
Apakah cara awak menghargai pemberian orang lain kepada awak?
Bagaimana cara awak tunjukkan perasaan kepada orang tersayang?
Selamat menjawab...papai!


3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Gerai Minuman Man Java

10:12:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum, hai semua!Alhamdullilah hari nie gerai minuman Man Java dah beroperasi balik macam biasa.Sebelum nie terpaksa ditutup sebab operasi MPS dan kekurangan pembantu.Bila dah selesai hal lain, Abang Man buat keputusan nak mulakan balik berniaga macam biasa.Zaman sekarang nie nak kena ligat memikir macam mana nak tambah pendapatan, harap satu kerja alamat sesak nafas dibuatnya..ehehe.Korang yang tinggal kawasan berhampiran boleh lah datang singgah gerai minuman Man Java nie nanti ya..

gerai minuman man java
Jom singgah gerai minuman Man Java


Jom Singgah Gerai Minuman Man Java


Gerai kami beroperasi setipa hari kecuali hari Jumaat.Mula operasi dari 10 pagi hingga 6 petang.Kami juga ada menerima tempahan air balang berbagai jenis air untuk sebarang majlis dan juga tempahan Pati Kelapa Laut dan juga buah kelapa laut.Tak kira lah untuk minum sendiri atau untuk yang nak berniaga.Siap ada khidmat nasihat lagi bagi untuk yang mula nak berniaga..percuma aja tau..

Untuk bulan puasa nanti macam biasa kami berniaga di Pasar Ramadhan Bandar Tasik Puteri aja.Order untuk tempahan pati kelapa laut untuk bulan puasa pun dah mula kami terima.Nanti Kak Sue akan bagi tahu kat sini bila korang semua boleh mula buat order dan juga tarikh tutup order ya.Sila alert nanti ya, sebab kami tak terima lagi order atau sebarang rayuan selepas semua order ditutup dan yang dah ditetapkan.Bukan apa takut tak mampu nak memenuhi order, nanti buat orang marah pula kat kami..huhuhu..

Terima kasih kepada keluarga, kawan- kawan dan semua pelanggan yang setia menyokong kami selama nie.Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat..Aamiin ya rabbalallamin..Rezeki sama dikongsi!

Korang boleh singgah sini untuk lebih detail Kelapa Laut Man Java - Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2016

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Ayam Masak Bali

4:18:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kali nie Kak Sue nak cuba menu baru Ayam Masak Bali.Pagi tadi Abang Man balik dari kedai tengok bahan masakan yang dibeli ialah ayam.Selalu kalau beli ayam samada goreng garing, masak sambal atau kicap.Kali nie nak cuba masakan lain pula.Kak Sue pun google resepi ayam, sekali ternampak resepi Ayam Masak Bali.Macam menarik aja, bahan semua ada kat rumah dah apa lagi terus siapkan untuk masak.Jom kita tengok apa bahannya ya..

resepi ayam masak bali
Ayam Masak Bali

Ayam Masak Bali

Resepi Asal : Cik Epal
Bahan - bahan :
1 ekor ayam - digoreng,ketepikan (Kak Sue guna 1/2 ayam aja )
6 biji bawang besar - dikisar (Kak Sue letak 3 biji aja)
1 labu bawang putih - dikisar ( Kak Sue letak 5 biji)
1 inci halia - dikisar
2 inci belacan - dikisar
8 batang serai - diketuk ( Kak Sue letak 2 batang aja )
6 tangkai daun kari - dicuci bersih,toskan ( Kak Sue guna 4 tangkai )
3 sudu besar gula
3 sudu kecil garam
Segemgam cili kering - dikisar
Kicap


resepi ayam masak bali
Antara bahan - bahan untuk resepi Ayam Masak Bali
Cara - cara :
Panaskan minyak, Kak sue guna minyak baki goreng ayam tadi
Masukkan serai tadi, goreng sampai garing sikit..coklat-coklat gitu ya
Masukkan daun kari pula, gorenng garing juga
Kemudian masukkan bahan kisat tadi, masak sehingga naik bau dan garing
Kemudian bila dah garing dan keluar minyak baru masukkan gula dan garam.Agak-agak aja sebenar kena pandai agak ada rasa manis dan masin tu ya
Kemudian masukkan kicap sampai nampak kuah tu warna maroon kata Cik Epal, gaul sebati
Akhir sekali masukkan ayam, masak lagi 15 minit kalau ikut resepi Cik Epal, tapi Kak sue masak separuh ayam Kak Sue masak lagi 5 minit aja kuah dah macam nak kering
Tutup api, sedia untuk dihidangkan..haaa, siap dah!

Ada juga bahan yang tak cukup sebenar macam serai tu dua batang aja masukkan sebab itu aja dalam peti ais.Buat aja lah..lain kali kita repeat lagi resepi nie, sedap!Bau serai dan daun kari tu Kak Sue suka sangat.Selamat mencuba ya..papai!

