October 2017 - Shuhaida Kabdy

Wednesday, October 25, 2017

Ulam Bunga Kunyit

October 25, 2017 14
Ulam Bunga Kunyit
Assalamualaikum, hai semua! Mesti ada antara korang yang perasan Kak Sue memang pengemar ulam kampung kan. Antara ulam kampung kegemaran Kak Sue ialah Bunga Kunyit. Memang dari zaman anak dara Kak Sue suka sangat makan ulam nie tau, cuma sekarang nie dah payah nak jumpa dah ulam Bunga Kunyit nie. Nasib lah kat kawasan rumah Kak Sue nie memang ada peniaga yang menjual ulam-ulaman kampung setiap hari. Dapatlah Kak Sue makan ulam kampung kat sini walau jauh dari kampung..
Ulam Bunga Kunyit
Ulam Bunga Kunyit

Ulam Bunga Kunyit

Orang yang memula ajar Kak Sue makan ulam adalah Mak Kak Sue sendiri. Kami satu keluarga menang suka makan ulam. Cuma ulam Bunga Kunyit nie aja jarang-jarang kita jumpa kan. Selalunya Kak Sue suka makan mentah aja sebab ranggup, berbau wangi dan sedikit berangin. Kak Sue suka lawankan Bunga Kunyit dan Air Asam, memang bertambah-tambah lah Kak Sue makan..

Kak Sue ada google kelebihan atau kebaikan makan ulam Bunga Kunyit. Rupanya banyak kebaikan dan kelebihan tau, biasanya setiap ulam-ulaman akan ada kelebihan dan kebaikkan masing-masing. Yang paling penting awet muda.. ya ka makan ulam awet muda. Entah lah, Kak Sue main cakap ja tu korang, perasan muda la tu konon! Ehehe.. 

Sebenarnya kan ulam nie macam makanan sihat tau untuk kita, sebab ada yang kita makan terus tanpa dimasak atau yang kita rebus macam tu aja. Jadi tak ada tambah bahan-bahan lain pun kan. Patut wajib ada dalam setiap menu harian kita tau ulam-ulaman nie, baru lah kita lebih sihat. Tengok orang tua dulu-dulu banyak makan ulam-ulaman jarang dapat sakit berat kan..

Okay lah korang, cukup lah kali nie nak sembang pasal ulam dan ulam Bunga Kunyit nie. Nanti kalau ada resepi baru Kak Sue gunakan Bunga Kunyit sebagai bahan utama, Kak Sue kongsikan kat sini ya, InsyaAllah. Jumpa lagi, papai!

Thursday, October 19, 2017

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

October 19, 2017 12
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Assalamualaikum, hai semua! Hujung minggu lepas Kak Sue dan keluarga berpeluang ke pameran Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur di Lanai Matic, Pusat Pelancongan Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur. Adik lah yang paling teruja nak tengok Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur nie, tak sabar-sabar dah masuk dan berseronok kat dalam

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Pameran Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur nie sebuah pameran berjenis 'pop up' yang bertemakan Jurassic. Sekarang dah dibuka untuk orang ramai selama enam bulan setiap hari, bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Apa yang menarik tentang pameran nie ia memberi pengalaman pendidikan untuk kanak-kanak malah untuk sekeluarga yang nak berkunjung ke taman rekreasi yang unik dan bertemakan dinosaur..

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur


Pameran ini sebenarnya dah dibuka pada 14 Ogos lepas dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Loga Bala Mohan, sebagau wakil Menteri Wilayah Perseketuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur. Pameran ini juga mempunyai lebih daripada 40 dinosaur animatronik, berskala benar, zon penggalian telur dan fosil untuk kanak-kanak, kawasam kraf pasir dinoaur, aktiviti memasang rangka dan kawasan sejarah dinosaur bertemakan 'jumping castle' mesti anak-anak korang enjoy sangat kat sini nanti

Ada juga zon makanan dan minuman disediakan kat sini. Korang boleh duduk minum, makan dan berehat sambil memantau anak-anak bermain. Selain itu ada barangan mainan dan merchandise bertemakan dinosaur. Sebelum balik bolehlah belikan untuk anak-anak sebagai kenang-kenangan kan..

