Doctor Strange Best Ke Tak..?

8:18:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Kebetulan Adik,anak bongsu Kak Sue bercuti kami keluar makan dan habiskan masa bersama sekeluarga.Memula tu plan nak balik kampung sekejap tapi memandang masa yang singkat tak dapat lah kami nak balik.Selepas makan kami semua sepakat nak layan movie aja hari nie,sementara Abang Man tengah free nie..ambik peluang lah kan..Adik pilih movie Doctor Strange kali nie,katanya cita super hero.Kak Sue pun tak pernah tahu pasal nie,layankan aja lah..
DR STRANGE MOVIE

Sinopsis Doctor Strange


Doktor Stephen Strange nie salah seorang ahli bedah saraf terbaik.Kehidupan beliau baik-baik aja sehinggalah berlaku kemalangan yang agak mengerikan dan mengakibatkan saraf tangannya cedera teruk dan asyik mengeletar.Akibat dari kecederaan itu,Doctor Strange tak dapat lagi berkhidmat sebagai doktor dan ini membuatkan beliau berasa sedih dan tertekan..

Doctor Strange menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk menyembuhkan kembali kecederaan tangan beliau.Sehingga lah pada satu hari beliau terjumpa dengan seorang pesakit yang sembuh sepenuhnya dengan bantuan The Ancient One.Setelah berbulan-bulan mencari beliau telah menemui sebuah kuil dan berjumpa The Ancient One..Tapi berjayakah Doktor Strange sembuh seperti sebelumnya??Haaa..yang nie korang kena datang dan tengok sendiri lah kan..ehehe..baru syok sikit

DR STRANGE MOVIE

Bagi Kak Sue cerita nie ada banyak pengajarannya...Kadang kita kena juga terima pendapat orang lain,bukan semua pendapat kita betul pun.Sentiasa bersabar serta fokus setiap apa yang kita impikan dan jangan cepat putus asa.Filem nie sesuai untuk seisi keluarga cuma ada babak berlawan-lawan tu biasa la agak ganas sikit kut.Bagi Kak Sue tak ada lah aksi yang melampau..dan Kak Sue bagi lima bintang untuk  filem nie..Jangan lupa menonton ya..papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Kerabu Mangga

10:16:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Masa balik kampung hari tu Mak Kak Sue buatkan Kerabu Mangga untuk makan tengahari.Sedapnya lah makan nasi dan meratah kerabu mangga yang Mak buat,nie tetiba rasa teringin nak makan dan buat sendiri pulak.Kak Sue lelaju telefon Mak Kak Sue tanyakan resepi..Lagipun mangga tengah berbuah lebat nie rumah..
KERABU MANGGA

Resepi Kerabu Mangga Mak


Resepi Kerabu Mangga Mak Kak Sue,mudah dan ringkas aja nak buat.Mak Kak Sue kalau buat kerja nak cepat siap,tak suka lambat-lambat terhegeh gitu.Sebelum zohor memang makanan tengahari siap dah semua.Siap tiga,empat jenis lauk pauk lagi..Bahan-bahan nak buat pun tak banyak,tapi sedap tau...Jom kita tengok resepinya ya..

Kerabu Mangga
Bahan2nya:
3 biji mangga muda
1 biji bawang besar
14 biji cili padi
2 sudu gula
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa

Caran2nya:
Hiris nipis mangga,bawang besar dan cili padi
Masukkan semua bahan yang dihiris nipis tadi kedalam bekas
Kemudian masukkan gula,sos tiram dan garam secukup rasa
Gaul sebati,sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba ya...



6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Stadium Shah Alam | Piala Liga Super

5:17:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Selamat berhujung minggu,plan kemana hari nie?Alhamdullilah Kak Sue dan Abang Man masih diberi peluang dan rezeki berniaga untuk Piala Liga Super di kiosk Stadium Shah Alam malam nie.Macam sebelum nie Kak Sue kongsikan setiap permainan,semua peniaga perlu mengisi borang dua tiga hari sebelumya.Pemilihan peniaga yang layak akan dibuat oleh pihak stadium sendiri..
STADIUM SHAH ALAM
Permainan kali nie antara Selangor dan JDT,bagi Piala Liga Super.Selesai permainan malam nie,akan bermula persiapan untuk Final Piala Malaysia pula.Harap Kak Sue dan Abang Man dapat peluang berniaga lagi di sini.Dengar cerita,semua kiosk akan di swastakan seperti tahun lepas.Bertabah lah peniaga semua ya..

