Pekan Selasa

11:06:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie kat kampung Kak Sue ada pasar pagi,Pekan Selasa namanya.Hari nie hari selasa jadi nama pun Pekan Selasa.Pekan selasa nie macam pasar pagi kat tempat lain juga,cuma yang menarik perhatian Kak Sue bahagian jualan ulam - ulaman..rambang mata dibuatnya..


Pasar Pagi Pekan Selasa

Pasar pagi setiap hari selasa nie memang penuh dengan orang kalau musim cuti sekolah.Kadang sampai nak berjalan pun susah.Kak Sue lebih suka keluar awal pagi sebab kurang sesak dan panas.Kalau balik kampung,memang Kak Sue tak lepaskan peluang datang sini.Barang - barang jualan kat sini pun masih dalam kategori murah la juga.

Pekan Selasa nie macam Kak Sue pernah cerita kat sini sebelum nie,ada macam - macam jualan dan pilihan.Ada jual pakaian,kasut,makanan dan macam-macam lagi.Yang paling menarik perhatian Kak Sue jualan kuih muih dan ulam ulaman.Memang rambang mata sebab semua sedap dan murah.Satu ikat ulam boleh kita beli dengan harga RM1 tau.Murah kan..Pekan Selasa bertempat di Pekan Batu Kurau,dekat aja demgan rumah Kak Sue.Korang kalau datang area Taiping atau Batu Kurau jangan lupa singgah Pekan Selasa nie tau..konpem puashati dan nak datang lagi.Boleh la singgah rumah Mak Kak Sue sekali.Haaa..stop lah cerita pasal Pekan Selasa kali nie,jumpa lagi nanti ya..papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jaga Kata - Kata

11:06:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Kadang - kadang bila kita marah kita tak sedar apa yang kita cakap dan buat.Kita ikut kata hati dan perasaan marah kita tanpa berfikir apakah kata - kata kita tu akan menguris perasaan orang lain.Jaga kata - kata kita sebab bila kemarahan kita dah reda,kata - kata yang menguris hati orang lain itu akan terpahat sampai bila - bila..



3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Lauk Sardin Pun Sedap

11:18:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie Kak Sue sekeluarga balik kampung Kak Sue ke Batu Kurau,Taiping Perak.Tadi semua keluarga Kak Sue tak ada kat rumah sebab ada kenduri rumah sedara Kak Sue jadi tak masak apa pun.Malam nie masak lauk sardin aja untuk makan malam.Lauk sardin pun sedap juga tau..bertambah Kak Sue makan.Ada pula sambal dengan ulam lagi lah berselera makan..


Tak plan pun nak balik tadi,tetiba Abang Man pelawa balik kampung.Laju aja lah Kak Sue suruh anak-anak bersiap.Lagipun ada kenduri rumah sedara boleh lah singgah sekali.Jalan pun sesak juga tadi,tapi tak ada lah terok sangat.Kami sampai pun dah petang tapi sempat singgah kenduri tadi.Okay lah dah penat tekak pun sakit lagi nie,selamat berehat dan bercuti semua..papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Ayam Masak Tomato

10:12:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikm,hai semua!Bila musim cuti sekolah macam nie,ibu-ibu semua lebih banyak menghabiskan masa kat dapur kan.Ya lah,bila dah ramai-ramai nie seronok kalau dapat berkumpul dan makan bersama keluarga.Macam Kak Sue hari nie fikir punya fikir apa nak masak untuk makan tengahari.Sekali terus datang idea nak masak Ayam Masak Tomato lah hari nie.Asyik dok masak ikan aja tukar sikit kali nie masak ayam pula.Jom kita tengok resepi Ayam Masak Tomato nie jom..

resepi ayam masak tomato
Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan - bahan :
1 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut kesukaan korang
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
Cili kering - dikisar dan sukatan ikut kesukaan korang,nak pedas atau kurang
2 camca sos tiram
2 camca sos cili
4 camca pes tomato
1 kiub ayam Knorr
sedikit kacang pea
sedikit garam 
sedikit gula

Cara - cara :
Panaskan minyak dan goreng ayam yang digaul dengan kunyit dan garam,separuh masak.Ketepikan.
Kemudian panaskan minyak,tumis bahan kisar sehingga masak
Masukkan sos tiram,sos cili dan pes tomato,kacau sebati
Biarkan mendidih sekejap,masukkan kiub ayam Knorr,gula dan garam secukup rasa
Masukkan ayam tadi,gaul sebati kemudian masukkan bawang yang dipotong bulat
Tutup api,sebelum dihidangkan tabur kacang pea diatas ayam tadi
Sedia untuk dihidangkan,selamat mencuba...

