Minuman Pilihan Per'l Kacip Fatimah

11:59:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Nak tahu tak minuman pilihan Kak Sue setiap hari... haa tak lain tak bukan Per'l Kacip Fatimah.Sebenarnya kan Abang Man yang memula perkenalkan Per'l Kacip Fatimah nie kat Kak Sue sebab selalu Kak Sue merungut letih badan.Bila rasa sedap pula sebab campur kurma kan,pastu memang elok tau..hilang rasa letih badan.Jadi sekarang dah jadi minuman pilihan Kak Sue setiap hari..


Minuman Per'l Kacip Fatimah nie kan ada dua perasa satu Kacip Fatimah dengan kurma dan satu lagi Kacip Fatimah dengan kopi.Yang kopi tu Kak Sue tak boleh minum sebab nanti jadi sakit kepala.Kak Sue lebih serasi dengan yang kurma..

Kelebihan minuman Per'l Kacip Fatimah nie untuk diri Kak Sue sendiri la kan menghilangkan keletihan,mengeluarkan angin dari badan dan kesihatan dalaman.Sebab tu Kak Sue suka sangat minum walaupun kandungan gula agak tinggi juga nie rasanya..

Kira kalau dah minum air nie nanti kena banyakkan minum air kosong lah ye..Kira cover lah kita minum manis tadi kan.Takut juga nanti kena penyakit lain pulak kan.. huhuhu..Apa pilihan minuman korang pulak meh la kongsi dengan Kak Sue kat sini nanti ya..Jumpa lagi, papai!



7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Ikan Air Asam

10:16:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari-hari masalah yang sama kita ibu-ibu nie kan dah tak ada idea nak masak apa.Nasib baik lah zaman sekarang nie kalau nak cari apa semua tinggal google ja..Apa lagi,google resepi lah Kak Sue hari nie.Resepi Ikan Air Asam nie Kak Sue google pagi tadi dah tak ada idea nak masak.Senang sangat nak buat,janji pedas okay dah untuk family Kak Sue.Cuma Ikan Air Asam versi Kak Sue nie,ikan digoreng dulu tapi jangan sampai garing sangat tak sedap nanti sebab nak makan dengan air asam kan.Jom kita tengok cara nak sediakan jom..

resepi ikan air asam
Ikan Air Asam

Ikan Air Asam

Resepi Asal : MyRujukan
Bahan - bahan :
4 ekor ikan kembung - digoreng
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
18 biji padi - dipotong kecil ( Ikut kepedasan masing-masing )
1 cawan asam jawa
1/2 cawan air
2 biji limau kasturi ( Kak Sue guna limau nipis )
Sedikit garam, gula dan bahan perasa

Cara - cara :
Masak air asam jawa tadi sehingga mendidih
Kemudian masukkan garam,gula dan serbuk perasa kalau suka
Kemudain masukkan bahan yang telah dipotong tadi,kacau sebentar
Tutup api, kemudian jirus kuah tadi atas ikan yang sudah digoreng tadi.Kalau tak mau goreng, boleh masukkan ikan biarkan sekejap ya
Perah limau kasturi  dan dihidangkan (Kak Sue guna limau nipis)


3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Doa Ketika Ditimpa Musibah

11:53:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Salam Jumaat..setiap dari kita memang tak lari dari ujian Allah.Kadang dengan ujian itu kita jadi lebih tabah dan kuat kan..Kali nie Kak Sue nak kongsi doa yang boleh kita baca ketika ditimpa musibah.Setiap ujian atau musibah yang Allah datangkan untuk kita pasti ada hikmah dan setakat kemampuan diri kita untuk menghadapinya...

doa ketika ditimpa musibah
Doa ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah

Kadang bila Allah beri ujian pada kita,kita akan bertanya kenapa aku..? Kita merungut dan menyalahkan takdir Allah.Tapi kita tak sedar Allah uji kita sebab Allah sayang.Allah tegur kita dengan berbagai-bagai cara supaya kita dapat perbaiki kelemahan diri kita sendiri.

Dalam hidup mana manusia yang tak pernah ditimpa musibah kan..Cuma cara kita menghadapi musibah aja.Memang tak dinafikan kadang-kadang kita rasa tak mampu dah nak hadap,tapi percaya lah..di penghujungnya pasti ada kemanisannya..