Harap pantaun dan ada penambaikan pengurusan pihak stadium dalam masalah yang berulang aiitu peniaga rainbow.Semoga dipermudahkan semua urusan peniaga kiosk dan juga pihak pengurusan stadium untuk kali nie...aamiin ya rabb..!Jumpa di sana ya..jangan lupa singgah kisok Kak Sue,papai!



2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Banner Blog Kelapa Laut MAN JAVA

11:37:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Hari nie siap dah banner blog Kelapa Laut MAN JAVA yang Kak Sue tempah dari Izzati Suhaide.Ini kali kedua lah Kak Sue bekerjasama dengan Zatie,sebelum nie Kak Sue minta Zatie editkan blog Kak Sue.Nak buat sendiri memang tak pandai,pening dibuatnya nanti.Jadi kita minta tolong orang yang pandai buat lah kan,cuma siapkan duitnya aja tahu-tahu siap dah kan..hihihi..
BANNER BLOG KELAPA LAUT MAN JAVA


Banner Blog Kelapa Laut MAN JAVA


Sebenarnya dah lama Kak Sue nak buat banner nie,tapi tertanguh-tangguh sebab ada yang tak dapat nak buat untuk Kak Sue,sibuk kan dengan kerja.Bila dah tertangguh macam tu,Kak Sue pun jadi terlupa dah nak buat.Jadi bila tahu Zatie ada lapang masa Kak Sue minta beliau buatkan lah untuk blog Kak Sue nie...
BANNER BLOG KELAPA LAUT MAN JAVA

Kalau korang berminat nak edit blog atau buat banner boleh cuba tempah dengan Zatie nie ya..Memang sangat puashati dengan kerja Zatie nie sebab beliau sabar aja dengan Kak Sue yang banyak cekadak nie,entah berapa kali tukar dah.Lagi satu zatie nie buat kerja cepat dan harga pun sangat-sangat berpatutan.Terima kasih ya Zatie tolong Kak Sue siapkan banner nie.Kak Sue doakan Zatie sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan ya..aamiin ya rabb..



5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mat Bulat Meatball Memang Sedap

10:35:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Kak Sue memang suka dengan meatball dan ada ternampak post kawan di facebook tentang Mat Bulat Meatball nie tadi,macam sedap aja tengok.Teringin nak rasa,betul ke sedap sangat..Kalau sedap nanti boleh beli lagi,kalau tak sekali nie aja lah..ehehe..Balik hantar order Kelapa Laut Man Java terus Kak Sue ajak Abang Man singgah stall Mat Bulat Meatball,ramai juga yang tengah menunggu..
MAT BULAT MEATBALL


Mat Bulat Meatball Memang Sedap


Meatball Mat Bulat nie ada beberapa pilihan set tau.Kak Sue pilih yang besar sekali Quater Kilo ada 10 biji meatball,roti dan mash potato dengan harga yang sangat berpatutan RM11.90 sahaja.Lama juga tunggu order siap sebab ramai kan yang datang beli kat sini.Nak rasa punya pasal sanggup tunggu tau...
MAT BULAT MEATBALL
Akhirnya siap dah order Kak Sue,tak sabar nak rasa bau sos pun dah buat rasa lapar.Sos yang digunakan untuk meatball nie ialah brown sos dan di bungkus asing cheese sos untuk kita siram kat atas meatball nanti.Meatball pun memang terasa daging,tak macam sesetangah kita beli kat tempat lain tu kadang tak rasa daging,tepung aja banyak..keciwa kan!Mash potato pun sedap sangat,lain dari yang lain rasa tak cukup pulak beli satu set aja...Nak kena beli lagi nie nanti.

Kalau ikut tekak dan selera Kak Sue memang sedap Meatball Mat Bulat nie.Kira setanding dengan rasa meatball kat restoran yang mahal tau.Pada korang yang tinggal kawasan Bandar Tasik Puteri,Rawang boleh singgah stall mereka berhampiran Sekolah Agama Rakyat As Sadiqin untuk kawasan lain pun ada boleh tengok kat sini Burger Bakar Abang Burn.Selamat mencuba ya..