Korang boleh juga cuba resepi kat sini Ayam Sambal Black Pepper 





0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Peminat Roti

10:07:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Keluarga Kak Sue nie memang peminat roti.Kalau kat rumah mesti ada stok roti untuk kami sekeluarga.Kadang pagi kalau rajin buat roti telur,kalau tak.. celup dalam milo panas pun sedap!Tak kisah pun roti jenis apa,janji roti dan tak manis sangat yang berkrim atau bercoklat.Kak Sue kurang sikit kalau jenis berkrim nie anak-anak makanlah juga.Nama pun peminat roti kan semua bedal..ehehe..

peminat roti
Satu Keluarga Peminat Roti - Minum petang tadi..

Peminat Roti - Makan Roti Pun Dah Kenyang


Kadang kalau tak berselera makan nasi atau untuk lapik perut Kak Sue makan roti aja dulu.Macam nasi roti pun boleh buat kita kenyang dan beri kita tenaga.Sebab roti nie kan mengikut kajian dan bahan yang Kak Sue baca mengandungi karbohidrat,protin,kalsium dan zat besi cukup untuk berikan kita tenaga dah kan,Tapi bagi yang dah terbiasa makan nasi mesti nak cari nasi juga..kan..kan..

Kalau anak-anak korang yang tak suka makan nasi boleh buat pilihan kedua bagi makan roti.Sekarang pun ada macam-macam pilihan roti di pasaran pilih aja mana yang anak-anak suka.Sekurangnya okay sikit dari anak makan makanan ringan yang lain,betul tak? Okay lah setakat nie dulu,nanti kalau ada resepi mengunakan roti Kak Sue update kat sini ya,papai!











3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Laksa Batu Kurau

9:13:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Hari nie mood rajin sikit masak dua menu.Lagi pun nak sambut tetamu istimewa hari nie.Satu masak nasi berlauk tapi lauk simple aja dengan Laksa Batu Kurau.Keluarga kami memang suka makan laksa cuma Abang Man sorang aja tak makan laksa.Laksa Batu Kurau nie sama aja dengan laksa-laksa yang lain,tapi macam Kak Sue pernah sembang kat sini dulu dah asal dari Batu Kurau,Taiping,Perak jadi Kak Sue letak lah nama Laksa Batu Kurau,konon lain dari yang lain sikit kan..

laksa batu kurau
Laksa Batu Kurau - Sedia menerimpa tempahan


Berniaga Laksa Batu Kurau


Sebelum nie Kak Sue berniaga Laksa Batu Kurau kat kawasan rumah Kak Sue.Setiap hujung minggu Kak Sue berniaga didepan sekolah menengah Bandar Tasik Puteri.Alhamdullilah sambutan boleh tahan juga,jadilah kan buat duit poket sendiri.Kadang Kak Sue ada juga open order untuk delivery sekitar kawasan perumahan Kak Sue nie,cuma kalau ada game kat Stadium Shah Alam terpaksa cutikan dulu jualan laksa Kak Sue tu.Ingat nanti nak mula niaga balik,tapi kali nie depan rumah aja kut..

Korang yang teringin nak rasa masakan Laksa Batu Kurau dari Kak Sue boleh lah datang singgah.Chewah..macam konfiden aja ada orang teringin nak rasa,hahaha..Mungkin ada menu sampingan lain nanti kalau semua berjalan lancar Kak Sue up date lagi ya.Untuk delivery area Lembah Klang pun Kak Sue terima,tapi biar berbaloi lah dengan order,duit minyak dan tol juga,jangan lah nak order sebungkus dua,nak hantar depan pintu..is no lah hokay!Untuk sebarang majlis atau jamuan Kak Sue terima,lelaju lah contact Kak Sue nanti ya..jumpa lagi,papai!