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Bagi sesetengah pelawat, ini mungkin merupakan peluang sekali seumur hidup untuk ambil gambae 'selfie' dengan kemuncak terbesar pamaeran ini, iaitu T-Rex atau Tyrannosauras rex, dinosaur yang terbesar sekali di antara 40 jenia spesis dinosaur. Menurut pengasas Showtime Attractions Keith Brown, Tyrannosauras Rex yang setinggi 9 meter dan panjang 25 meter itu merupakan skala benar dan dibuat khusus untuk pameran ini. Haa.. menarik kan.. Sebab tu korang kena datang tengok sendiri kat sini nanti..

Untuk info Dinosaurs Alive adalah inisiatif Matic dengan kerjasama Creative Alliance dan Dinosaurs Touring, sebuah syarikat yang berpusat di melbourne. Bagi korang yang berminat nak ke sini tiket berharga RM50 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak antara 3 hingga 12 tahun, manakala diskaun akan diberi kepada kumpulan seramai 10 orang atau lebih dan juga kumpula sekolah 20 pelajar atau lebih. Haa.. boleh lah nak rancang aktiviti pada hujung minggu atau cuti sekolah nanti kan. Pakej dan tempahan juga boleh dibuat samada secara swasta, korporat, kumpulan sosial, VIP dan juga untuk apa-apa acara khas

Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur
Jom ke Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur


Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie ya..

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Alamat
No 109, Lanai MaTiC, 
Pusat Pelancongan Malaysia
Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Ticket Hotline
03 2181 4733

Website









Tuesday, October 17, 2017

Menang Peraduan Upin Ipin Store Cawangan Ampang

October 17, 2017 9
Menang Peraduan Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Assalamualaikum, hai semua! Alhamdullilah, petang tadi Kak Sue terima mesej kat whatsapp dari pihak Upin Ipin Store cawangan Ampang yang Kak Sue terpilih sebagai antara pemenang Peraduan Upin Ipin Store Cawangan Ampang sempena pembukaan cawangan baru beberapa minggu lepas..

Menang Peraduan Upin Ipin Store Cawangan Ampang
Menang Peraduan Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Menang Peraduan Upin Ipin Store Cawangan Ampang

Tak sangka betul Kak Sue antara terpilih sebagai pemenang. Kak Sue pun hampir lupa dah nak sertai peraduan hari tu, hari terakhir baru Kak Sue hantar peraduan bersama bukti pembelian. Syarat yang ditetapkan oleh pihak Upin Ipin Store sangat mudah, cuma perlu ambil gambar bil yang dibelanjakan sebanyak RM100 atau lebih kemudian hantar ke nombor whatsapp yang diberikan. Kak Sue ada juga kongsikan peraduan nie di entri Upin Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang

Apapun, Kak Sue sangat berterima kasih kepada pihak Upin Ipin Store kerana sudi memilih Kak Sue antara pemenang dalam peraduan ini. Tertanya-tanya juga dapat hadiah apa kali nie. Katanya Kak Sue dah boleh mula ambil hadiah bermula esok dan hari seterusnya. Rezeki tak pernah salah alamat kan. Nanti, InsyaAllah Kak Sue kongsikan apa hadiahnya kat sini ya. Sekian dulu sembang kali nie, jumpa lagi nanti.. papai!

Monday, October 16, 2017

Masak Menu Yang Sama

October 16, 2017 10
Masak Menu Yang Sama
Assalamualaikum, hai semua! Masak apa hari nie korang? Kadang kita mak-mak nie memang dah tak tahu nak masak apa kan, asyik masak menu yang sama aja ulang-ulang. Nak pula menu tu kesukaan sekeluarga memang akan ulang masak menu yang sama setiap minggu. Korang macam tu tak?