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Perfume Pasangan Angkasawan Inspire & Desire

10:35:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua..Kak Sue memang peminat dan hobi mengumpul perfume.Tak kisah lah mahal atau tak,janji Kak Sue suka pada baunya.Baru-baru nie sempena sambutan ulangtahun perkahwinan Kak Sue dan Abang Man,Kak Sue beli satu set perfume untuk kami iaitu Perfume Pasangan Angkasawan Inspire & Desire.Sebelum nie Kak Sue intai-intai aja kawan blogger Kak Sue Moon berkongsi pasal perfume nie kat Instagram..Kali nie dapat juga untuk dijadikan hadiah untuk kami..ehehe..
PERFUME PASANGAN ANGKASAWAN


Perfume Pasangan Angkasawan Yang Eksklusif


Perfume Pasangan Angkasawan nie adalah eksklusif formula hasil ciptaan mereka sendiri,bukan tiru meniru perfume jenama lain tau.Perfume Inspire untuk lelaki dengan bau musky,woody,cinnamon and clove juga ember scent.Bau memang tak berapa keras kata Abang Man,just nice gitu..Desire pula untuk perempuan dengan bau apple,exotic flowers dan sensual woods.Kak Sue suka,walaupun memula sembur tu macam keras sikit baunya lelama sedap pulak..suka sangat!
PERFUME PASANGAN ANGKASAWAN

Kedua-dua perfume nie tahan lama,non toxic dan boleh bawa solat juga jadi kita tak risau dah bab tu kan..Lagipun harga sangat berpatutan dah.Botol nampak mahal tapi dengan harga mampu milik.Size pun sesuai kita nak masukkan dalam handbag,kalau dah lambat nak pergi kerja atau nak keluar boleh sembur ja dalam kereta kan..ehehe..Kalau korang berminat nak beli perfume nie boleh cari MoonPunyerShop ya,servis cepat dan sangat memuaskan hati.Terima kasih Moon sebab menjayakan suprise gift untuk ulangtahun perkahwinan Kak Sue.Selamat mewangi korang...papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Aktiviti Outing Asrama Adik

7:41:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Minggu nie aktiviti outing asrama Adik yang pertama kalinya untuk kami sekeluarga.Kalau anak-anak yang tinggal kat asrama,aktiviti outing nie lah yang ditunggu-tunggu oleh mereka dan keluarga selain aktiviti ziarah.Macam Kak Sue dan keluarga juga,teruja sangat nak jumpa dan peluk Adik nak lepaskan rindu..
AKTIVITI OUTING ASRAMA ADIK

Aktiviti Outing Asrama Adik

Aktiviti outing nie,adalah satu aktiviti yang disusun oleh pihak sekolah pada hari yang telah ditetapkan.Pada hari ini semua pelajar dibenarkan untuk berjumpa keluarga dan beriadah luar kawasan asrama dengan waktu yang juga telah ditetapkan iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang.

Jadilah walaupun sekejap aja kan,janji dapat meluangkan masa dengan Adik pun Alhamdullilah.Kira hari nie hari Adik,mana nak pergi,nak buat apa,makan kat mana semua ikut aja kemahuan Adik.Biar Adik seronok dan rehatkan minda hari nie..
AKTIVITI OUTING ASRAMA ADIK
Sebelum nie Kak Sue ada tanya mana Adik nak outing,Adik bagi tahu nak jalan-jalan kat Shah Alam aja lah Ibu.Jadi kami sekeluarga bawa Adik makan dan jalan-jalan di Pasar Tani dan Eon Shah Alam aja lah.Seronok Adik dapat jalan-jalan kat luar,cuma tak lama sebab cuaca pun dah berbahang risau takut nanti Adik demam pula..

