Stadium Shah Alam | Menuju Final Piala Malaysia

9:53:00 AM Kak Sue 2 Comments

stadium shah alam,semi final stadium shah alam
Assalamualikum,hai semua..Alhamdullilah tahun nie Kak Sue dan Abang Man masih diberi peluang untuk berniaga di kiosk Stadium Shah Alam.Untuk kali nie kami diberi peluang untuk berniaga satu game sahaja sebab tahun nie katanya Stadium Shah Alam tak dibuka untuk peniaga baru seperti tahun-tahun sudah.Harap semi final game dan final game kami diberi peluang lagi..


Syarat Baru Stadium Shah Alam

Tahun nie katanya peluang diberi kepada peniaga tahun lepas dengan syarat rekod baik..maksudnya mematuhi syarat yang disediakan oleh pihak stadium.Datang stadium isi borang dan pemilihan akan dibuat oleh pihak stadium.Kemudian tunggu panggilan dari pihak stadium mengatakan kita layak untuk berniaga kali nie,buat bayaran dan boleh datang berniaga seperti biasa

Syarat baru peniaga kiosk untuk tahun ini ada pertambahan sikit,tidak dibenarkan mengunakan beg plastik dan polestrin ketika menjual.Kami pun belum dapat gambaran jelas sangat tentang nie,nanti Kak Sue akan up date lagi ya..Jangan nanti peniaga pulak kena sembur dengan pembeli sebab kalau berniaga dalam stadium nie faham aja lah kan,kadang ada mereka yang sekali beli antara 10-20 cawan air atau burger,macam mana mereka nak bawa tu ye..ehehe..pening juga nie..jangan marah kami ya pembeli semua..

Kami harap tahun nie pengurusan dan sistem pentadbiran di Stadium Shah Alam lebih baik dari sebelumnya.Dan juga harap pemantauan dari pihak stadium kepada peniaga-peniaga 'ranbow' diketatkan seperti tahun-tahun sebelum nie.Semoga dipermudahkan semua urusan semua peniaga kiosk dan juga pihak pengurusan stadium untuk game kali nie..aamiin ya rab!Jumpa disana ya,papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cabaran 7 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Malaysia ~ Jom Sarapan Sihat

11:56:00 PM Kak Sue 6 Comments

DUTCH LADY
Assalamualaikum,hai semua...Minggu lepas Kak Sue menerima satu kotak susu sempena Cabaran 7 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Malaysia.Kak Sue sebenarnya tak boleh sarapan dengan makanan berat sangat,cukup lah dengan sedikit kuih dan secawan air..Kadang ambik cornflake dengan susu pun dah cukup untuk Kak Sue..
DUTCH LADY

Sarapan Sihat Bersama Dutch Lady Malaysia

Sebenarnya kan sarapan pagi penting untuk aktiviti harian kita kerana ia membantu badan mengawal diri selepas kita tidak makan semalaman waktu kita tidur kan..Jadi segelas susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi dapat membantu kita memenuhi keperluan kalsium harian kita.Susu juga ada pelbagai kebaikan lain iaitu seperti nutrien enssential,fosforus,selenium,kalsium,protin dan vitamin C,D,A dan B..

Kajian juga menunjukkan dengan satu cawan susu ia lebih mudah mencerna bila kita makan dengan makanan lain.Selain itu susu mengandungi kira-kira 85% air dan menjadikan ai berkesan untuk hilangkan dahaga selepas lapan jam kita tidur..Dengan sarapan seimbang menjadikan kita sekeluarga lebih sihat dan bertenaga.

