Koleksi Kipas Hello Kitty

Assalamualaikum, hai semua! Kak Sue nak kongsi dengan korang Koleksi Kipas Hello Kitty pula kali nie. Sebenarnya kawan niaga sebelah gerai Kak Sue di Pasar Ramadhan yang memula bawa kipas nie. Cuaca kan panas, Kak Sue pun sebenarnya guna kipas kecil comel Adik kadang-kadang bila tak tahan panas. Sekali nampak kipas Hello Kitty, besar sikit comel pula tu dah lah katanya ada potongan harga untuk kipas nie. Kira separuh dari harga sebenar, apalagi lelaju Kak Sue kirim.. Bukan satu, tiga.. ehehe..

koleksi kipas Hello Kitty
Koleksi Kipas Hello Kitty

Koleksi Kipas Hello Kitty

Entah macam mana Kak Sue boleh terjebak dengan barang dari Hello Kitty. Dah macam budak kecik la pula.. hahaha! Koleksi terbaru kipas Hello Kitty nie lah. Nampak comel ja.. berkenan pula. Kak Sue order tiga biji kipas satu untuk Kak Sue sendiri, dua lagi Adik Kak Sue kirim untuk anak depa. Apa yang menarik pasal kipas nie kan selain boleh sambung guna elektrik macam biasa, boleh guna power bank juga kalau kita berada kat luar rumah.. Kira sesuai juga untuk yang ada anak kecil kan, kalau panas pasang aja kipas nie bila ada aktiviti luar rumah.. selesa..

Kalau ada yang berminat nak dapatkan kipas Hello Kitty nie kata kawan Kak Sue boleh dapatkan berdekatan dengan The Store Sungai Buluh, kawasan kilang katanya. Kak Sue pun belum pernah sampai area situ lagi. Kak Sue kirim aja pada beliau. Cecepat tau sebab katanya ada potongan harga separuh barangan kat situ. Macam-macam ada.. rambang mata. Kak Sue belum sempat lagi nak menyinggah. Selamat membeli belah ya korang, papai!




Post a Comment

9 Comments

  1. wow. boleh guna powerbank.
    menarik.
    brape harga nyer kak sue?

    ReplyDelete
  2. Comel je Hello kitty.. 😀

    ReplyDelete
  3. Comelnya .. sesape peminat hello kitty ni boleh la grab satu

    ReplyDelete
  4. comelnyaa >.<
    http://fws00blog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Comel nya kak. Geram pulak ana tgk.

    ReplyDelete
  6. Portable dan boleh dibawa ke mana2...

    ReplyDelete
  7. Comel pulak Cikla tgk Kipas tu. Berapa harganyaye kak?

    Akk ditag tau.. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️