Dah siap beli apa yang Adik dan Abang nak,kami terus bergerak ke Eon Shah Alam pula.Kebanyakan aktiviti untuk umur Adik tak ada kat sini,jadi kami banyak berbual sambil jalan-jalan cuci mata kat sini.Kesian juga kat Adik,nak ke tempat lain rasa macam tak sempat aja.Baju-baju kotor Adik belum cuci lagi nie,nak tak nak kena balik rumah kejap.Selesaikan dulu mendobi baju dan siapkan stok makanan baru hantar Adik balik ke asrama..
AKTIVITI OUTING ASRAMA ADIK
Sambil jalan-jalan kami nampak kedai buku Popular salah satu tempat kesukaan anak-anak Kak Sue.Singgah sekejap layan anak-anak nak beli buku,Adik dan Abang macam biasa lah dengan komik Lawak Kampus,jangan tak tau anak-anak Kak Sue ada koleksi buku nie tau.Semua tersusun kemas,siap ikut nombor lagi.Adik beli buku terbaru Boboiboy nak buat koleksi juga lah tu.Kakak aja tak beli apa-apa buku,tak ada yang berkenan lah tu..
AKTIVITI OUTING ASRAMA ADIK
Dari atas Adik nampak permainan sand paper nie(agak-agak aja nama mainan nie..ehehe)Adik kata nak main sand paper lah Ibu,ikutkan ajalah sebab Adik dan Abang memang minat mainan macam nie,warna-warna..kreativiti..selain dari sukan lasak.Ada juga Adik minta nak main skate board tapi rasa tak sesuai pula nak main waktu macam nie.Nak tunggu petang,takut leka pula dah lambat lapur diri nanti
AKTIVITI OUTING ASRAMA ADIK
Sebelum balik rumah,kami sekeluarga singgah makan di The Manhanttan dulu.Adik macam biasa la tak habis-habis dengan Spagetti Olio,kami pula order set dan ikan.Nanti Kak Sue kongsikan menu apa kat entri yang lain ya.Siap menjamu selera kami pun terus balik ke rumah selesaikan barang-barang Adik

Rasa macam sekejap betul masa berjalan,tak puas luangkan masa dengan Adik.Tak sabar tunggu aktiviti ziarah Adik pula lepas nie bulan depan.Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,sentiasa ditenangkan,ditabahkan dan diterangkan hati.Sayang dan rindu Adik selalu..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Gotong Royong Masak Bubur Asyura

8:17:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Bila tiba bulan Muharram kebanyakkan dari kita mesti ada yang buat Bubur Asyura kan..Sebenarnya tak ada lah wajib kena buat pun,cuma lebih kepada terasa teringin nak makan aja Kak Sue nie.Kebetulan masih di kampung,jadi kami sekeluarga gotong royong masak Bubur Asyura dekat rumah Mak Kak Sue
GOTONG ROYONG MASAK BUBUR ASYURA


Gotong Royong Masak Bubur Asyura Adik Beradik


Pagi-pagi lagi Mak dah siapkan bahan-bahan untuk masak Bubur Asyura.Ya lah nak mengacau bubur nie makan masa juga,Kak Sue pun petang nanti dah nak balik ke Rawang dah.Tup-tup sekejap aja masa kalau balik rumah Mak nie..rasa tak puas lagi nak berborak dan makan makanan Mak masak

Kesian pula dok menyusahkan Mak,tapi nasib ada Ateh dan anak dara juga anak-anak buah yang tolong kacau sama-sama...tapi Mak tu biasa lah mana nak duduk diam,join kami jugak kacau sama-sama..seronok!Sambil kacau Bubur Asyura sambil berborak tak ada terasa lama sangat masa tu kan...hihihi..
GOTONG ROYONG MASAK BUBUR ASYURA
Masa mula-mula kacau Bubur Asyura nie senang aja,bila dah pekat sikit tu yang kena hati-hati takut berkerak dan berketul kat bawah kuali.Bila dah mula pekat nak kena guna tenaga tangan juga lah,dan nak kena cepat supaya tak berketul,masa nie yang berpeluh ketiak nie..kahkahkah..Sampai terlangga-langgar sudip lah..

Kemudian bila dah nampak lebih pekat dan berkilat boleh lah masukkan bahan-bahan seperti kacang merah,kacang hujau dan jagung.Nak masukkan bahan lain lagi pun boleh tapi Acik tak suka banyak bahan sangat jadi masukkan tiga bahan nie cukuplah.Bila dah bergaul semua boleh lah angakat dan masukkan dalam talam atau bekas.Sejukkan dulu,lepas tu boleh lah kita makan.Terima kasih ya Mak Ateh dan anak-anak...lain kali kita main masak-masak lagi ya...Tunggu kami balik!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Air Tangan Mak Memang Terbaik

8:17:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua.Kalau balik kampung Kak Sue nie,Mak mesti sibuk nak masak macam-macam.Dari sarapan pagi sampai lah minum petang,ada yang Mak akan masakkan untuk kami sekeluarga dan adik beradik yang lain.Kak Sue pun apa lagi,memang berselera lah makan,air tangan Mak memang terbaik kan..
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK


Air Tangan Mak Memang Terbaik


Biasanya untuk menu makan tengahari lah yang paling meriah.Menu lauk pauk semua lauk kampung,memang kena selera kami sekeluarga.Abang Man selalu cakap,kalau balik rumah Mak Batu Kurau tak tahu mana satu nak makan sebab banyak sangat lauk pauk,tapi memang Abang Man akan makan bertambah-tambah lah.Kalau duduk sini sebulan,mau naik badan..ehehe..