Jom kita tengok sarapan yang Kak Sue sediakan sempena Cabaran 7 Hari Sarapan bersama Dutch Lady Malaysia nie ya..
DUTCH LADY
Day 1 Sarapan Susu Dutch Lady bersama Sandwich dan Oat campur Strawberi
DUTCH LADY
Day 2 Sarapan Susu Dutch Lady bersama Roti Bakar dan Telur Mata
DUTCH LADY
Day 3 Sarapan Susu Dutch Lady bersama Cornflake dan Buah Kiwi
DUTCH LADY
Day 4 Sarapan Susu Dutch Lady bersama Buah Kiwi dan Chia Seed
DUTCH LADY
Day 5 Sarapan Susu Dutch Lady bersama Roti dan Telur Hancur
DUTCH LADY
Day 6 Sarapan Susu Dutch lady bersama Roti dan butter serta sedikit tomato yang comel
DUTCH LADY
Day 7  Sarapan Susu Dutch Lady bersama Murtabak Sardin
DUTCH LADY
Jom kita mulakan pagi kita dengan sarapan sihat dengan Susu Dutch Lady Malaysia sebagai rutin harian pemakanan kita..Terima kasih Dutch Lady!

Dutch Lady Malaysia
Web
Facebook
Instagram





6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA ~ Senarai Agen Terbaru 2016

11:07:00 PM Kak Sue 0 Comments

kelapa laut man java,kelapa laut
Assalamualaikum,hai semua..Lama Kak Sue tak bercerita pasal produk keluaran Abang Man Kelapa Laut MAN JAVA kan..Sejak dua menjak nie sibuk sikit tak sempat nak up date kat sini.Order masih macam biasa cuma tak lah sebanyak bulan puasa hari tu,memang tak berenti siapkan order.Setiap minggu kami akan buat delivery order tapi kami kumpulkan dulu.Kemudian hantar semua order melalui bas kalau yang luar Lembah Klang dan untuk area Kuala Lumpur atau Selangor ada pick up point yang akan diberitahu..
logo man java,kelapa laut man java

Senarai Agen Terbaru 2016

Kali nie Kak Sue nak up date senarai agen Kelapa Laut MAN JAVA yang terbaru.Untuk semua peniaga yang berada di kawasan yang akan Kak Sue kongsikan nanti boleh terus hubungi agen tu nanti ya..Untuk ingatan entah berapa kali,sebab ada yang baca blog Kak Sue nie tak habis,nampak nombor terus call..Jangan begitu dongggg..baca habis yaa

Nanti korang tak tau yang kami ada sediakan syarat setiap satu kawasan juga pasar malam,pasar pagi atau pasar ramadhan hanya seorang peniaga atau agen yang dibenarkan berniaga bagi mengelak sebarang kesulitan di belakang hari.Tapi kalau ada peniaga yang tak kisah berniaga di tempat yang sama,tak ada masalah bagi pihak kami..paham ya..Jom lah kita tengok senarainya ya..

Senarai Agen Kelapa Laut MAN JAVA
PENANG
1. Kepala Batas ~ Zam
No Tel - 013 4984030

PERAK
1. Batu Kurau / Taiping ~ SueAyra / SueAina
No Tel - 013 4550660
2.Lumut ~ Ahmadi
No Tel - 018 2166658

SELANGOR
1. Fauzi
No Tel - 017 2518331

KUALA LUMPUR / WP
1. Man Java
No Tel - 012 5854998 / 012 5844736

MELAKA
1. Hashim 
No Tel - 013 6905606

JOHOR
1. Jais
No Tel - 012 6335683

PAHANG
1. Raub ~ Eddie
No Tel - 013 3375701
2. Muazam ~ Rizal
No Tel - 017 2664946
3. Kuantan ~ Noni
No Tel - 019 9419016

TRENGGANU
1. Kuala Trengganu ~ Man
No Tel - 012 9257877
2. Kemaman ~ Razak
No Tel - 017 2440443

Sekian,harap maklum ya.Untuk semua order boleh terus hubungi agen yang terdekat.Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan ..aamiin ya rabb..!Terima kasih,rezeki sama dikongsi..














0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ziarah Curi-Curi Lagi..