Bersangka baik dengan Allah dan semoga yang baik- baik aja yang datang dalam hidup kita ya..Semoga bermafaat untuk semua perkongsian dari Kak Sue kali nie..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cendawan Kukur Organik Sedap ...!

8:59:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue nak kongsikan dengan korang nie mana Kak Sue dapat stok Cendawan Kukur atau Kulat Sisir nie.Sebelum nie Kak Sue nampak kawan Kak Sue dok kongsi beliau masak cendawan Kukur nie, nampak sedap lama dah tak makan.Rupanya beliau yang jual cendawan tu kat gerai beliau.Semalam kebetulan Kak Sue hantar order Pati kelapa Laut kat sana, Kak Sue beli dua bungkus terus buat stok kat rumah.Senang nanti rasa nak makan dah ada kat rumah..


cendawan kukur
Cendawan Kukur Organik

Cendawan Kukur atau Kulat Sisir Organik


Kawan Kak Sue yang sebelum nie Kak Sue kongsikan kat sini jual Pau Cendawan viral tu dah tambah lagi satu item dalam jualan beliau.Cendawan kukur organik, haa..sekarang dah dikormesialkan dah.Dulu kalau nak makan cendawan kukur nie kena tunggu lepas hujan atau musimnya boleh lah kita kutip kat batang pokok yang dah tumbang.Sekarang tak payah susah-susah dah,siap di bungkus dalam plastik tinggal masak aja nanti


cendawan kukur
Cendawan Kukur Masak Lemak
Sebungkus cendawan kukur nie 50gram dengan harga RM15.00 aja.Sebelum masak, rendan dulu dalam 30 minit kemudian cuci bersih.Cendawan nie juga menurut kata kawan Kak Sue boleh disimpan dan tahan lama tau,jadi tak risaulah nanti rosak ke apa kan.Kalau yang dekat tu ada delivery dan kalau luar Lembah Klang boleh aja kalu nak pos.Kalau korang berminat nak cuba laju-laju lah whatsap kawan Kak Sue nie di nombor 016 6214477 atau boleh intai faebook beliau Pau Cendawan Klang - Cik Puan Ayang.Selamat membeli ya..papai!

Jom singgah sini Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak


2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak

7:23:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Lama betul Kak Sue tak masak atau jumpa orang jual Cendawan Kukur atau dengan panggilan lainnya Kulat Sisir.Selalunya cendawan nie boleh kita jumpa kat pokok getah kering yang dah ditebang.Sekarang orang dah kormesilakan dah, semalam Kak Sue hantar order kat kawan Kak Sue nampak beliau ada jual cendawan nie.Apa lagi beli dua bungkus terus untuk stok kat rumah.Hari nie terus masak, tak sabar-sabar dah nak makan.Kali nie Kak Sue masak Cendawan Kukur Masak Lemak guna sebungkus dulu pun cukup sebab anak-anak Kak Sue tak makan.Ada sebungkus lagi nanti kita masak lain pula.Jomlah kita tengok resepinya mudah dan ringkas aja pun..

resepi cendawan kukur masak lemak
Cendawan Kukur Masak Lemak


Cendawan Kukur Masak Lemak

Bahan - bahan :
50 gram cendawan kukur - direndam dengan air panas sekejap,kemudian cuci bersih
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
14 biji cili padi - dikisar,ikut kepedasan masing -masing
1 batang serai - diketuk 
1/2 kiub ayam Knorr
1/2 cawan santan Kara
3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Masukkan bahan kisar,santan dan air
Masak sehingga mendidih,sambil masak tu kacau biar santan tak pecah
Kemudian masukkan serai dan kiub ayam, Kak Sue tak masukkan serai tadi habis stok la pulak,kemudian kacau lagi
Kemudian masukkan cendawan kukur dan biar masak sekejap
Akhir sekali perasakan dengan garam
Tutup api,sedia untuk dihidangkan

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Aktiviti Baru Adik

10:17:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Lama Kak Sue tak sembang pasal Ustaz Kecik Kak Sue sorang nie.Sibuk dengan urusan sehari-hari dan penuh dengan aktiviti kat rumah nie dari pagi sampai ke malam.Hari nie nak cerita aktiviti baru Adik... setiap petang Adik berpeluang lah buat aktiviti baru nie,aktiviti paling Adik suka..