Menu hari pertama Kak Sue balik kampung Mak masak Masak Lemak Batang Lambok kesukaan Kak Sue.Batang Lambok nie macam keladi,tapi bukan keladi.Boleh buat ulam juga tau,rasa ranggup aja.Tiap kali Kak Sue balik Mak mesti masakan menu nie..Terima Kasih Mak..selalu ingat setiap makanan kegemaran anak-anak,baik menantu atau cucu,semua Mak ingat.Mak ada juga masak menu lain lagi,jom kita tengok air tangan Mak untuk kali nie..
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Menu feveret Kak Sue Batang Lambok Masak Lemak
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Menu feveret Mak Gulai Ikan Kayu
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Kerabu Mangga...sedap gila!Ratah-ratah aja,nanti Kak Sue kongsikan resepi dari Mak ya
AIR TANGAN MAK MEMANG TERBAIK
Yang ini menu wajib kalau makan kat rumah Mak,Ulam-ulaman dan Sambal Belacan..Rumah sendiri tak ada geng makan ulam..huhuhu

Haaa,sedap kan semua menu masakan kampung Mak Kak Sue nie.Sapa lagi nak puji Mak sendiri kan..ehehe.Siapa yang pernah rasa masakan Mak,mesti setuju dengan Kak Sue air tangan Mak Kak Sue memang terbaik!Sebenarnya semua air tangan Mak di seluruh dunia memang terbaik kan..takan sama dengan masakan orang lain

Terima kasih Mak masakkan sedap-sedap untuk kami sekeluarga,terubat rindu nak rasa masakan Mak.Orang doakan Mak sentiasa dalam rahamt dan lindungan Allah,kesihatan yang baik,umur yang bermafaat,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan Mak dunia,akhirat..aamiin ya rabb..!Sayang dan rindu Mak Selalu,nanti kami balik lagi tau..Jaga diri Mak baik-baik..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Rindu Mak...

8:16:00 PM Kak Sue 2 Comments

RINDU MAK
Assalamualaikum,hai semua..apa khabar,sihat ka?Kak Sue harap semua sihat dan ceria bersama keluarga masing-masing ya.Walaupun dah jadi Ibu dan ada keluarga sendiri kadang Kak Sue rasa macam masih macam zaman bujang dulu.Rasa sangat perlu Mak Kak Sue disisi bila datang ujian kat diri..ecehwah kemahin ayat ya..ehehe..Rindu Mak sangat-sangat..Bila rindu Mak rasa macam tak cukup dengan hanya bercakap di telefon,nak kena balik juga peluk-peluk dan ziarah Mak kita kan..

Minggu nie Kak Sue dan keluarga berpeluang ziarah Mak Kak Sue di kampung,seronoknya bukan main lagi.Ya lah,kali terakhir balik kampung Kak Sue masa sambutan raya Aidilfitri hari tu ja.Orang lain dah berapa kali balik kampung dah kan.Kak Sue belum ada rezeki nak balik,Alhamdullilah kali nie dapat juga balik melepaskan rindu walaupun sekejap..

Kali nie kami sekeluarga balik tanpa Adik,sebab Adik belum mula cuti lagi.Rasa sedih la juga,tapi apa nak buat kan..redha aja lah.Nanti cuti hujung tahun akan cuba bawa Adik balik memandangkan cuti pendek sangat atau bawa Mak yang datang ke rumah kami.Balik pun tak ada bagi tau,konon nak suprise kan Mak..hihihi.Terubat rindu pada Mak...Terima kasih Mak kerana melahirkan orang,orang doakan Mak sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..Sayang dan rindu Mak selalu...Muahhhh!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pocket Perfume By KhadijahIbrahim

11:41:00 AM Kak Sue 4 Comments

POCKET PERFEUM BY KHADIJAHIBRAHIM
Assalamualaikum,hai semua...Kak Sue nie peminat tegar perfeum sebenarnya,pantang ternampak yang tengah hot atau berkenan kat hati mesti Kak Sue beli.Perfeum yang Kak Sue beli tak ada lah berjenama dan mahal,janji Kak Sue suka baunya terus lah Kak Sue beli aja..ehehe...Sekarang kan hot pasal pocket perfeum..macam-macam jenama ada kan,pilih aja mana yang berkenan.Kak Sue cuba Pocket Perfeum By KhadijahIbrahim untuk kali nie..