9:48:00 PM Kak Sue 4 Comments

Anak Ibu,Adik Faris
Assalamualaikum,hai semua..hari nie ngam-ngam 10 hari tak jumpa Adik,kira mampu bertahan lebih seminggu la konon..eceh!hahaha..Dari pagi sampai tengahari Kak Sue okay-okay aja,tapi selepas kami sekeluarga dah siap makan di gerai Country Home tempat kegemaran kami tu..Hati Kak Sue teringat-ingat nak melawat Adik sekejap,risau takut stok makanan Adik habis,risau takut Adik tak sihat sebab minggu nie Kak Sue tak dapat bercakap dengan Adik melalui telefon pun..

Ziarah Curi-Curi Lagi..

Berkali-kali mintak izin pada Abang Man..tapi tiada jawapan..senyap sunyi!Mungkin Abang Man pun tengah kuatkan hati,sebab tak mahu kerap sangat melawat Adik.Orang laki nie kadang susah kita nak baca fikiran depa..Kak Sue belum putus asa lagi,cakap lagi dengan Kekasih Hati Kak Sue tu..dan akhirnya Abang Man mengalah seperti biasa.Memahami hati Kak Sue yang sentiasa rindu dan bimbang kalau bab anak-anak..Biasa la kan kita Ibu nie memang over sikit bab anak-anak ..ehehe..

Akhirnya selepas asar kami bertolak ke sekolah Adik.Alhamdulliah Adik sihat dan ceria macam selalu.Cuma memang betul lah semua stok makanan Adik habis licin dah.Nasib baik lah kami ada bawa biskut dan kurma sikit untuk Adik.Tak tahu la dapat bertahan untuk dua minggu lagi atau tak,tapi Abang Man ada tinggalkan duit belanja pada warden sekolah.Bukanlah Adik tak cukup makan kat sini,cumanya saja Kak Sue dan Abang Man sediakan makanan tambahan untuk Adik kalau-kalau tak selera nak makan kat sekolah..

Ibu doakan semoga kita sekeluarga sentiasa tabahkan hati dalam perpisahan ini ya,kita berpisah untuk kebaikan dan pilihan Adik sendiri..Semoga Adik sentiasa dalam jagaan Allah kat sana,ditenangkan,diterangkan hati..dipermudahkan semua urusan Adik.Doa dan redha Ibu sentiasa untuk Adik,Abang dan Kakak..aamiin ya rabb..

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Promosi Terbaru D'Kayangan BBQ & Grill SteamBoat Shah Alam

9:44:00 PM Kak Sue 21 Comments

D'Kayangan BBQ & Grill Steamboat
Assalamualaikum,hai semua..hari nie Kak Sue singgah D'Kayangan BBQ Steamboat buat kali kedua.Sebelum nie Kak Sue datang masa promosi Buffet Ramadhan.Kali nie Kak Sue singgah nak tahu promosi terbaru D'Kayangan BBQ & Steamboat pula.Sebelum tu pada korang yang tercari-cari kat mana tempat nie,korang boleh waze atau kalau korang tak jumpa juga...sebenarnya D,Kayangan Steamboat nie terletak di bangunan Acapella,Seksyen 13,Shah Alam.Tak jauh pun dari Stadium bola Shah Alam tu okay..Jomlah kita tengok apa promosi terbaru kat sini..

Promosi Terbaru Syok Sunday Family Day

Haaa..nie lah promosi terbaru di D'Kayangan BBQ & Steamboat Syok Sunday Family Day..Kak Sue dan keluarga memang peminat steamboat dan pada korang yang juga suka dengan steamboat atau ada plan nak keluar makan dengan keluarga boleh lah singgah sini pada hujung minggu.Promosi baru nie bermula dari 12 tengahari sehingga 3 petang,tapi hanya pada hari ahad sahaja tau...Untuk harga pula dewasa RM22.90 dan untuk kanak-kanak rm9.90 sahaja..murah sangat dah dengan harga nie dan berbaloi dapat makan macam-macam tau kat sini..
Untuk kali nie D'Kayangan menyediakan makanan berkonsep 2 dalam satu iaitu Steamboat dan BBQ sahaja secara buffet.Sekarang kat sini dah tak sediakan grill dah hokay,tapi macam mana pun kita masih dapat menimati hidangan yang best kat sini.Untuk steamboat kita boleh pilih antara sup ayam atau tom yam.