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan - 2

2:23:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Alhamdullilah murah rezeki Kak Sue bulan nie terima hadiah istimewa dari seorang kawan lagi.Kawan yang seorang nie memang kenal dah lama,sama-sama niaga lebih 10 tahun rasanya.Kalau kemana-mana ada aja hadiah istimewa dan rasanya kali nie macam banyak pula hadiah dari beliau.Terima kasih sayangku..

hadiah istimewa dari seorang kawan
Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan - Cantik kan..


Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan -2


Kita dalam berkawan bukan lah nak harapkan pemberian hadiah,cukup lah kawan yang terima kita seadanya,paham buruk baik diri kita dan sentiasa ingatkan kita ke arah kebaikkan.Kawan Kak Sue yang seorang nie memang selalu hadiahkan baik buku agama,makanan dan macam-macam lagilah.

Kak Sue paling suka kalau kongsi bab ilmu agama dan berniaga dengan beliau sebab mudah faham dan santai.Kadang orang tengok 'menjemah' aje depa nie,sedangkan orang tak tahu pun apa kita bualkan!Kami kalau berborak memang riuh rendah dengan gelak ketawa,seronok sangat!Merapu gila-gila punya banyak,baru ceria sikit kan..ehehe..

hadiah istimewa dari seorang kawan
Terima kasih awak atas hadih Istimewa nie ya..
Kadang rasa masa macam sekejap sangat kalau berjumpa dan berborak dah nak kena buat haluan masing-masing.Kalau kita seronok dan selesa macam tu lah kan,sekejap aja rasa masa.Walau pun macam tu kami masih berhubung bertanya khabar bila waktu senang..

Terima kasih sayangku atas pemberian istimewa nie ya.Tak tahu macam mana nak balas budi baik awak nie,Kak Sue doakan semoga rezeki awak murah sentiasa dan dipermudahkan semua urusan awak dunia,akhirat.Semoga ikatan persahabatn kita berpanjangan selamaya..aamiin ya rabb..

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sup Panas Pembuka Selera

9:12:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Dah dua tiga hari rasa macam tak berapa sihat dengan cuaca sekarang nie.Hari ahad lepas panas lah juga sekejap,pastu dah hujan aja dah dua hari nie.Bila sejuk sangat dah buat Kak Sue kurang minum air.Perit tekak sebab mungkin panas dalam dan tak cukup minum air.Hari nie nak makan pun tak ada selera,fikir punya fikir terus masak Sup Daging Sayur.Sup panas pembuka selera kami sekeluarga makan dengan nasi putih dan sambal kicap,sedap betul!Buat satu jenis lauk pun dah cukup dah,janji sup panas-panas terus makan kan..

sup panas pembuka selera
Sup Daging Sayur - sedap makan panas -panas

Sup Panas Pembuka Selera Sekeluarga


Sedapnya makan sup panas dan nasi putih bila kita tengah tak ada selera nak makan nie.Dari tak ada selera terus jadi berselera pula siap bertambah makan tadi.Ada cili kicap pula pedas dan panas memang sedang elok makan dalam cuaca sejuk macam nie kan.Rasa panas sikit badan nie selesa sikit.Kalau tidak asyik berstokin aja kat dalam rumah beberapa hari nie,tak tahan sejuk kaki..

Harap esok kesihatan bertambah baik,kalau badan tak sihat nie mood memang ke laut aja.Nasib baik ada anak dara Kak Sue bantu buat kerja rumah,tak tau lah nanti bila Kakak dah sambung belajar semua Kak Sue kena buat sendiri macam biasa..huhuhu..Korang semua jaga kesihatan,minum air yang cukup dan berhati-hati kalau keluar memandu tu ya,maklumlah cuaca sekarang nie kadang hujan sepanjang hari.Jumpa lagi,papai!