Apa yang menarik mengenai pocket perfeum nie ia memudahkan kita nak bawa kemana-mana.Direka khas bersaiz poket,comel dan travel friendly.Tak ada lah berat handbag kita kan,nak masuk dua tiga botol pun boleh.Selain dari tu pocket perfeum nie mesra solat dan Non Alcohol,jadi kita tak perlu risau nak bawa solat kan..Selalu memang itu lah yang merisaukan kita kan,dengan pocket perfeum nie semuanya beres...
POCKET PERFEUM BY KAHDIJAHIBRAHIM

Pocket Perfeum Wangian Siren By Paris Hilton

Baru-baru nie ada promo postage untuk pembeli pocket perfeum nie,jadi Kak Sue cubalah satu botol dulu.Kak Sue pilih wangian Siren by Paris Hilton memang sedap tau bau dia,suka sangat.Bau manis buah campur floral.Awalnya bau kuat sikit,nanti lama kelamaan bau semakin lembut.Unsur-unsur utama yang ada dalam perfeum nie ialah white floral,fruity,powdery,vanila,citrus dan sweet yang menjadikan perfeum nie tersendiri...

Kak Sue memang suka bau yang lembut,tak suka bau keras dan tajam nanti jadi sakit kepala...nanti nak wangi kemana,apa kemana..Nak mewangi jadi memening pulak kang..kahkahkah!Terima kasih Siti,suka sangat dengan bau perfeum yang Siti cadangkan nie,nanti nak beli lagi okay..Pada korang yang nak cari perfeum nie boleh la hubungi di facebook beliau Siti Fairus Zainal atau Whatapps 019 328 1942.Terima kasih dan selamat mencuba ya..Jom mewangi..papai!







4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Rawang Burger Bakar Lain Dari Yang Lain

8:45:00 PM Kak Sue 3 Comments

Rawang Burger Bakar
Assalamualikum,hai semua.Sebenarnya tak plan pun nak datang makan-makan di Rawang Burger Bakar nie.Kebetulan Adik anak bongsu Kak Sue dapat pelepasan cuti ziarah keluarga sebelah Abang Man.Jadi bila dah ada anak-anak semua,kakak Abang Man pun ajak kami singgah makan sini sebelum balik ke rumah masing-masing,maklum lah dah penat kan berjalan jauh.Makan siap-siap kat sini balik rumah tinggal rehat dan tidur..

Sebelum nie memang dah biasa dengar Rawang Burger Bakar nie,memang top jugak lah sana sini orang bercerita.Kak Jam,kakak Abang Man memang selalu dah datang sini.Cuma Kak Sue dan keluarga  belum ada kesempatan nak singgah dan merasa,jadi kali nie dapat lah kami merasa apa yang istimewa sangat kat sini..


Rawang Burger Bakar Terbaik

Sampai aja Rawang Burger Bakar nie,kami disambut dan dilayan baik oleh staff kat sini..best!Cepat ja ambil order..tak ada lah kita tertunggu-tunggu kan..dah la tengah lapar..ehehe..Tengok menu kat sini nama-nama burger semua unik lain dari yang lain tau...ada Burger Ombak Rindu,Madu Tiga,K-Pop dan macam-macam nama unik yang lain dari yang lain..

Selain buger ada masakan goreng panas kat sini,boleh pilih nak makan burger atau masakan panas..tapi dah dah datang Rawang Burger Bakar harus lah nak order burger kan sebab burger kat sini tak sama dengan tempat lain.Okay jom lah kita tengok apa yang kami order..tapi ada yang tak ambil gambar pun sebab masing-masing dah lapar..ehehe..
Rawang Burger Bakar,KLCC Burger Bakar
Nahhhh..Burger Bakar KLCC yang nie kalau makan untuk dua orang pun boleh..tinggi dan ketebalan daging burger tu memang jenuh la kalau nak habiskan..
Rawang Burger Bakar,Hot Shot Burger Bakar
Yang nie Burger Bakar Hot Shot siap tapau lagi untuk Adik makan kat rumah
Rawang Burger Bakar,Nasi Goreng Ketam Burger Bakar
Adik lapar sangat,jadi order Nasi Goreng Ketam untuk Adik,sedap dan banyak tau sorang makan tak habis pun..kat sini portion memang banyak tau,kalau untuk keluarga Kak Sue siap boleh kongsi lagi..