Kak Sue dan keluarga memang akan pilih tom yam.Mana-mana steamboat kami memang akan pilih tomyam,dan tomyam kat sini memang pekat dan sedap!Memang kena dengan tekak kami sekeluarga..Kat sini juga ada pelbagai pilihan makanan laut,bebola,sayur-sayuran dan aneka mee dengan pelbagai pilihan sos..pilih aja yang mana berkenan..ehehe
Selain Steamboat dan BBQ menu lain pun ada kat sini antaranya Nasi Goreng,Sup Tulang,Sayur Campur,Mee Goreng,Bihun Goreng dan Ayam Masak Merah..Untuk desert pula ada aneka kek,agar-agar,buah-buahan,rojak,ABC,pelbagai jenis ais krim dan juga minuman sejuk dan panas..


Menu Istimewa D'Kayangan 



Menu istimewa kat sini pula ialah Kambing Panggang.Kalau ikut selera Kak Sue memang sedap,kambing pun lembut dengan sos lada hitam yang dimasak sendiri oleh Chef Shahnizam memang sedap!Menu istimewa nie dihidangkan setiap hari tau..rugi kalau tak singgah sini..ehehe..

Bestkan..macam-macam ada kat sin,semua menu sedap-sedap!Untuk hari biasa D'Kayangan dibuka setiap hari isnin hingga ahad bermula 5 petang hingga 1 pagi dengan harga untuk dewasa Rm33.00++,kanak-kanak RM18.00++ sahaja.Kalau korang nak cari tempat makan yang best Kak Sue cadangkan singgah kat sini.Lagi senang kalau korang buat booking awal..datang semua meja dah siap tinggal makan je..ehehe..Untuk info lanjut korang boleh tengok detail kat bawah nie ya..

Facebook
Instagram
Alamat
No 1, Apartment Servis Sri Acapella
Jalan Lompat Tinggi 13/33,Sekseyn 13
Shah Alam Selangor
No Tel
012 297 1091
017 507 6274
03 5523 4979

Terima kasih Dkayangan BBQ & Steamboat...

21 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Koleksi Buku Cerita Seram

4:21:00 PM Kak Sue 3 Comments

Koleksi buku cerita seram,buku cerita seram,cerita seram
Assalamualaikum,hai semua..Koleksi buku cerita seram Kak Sue bertambah lagi.Sebelum nie kan Kak Sue pernah bagitahu kat sini koleksi buku cerita seram Kak Sue hilang tanpa dikesan,jadi Kak Sue nak mulakan balik kumpul koleksi nie.Asal nampak buku cerita seram yang berkenan kat hati Kak Sue beli lah menambah koleksi balik..ehehe..

Kak Sue sebenarnya penakut orangnya tapi memang dari dulu minat sangat dengan cerita seram.Kalau ada kawan atau keluarga bercerita pasal cerita seram memang kusyuk aja mendengar,tak toleh mana dah..lepas tu mulalah takut dan terbayang - bayang..Tambah kalau baca buku dari koleksi Tamar Jalis ..mak haiii.. dia punya seram tu macam kita yang melalui kisah dalam cerita beliau tu kan..Siap meremang bulu roma tau kadang-kadang..

Koleksi buku cerita seram nie Kak Sue beli online aja.Terjumpa tanpa sengaja,tengah belek- belek di satu Instagram nie berkenan pula dengan tajuk bukunya.Kak Sue beli dua buah buku yang bertajuk Hospital dan Lebuh Raya.Dalam buku nie ada berbagai kisah seram mengenai kedua-dua tajuk yang dikongsi oleh berlainan individu..