aktiviti baru adik
Aktiviti baru Adik setiap petang

Aktiviti Baru Adik, Aktiviti Sihat


Selalu Adik tak berpeluang nak main maklumlah bila ramai-ramai tu tambah Adik masih kecil jadi nak bersaing dengan abang-abang yang lebih besar tak sepadan lah kan.Alhamdullilah kali nie disediakan beberapa biji bola dan dibahagiakan dua kumpulan.Satu untuk Adik dan kawan-kawan dan satu kumpulan lagi untuk abang-abang besar.Kemain bersemangat Adik main,seronok tengok..muka pun ceria aja..

aktiviti baru adik
Aktiviti baru Adik dengan kawan-kawan sekolah
Kak Sue suka kalau anak-anak Kak Sue ada aktiviti sihat macam nie.Sekurangnya ada keluarkan peluh badan pun sihat kan.Setelah seharian memerah otak menghafal biarlah sebelah petang mereka ada aktiviti sihat dan santai macam nie kan..Ceria aja semua.Untuk aktiviti sebelah petang pelajar diwajibkan pakai t.shirt hitam dan tepat pukul tujuh petang semua pelajar hendaklah bersurai..

aktiviti baru adik
Aktiviti baru Adik, aktiviti sihat
Haa..tulah aktiviti baru Adik setiap petang sekarang nie.Malam confirm tido awal kepenatan.tapi tengok Adik memang ceria sangat sekarang.Ibu pun rasa seronok sangat tengok perkembangan Adik.Ibu doakan semoga dimudahkan urusan Adik dan anak-anak yang lain, diterangkan hati, sihat walafiat dan cemerlang dunia,akhirat ya..aamiin ya rabb..

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Order Pati Kelapa Laut MAN JAVA Ada Aja...

10:40:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Ada kawan Kak Sue hari tu tanya kami masih jual lagi Kelapa Laut ka sebab dah lama tak nampak Kak Sue up date kat facebook.Sebenarnya order Kelapa Laut Man Java ada ja..cuma Kak Sue tak dan nak bagi tahu.Maklumlah sibuk dengan kerja rumah dan urusan sekolah anak-anak..ecey..sibuk la sangat kan!Alhamdullilah setiap minggu order Kelapa Laut ada aja,kalau korang nak join order sekali pun boleh tau..


kelapa laut man java,pembekal kelapa laut
Pati Kelapa Laut Man Java


Jom Order Kelapa Laut MAN JAVA 


Semalam baru kami hantar order melalui bas di TBS ke Johor dan Melaka.Selalunya setiap order kami akan kumpul sekali baru kami hantar melalui bas sebab senang kan sekali harung jimat duit minyak,tol dan upah bas.Sekarang nie tahu ajalah semuanya nak kena kos yang tinggi..Kalau luar Lembah Klang memang kami akan caj duit penghantaran,tapi yang kawasan berdekatan biasanya kami tak kenakan caj sebab hantar order sekali banyak dan akan set satu pick up point..


kelapa laut man java,pembekal kelapa laut
Pati Kelapa Laut Man Java - 1.5 liter
Bagi korang yang berminat nak order untuk minum sendiri atau berniaga boleh buat order terus dari kami atau dari agen-agen yang telah dilantik oleh kami.Order hendaklah dibuat seminggu lebih awal dari tarikh penghantaran atau sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ya.Bukan apa senang kami nak susun jadual penghantaran,kadang tu order datang sekali serentak jenuh pula nak susun jadual kalau nak hantar berlainan tempat kan..Harap dapat bagi kerjasama ya..

kelapa laut man java,pembekal kelapa laut
Pati dan buah Kelapa Laut Man Java - Penghantaran ke Larkin,Johor dan Melaka
Esok pun ada penghantaran order ke Shah Alam pula,kalau korang nak join order sekali boleh lah whatsapp nombor yang Kak Sue bagi kat bawah nie ya..Terima kasih kepada semua pelanggan, peniaga, kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa menyokong kami.Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki kita semua..aamiin ya rabb..Rezeki sama dikongsi..papai!