Masak Menu Yang Sama
Masak Menu Yang Sama

Masak Menu Yang Sama

Dalam rutin masak memasak dapur Kak Sue, rasanya dalam sebulan tu akan masak menu yang sama beberapa kali. Bukan apa, selalunya menu yang sama nie lah yang buat Kak Sue sekeluarga makan bertambah-tambah. Abang Man yang jarang makan malam pun kalau lauk yang disukai ulang lagi makan sebelah malam. Anak-anak lagi lah, seronok kan tengok suami dan anak-anak bertambah dan mengulang makan..

Selalunya menu yang sama Kak Sue masak ialah Asam Pedas Batu Kurau. Orang tertanya-tanya apa istimewa masakan nie. Sebenanrnya Asam Pedas Batu Kurau nie sama aja masakan Asam Pedas Rebus yang lain, cuma Kak Sue namakan sempena nama kampung Kak Sue. Ada kawan-kawan Kak Sue sedia maklum dah Kak Sue asal dari Batu Kurau, Taiping, Perak. Bagi yang belum tau, sekarang dah tahu dah kan..

Selain menu Asam Pedas Batu Kurau, menu lain Laksa Batu Kurau, Ayam Masak Sambal, Ayam Masak Kicap pun antara menu yang sama Kak Sue masak berulang-ulang. Cuma sesekali tu, teringin juga nak rasa menu baru kan. Kadang bukan apa, bila masak menu lain anak-anak tak berapa nak makan. Jadi takut membazir Kak Sue ulang aja masak menu yang sama. Korang yang nak cari resepi yang Kak Sue kongsi kat atas nie boleh lah cari dalam blog Kak Sue nie ya. Resepi ringkas dan mudah.. Selamat mencuba ya, papai!

Untuk pilihan resepi korang boleh klik kat sini ya Lauk Pauk


Wednesday, October 11, 2017

Kelapa Laut Man Java

October 11, 2017 10
Kelapa Laut Man Java
Assalamualaikum, hai semua! Lama Kak Sue tak bercerita bisnes kecilan keluarga kami Kelapa Laut Man Java. Sebenarnya ada aja order setiap minggu atau dua minggu sekali. Cuma kadang tu bila nak berkongsi tentang Kelapa Laut nie takut orang jemu pula nak baca. Asyik cerita yang sama ja tak habis-habis, boring pula orang kan. Musim hujan nie biasa lah order tak lah sekencang masa cuaca panas dan Pasar Ramadhan, tapi Alhamdullilah rezeki tu sentiasa ada. Kalau korang nak join order sekali pun boleh juga tau laju-laju bagi tau Kak Sue ya..

Kelapa Laut Man Java
Kelapa Laut Man Java

Kelapa Laut Man Java 

Macam minggu nie memang ada tiga penghantaran Kelapa Laut Man Java. Semalam kami hantar order ke Klang, hari nie ke Rawang dan hujung minggu nie ke Batu Pahat, Johor pula. Yang mana tinggal kawasan Klang tu, boleh lah singgah gerai kawan Kak Sue nie di Sungai Udang. Jangan lupa singgah juga cawangan KL Sentral pun ada jual air Kelapa Laut Man Java tau. Kak Sue tak pasti area mana tapi ada kiosk kat sana dan buka hanya hari Jumaat sahaja. Untuk cawangan Batu Pahat katanya berniaga tepi jalan kawasan kilang, nanti Kak Sue update lagi detail kat mana tempatnya ya..