Bagi Kak Sue Rawang Burger Bakar terbaik!Memang sedap,daging pun tebal,puas makan.Rasa sangat berbaloi dengan harga.Rawang Burger Bakar yang Kak Sue singgah nie di Wangsa Maju.Dekat aja dengan Wangsa Walk,belakang lorong Burger King.Kawasan sini memang banyak kedai makan,restoran nie tepi sekali.Buka setiap hari kecuali isnin,dari 7 malam hingga 2 pagi..Nanti kalau datang area Wangsa Maju jangan lupa singgah tau,papai!


Rawang Burger Bakar
Pusat Bandar Wangsa Maju Seksyen 5
53300 Setapak 
Kuala Lumpur



3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Lagi..

9:05:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum,hai semua..Hari nie tetiba Abang Man ajak Kak Sue dan anak-anak makan di D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe.Lagi pun dah lama kami sekeluarga tak makan sama-sama kat luar.Semenjak Adik masuk asrama nie,memang kami sekeluarga kurang makan kat luar dah..nanti teringat-ingat kat Adik..huhuhu..nak makan pun tak seronok..

Kak Sue dan keluarga dah datang D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe nie beberapa kali dah..Tambah pula Kak Sue dan keluarga memang suka makan seafood dan steamboat.Dekat pula dengan rumah Kak Sue,parking pun senang tepi jalan ja..memang jadi pilihan pertama kalau terasa nak makan steamboat.Kat sini juga ada disediakan surau dan tandas yang bersih..tu yang paling penting kan kalau makan kat luar nie..


D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Yang Unik dan Sedap

Apa yang menarik dan unik kat sini semua bahan diletakkan dalam sampan macam nie..haaa..menarik kan.Ada bermacam pilihan seafood,daging dan ayam.Ada juga pilhan sayur-sayuran dan sos..pilih aja mana yang berkenan kat tekak..ehehe..

Macam biasa Kak Sue dan keluarga pilih kuah tomyam dan Kak Sue nak kongsikan kat sini kali nie kan kuah Tomyam kat sini lebih sedap dari biasa tau..memang sangat puashati..Kira ada penambaikan kat sini dari segi kuah tomyam dan sekitar restoran..tapi tu la gambar restoran tak sempat nak ambik..orang dah ramai datang hari tu,takut menganggu pula kan,lain kalau datang untuk food review..eceh..ehehe..
Second round tambah lagi..ehehe..Kat sini memang sentiasa bahan makanan di tambah,jadi kalau kita nak tambah tu sentiasa ada ja.Tak ada la kes macam pernah Kak Sue pergi kedai lain bila nak ambil makanan dah habis,dah nak kena tunggu pula mereka tambah dulu..tak seronok lah macam tu kan..tengah mood nak makan..nak kena tunggu dulu la pulak..
Dah siap makan,tengah relaks-relaks tetiba staff D'Manggis Steamboat datang bawa bunga untuk Kak Sue,terkejut hakak!Rupanya Abang Man dah berpakat dengan mereka bila dah siap makan,minta tolong hantarkan untuk Kak Sue..alooo touching Kak Sue.Terima kasih sayang dan juga untuk adik yang sporting tu..Ada kejutan Anniversary kami lagi rupanya..tak dan nak ambik gambar pun..ehehe..

Untuk korang peminat steamboat,Kak Sue memang cadang datang makan kat sini memang sangat puashati tau..kat sini juga ada ruang makan dan dewan VIP mana tau korang nak buat apa-apa majlis kat sini kan boleh hubungi alamat dan nombor yang Kak Sue kongsikan nanti ya..Selamat mencuba,papai!


D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe
Alamat
254 Batu 17, Kampung Cempedak, Lorong Manggis
Kuang, 48050 Rawang, Selangor
No Tel
603 6038 6844 / 019 233 1973



5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim di Puncak Jalil

10:30:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum,hai semua..Kak Sue berkesempatan ke Restoran Blue Ginger Masakan Cina Muslim yang terletak di Puncak Jalil,Seri Kembangan.Restoran nie menyediakan menu masakan cina muslim dengan pelbagai pilihan yang menarik.Rasanya pertama kali Kak Sue merasa masakan Cina Muslim nie kut...