Man Java Enterprise
No tel
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Gulai Taucu Ikan Kembung

2:27:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue cuba resepi baru dari kawan Kak Sue di facebook.Kadang tak ada idea dah nak masak apa, intai-intai kat facebook ternampak kawan Kak Sue post masakan beliau dua hari lepas Gulai Taucu Ikan Kembung.Terus laju-laju Kak Sue mintak resepi.Sebenarnya tak pernah dengar dan masak pun resepi Gulai Taucu Ikan Kembung nie,tapi rasa tertarik sangat tengok masakan beliau.Jom kita tengok bahan dan cara nak masak menu nie ya..

resepi gulai taucu ikan kembung
Gulai Taucu Ikan Kembong

Gulai Taucu Ikan Kembung

Resepi Asal : Ayie Baizura

Bahan-bahan :
2 ekor Ikan kembong - digoreng dulu (Ikan apa pun boleh sebenarnya)
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
12 biji cili padi - dikisar
1 batang serai - diketuk
2 bungkus taucu
1 kotak santan
1 biji lobak merah - dipotong ikut kesukaan masing-masing

Cara - cara :
Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Masukkan taucu dan biarkan garing
Kemudian masukkan santan dan lobak tadi, biarkan mendidih sekejap
Akhir sekali masukkan ikan dan hirisan cili hijau (Kak Sue letak cili padi)
Perasakan dengan garam dan gula ikut kesukaan masing-masing..siap!
Mudah aja kan..selamat mencuba..


6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sunnah Ketika Masak

11:45:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue nak kongsi sunnah ketika masak.Sunnah ringkas nie dikongsikan di group whatapps oleh ahli keluarga, macam biasa Kak Sue kongsikan pula kat sini semoga menjadi panduan untuk kita.Jom kita tengok antara sunnah ketika masak..

sunnah ketika masak
Jom kita amalkan sunnah ketika  masak

Sunnah Ketika Masak


Antara sunnah ketika masak ialah
1. Tutup aurat ketika masak
2. Adun dan kacau makanan dari kanan ke kiri
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air
4. Ketika sedang memasak perbanyakan zikir dan menyebut kebesaran Allah ( baik untuk Ibu yang ingin membentuk anak-anak)

Haa..itulah antara sunnah ketika masak.Ada juga doa yang diajarkan oleh arwah nenek sebelah Abang Man tapi Kak Sue lupa,nak kena cari balik doa tu.Banyak sebenar doa dan amalan yang diajar oleh keluarga mertua pada Kak Sue.Nanti InsyaAllah Kak Sue kongsikan kat sini ya.

Selalunya kalau basuh beras atau makanan lain Kak Sue amalkan selawat kepada junjungan Rasullulah SAW.Rasanya amalan nie dah biasa kut orang lain pun amalkan.Semoga bermafaat ya untuk korang,jom kita amalkan sunnah ketika masak, masak dengan ikhlas dan masak dengan penuh kasih sayang..papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Mee Celup Kelantan

8:59:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamaualikum,hai semua!Masak apa hari nie? Kak Sue hari nie cuba resepi Mee Celup Kelantan yang Kak Sue dapat dari hasil google, macam-macam versi ada.Kak Sue masak ikut cara Kak Sue campur-campur semua resepi tu.Pertama kali nak cuba masak mee celup nie, harap sedaplah ye..ehehe..Jemu juga kan hari-hari makan nasi, hari nie kita tukar menu mee pula.Cuaca panas macam nie, tak selera nak makan sangat makan sup-sup nie sedap juga.Jom kite tengok bahan-bahan yang perlu kita sediakan..

resepi mee celup kelantan,mee celup

Mee Celup Kelantan

Bahan untuk kuah :
1 kg daging - direbus,kemudian dihiris nipis atau ikut kesukaan masing-masing
1 1/2 biji bawang besar - dikisar
7 biji bawang putih - dikisar
2 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
1 sup bunjut
1/2 cawan stok ikan
1/2 cawan kicap manis - Kak Sue guna yang manis
Sedikit gula kabong
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

 Bahan untuk mee :
1 bungkus mee - dicelur
Tauge - dicelur (ikut suka korang nak banyak mana)
Sayur sawi - dicelur (ikut suka korang kalau tak letak pun tak apa)
Kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar (Kak Sue tak letak)
Daun sup dan bawang - ikut suka nak letak ke tak
Cili flakes - tak letak tadi,sebab tak ada stok kat rumah
Sambal kicap

Cara - caranya :
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan yang dikisar tadi,halia dan serai sampai naik bau
Masukkan sup bunjut,kemudian masukkan stok air rebusan daging tadi
Biarkan mendidih,kemudian stok ikan,kicap dan gula kabong
Kacau sekejap sampai semua sebati,masukkan daging yang dihiris tadi
Biarkan mendidih dan bergaul mesra
Akhir sekali perasakan dengan garam
Sedia untuk dihidangkan,jangan lupa letak hirisan limau tau
Selamat mencuba..