Bagi korang yang berminat nak order untuk minum sendiri atau berniaga boleh buat order terus dari kami atau dari agen-agen yang telah dilantik oleh kami. Macam yang Kak Sue kongsikan sebelum nie order hendaklah dibuat seminggu lebih awal dari tarikh penghataran atau sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ya. Bukan apa senang kami nak susun stok dan jadual penghantaran, sebab takut kalau order datang serentak dan nak di hantar pada hari yang sama tapi berlainan tempat kena susun jadual betul-betul

Tau aja lah sekarang nie, semuanya nak kena keluarkan kos. Kalau luar Lembah Klang kami akan hantar melalui bas dan kami akan kumpul beberapa order dulu. Macam tu juga kalau luar kawasan dari tempat tinggal kami Rawang pun kami akan kumpul order dulu, kecuali order yang banyak baru kami terus hantar. Samada kami terus hantar ke tempat yang diminta atau kami tetapkan satu pick up point untuk semua pelanggan kami. Bagi yang berminat nak order macam biasa Kak Sue kongsikan detail kat bawah nie ya. Terima kasih semua yang masih sudi bekerjasama dengan Man Java Enterprise. Semoga dipermudahkan urusan kita semua dan diberikan rezeki yang berkat.. aamiin ya rabbilalamin.. Rezeki sama dikongsi!

Man Java Enterprise

Kelapa Laut
No Tel
012 5854998 / 012 5844736

Email
skabdy@yahoo.com






Tuesday, October 10, 2017

BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

October 10, 2017 13
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue berpeluang lagi merasa menu baru BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Selalunya Kak Sue dan Abang Man datang waktu makan tengahari tapi kali nie datang untuk makan malam pula. Macam biasa menu di Grand Bluewave Hotel Shah Alam memang tak pernah mengewakan dapat pula berkumpul dengan kawan-kawan yang lain memang seronok sangat tau. Jom kita tengok menu BBQ Buffet Dinner nie jom..

BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Kalau korang mencari tempat makan untuk hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan Kak Sue cadangkan korang cuba menu baru BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Selain ada pelbagai pilihan makanan yang disediakan kat sini, hotel ini adalah pilihan tempat makan yang selesa, ruang makan yang luas dan disediakan surau juga bagi yang beragama Islam. Jadi tak perlu risau nak ke tempat lain untuk solat semua ada kat sini..

BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Untuk BBQ Buffet Dinner nie hanya disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja tau, dan bermula dari pukul 6.30 pm - 10.30 pm boleh makan puas-puas. Antara menu yang disediakan pilihan seafood yang segar, kambing, ayam dan bermacam pilihan lain lagi, menarik kan. Untuk pembuka selera ada pelbagai jenis salad, tossed mozzarella cheese, tomato & basil salad, rice salad  bermacam lagi. Untuk Seafood On Ice pula ada half shell NZ green mussel, ketam, tiram, udang dan black mussels


BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Untuk Grill Section meat and seafood pula, menu berpanggang disediakan satay, chicken yakitori skewer, sirloin steak, jumbo chicken sausage, grilled seasonal squid, marinated fish fillet wrapped with banan leaf  dan pelbagi pilhan lain lagi. Makanan berpanggang nie lebih sedap dimakan dengan pilihan 5 jenis sos yang disediakan kat sini.. memang sedap!


BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam


BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
Akhir sekali untuk pencuci mulut pihak hotel menyediakan Puding Kelapa, Chocolate Panna Cotta, Baked PineApple & Cramel tart, Mixes Berry financiers, pelbagai pilihan kek, pilihan buah-buahan, pilihan asam jeruk, pilihan ais krim dan ABC. Haaa.. banyak kan pilihan yang disediakan dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Kak Sue yakin korang memang akan berpuashati dengan BBQ Buffet Dinner nie tau..

BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam
BBQ Buffet Dinner di Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Untuk lebih detail macam biasa korang boleh baca kat bawah nie ya, selamat menjamu selera..