Masakan Cina Muslim

Sebelum nie Kak Sue belum pernah cuba masakan cina muslim.Memang teringin lah nak merasa kan dan kali nie Kak Sue berpeluang makan kat sini.Restoran nie menyedia makan tengahari dan malam.Bermula 12 tengahari sehingga 3 petang,kemudian 4.30 petang hingga 10.30 malam.Dibuka setiap hari dan bercuti pada hari isnin.

Masakan Cina Muslim Kak Sue tengok lebih kepada makan laut,memang kegemaran Kak Sue sekeluarga lah.Semua lauk pauk dan sayur yang dihidangkan nampak segar dan sedap belaka..Jom kita tengok menu yang ada kat sini..
Kak Sue paling suka dengan menu Siakap Thai Style ada rasa pedas dan masam mangga yang dihidangkan sekali dengan ikan tu..
Black Pepper Crab nie pulak rasa yang lain dari yang lain buat kita rasa nak makan lagi dan lagi..sedap tau!Nanti kalau datang sini jangan lupa order menu nie ya..pasti tak menghampakan..
Yang nie pula Butter Prawn pun sedap juga bagi peminat udang..
Pandan Chicken ayam yang diperap dibalut dengan daun pandan dan digoreng,pun sedap..untuk anak-anak mesti depa suka..
Crab Meat Seafood..Haaa yang nie pun Kak Sue suka,semua suka lah senang..hahaha,sedap juga yang nie..hirup kuah saja pun boleh..tak payah makan nasi dah kalau Kak Sue..ehehe..
Sayur kegemaran Kak Sue nie Broccoli And Asorted Mushroom sedap dan fresh ada pilihan sayur yang lain juga tau sayur Kobis dan Siew Pak Choy tapi Kak Sue pilih yang nie

Untuk selera Kak Sue secara keseluruhan makanan kat sini semua sedap-sedap.Ada bermacam pilihan menu lagi yang boleh kita rasa kat sini.Korang jangan lupa ya singgah sini tau,tepi jalan sederet dengan My Mydin dan KFC.Kalau nak senang waze aja mesti jumpa,nanti Kak Sue bagi alamat kat bawah ya..Selamat mencuba dan menjamu selera,papai!

Blue Ginger Restoran Chinese Muslim Food
No 32 Jalan PUJ 3/2 Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan Selangor
No Tel : 012 2102710
Facebook


6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Happy Anniversary SayangKu

9:29:00 PM Kak Sue 2 Comments

HAPPY ANNIVERSARY SAYANGKU
Assalamualaikum,hai semua..Bulan nie antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh Kak Sue..bulan mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan Kak Sue dan Abang Man..ehehe..Dari pagi semalam Kak Sue gigih nak buat suprised untuk Abang Man..Happy Anniversary SayangKu..Tahun nie tak buat apa-apa sambutan sebab Adik anak bongsu Kak Sue tak ada,jadi memang tak seronok sangat nak meraikan beria-ia sangat..cukuplah dengan ucapan dan sedikit hadiah tanda kasih sayang..ecehh..ehehe..
HAPPY ANNIVERSARY SAYANGKU

18 Tahun Usia Perkahwinan

Alhamdullilah dah 18 tahun usia perkahwinan Kak Sue dan Abang Man hari nie..Bermacam dugaan,susah senang yang dah kami lalui sama-sama..Pada peringkat usia perkahwinan macam nie selalunya kita dah faham semua pasal pasangan kita kan.Apa yang pasangan suka..apa yang tak suka,apa yang boleh..tak boleh semua kita tahu dan faham dah..Bak kata orang kenal sangat dah kan..Usia macam nie kita lebih kepada nak mengeratkan lagi hubungan suami isteri,ye lah anak-anak dah besar kan..Jadi banyak aktiviti yang kita boleh buat sama-sama..

Kak Sue bersyukur pada Allah ditemukan jodoh dengan Abang Man,seorang suami yang sangat bertanggungjawab,sabar,membimbing dan menegur dengan kasih sayang dan sentiasa menerima Kak Sue seadanya.Semoga kasih sayang kami sekeluarga berkekalan sehingga ke Jannah,aamiin Ya Allah!Terima kasih sayang,Sue mohon ampun dan maaf andai ada kata dan perbuatan Sue yang menyinggung dan menguris hati Abang ya..Happy Anniversary Sayangku..love you more,muah!


2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.