3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tips Mudah Cukupkan Minum Air Kosong Sehari

9:46:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Dalam dua tiga hari nie cuaca agak panas menyengat kan.Pulak tu sejak dua menjak nie macam musim orang tak sihat demam dan batuk.Sana sini orang tak sihat,Kak Sue pun baru aja,baik demam dan batuk.Batuk memang terasa kering tekak..pedih dan perit!Kena banyakkan minum air kosong.Kali nie Kak Sue nak kongsikan Tips Mudah Cukupkan Minum Air Kosong Sehari.

tips mudah cuckupkan minum air kosong sehari
Tips Mudah Cukupkan Minum Air Kosong Sehari - Gambar sumber Resepi Sheila Rusly
Haaa..dah baca dalam gambar kat atas kan.Kalau boleh kita cuba ikut tips mudah kat atas nie ya.Anak-anak Kak Sue memang jenis suka minum air kosong.Air lain pun mimum juga macam susu Dutchlady,Vitagen memang sentiasa ada lah.Memang kuat minum air depa nie,jadi tak risau sangat lah bab nak suruh minum air kosong bebanyak setengah budak tak suka kan.Yang Kak Sue terbalik pula,setiap kali nak mandi mesti nak minum air.Lepas nie kena betulkan lah cara minum air dengan betul.Semoga bermafaat ya untuk korang semua..papai!

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Deeja Cosmetic Sesuai Untuk Lelaki dan Wanita

9:56:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Beberapa hari lepas Kak Sue cuba set produk kecantikan Deeja Cosmetic.Kak Sue suka dengan bau dan tindakbalas produk nie yang sangat natural,kira sesuailah dengan kulit Kak Sue.Lagi satu yang menariknya Deeja Cosmetic sesuai untuk lelaki dan wanita,kira dah jimat kan boleh pakai kongsi-kongsi dengan Cik Abang.. ehehe.Kulit Kak Sue nie sensitif sebenarnya tapi Alhamdullilah bila pakai masa permulaan tu elok aja,tak ada lah merah-merah ke apa..

deeja cosmetic sesuai untuk lelaki dan wanita
Deeja Cosmetic - Sesuai Untuk lelaki dan wanita

Deeja Cosmetic - Set Lengkap 5 dalam 1


Jom nak cerita pasal produk kecantikan Deeja Cosmetic nie ada lima barang iaitu sabun muka,krim siang,krim nano (malam),krim malam dan toner nano.Set lengkap 5 dalam satu kotak,sizenya pun comel dan ringan senang nak bawa ke mana mana.Produk nie juga sesuai untuk kulit muka berjeragat, berjerawat, pigmentasi berminyak, wajah kusam, gelap dan berparut.. anti penuaan.. haaa korang ada masalah kulit yang mana satu..?Boleh cuba nanti..


deeja cosmetic sesuai untuk lelaki dan wanita
Krim siang Deeja Cosmetic - best sangat rasa ringan aja kat muka

Selama Kak Sue mencuba produk nie, anak dara Kak Sue tegur kecerahan muka Kak Sue memang ada nampak perubahan.Lagi satu sebelum nie muka Kak Sue ada jerawat sikit, sekali tengok jerawat semakin kecut dah.Ada juga pengelupasan kat muka Kak Sue tapi sikit aja, mungkin hasil tindakbalas produk kut.Kita tunggu lagi beberapa tengok hasilnya ya..


deeja cosmetic sesuai untuk lelaki dan wanita
 Set Deeja Cosmetic 5 dalam 1

Cara Pengunaan Produk Deeja Cosmetic

Pengunaan Untuk Siang
Cuci muka dengan sabun pembersihan muka
Kemudian gunakan toner nano sikit aja dengan kapas kat muka kita
Akhir sekali sapukan krim siang untuk melindungi kulit kita dari sinar UV atau untuk alas bedak.
Selepas tu kalau korang nak pakai bedak muka pun boleh,rasa ringan aja muka tak macam produk lain,Kak Sue suka sangat

Pengunaan Untuk Malam
Cuci muka dengan sabun pembersih muka
Kemudian gunakan toner nano,sama macam kita pakai waktu siang tadi
Sapukan krim malam,Kak Sue pakai sikit aja
Akhir sekali sapukan krim nano,pun pakai sikit aja