3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Aktiviti Outing Asrama Adik - 2

11:48:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Aktiviti outing asrama Adik memang ditunggu - tunggu kami sekeluarga.Biasa lah kalau ada anak - anak yang tinggal di asrama cara nie salah satu nak lepaskan rindu.Nak masak makanan kegemaran,nak tambah keperluan di asrama dan bawa anak keluar sekejap.Awal tahun ibu bapa dah diberi jadual aktiviti outing, ziarah dan cuti sekolah jadi memang kita dah tahu jadual anak kita dah..


aktiviti outing asrama adik
Aktiviti Outing Asrama Adik ATIUW

Aktiviti Outing Asrama Pengubat Rindu

Kali nie aktiviti outing agak lewat sebab ada majlis Penyampaian Anugerah Pelajar,dah selesai semua aktiviti baru pelajar dan ibu bapa dibenarkan keluar dari asrama.Lewat juga lah keluar kali nie 12.30 pm hingga 6.00pm,rasa macam tak cukup aja masa dengan Adik nak melepaskan rindu..huhuhu..Dah lah mudir dah warning jangan sesuka hati datang lawat anak di asrama,sentap hati Ibu nak..


aktiviti outing asrama adik
Aktiviti Outing Asrama Adik - Menu outing kali nie
Kak Sue dah siap awal masak untuk Adik dan keluarga,balik tu kami makan dulu sebelum keluar balik bawa Adik ke kolam renang dalam kawasan perumahan Kak Sue nie aje.Dari hari tu Adik sibuk cakap nak mandi kolam.Hari nie bagilah can..orang pun tak ramai,kami-kami aja sakan lah Adik dengan Abang Tihie mandi manda.Cuaca pun tak panas sangat..


aktiviti outing asrama adik
Aktiviti Outing Asrama Adik - Jom mandi kolam
aktiviti outing asrama adik
Aktiviti Outing Asrama Adik - Sayang selalu
aktiviti outing asrama adik
Aktiviti Outing Asrama Adik - Seronok Adik dapat mandi manda
aktiviti outing asrama adik
Aktiviti Outing Asrama Adik - Adik dan Abang Tihie sakan mandi manda

Sempat bawa Adik mandi aja,sebab rasa masa sekejap sangat tahu-tahu dah nak asar.Tak puas luangkan masa dengan Adik kali nie.Tak apa lah nanti ada cuti panjang boleh lah lepaskan rindu puas -puas.Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,sentiasa dikuatkan,ditenangkan dan diterangkan hati Adik..aamiin ya rabb..!Sayang dan rindu Adik selalu..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sabar Perlu Dilatih

4:23:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Kata orang sabar itu indah,tapi nak menahan sabar tu bukan mudah.Terus terang Kak Sue bukan sabar sangat orangnya,bukan lah nak bangga bercerita aib diri konon bangga kita nie jenis tak sabar tapi memang itulah diri Kak Sue..yang dulu!Bila dah hampir dengan usia remaja purba nie pelan-pelan Kak Sue latih diri supaya mengawal diri lebih bersabar.Sabar perlu dilatih supaya kita terbiasa dengan diri.Sabar perlu dilatih supaya kita tak melatah nanti dan memalukan diri..

sabar perlu dilatih
Sabar Perlu Dilatih - Sumber Google

Sabar Perlu Dilatih


" Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah " - Hadis riwayat Bukhari

Kadang bila kita dalam keadaan marah,kita memang tak sedar apa yang kita cakap dan buat.Kita tak fikir dah perbuatan dan percakapan kita tu akan melukakan hati dan menjauhkan orang lain dari kita.Kak Sue seboleh - bolehnya cuba nak belajar sabar dan kawal marah kalau ada situasi yang tak menyenangkan.

Bagi diri Kak Sue sendiri,Kak Sue sentiasa beri peluang dan maaf pada orang sekeliling yang berbuat salah pada Kak Sue, kita semua bukan sempurna kan,tapi kalau berulang - ulang kali kesilapan yang sama dibuat,rasanya naik bosan juga kut!Yang pasti Kak Sue tetap memaafkan,tapi akan ambil langkah jauhkan diri itu lebih baik untuk semua pihak

Kita semua nie manusia biasa,kadang ada satu tahap kita rasa tak dapat tahan sabar dah kan.Semoga kita semua cuba untuk terus kawal diri dan istiqomah berubah ke arah lebih baik.Semoga Allah mudahkan urusan kita dan keluarga kita ke arah yang lebih dalam hidup..aamiin ya rabb..!