Kak Sue belum mula baca lagi buku nie,tengah cari masa yang sesuai..kalau sorang-sorang kat rumah,tak beranilah Kak Sue..hahaha..Tunggu ada orang kat rumah baru baca atau temankan Abang Man hantar order,boring menunggu boleh lah isi masa dengan membaca buku nie kan..Kalau korang berminat nak beli buku - buku cerita seram boleh lah tengok kat Instagram @nurdillazaini nie ya..atau ke mana-mana kedai buku berdekatan.Selamat membaca,jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiii...papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ezbuy.my ~ Jom Shopping Online...!

9:57:00 AM Kak Sue 3 Comments

ezbuy.my
Assalamualaikum,hai semua..sekarang nie zaman teknologi semua benda hanya di hujung jari.Nak bayar bil,nak shopping atau bertanya khabar keluarga dan sahabat semua secara online pun boleh kan..Paling teruja dapat shopping secara online,betul tak..tak perlu bersesak,beratur dan kita boleh shopping secara tenang dan membuat pilihan sampai kita rasa puashati..ehehe..


ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
Terbaru Kak Sue cuci mata di satu laman web terbaru ezbuy.my ...Macam-macam pilihan ada kat sini tau..Barangan murah dan best sangat,Kak Sue pun register dah.Korang pun jangan lupa register kat sini http://bit.ly/2b0n1Ua boleh dapat RM15 voucher tau.Okay jom kita tengok macam mana cara nak shopping kat sini ya..senang sangat!

Cara Membeli Belah di Ezbuy.my


ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
1. Login ke Ezbuy.my - lepas tu pilih barang yang kita berkenan,mesti rambang mata nak pilih yang mana kan..ehehe..kemudian masaukkan dalam shopping chart
ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
2. Bila dah habis shopping dan habis fikir..kira keputusan dah muktamad lah kan,hihihi biasa la kita orang pompuan nie kan..korang klik ke shopping fee pilih nak penghantaran yang macam mana dan kalau ada voucher boleh lah masukkan kod kat use kredit and coupon code..
ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
3. Dah selesai masukkan kod,korang akan nampak jumlah yang perlu dibayar kemudian klik check out
ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
4. Step seterusnya masukkan alamat kita,pastikan betul dan lengkap tau,nanti salah alamat ke lain pula perginya..kemudian klik next
ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
5. Step terakhir korang,bolah lah buat bayaran macam biasa,klik aja pay now tu dan ikut arahan seterusnya okay..Mudah aja kan..
ezbuy.my,ezbuy.my shopping online
Haa..siap dah shoping kan.Tak payah susah nak ke shoping mall kat Ezbuy.my pun boleh kan.Daripada pakaian sehingga lah ke perkakas rumah,ada pilihan untuk seisi keluarga,lengkap dah semua kat sini..Jimat masa dan tenaga.Lagi satu Kak Sue nak kongsi dengan korang,untuk penjimatan shipping fee korang boleh mendaftar kat PRIME.Harga cuma RM8.80 aja untuk semua barang selama setahun.Untuk info lanjut korang boleh klik kat sini tau PRIME
Apalagi Jom Shopping di Ezbuy.my ...berbaloi sangat..papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tiba - Tiba Sampai Ke PD..