Jika penggunaan secara betul dan teratur,kesan dapat kita lihat dalam masa 1-2 minggu penggunaan.Harga pun berbaloi untuk 1 set Deeja Cosmetic nie RM85.00 (WM) dan RM90.00 (EM).Dijamin halal serta berdaftar dengan KKM dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

Testimoni Pengguna Deeja Cosmetic



Ini Kak Sue nak kongsikan testimoni dari pengguna Deeja Cosmetic yang mukanya terkena minyak panas.Memula beliau guna aloe vera gel untuk hilangkan parut kat muka,tapi lelama gel aloe vera untuk baikkan luka aja,parut masih tetap ada... Sebab tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi-jadi beliau mencuba produk Deeja Cosmetik yang beliau jumpa di facebook

"Masa mula - mula nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat - sangat puas hati dengan Deeja Cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa - apa pengelupasan dan tak ada pedih -pedih "

"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan Alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu"


Haaa..menarik sangat kan..Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh hubungi talian di bawah atau layari facebook mereka untuk lebih banyak testimoni.

Deeja Cosmetic
Facebook 
Instagram
No Tel
019 - 6945850

6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tahu Tak..?

11:21:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue dan Adik anak bongsu Kak Sue memang suka makan kurma.Kalau bulan puasa tu,kami sahur makan kurma aja dah cukup.Alhamdullilah bertahan sampai ke petang,tak lapar pun.Berbuka pun kami semua makan kurma dulu sebelum jamah makanan lain.Tahu tak kenapa Kak Sue suka makan kurma tak kira lah bulan puasa atau hari biasa dan tahu tak banyak kelebihan tau kalau kita amalkan makan buah kurma nie..

tahu tak,kelebihan kurma
Tahu tak banyak kelebihan makan makanan sunnah tau..Ini Kak Sue beli di Mahnaz Food


Tahu Tak...?


Sebenarnya banyak tau kelebihan makan kurma nie,selain ianya makanan sunnah.Kak Sue memang sentiasa ada bekalkan kurma dirumah.Kadang bila badan rasa tak larat,lapar ka Kak Sue lapik perut makan kurma dulu sementara nak tunggu habis masak atau sarapan pagi.Terus hilang rasa lapar tu tau,tak percaya nanti korang cuba sendiri..

Lagi satu kan,tahu tak makan kurma dalam jumlah yang genap dapat menghasilkan gula dalam darah.Sebab tu Rasullulah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil agar ianya berubah menjadi karbohidratSeperti yang kita tahu  karbohidrat adalah sumber tenaga untuk menjalan pelbagai aktiviti harian kita.Bila kita makan kurma dalam jumlah yang disarankan oleh Rasullulah SAW tadi,InsyaAllah kita rasa bertenaga dan tak letih..info nie dikongsikan oleh family member di group whatapps jadi Kak Sue kongsikan kat sini pula..

Kurma memudahkan kelahiran,macam Kak Sue sendiri masa saat melahirkan anak-anak Kak Sue mak mertua ajar makan kurma dalam tujuh biji bagi memudahkan.Juga untuk tenaga ketika kita nak melahirkan tu maklumlah Kak Sue kalau dah sakit tak lalu dah nak makan.Jadi makan kurma sebagai sumber tenaga,melahirkan nie bukan main-main tenaganya..setengah nyawa kata orang kampung Kak Sue..ehehe..yang dah merasa tahu lah kan macam mana..

Bagi Kak Sue seeloknya kita ajak keluarga kita amalkan makan makanan sunnah.Pahala dapat kesihatan kita dan keluarga pun insyaAllah terpelihara.Sekarang ada kedai atau dijual secara online makanan sunnah senang dah kita nak beli kan..Semoga bermafaat untuk semua ya..papai!



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat di Klang

11:18:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Semalam lepas selesai urusan Kak Sue kat sekolah Adik kami sekeluarga singgah makan di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat di Klang.Selalu bila lalu depan restoran nie nampak ramai betul orang singgah.Memang ada simpan niat nak singgah Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat nie,sebab kami sekeluarga memang suka makan seafood..cuma kadang tu kejar masa

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat


Umang - Umang Buffet BBQ & Steamboat


Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat nie kalau kita dari Klang nak ke Puncak Alam berada di sebelah kiri,tepi jalan aja.Senang aja kalau nak cari.Selalu kalau kami lalu nak melawat atau jemput Adik dari asrama nampak ramai sangat orang,parking pun penuh aja..macam teringin nak singgah cuma belum sempat aja.Semalam kebetulan lalu situ Abang Man pelawa kami singgah makan malam terus kat situ..

