Day #3 ~ Cabaran 7 Hari Blogging

January 01, 2017

Assalamualaikum,hai semua!Dah cabaran ketiga dah,kali nie kita sembang Makanan Kegemaran.Makanan kegemaran Kak Sue sebenarnya banyak juga.Memang kaki makan kan,kalau dengar kat mana ada makanan sedap,ada peluang berdesup kami sekeluarga nak cuba..ehehe..
MAKANAN KEGEMARAN

Day #3 ~ Makanan Kegemaran


Makanan kegemaran Kak Sue paling utama tak dapat tolak ialah masakan lauk kampung.Ada ulam dan sambal pula kan,cukup dah,silap-silap tiga pinggan nasi Kak Sue bedal..hahaha..Selalunya kejadian bedal tiga pinggan nie berlaku kat rumah Mak Kak Sue aja,rasanya kalau duduk seminggu tak tahu lah apa jadi kat berat badan Kak Sue nie ya..

Lagi satu Laksa,memang tak dapat menolak juga.Kalau masa muda remaja dulu tak makan nasi pun tak apa,dari pagi sampai malam dok bantai laksa tak hingat!Sekarang nie sejak remaja purba dah tak tahan sangat makan laksa,rasa angin aja perut nie..mesti nak kena makan nasi juga..

Kalau bab kuih muih atau pencuci mulut pula,Kak Sue suka kuih muih tradisional.Pencuci mulut Kak Sue suka makan buah atau makan benda manis macam coklat atau puding.Sebab tu kat rumah nie memang sentiasa ada buah dan coklat kegemaran Kak Sue Kit Kat.Kadang tengah up date blog pun Kak Sue layan makan buah atau Kit Kat.Okay lah itu aja sembang-sembang kali nie,papai!


You Might Also Like

1 ulasan

  1. rajinnya akak.. hihi..kita suka makan kek dan coklat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.