Untuk resepi masakan ayam korang boleh singgah sini ya Resepi Ayam Lemon dan Kentang





3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Sambal Telur Mudah dan Ringkas

11:58:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Dalam banyak-banyak masakan kat rumah Kak Sue, Abang Man dan anak-anak paling suka kalau Kak Sue masak sambal.Tak kira lah masak sambal apa, janji sambal memang bertambah depa makan.Kak Sue kongsikan kali nie resepi sambal yang mudah dan ringkas juga tips sambal tahan lama.Tips nie Mak Kak Sue yang kongsikan, kebetulan Mak memang berjual nasi lemak.Bila tengok Mak masak sambal bila Kak Sue balik kampung, Mak kongsikan laa tips sambal tahan lama nie.Senang jee..


Resepi Sambal Telur

Bahan -bahan :
4 biji telur - digoreng kemudian ketepikan
1 mangkuk kecil cili kering - di potong memanjang
2 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia dikisar
1 keping asam gelugur
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis cili yang dikisar tadi
Biarkan sambal mendidih sebentar
Masukkan gula,garam dan asam keping
Masak lagi sehingga sambal nampak pekat dan berkilat
Akhir sekali boleh masukkan telur tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas

Tips Sambal Tahan Lama

Sambal tumis Kak Sue senang aja resepinya.Kak Sue pula kalau beli cili kering memang pilih cili kering yang panjang dan berkedut-kedut tu.Gunting secara memanjang sebab nanti bila kita cuci senang biji cili keluar.Lepas tu Kak Sue rebus cili kering sehingga mendidih, kemudin tutup api.Tapis dan cuci bersih bawah air paip nanti semua biji cili kering keluar.Bahaya juga kalau makan sambal banyak biji nie kan..dapat penyakit pula

Mak Kak Sue ada pesan kalau nak masak kuah pekat dan sedap letak banyak bawang.Kak Sue suka guna bawang besar.Masak apa semua guna bawang besar.Kalau ikut kata Mak Kak Sue masak sehingga kuah nampak pekat dan berkilat.Baru sambal tahan lama dan sedap.Akhir sekali baru kita masukkan bahan lain macam udang, daging, ayam atau telur mata pun boleh.InysaAllah tahan lama sambal kita tu nanti.Semoga bermafaat untuk semua ya..papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Koko Krunch Kesukaan Sekeluarga

11:22:00 AM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Koko Krunch kesukaan sekeluarga Kak Sue, anak-anak memang suka sangat.Ini pun salah satu stok makanan yang selalu ada kat rumah.Untuk sarapan pagi pun boleh atau kadang waktu santai tengok tv pun kami layan makan.Kalau pagi makan dengan susu segar memang mengenyangkan.Sebab Koko Krunch diperbuat daripada bijiran penuh gandum tau dan mengandungi empat vitamin,zat besi dan kalsium.Memang bagus kan..

koko krunch kesukaan sekeluarga
Koko Krunch Kesukaan Sekeluarga Kak Sue

Koko Krunch Sedap...!


Kat rumah Kak Sue anak-anak memang suka makan Koko Krunch.Kadang makan gitu jaa tak campur susu pun sebab ranggup kan, sedap!Tambah perisa coklat pula memang kesukaan anak-anak lah.Jangan kata anak, Ibu depa pun sama.Kadang sambil tengok tv pun ngap..tau-tau habis sekotak..ehehe..

koko krunch kesukaan sekeluarga

Beberapa hari lepas Kak Sue top up makanan dan minuman kat rumah, tak lupa beli tiga kotak bijiran dari Nestle.Kak Sue beli Koko Krunch Limited Edition dan Honey Star Econo Pack sebab ada satu free kotak kecil Koko Krunch Duo.Jimat kan..yang Limited Edition tu menarik tau, sebab berbentuk Koko Shapes.Kalau anak-anak kecil mesti teruja bila nampak Koko Shapes tu..

koko krunch kesukaan sekeluarga

Korang cecepat lah belikan untuk anak-anak tersayang Koko Krunch Limited tu ya.Lagipun kat belakang setiap kotak bijiran Nestle ada game atau macam kuiz untuk anak kita main dan jawab.Menjana minda anak-anak kita kan.Anak sihat ..Ibu suka!Sembang lagi nanti ya... papai!