Masa Kak Sue sampai tu boleh katakan kebanyakan meja dah di tempah awal oleh pelanggan.Nak jadi rezeki kami sekeluarga masih ada meja kosong,boleh lah merasa kat sini kali nie.Kami di beri meja sebelah luar,tak berbumbung kira macam free air gitu,sekali tak lama lepas tu hujan pula kelam kabut pindah bawah bumbung.Nasib baik lah pekerja kat situ cepat bertindak dan mesra layanannya..

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Pilihan sayur di Restoran Uamang - Umang BBQ & Steamboat

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Pilihan bebola dan seafood di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Pilihan daging,ayam dan seafood di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Macam restoran steamboat yang lain,kat sini pun ada dua pilihan kuah iaitu sup atau tomyam.Macam biasa Kak Sue pilih kuah Tom Yam,boleh tahan lah rasa kuahnya.Pilihan seafood dan sayur pun banyak juga cuma nak snap gambar tak dan sebab rasa macam mengganggu orang nak ambil makanan kan..sebab orang memang ramai kat sini.Pilihan sos pun ada memacam sos,Kak Sue pilih black pepper..macam biasa sos pilihan kami sekeluarga

Pilihan lain ada Nasi Putih,Nasi Goreng dan Mee Goreng dan untuk desert ada Bubur Hitam,Buah Tembikai dan Kerepek.Nanti bila kita dah siap makan semua,boleh minta ais krim pula.Minuman ada panas dan sejuk..pilih aja nak yang mana..

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Kita bakooooo,jom makan di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Desert Ais Krim di Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Korang yang berminat nak singgah sini boleh datang setiap hari kecuali khamis.Hari selasa ada ladies night dengan bayaran RM19.90 satu kepala.Untuk kadar biasa dewasa RM23.90 kanak-kanak RM10.90.Waktu operasi pula dari 6 petang sehingga 11 malam.Surau pun ada disedikan kat sini tau..Jangan lupa singgah ya..papai!

restoran umang-umang bbq & steamboat di klang
Jangan lupa singgah Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat
Restoran Umang - Umang BBQ & Steamboat 
Alamat
Jalan Sekolah,Kampung Bukit Kapar,42200 Klang,Selangor
Nombor Tel
011 2816 9501
Facebook



2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Aktiviti Kesukaan Anak-Anak

11:55:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue dan Abang Man melayan aktiviti kesukaan anak-anak.Dari minggu lepas Abang Man dah buat janji nak bawa Adik mandi di Golfview Residen Club berdekatan taman perumahan kami nie.Tiba harinya kena lah tepati janji dengan anak-anak,awal lagi depa dah siap nak terjun kolam.Mandi kolam salah satu aktiviti kesukaan anak- anak Kak Sue.Kalau boleh nak setiap minggu pun tak apa..hamboi sangat kan nak kena beli rumah yang ada kolam lah gituuuu..haaa!

aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Jom mandi di Golfview Residence Club

Aktiviti Kesukaan Anak - Anak - Mandi Kolam


Anak - anak Kak Sue kalau dapat mandi kolam memang susah nak balik.Kalau dah mandi berejam rejam pun tak apa.Naik kecut merah segala yang ada pun tak apa..hahaha..Baru-baru nie Kak Sue dapat tahu kolam mandi di Golfview Residen Club dibuka untuk orang awam di kawasan taman perumahan Kak Sue nie.Tak payah lah nak pergi jauh-jauh,jimat duit minyak kan..Bayaran masuk pun tak ada lah mahal berbaloi sangat,dengan satu bayaran boleh main gym dan taman permainan mini..

aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Harga masuk - Golfview Residence Club

aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Mandi manda di Golfview Residence Club


aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Lepak-lepak sambil minum di Golfview Residence Club


aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Cafe di Golfview Residence Club

Kalau kita tak nak mandi boleh lah lepak-lepak tepi kolam sambil minum dan makan-makan yang boleh kita order dari cafe yang ada kat situ.Atau boleh pergi gym nak keluarkan peluh dan ke Taman Permainan Mini untuk anak-anak kecil.

aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Golfview Residence Club lepak-lepak kat sini sambil tunggu anak-anak mandi manda

aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Gym di Golfview Residence Club


aktiviti kesukaan anak-anak,golfview residence club
Taman Permainan Mini di Golfview Residence Club untuk anak-anak

Haaa..kalau hujung minggu korang tak tahu nak kemana boleh lah bawa anak-anak kat sini.Tempat pun bersih dan selesa sangat tau.Cuma hujung minggu sebelah petang memang ramai sikit kat sini,macam petang tadi makin lama makin ramai yang datang bawa anak- anak dan keluarga.Meriah gituuu..jangan lupa singgah tau..papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cakap Yang Baik - Baik

11:17:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Salam jumaat..apa khabar semua.Kita nie kalau boleh cakap yang baik - baik aja,sebab apa yang kita cakap tu kadang menjadi doa.Tak kira lah pada siapa tapi kalau boleh elak tu.. kita jangan lah cakap benda mengarut dan benda yang tak elok,jangan sampai apa yang kita cakap tu akan berbalik kepada diri kita sendiri pula kan..Jadi cakap yang baik - baik aja ya..


Kadang dari cara percakapan dan perbuatan kita tu orang dah tau kita nie jenis macam mana.Kalau bercakap waktu kita marah nie,tau aja lah..cakap semua ikut perasaan tanpa berfikir dulu.Janji hati kita puas..kita tak sedar kerana mulut dan cakap kita,akan membuatkan orang menjauhkan diri dari kita..Peringatan nie untuk diri Kak Sue sendiri juga..sebab tu sekarang nie kalau marah Kak Sue cuba kawal dan diam.Sebab kalau dah bercakap..hmmm,tak tau lah..takut memalukan diri dan menyesal apa yang kita dah cakap..

Semoga kita semua sentiasa berkata baik dan menjadi kebiasan kita selalu ya.Jumpa lagi..papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pau Viral

10:57:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kak Sue nak kongsi dengan korang nie mana nak dapatkan Pau Viral yang tengah meletop sekarang nie.Sebelum nie sana sini orang dok viralkan Pau Cendawan kan,bebaru nie ada Pau Ayam Panggang pula.Kak Sue pun tak mau ketinggalan nak merasa pau viral Pau Ayam Panggang nie..boleh tahan rasanya..sedap makan panas-panas!

pau viral,pau cendawan klang,pau cendawan,pau ayam panggang,pau mini
Pau Viral - Pau Cendawan,Pau Ayam Panggang dan Pau Mini

Pau Viral - Pau Cendawan,Pau Ayam Panggang dan Pau Mini


Salah seorang kawan Kak Sue ada berniaga Pau Viral nie tau.Tak kiralah Pau Cendawan,Pau Ayam Panggang atau Pau Mini,semua ada.Pau Cendawan macam kita tau lah dalamnya ada inti cendawan,bentuk pun macam cendawan.Pau Ayam Panggang ada inti ayam dan bentuk pun macam ayam,kreaktif betul depa nie kan.Pau Mini pula pau yang bersaiz kecil dan ada inti kacang merah atau kaya.Sedap tau,lembut sangat.Nak beli yang belum kukus pun boleh,buat stok kat rumah minum pagi atau petang balik boleh kukus kat rumah sendiri.


pau viral,pau cendawan klang,pau cendawan
Pau Viral - Pau Cendawan


pau viral,pau ayam panggang
Pau Viral - Pau Ayam Panggang

Kalau korang nak rasa atau nak order boleh singgah gerai-gerai kawan Kak Sue nie area Klang,tapi beliau ada buat delivery beberapa kawasan.Beliau juga ada menerima order untuk sebarang majlis  dan special packing untuk event.Korang boleh lah hubungi beliau di Pau Cendawan Klang atau boleh hubungi di nombor 016 6214477

Pau Cendawan Klang
Gerai - gerai dibuka dari 2.00pm sehingga 7.00 pm atau sehingga habis stok
- Sri Istana Klang - Jalan Raja Jumat
- Seksyen 7 Shaha Alam - berdepan dengan Giant
- Johan Setia - depan ARR Corner
- Sungai Bertih / Sungai Udang Klang - berdekatan pejabat Adun / Econmart Lama

Jemput singgat tau,terima kasih..

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.