9:12:00 PM Kak Sue 1 Comments

kelapa laut man java,kelapa laut,pembekal kelapa laut
Assalamualaikum,hai semua..Hari nie Abang Man ada delivery order untuk beberapa tempat tapi kami pos mengunakan bas aja macam selalu di Terminal Bas Bersepadu (TBS).Dari rumah pun agak lewat,biasa lah bila anak-anak cuti nie masing-masing siapkan barang sekolah dan kerja rumah dulu sebelum keluar.Nanti balik penat-penat rumah semua dah siap kemas kan tak ada la kita rasa serabut tengok rumah kan..huhuhu..
Selesai buat delivery order kalau sempat kami sekeluarga plan nak ke majlis kenduri kawin kawan niaga Abang Man.Tengok waktu dah agak lewat,tapi kata Abang Man kita pegi ajalah tunjuk muka dah orang jemput kan..jadi kami pun ke Dengkil,Selangor.Sampai kat sana majlis pun dah selesai tapi pihak tuan rumah tetap melayan kami dengan baik dan mesra siap ada door gift lagi,terima kasih ya tuan rumah.Dah selesai makan kat sana,kami dah tak tau mana arah tuju,nak balik rumah rasa macam boring aja.Kata Abang Man kita ikut ajalah mana rasa hati nak pergi..eceh boleh pulak gitu ya..hahaha..

Tak ada plan,tak ada apa..tetiba ja kami dah sampai ke Port Dickson.Dalam perjalanan tadi suasana jalan pun agak sesak lah jugak,Kami berhenti kejap solat jamak di masjid area situ,Kak Sue pun tak pasti kat mana.Selesai solat,kami berpusing-pusing ikut Waze tak tau nak kemana..dah la malam kan tak nampak sangat papan tanda ke apa campur lagi dengan letih dalam perjalanan yang agak lama tadi..lost world jadinya ehehe..
Port Dickson,Pantai Saujana
Kami ke kedai makan Cowboy seperti yang dicadangkan oleh kawan-kawan,sekali tutup lah pulak walau masih awal lagi waktu tu.Dah putus asa mencari sana sini kami singgah ke Pantai Saujana ramai juga orang kat situ.Kebetulan pasar malam pula,jalan agak sesak dengan kereta yang parking di tepi-tepi jalan.Kami berehat sekejap kat sini,suasana memang meriah dengan khemah-khemah pengujung yang membawa keluarga masing-masing sempena cuti sekolah...Abang Man plan nanti bila anak-anak cuti sekolah hujung tahun nie,boleh lah bercamping kat sini..tentu seronok..

Sebenarnya banyak tempat tempat menarik kat PD nie,cuma mungkin dah lewat malam dan kami sekeluarga keletihan.Nak bermalam pun Kak Sue rasa tak selesa sebab sehelai sepinggang aja kan.Tak sangka pulak tiba-tiba sampai ke PD nie hari nie...Mungkin lain kali Kak Sue dan keluarga plan cantik-cantik untuk datang bercuti ke sini lagi..Papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Berbakti Kepada Orang Tua ~ Ziarah Tok Eton

9:11:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamaualaikum,hai semua..Hari nie Tok Eton dah boleh keluar dari Hospital Sungai Buluh.Alhamdullilah Tok Eton tak ada masalah kesihatan yang kronik cuma mungkin kekurangan air dan tenaga yang membuatkan Tok terpaksa di masukkan wad semalam.Kelam kabut juga bila Tok Eton tak respond apa pun bila dipanggil semalam.Tok Eton nie nenek saudara Abang Man yang tinggal berdekatan rumah Kak Sue cuma blok aja berlainan.Dah jadi tanggungjawab Abang Man sesekali menziarah bertanya khabar Tok Eton bagi pihak keluarga Abang Man..

Alhamdullilah kali nie rumah kami menjadi tempat keluarga besar sebelah Abang man berkumpul sambil ziarah Tok Eton.Keluarga Abang Man minta Tok Eton berehat sekejap kat rumah kami sebelum balik ke rumah anaknya.Tok Eton pun nampak ceria dan dah mula ada selera nak makan..Tok Eton nie walau usia hampir 100 tahun tapi masih terang mata dan kuat untuk mengerjakan puasa sunat tau..Orang dulu-dulu banyak mengamalkan petua tradisional sebab tu mereka sentiasa sihat-sihat dan jarang dapat penyakit yang kronik.Setakat demam biasa atau sakit orang tua aja..