Grand Bluewave Hotel
Shah Alam

Harga 
RM 78.00 ++ (dewasa)
RM39.00 ++ ( kanak-kanak ) 4-11 tahun

Waktu Operasi
6.30 pm - 10.30 pm
Setiap Jumaat & Sabtu

Untuk Tempahan
03 5511 8811 ext 2612 atau 2613

Alamat
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor

Monday, October 9, 2017

Koleksi Buku Cerita Seram Lagi

October 09, 2017 6
Koleksi Buku Cerita Seram Lagi
Assalamualaikum, hai semua! Tambah koleksi buku cerita seram lagi Kak Sue baru-baru nie. Sebenarnya sebelum nie Kak Sue ternampak kawan kat Facebook kongsi buku cerita seram nie. Cuma masa tu belum ada masa nak cari atau kadang tu bila ke kedai buku lain pula yang dicari lupa pula nak cari buku yang Kak Sue nak. Kebetulan nak cari buku latihan untuk Abang Tihie, Kak Sue ambil kesempatan lah cari tajuk buku yang dikongsikan oleh kawan Kak Sue tu, nasib jumpa..

Koleksi Buku Cerita Seram Lagi
Koleksi Buku Cerita Seram Lagi

Koleksi Buku Cerita Seram Lagi

Kak Sue nie sebenarnya bukan berani sangat pun, penakut! Tapi Kak Sue minat sangat buku cerita, cerita kat TV atau movie seram. Macam koleksi buku cerita seram kali nie, tajuk pun boleh tahan juga seramnya. Pada Kak Sue lah kan, dah nama pun penakut, hahaha! Kak Sue beli dua buah buku kali nie di kedai buku Popular, satu bertajuk Kakak Kemboja dan satu lagi Uwan Konah. Haaa.. seram ka tak seram.. ehehe..

Kak Sue baru baca buku Kakak Kemboja, tu pun Kak Sue tunggu Abang Man temankan dan baca siang hari. Malam memang takan baca, nanti ada yang tak boleh tidur dan bergerak.. hahaha! Kakak Kemboja nie mengisahkan Siti dan anaknya Johari telah dihalau keluar oleh emak mertua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bermula dari detik itu lah hidup mereka diganggu oleh berbagai misteri. Satu bab ke bab yang lain memang buat kita nak baca dan baca lagi. Tak tau lah Kak Sue ambik masa berapa lama nak habiskan buku nie, baca kejap bila takut berenti dulu.. hahaha!

Buku Uwan Konah Kak Sue belum baca lagi, tapi baca sinopsis buku cerita nie mengisahkan Munah yang diganggu dengan saka yang memaksanya menerima belaan warisan itu. Haih, menyeramkan juga lah kan baca sinopsis pun. Jenis nak paksa-paksa yang takut nie kan.. huhuhu! Tunggu Kak Sue habiskan dulu buku Kakak Kemboja baru sambung habiskan Uwan Konah pula. Buku yang sebelum nie pun semua baca separuh-separuh aja. Nie rasanya banyak masa terluang boleh lah habiskan semua nanti. Okay lah korang setakat nie dulu, kita jumpa lagi nanti, papai!


Thursday, October 5, 2017

Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang

October 05, 2017 9
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Assalamualaikum, hai semua! Baru-baru nie Kak Sue berpeluang ke majlis pelancaran pembukaan Upin & Ipin Store cawangan terbaru di Ampang. Cawangan terbaru nie adalah cawangan ketiga syarikat Les' Copaque Sdn Bhd dan dirasmikan sendiri oleh pengasasnya Haji Burhanuddin Bin Mohd Radzi dan Hakah Ainon Ariff pada majlis hari itu. Sempena pembukaan cawangan baru nie juga Upin & Ipin Store mengadakan pelbagai aktiviti dan jualan promosi sehingga 8 Oktober 2017 nanti, korang kena datang sini bawa anak-anak  tau. Mesti anak-anak suka punya..

Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang

Upin & Ipin Store Terbaru di Ampang

Pada pembukaan Upin & Ipin Store terbaru di Ampang hari tu, ada pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak dan untuk 100 orang terawal yang datang akan dapat hadiah misteri. Rugi sapa yang tak datang tau, tapi tak apa masih sempat lagi datang sebelum tamat tarikh promosi. Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi kuiz, meet and greet maskot Upin dan Ipin, juga pertandingan mewarna. Kira hari tu aktiviti penuh lah untuk anak-anak .. seronok depa semua..

Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang


Selain dari aktiviti tadi, ada juga disediakan aktiviti lucky draw anjuran dari salah satu penaja iaitu Mamee. Untuk aktiviti lucky draw nie senang aja, hanya perlu pusingkan ala-ala roda impian tu dan jarum akan berhenti pada item yang terpilih. Lepas tu boleh redeem pada kakak-kakak cantik yang bertugas. Siap boleh pusing banyak kali pula tu dan ibu bapa pun boleh ambil bahagian juga. Seronok kan bila ada aktiviti bersama anak-anak macam nie. Antara hadiah yang disediakan Biskut Monster Biskidz, Mamee Chef, Perfecto, Contoz, Mr Potato Chip, hadiah misteri dan macam-macam lagi. Maskot Mamee dan Mr Potato pun ada tau.. bertambah meriah lah majlis petang tu..

Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Majlis berakhir pada lewat petang selepas aktiviti terakhir pertandingan mewarna. Ingat nak balik awal, tapi Adik anak Kak Sue minta nak join pertandingan mewarna pula. Sekali sekala kan ada aktiviti macam nie untuk Adik dan Alhamdullilah tak sia-sia tunggu sampai petang. Adik adalah salah seorang pemenang pertandingan mewarna petang tu. Adik pemenang tempat kedua, dapat hadiah lagi. Seronok Adik hari tu dapat banyak hadiah. Kak Sue pun ada belikan Adik barang sikit, ye lah tengah ada harga promosi nie kan.. jimat!

Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang

Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Upin & Ipin Store Cawangan Terbaru di Ampang
Untuk korang semua, Kak Sue syorkan korang kena datang sini sebab ada diskaun barangan terpilih sehingga 50% tau. Bukan tu aja setiap pembelian yang melebihi RM100 dalam satu resit korang berpeluang memenangi cabutan bertuah. Hanya perlu snap gambar resit dan hantar ke Whatapps ke nombor 014 9213390. Sempat lagi nie korang, ada beberapa hari lagi nie.. Jangan lupa singgah Upin Ipin Store cawangan baru di Ampang di Jalan Mamanda 7, berhadapan MRR2 dan sederet RHB Bank.

Untuk lebih detail macam biasa korang boleh singgah kat bawah nie tau..

Upin Ipin Store

Website
www.upinipinstore.com

Facebook
www.facebook.com/UpinIpinStore

Instagram
www.instagram.com/upinipinstore

Email
store@lescopaque.com

Alamat
No 31-M (GF), Jalan Mamanda 7
Taman Dato Ahmad Razali
68000 Ampang
Selangor










Wednesday, October 4, 2017

Happy Anniversary Sayang

October 04, 2017 9
Happy Anniversary Sayang
Assalamualaikum, hai semua! Semalam genap 19 tahun ulangtahun perkahwinan Kak Sue dan Abang Man. Macam-macam ujian dan dugaan yang kami lalui dah, sepanjang perkahwinan kami. Alhamdulilah, sampai hari nie dan InsyaAllah semoga kasih sayang kami akan berkekalan sehingga ke Jannah, aamiin ya rabb.. Happy Anniversary Sayang..