Untuk lebih detail boleh singgah sini www.nestle.com.my

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Percutian Indah di Pulau Pangkor

8:53:00 AM Kak Sue 25 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Minggu depan dah mula cuti sekolah.Bab-bab cuti sekolah nie anak-anak la yang paling seronok dan teruja kan?Masa nie laa parents nak luangkan masa mereka bersama keluarga tercinta.Bila lagi nak luangkan masa mereka bersama keluarga tersayang.Cuti sekolah nie korang plan nak bawa keluarga bercuti dekat mana?Apa kata korang pilih percutian di pulau, dekat Malaysia banyak pilihan pulau-pulau menarik yang boleh kita bawa keluarga kita bercuti.Kak Sue cadangkan korang pilih Pulau Pangkor, pulau peranginan nie destinasi terbaik bagi korang yang tinggal di Kuala Lumpur atau Selangor.Dah dekat sangat dah...

percutian indah di pulau pangkor
Pangkor Laut Resort - gambar google


Jom Bercuti Ke Pulau Pangkor


Bagi korang yang dah bosan duduk dekat kota metropolitan tuu baik plan je terus ke Perak untuk main air.Syok kut.Anak-anak pasti seronok cuti sekolah penuh dengan aktiviti bersama keluarga.Best ke tak Pulau Pangkor nie,jom Kak Sue nak cerita kat korang nie jom.Sebenarnya, nak kesan korang boleh nak feri dari Jeti Lama Lumut atau Jeti Marina Island.Perjalanan dari Jeti Lama Lumut mengambil masa dalam 40 minit dan kalau dari Jeti Marina Island dalam masa 10 minit sahaja.Jadi mana yang mabuk laut tu boleh gerak dari Jeti Pualau Marina..senang kan ada pilihan macam nie.Tambang pergi balik untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5.Jangan hilangkan tiket okay..nanti ada yang balik kena berenang.Nangis laa korang kena tinggal..
percutian indah di pulau pangkor

Dah sampai sana, wajiblah cari tempat tinggal dulu kan.Musim cuti sekolah korang kena extra rajin usha kat encik google nak lepak mana.Resort, chalet atau hotel bersepah dekat sana tapi penuh lah masa macam nie.Baik korang pergi intai sekarang!Tapi yang paling best kalau korang sempat bolehlah book Pangkor Laut Resort online sekarang.MasyaAllah,cantik yang amat resort nie tau.Kat sini bilik dia ada dalam 8 jenis.Boleh pilih nak yang mana ikut kemampuan masing-maisng seperti Garden Villa, Hill Villa, Beach Villa, Sea Villa, Spa Villa, Suria and Purnama Suite, Pavarotti Suite dan The Estates.

Tempat nie semua memang sangat sesuai bagi korang yang nak mencari ketenagan sebabnya resort berhadapan dengan laut dan dikelilingi Tropicals Gardens.Sesekali enjoy bercuti dekat dengan tempat macam nie memang sangat seronok.Release stress tau!Setiap villa dilengkapi dengan WiFi..ini yang paling penting kan..katil yang selesa itu wajib,writing desk, international direct dialing telephone dan newspapers dan macam-macam lagi laa..


percutian indah di pulau pangkor


percutian indah di pulau pangkor


percutian indah di pulau pangkor

Honeymoon package pun ada mereka sediakan dekat sini tau.Korang yang baru jadi Raja Sehari tu boleh menikmati makanan dekat Emerald Bay yang disediakan oleh private Chef.Sambil makan sambil dengar ombak laut.Romantik gitu!Alang-alang tu korang boleh photoshoot untuk post wedding lagi.Nak buat business meeting, birthday celebrations, brainstorming sessions dan teambuilding pun ada.

Cecepat tau book slot masing-masing!Para pengunjung resort boleh juga enjoy outdoor pools, workout dekat fitness room ataupun pergi main squash atau tennis.Dah penat bersukan sampai berpeluh-peluh semua, korang boleh relakkan diri dekat spa diaorang yang ohsem sangat siap menang award.Lepas korang enjoy semua nie boleh pergi makan dekat restaurant diorang..


percutian indah di pulau pangkor

Kalau rasa nak makan Asian dishes boleh pergi ke Uncle Lim's Kitchen dan view tempat makan nie berhadapan dengan laut tau.Kalau tekak korang rasa nak makan fresh seafood, western, chinese dan Italian cuisnes boleh pergi Fisherman's Cove Restaurant.Yang mana vetarian jangan risau boleh buat special requaet dekat mereka okay.

Perak nie banyak lagi tempat yang best tau!Bukan Pulau Pangkor je yang best dikunjungi.Alang-alang korang dah sampai Perak, pergilah Lost World of Tambun bawak anak-anak korang main indoor games seperti roller cosater, dragon flight atau tengok lebih kurang 55 spesies binatang disana.Kak Sue confirm korang sekeluarga seronok dan berpuashati nanti, tak rugi datang Perak.Kalau berminat nak booking Pangkor Laut Resort, mudah search aja dekat Traveloka okay.Pilihalah villa mana yang berkenan dihati.Happy Holiday semua..papai!



25 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.