4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jalan - Jalan ke Menara Condong Teluk Intan Perak

10:31:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Tak habis lagi Kak Sue nak bercerita mengenai percutian pada musim cuti sekolah yang lepas.Tak ada lah hebat macam percutian kawan -kawan lain,tapi Kak Sue nak kongsi pengalaman Kak Sue jalan - jalan ke Menara Condong Teluk Intan Perak.Ini bukanlah kali pertama Kak Sue ke sini,entah yang ke berapa kali dah tapi masuk ke dalam Menara Condong Teluk Intan nie baru dua kali kut.Sebab,Abang Man asal orang Tanjung Keramat,Langkap kira tak jauh dari bandar Teluk Intan,jadi kami sekeluarga kerap juga kesini sebelum nie.Bila dah pindah ke Rawang,sesekali aja datang sini.Bila balik bercuti atau bila malam raya,memang meriah tau kat sini..


Cuti - Cuti Melawat Menara Condong Teluk Intan Perak


Menara Condong Teluk Intan nie kan adalah sebuah menara jam yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan warga Teluk Intan.Pada masa dulu menara nie berfungsi sebagai jam dan tangki simpanan air untuk penduduk sekitar Teluk Intan.Sekarang menara nie hanya berfungsi sebagai jam dan dibuka untuk lawatan kepada orang ramai.Apa yang menarik mengenai menara nie,ia serupa dengan Menara Pisa yang terletak di Itali.Jom kita cuci mata tengok gambar kat bawah..

menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Sejarah tentang menara


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - suasan dalam menara


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - suasan dalam menara

menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - suasan dalam menara

menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Ateh sekeluarga bergambar kenangan


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Kak Sue sekelaurag,Abang Man tak ada pulak masa nie


menara condong teluk intan
Menara Condong Teluk Intan - Ustaz Kecik dengan gaya tersendiri..ehehe..
Masa kami datang sini orang ramai sangat.Tak ada bayaran yang dikenakan tapi kita kena tulis nama berapa orang dalam keluarga kita yang masuk ke dalam menara nie.Bahagian bawah ada seperti perigi tapi air macam cetek aja dan berpagar.Ruang tangga nak ke atas pula  agak sempit,jadi kena sabar dan tunggu giliran.

Kebetulan masa Kak Sue dan keluarga datang ada pengantin buat photo shoot..mesti cantik gambar kahwin depa kan..ehehe..Korang yang jalan-jalan ke Teluk Intan jangan lupa singgah Menara Condong Teluk Intan nie tau dekat aja dengan bandar dan semua kemudahan seperti masjid dan tempat makan.Jumpa lagi dalam cerita cuti- cuti Kak Sue lain kali ya...papai!



4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Banjir di Batu Kurau

10:23:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Baru sekejap tadi adik-adik Kak Sue berkongsi gambar dan keadaan di kampung Kak Sue melalui whatapss.Rasanya ini pertama kali banjir di Batu Kurau.Ada beberapa kawasan lain juga yang banjir di Batu Kurau tapi setakat yang Kak Sue tahu tadi Pekan Batu Kurau dan kawasan sekitar serta Batu 16 menghala ke Jelai.

banjir di batu kurau
Banjir di Batu Kurau - Lokasi Pekan Batu Kurau

Banjir di Batu Kurau 


Kata adik-adik Kak Sue air mula naik sebelah petang tadi lagi.Kawasan rumah adik-adik Kak Sue pula agak rendah.Selepas magrib tadi air dah mula masuk rumah,kesiannya kat depa.Kelam kabut jugalah nak selamatkan barang


banjir di batu kurau
Banjir di Batu Kurau - Kawasan dalam rumah


banjir di batu kurau
Banjir di Batu Kurau - Kawasan depan rumah


Rasanya air tak adalah naik sangat,cuma kalau banjir nie tahu aja lah macam mana letihnya nak kemas dan bersihkan rumah.Harap keadaan rumah adik-adik Kak Sue akan pulih seperti biasa kejap lagi.Dengar cerita juga beberapa tempat di negeri lain pun ada yang banjir.Semoga semua dipermudahkan dan selamat hendaknya, aamiin ya rabb..!