Happy Anniversary Sayang
Happy Anniversary Sayang

Happy Anniversary Sayang

Perkahwinan atas dasar suka dan cinta nie bermula di tempat kerja kami.. chewah! Mula-mula tu sekadar kawan sekerja aja, tapi jadi tersuka lah pula bila hari-hari jumpa dan kadang sekali sekala kami keluar beramai-ramai dengan kawan sekerja. Sapa tak suka kan, lelaki yang sangat gentelman dan bertanggungjawab. Pula tu merendah diri dan sangat menghormati kaum wanita. Masa tu Abang Man rambut panjang tau, tapi bila bercakap sikit punya lembut dan beradab sebab tu kita tak boleh nilai orang dari luaran. Kadang tu yang smart, kemas belum tentu lagi macam mana layanannya kat kita kan. Tak lama kami berkawan, kenal sikit-sikit hati budi terus Abang Man hantar keluarga datang merisik seterusnya meminang Kak Sue.. macam mimpi pun ada..

Kami tak lama pun bertunang , rasanya tak sampai setahun terus tetapkan tarikh perkahwian. Nikah dan bersanding pada hari yang sama. Kemudian bermula lah kehidupan kami sebagi suami isteri dan dikurniakan dengan tiga orang anak, Alhamdullilah. Rasanya cukup dah kut setakat nie dengan tiga orang anak, tapi kalau dah Allah nak beri rezeki juga pada usia Kak Sue macam nie, kami terima aja.. ehehe.. Seronok tau tengok orang ada anak ramai nie.. meriah!

Kali nie kami tak buat apa sambutan pun, ada lah makan-makan, tapi tak seronok sebab Adik tak ada. Mungkin nanti anak-anak ada semua boleh lah keluar makan sama-sama lagi. Pada Kak Sue cukup lah dengan kasih sayang, kefahaman, terima seadanya diri Kak Sue, doa dan redha dari Abang Man pun dah cukup. Dalam berjuta susah tau nak jumpa orang macam Abang Man nie tau, haa.. bukan nak puji suami sendiri tapi kalau si isteri tak puji sapa lagi kan, hihihi.. Sapa yang pernah jumpa dan kenal tau lah Abang Man macam mana. Apapun semoga ikatan perkahwinan kami berpanjangan dan berbahagia dengan anak-anak sehingga ke Jannah.. aamiin ya rabb.. papai!

Tuesday, October 3, 2017

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume

October 03, 2017 5
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Assalamualaikum, hai semua! Selain kita sebagai wanita nie kan, lelaki pun kena juga jaga penampilan diri. Bukan setakat berpakaian kemas, tapi kebersihan diri pun kena lah dititik beratkan juga. Kenalah berwangi-wangian macam wanita juga kan, baru lah adil.. ehehe.. Baru-baru nie Dashing produk penjagaan lelaki melancarkan produk terbaru iaitu Dashing Anytime EDT Poket Perfume yang bersaiz kecil dan mudah untuk di bawa. Jom kita tengok pilihan yang disediakan dari produk terbaru pilihan ramai nie jom..

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume

Dashing Anytime EDT Poket Perfume Mudah Dibawa

Kak Sue nak kongsi dengan korang rangkaian produk terbaru dari Dashing salah satu produk penjagaan diri untuk lelaki yang dah dikenali sekian lama. Dashing Anytime EDT yang terbaru nie dalam pek poket yang bersaiz kecil dan mudah di bawa. Senangkan, kadang orang lelaki nie tak berapa suka nak bawa barang, dengan ada Dashing Anytime EDt poket perfume nie mudah lah kerja depa kan. Masuk kat poket, sembur aja bila nak digunakan.. senang kan..