Abang Man dan Kak Sue nak ucapkan,terima kasih kepada semua keluarga dan jiran di kawasan rumah Tok Eton yang ambil berat dan sudi datang melawat Tok Eton.Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian..Kita semua satu hari pun akan tua dan sakit,jadi tak salah kita menolong apa yang patut kan sesama kita..Tak perlu tunggu orang yang akan kita tolong tu ada kena mengena dengan kita,orang luar pun kalau mampu kita tolong wajib kita tolong kan..apatah lah lagi keluarga sendiri..

Kita kena selalu ingat,apa yang kita buat hari nie samada yang baik atau buruk akan mendapat balasan,tak kira di dunia atau di sana nanti.Kita pun akan menjadi contoh teladan kepada anak-anak kita.Sepeti yang pernah kita dengar sebelum nie Jagalah Ibubapamu,Nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu - dari Saidina Ali Bin Abi Talib.Semoga kita dan keluarga kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah berbakti kepada orang tua dan keluarga kita yang lain...aamiin ya rabb..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Homemade Ala ShellOut

10:07:00 AM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Sekarang nie tengah meletop dengan ShellOut sana sini kan.Sejenis,wah sejenis kau..hihi,sejenis makanan laut yang dilambakkan di atas meja.Pilihan makanan laut seperti ketam,sotong,udang dan lain-lain lagi memang menjadi kesukaan Kak Sue sekeluarga..dan semestinya peminat makanan laut lain kan..kan.Baru-baru nie Kak Sue mencuba resepi homemade ala shellout yang dikongsikan oleh kawan Puan Wanie,memang puashati sangat bila kita dapat menyediakan sendiri kat rumah,puas makan tau.Okay lah jom kita tengok bahan yang diperlukan dan cara memasak homemade ala shellout nie jom..

resepi homemade ala shellout
Homemade Ala Shellout

Resepi Homemade Ala ShellOut

Bahan-bahannya :
Pilihan makana laut - ketam,lala,kepah,udang dan sotong (ikut kesukaan masing -masing)
Pilihan sayur - brokoli,bunga kobis dan jagung

Bahan untuk pes :
Cili kering - direbus kemudian dikisar (sukatan ikut banyak mana bahan makanan laut)
2 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 peket kecil udang kering - dikisar

Bahan untuk menumis :
1 biji bawang besar - dihiris nipis
3 biji bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
20 biji cili padi - dihiris nipis
2 batang serai - diketuk
1 keping asam jawa
4 batang daun kari
2 sudu rempah ikan
2 sudu sos tiram
1 kiub ayam Knorr
sedikit minyak dan butter untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
sedikit air

Cara-caranya :
Panaskan butter dan minyak,kemudian tumis kan bahan yang telah disediakan tadi
Kacau dan biarkan naik bau dan sedikit layu
Kemudian masukkan bahan pes tadi,biarkan sehingga naik minyak
Kemudian masukkan rempah gaul sebati,biarkan masak sekejap
Masukkan pula sos tiram,kiub ayam Knor,kacau sebati
Akhir sekali masukkan sedikit air,gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak Makanan Laut :
Masukkan satu senduk pes untuk setiap makanan laut seperti ketam,kemudian lala,akhir sekali sotong,kepah (yang telah di buang kulit) dan udang dalam kuali.Gaul dan masukkan daun kari biarkan masak,kemudian angkat boleh dihidangkan

Cara Memasak Sayur
Masukkan setiap sayur brokoli,bunga kobis dan jagung secara berasingan di dalam rebusan air yang diletak garam dan minyak.
Kemudian toskan.Untuk brokoli dan bunga kobis boleh direndankan dalam air sejuk untuk meranggupkan sayur

resepi homemade ala shellout
Homemade Ala Shellout - memang puas makan!

Akhir sekali dalam penyediaan ala 'Shellout' nie,boleh lah dihidangkan diatas kertas atau ada yang Kak Sue tengok atas daun pisang dan boleh tambahkan nasi putih kalau mahu.Mudah aja kan,gerenti puas makan masak sendiri untuk family..Selamat mencuba ya..