2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Ikan Talapia Goreng Pedas

4:09:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Masak apa hari nie? Kak Sue masak menu ringkas aja macam biasa.Kat rumah Kak Sue nie semua jenis tak kisah janji mesti kena pedas.Memula ingat nak masak lemak kuning,teringat Abang Tihie tak makan pula,jadi Kak Sue tukar menu Ikan Talapia Goreng Pedas.Kata Abang Man goreng biasa pun tak apa tapi macam tak ada kuah kan,nanti makan kering sangat rasa nasi tu.Jom lah kita tengok bahan resepi Ikan Talapia Goreng Pedas, senang aja nie...jom kita!

resepi ikan talapia goreng pedas
Ikan Talapia Goreng Pedas

Resepi Ikan Talapia Goreng Pedas

Bahan - bahan :
2 ekor ikan talapia 
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 biji cili besar merah - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
1 kiub ayam Knorr
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Cara - cara :
Cuci bersih ikan talaphia,gaul dengan garam dan kunyit dan goreng, ketepikan
Panaskan kuali,tumis bahan yang dikisar tadi sehingga masak
Kalau kering sangat tambah air sikit tau
Masukkan kiub ayam Knorr,biarkan mendidih sekejap
Perasakan garam kalau suka,Kak Sue kuat masin
Curah kuah sambal atas ikan talapia tadi,sedia untuk dihidangkan

Korang boleh cuba resepi ini juga tau Ikan Talapia Masak Stim Asam Ringkas dan Sedap

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuti - Cuti ke Muzium Taiping Perak

10:46:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualakum,hai semua!Korang pernah datang Taiping tak? Kalau belum pernah, kena datang tau kat Taiping.Ada macam-macam tempat yang korang boleh pergi jalan-jalan dan makan-makan kat sini.Cuti sekolah yang lepas Kak Sue berpeluang bawa keluarga Kak Sue dan keluarga Adik Kak Sue ke Muzium Taiping Perak.Lama juga tak datang ke Muzium Taiping nie,sejak beberapa tahun lepas kali nie terpanggil nak singgah bila dapat tahu ada pameran 3D kat sini

cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak

Muzium Taiping Perak Adakan Pameran 3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan


Muzium Taping, Perak terletak tak jauh dari Taman Tasik,Taiping dan berada betul-betul depan penjara Taiping.Semua tempat menarik dekat aja dengan bandar jadi kita tak risau takut sesat ke apa kalau datang kesini.Kebetulan cuti sekolah hari tu pihak muzium ada buat pamera 3D,macam menarik aja kami semua sepakat singgah sekejap sebelum balik ke Rawang 

Pameran 3D Art : Sepanjang Jalan Kenangan nie bermula dari 15 septembar hingga 15 September 2017 jadi pada korang yang plan nak bercuti ke Taiping boleh lah singgah ke sini nanti tau.Harga tiket pun tak mahal dan ada kemudahan yang disediakan seperti Taman Permainan Kanak-Kanak (in dan out door), surau,tandas awam,tempat letak kereta dan kedai cenderamata. 

cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Adik Faris


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Nampak jinak katanya..ehehe..


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Adik Faris dan Sakinah


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D - Kemahin Abang Tihie dengan Abang menyembang..hahaha..


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak Pameran 3D -Ibu teman Adik sembang pulak..


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak 


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak 


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Kereta Antik


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Adik Faris dengan kereta antik


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Bergambar kenangan with the girls


cuti-cuti ke muzium taiping perak
Muzium Taiping Perak - Kami!
Waktu operasi Muzium Isnin hingga Ahad dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.Tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Bayaran masuk pula dewasa sebanyak RM2, kanak-kanak bawah 12 tahun dan beruniform sekolah percuma, warga emas dan OKU RM1 dan warga asing dikenakan sebanyak RM5

Selain Muzium Taiping ada tempat menarik lain dekat kawasan situ seperti Zoo Taiping & Night Safari, Taman Tasik Taiping ada macam aktiviti tau kat sini, Bukit Larut ,Taiping Equine Park,Galeria Pertama dan Burmese Pool Taiping,boleh mandi-mandi sejuk kan badan.Kalau bernasib baik datang musim durian boleh merasa Durian batu Kurau,haa..jangan tak tahu Kak Sue asal dari Batu Kurau tau..tak sombong punya..hahaha..Makan pula ada Yong Tau Foo Bomba,Kuew Teow Dolli,Laksa Larut Matang dan macam-macam lagi.Haaa..jangan lupa singgah Bandar Taiping,Bandar Warisan..jumpa lagi,papai!