Pek terbaru nie tampil rapi dan menawan sememangnya merupakan keinginan setiap lelaki moden. Selain berpakaian kemas dan bergaya, lelaki dari semua peringkat umur tahu bahawa masalah bau badan boleh menjejaskan personaliti dan penerimaan orang sekeliling mereka. Sebab itulah lelaki yang menggunakan pewangi akan mengaplikasikannya semula berulang kali dalam sehari

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Memahami keperluan lelaki untuk berbau harum sepanjang waktu, malah untuk semua aktiviti sepanjang hari, DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki juga merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki di Malaysia telah menghasilkan Anytime EDT. Dashing Anytime EDT yang terbaru merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa kemana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket anda seperti kad kredit yang tersisip kemas, sesuai untuk lelaki yang aktif kemana sahaja

Antara pek Dashing Anytime EDT yang penuh gaya sesuai dengan trend masa kini disediakan dengan empat viarasi yang unik - Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick



Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
1. Cool

Haruman maskulin ini merupakan takrifan identity dan daya penarik anda. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang 'cool' secara semulajadi dalam dirimu

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
2. Active

Khas untuk si jejaka lasak yang amat mengemari kehidupan aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus,Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
3. Ultimate Kick

Wangian dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanila dan suntikan haruman kayuan serta rempah

Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
Dashing Anytime EDT Pocket Perfume
4. Hattrick

Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber

Haaa.. menarik kan, dijual dengan harga RM7.00, Dashing Anytime EDT 18 ml nie boleh korang dapatkan di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi seluruh Malaysia

Untuk maklumat lanjut korang boleh singgah bawah nie ya

Dashing Anytime EDT

Website

Facebook

Instagram


Monday, October 2, 2017

Periuk Ikea Annons

October 02, 2017 8
Periuk Ikea Annons
Assalamualaikum, hai semua! Sejak dua menjak nie Kak Sue suka sangat ke Ikea. Rasanya sebulan sekali mesti nak ke sana, tambah bila ada barang yang Kak Sue berkenan dan duit tabung dah cukup. Apa lagi cecepat buat temujanji dengan Abang Man. Bukan senang tau nak ajak Abang Man ke sana, tambah kalau ramai orang, lagi lah payah. Abang Man jenis tak suka serabut-serabut. Baru-baru nie pergi lagi sebab nak beli meja kopi yang sebelum nie kami dah rancang nak beli. Sampai sana biasa lah kalau ke Ikea yang kita tak plan beli pun terbeli sekali. Terbeli periuk Ikea la pulak.. hahaha!

Periuk Ikea Annons
Periuk Ikea Annons

Periuk Ikea Annons

Kalau ke Ikea memang tak sah kalau kita tak terbeli apa-apa kan. Paling kurang mesti beli juga satu dua barang, nak pula kalau ada harga promosi makin menjadi-jadi! Betul tak korang, hihihi.. Kadang harga barang kat Ikea nie bukan lah semua mahal, ada harga yang sangat berbaloi. Macam periuk Ikea Annons nie sebenarnya sebelum tu, Kak Sue dah ambil periuk yang lain, harga dah lupa pula. Bila jalan lagi bahagian barangan dapur ternampak pula periuk Ikea Annons nie ada 3 jenis periuk dengan harga yang sangat berbaloi RM39.90 aja tau.. tu yang Kak Sue sambar satu set tu.. 

Periuk Ikea Annons nie sesuai untuk semua jenis dapur. Boleh juga kalau korang nak masukkan dalam mesin pencuci pinggan tu tau, mengikut kata kat website Ikea tu. Kak Sue pun mana ada mesin pencuci pinggan, basuh pakai tangan ja.. hahaha! Periuk nie jenis keluli tahan karat dan berpenutup kaca. Sebenarnya Kak Sue pun belum rasmi lagi, baru semalam Abang Tihie tolong pasangkan skru kat penutup dan pemegang periuk. Nanti bila Kak Sue dah rasmi Kak Sue kongsikan dengan korang kat Instagram Kak Sue tau. Macam biasa bila dah siap masak, menunjuk kat Instagram, hahaha! Mana lah tahu ada periuk baru nie semakin rajin nak masak, konon! Korang yang tengah cari periuk boleh lah singgah Ikea nanti, mesti puashati punya. Selamat membeli belah korang, papai!



[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com


[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.