3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

1:14:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua..Selamat Hari Raya Aidil Adha..maafkan segala salah silap dan halalkan makan minum kami sekeluarga ya..Tahun nie pertama kali sejak berumahtangga nie Kak Sue beraya kat rumah sendiri,tak dapat nak balik kampung memandang Adik anak bongsu Kak Sue tak dapat bercuti panjang..Redhakan lah ye..,itulah namanya pengorbanan,banyak erti pengorbanan nie tau kalau kita nak ulas..ehehe..Menu raya pun simple-simple aja..yang penting semua anak-anak ada kat sisi Kak Sue hari ini..

Apapun semoga kita semua dapat menghayati sejarah pergorbanan pada raya kali ini..Ya Allah ketika kami melakukan kesalahan kepada orang lain..anugerahkan lah kami kekuatan untuk meminta kemaafan,manakala orang membuat kesalahan kepada kami dianugerahkan juga kekuatan untuk memberi kemaafan...Semoga Allah menerima segala amalan kita,aamiin ya rabb..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ulangtahun Play Doh di The Curve Damansara

3:09:00 PM Kak Sue 2 Comments

Ulangtahun playdoh di the curve,play doh
Assalamualaikum,hai semua..Sempena Adik bercuti beberapa hari,kami sekeluarga sepakat nak menghabiskan masa berkualiti dengan Adik,chewah..bagi Adik rehatkan minda sekejap dengan dunia luar tapi masih dalam pemantauan lah kan..ehehe..Hari tu Kak Sue ada terpandang Sue Izza berkongsi aktiviti menarik Ulangtahun Play Doh di The Curve Damansara.Jadi hari nie Kak Sue plan nak bawa Adik beriadah kat sini ..Adik teruja sangat dah nak main kat sini..


Ulangtahun Play Doh di The curve,play doh
Adik seronok tengah bentukkan Play Doh dengan permainan yang telah disediakan.Untuk sertai dua aktiviti kat sini,kita perlu membeli barangan Play Doh pada harga RM36,manakala dengan membeli barangan minimum RM60 kita dapat sertai tiga aktiviti,free buggy ride dan free gift papan Play Doh...Haa menarik kan..beli barang kemudian anak kita dapat main lagi kat situ dan boleh bawa balik hasil kretiviti membentuk Play Doh anak kita kat situ..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Aktiviti pertama Adik kat sini Let Go Doh - Town membentuk Play Doh dengan permainan set baru dari Play Doh...macam-macam bentuk boleh pilih kat sini..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Aktiviti kedua Adik ke set Zoo Venture untuk membentuk haiwan pillihan Adik dari Play Doh,Kakak dan Abang kat sini semua baik dan sangat mesra membantu Adik cara membentuk haiwan pilihan kita..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Set Ketiga pula Go Bananas (With Fruits) set membentuk buah -buahan pilihan Adik iaitu buah Nenas dan Anggur..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Set Terakhir Great Bake Off,di sebabkan Adik dah besar jadi tak dapat main free ride tu tak muat kan,jadi Adik diberi peluang bermain kat sini.Set nie membentuk kek,biskut dan ais krim..macam Chef gitu kan..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Haaa..siap dah Adik punya koleksi membentuk mengunakan Play Doh,cantik tak..ehehe,yang nie boleh bawa balik rumah secara percuma..
ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Dah dapat tadi apa yang Adik suka,lepas nie boleh lah main kat rumah pula,menguji minda dan kreaktiviti..jom kita balik..

ulangtahun play doh di the curve damansara,play doh
Kat Wall nie ada ucapan ulangtahun untuk Play Doh dari selebirti dan ramai lagi,terima kasih Play Doh dengan layanan yang baik dan sangat mesra..lain kali acara Play Doh macam nie Kak sue pasti datang lagi bersama keluarga..Jumpa lagi,papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.