2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Ayam Masak Kicap

10:54:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua! Plan masak apa hari nie? Kadang tak tahu dah nak masak apa kan.Kak Sue semenjak dua menjak nie hari-hari masak, sebab anak dara suruh Kak Sue masak.Tak kisah lah goreng telur letak kicap pun, janji Ibu masak katanya.Rumah nie kicap memang antara bahan penting dan menjadi kesukaan kami.Jadi kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah dan ringkas.Ada banyak versi resepi Ayam Masak Kicap nie kan tapi Kak sue punya paling senang kut rasanya nak masak.Jom kita tengok resepinya jom..

resepi ayam masak kicap
Ayam Masak Kicap - Resepi mudah dan ringkas

Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan :
1/2 bahagian ayam - dipotong ikut kesukaan masing-masing 
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji bawang besar - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 mangkuk kecil cili kering
1 magkuk kecil kicap
2 sudu sos tiram
1 sudu gula
1 kiub ayam Knorr
1 biji lada bengala
Sedikit serbuk kunyit dan garam untuk mengoreng ayam
Sedikit minyak untuk mengoreng


Cara-caranya : 
Gaul ayam dengan ayam dan kunyit,panaskan minyak dan goreng separuh masak atau garing mengikut kesukaan masing-masing,ketepikan
Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
Masukkan cili kering didihkan sehingga cili masak
Masukkan pula kicap,sos tiram,gula dan kiub ayam Knorr gaul sebati,biarkan mendidih sekejap
Kemudian masukkan ayam gaul sebati lagi
Akhir sekali masukkan bawang dan lada bengala,gaul rata
Sedia untuk dihidangkan..

Korang boleh cuba resepi lain kat sini tau Resepi Daging Masak Kicap




2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sunnah Sebelum Tidur

11:55:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Malam adalah waktu kita kita tidur dan merehatkan badan setelah penat disiang hari dengan kerja dan rutin harian.Ada yang biasa tidur awal dan ada yang terbiasa tidur lewat tapi sebelum kita tidur ada beberapa perkara sunnah sebelum tidur yang kita perlu buat.Kadang sebab terlampau letih ada antara kita terus tidur lupa nak buat perkara sunnah sebelum tidur kan..

sunnah sebelum tidur
Gambar sumber Facebook | Beberapa perkara Sunnah sebelum tidur


Perkara Sunnah Sebelum Tidur


Ada beberapa sunnah yang boleh kita buat sebelum tidur,Kak Sue sendiri ada juga buat beberapa perkara kat bawah nie sebelum tidur,jom  kita tengok..

- Berwuduk seeloknya kita biasakan diri kita berwuduk sebelum tidur

- Bersihkan tempat tidur sebab kita tak tahu ada apa benda kat tempat tidur kita,kibas aja tempat tidur tu sebelum kita tidur

- Membaca ayat Kursi dan Surah Al-iklas,Al-Fallaq dan An-Nas dah habis baca kita tiup kat tapak tangan dan kita usap tapak tangan seluruh badan kita dari muka tangan dan kaki

- Berzikir ada banyak amalan zikir yang kita boleh buat dan seandainya kita mati,kita mati dalam fitrah/islam,InsyaAllah

- Posisi tidur mengiring kekanan arah kiblat dan posisi tidur terlentang kaki kanan atas kaki kiri antara posisi yang baik dan sunnah Rasullah

- Baca doa sebelum tidur kita baca doa "Bismika Allahumma amuutu wa ayhya"- maksudnya "Dengan nama Mu Ya Allah aku mati dan aku hidup"

Itu aja beberapa perkara sunnah yang boleh kita sama-sama cuba buat sebelum tidur menurut sunnah Rasullulah.Semoga kita istiqomah dalam perbaiki diri kita dan semoga manfaat untuk korang semua ya..



2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Hadiah Istimewa dari Seorang Kawan

11:56:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Beberapa hari lepas Kak Sue terima hadiah istimewa dari seorang kawan yang Kak Sue kenal melalui facebook.Tak sangka pula nak terima hadiah istimewa dari beliau.Sebelum nie Kak Sue memang suka tengok corak tudung yang beliau pakai,semua cantik-cantik.Memang kena dengan citarasa Kak Sue,terima kasih awak!

hadiah istimewa dari seorang kawan
Hadiah Istimewa dari Seorang Kawan - Cantik kan..

Hadiah Istimewa Dari Seorang Kawan


Kak Sue bersyukur ditemukan dengan kawan-kawan sekeliling yang baik-baik belaka.Harap persahabatan dengan semua kawan-kawan akan berpanjangan sampai bila-bila.Walaupun kami kenal melalui facebook tapi persahabatan nie rasanya dah hampir enam atau lima tahun kalau tak silap Kak Sue,lama juga kan..

Kadang bila kita berkawan nie tak semestinya kena hari-hari nak berbual,janji doa kita sentiasa ada untuk mereka,InsyaAllah.Macam kawan Kak Sue nie kadang kami tak sempat pun nak bertanya khabar setiap hari cuma sekali sekala aja.Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas seharian,tak sangka pula beliau masih ingat tudung yang Kak Sue pesan belikan dulu rupanya beliau hadiahkan aja pada Kak Sue.Segan pun ada..ehehe..

Terima kasih awak..semoga persahaabtan kita berkekalan dengan baik dan diredhai Allah.Kak Sue doakan semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan dunia,akhirat..aamiin ya rabb..Terima kasih sekali lagi..

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Happy Birthday Mak Tersayang

9:46:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Selamat berhujung minggu bersama keluarga.Hari nie birthday Mak Kak Sue yang tersayang.Alhamdullilah masih dipanjang umur Mak dan masih sihat cuma biasa lah orang tua kan,kadang tu cepat letih sikit.Happy Birthday Mak tersayang..semoga Mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki sentiasa dan dimudahkan semua urusan Mak dunia,akhirat.Sempena birthday Mak nie hanya doa dan ucapan aja dari jauh,Mak tunggu Orang balik nanti ya.. (Orang tu Kak Sue bahasakan diri Kak Sue kat Mak dan adik beradik)

happy birthday mak tersayang
Happy Birthaday Mak Tersayang - Kenangan manis bercuti dengan Mak


Happy Birthday Mak Tersayang


Mak Kak Sue nie garang dan tegas orangnya,keluarga dan kawan terdekat memang dah tahu dan faham cara Mak.Walaupun Mak garang dan tegas Mak penuh dengan kasih sayang.Kawan-kawan Kak Sue,Abang dan adik-adik Kak Sue kalau datang memang dilayan baik,tapi kalau macam pelik-pelik sikit tu memang kena sound tepat lah..hahaha!Tapi itu dulu lah,masa zaman remaja kami semua..Sekarang nie Mak Dah kurang dah garangnya,kalau dengan cucu pun tak adalah garang macam zaman kami dulu

Mak nie kalau dah bagi libasan jelingan tu janganlah kami adik beradik nak buat bodow ja, memang namanya memintaklah.Kalau tengah buat benda Mak tak suka kami kena cecepat tinggalkan,kalau takk..hang siap!Hahahaha..tapi disebabkan ketegasan Mak tu lah kami dulu tak berani nak buat benda-benda tak baik depan Mak.Tak berani nak keluar berjalan tinggal rumah berselerak,tak berani nak menganga dengar orang tua bersembang tapi kadang belakang buat juga..huhuhu..maafkan kami Mak..

happy birtday mak tersayang
Sambutan Birtday Mak - Gambar kiriman dari adik Kak Sue,Tq Acik
Mak kalau bab memasak bukan nak memuji lah,memang tersedap di dunia.Mak kurang suka kalau kami beli makanan kat luar.Nanti ada lah macam-macam komplen..tak sedap,tak ada rasa,buang duit..Mak memang cerewet sikit bab makan.Kak Sue yang besar gajah pun Mak bising kalau tak pandai masak atau tak masak kat rumah..

Mak memang banyak berkorban untuk keluarga kami.Kalau nak diceritakan dan nak diingat memang jadi drama tak tahu lah berapa episod.Susah payah Mak membesarkan kami dulu akan tersimpan kemas dalam ingatan Kak Sue sampai bila-bila.Semoga diakhir hidup Mak biarlah yang manis-manis sahaja.Kalau boleh tak mahu nak menyusahkan hati Mak,InsyaAllah.Terima kasih Mak kerana selalu mendoakan dan memaafkan setiap kesilapan Orang.Orang sayang Mak dunia,akhirat..Jaga diri dan kesihatan ya..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.