Kelapa Laut MAN JAVA ~ Agen Selangor

12:22:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,Kak Sue nak buat pengumuman sikit dan seperti biasa kalau ada perkara baru berkaitan dengan produk kami Pati Kelapa Laut MAN JAVA..Kak Sue akan update kat sini.Untuk peniaga atau yang berada di kawasan Selangor pihak kami telah melantik agen baru iaitu saudara Fauzi,selepas ini bagi peniaga baru boleh berhubung dengan beliau ya.Kak Sue ingatkan juga di sini setiap pesanan yang dibuat perlulah selewat-lewatnya tiga hari sebelum pick up atau delivery order.Jangan hari nie nak mula niaga atau habis stok hari nie jugak nak pick up atau delivery sebab kami dah susun jadual delivery untuk setiap kawasan..tolong bagi kerjasama ya..
Selain dari itu suka sekali lagi Kak Sue nak ingatkan setiap satu kawasan/pasar malam/pasar pagi atau pasar ramadhan hanya seorang peniaga sahaja dibenarkan menjual produk kami.Terima kasih kepada semua peniaga dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong produk kami,semoga kita semua dimurahkan rezeki dan berkat..dipermudahkan semua urusan kita..aamiin ya rabb..Rezeki sama dikongsi!

Kelapa Laut MAN JAVA
Agen Selangor - Fauzi 017 2518331

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Bacalah Al-Quran..

12:22:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,jom kita semua juga untuk diri Kak Sue dan keluarga sentiasa meluangkan masa membaca Al-Quran setiap hari..Daripada Abu Umamah r.a berkata "Aku mendengar Rasullulah S.A.W bersabda "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya".. (Hadis Riwayat muslim).Semoga rumah kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah dengan zikir dan bacaan Al Quran..serta semoga kita istiqomah dalam ibadat kita..aamiin ya rabb..



0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kenapa Rezeki Tak Murah?

12:21:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamuaalikum semua,kadang-kadang kita bertanya-tanya kat diri kita kenapa rezeki tak murah..Ada beberapa sebab kenapa rezeki kita tak murah,selain dari kita tak menjaga hubungan kita dengan Allah..antaranya..

1. Lupa Tanggungjawab Kepada Keluarga - kita selalu lupa,nak bertanya khabar pun payah ya amat..ini kan pulak tanggung jawab yang lain..huhuhu..- ingatan untuk diri sendiri jugak nie,maafkan orang ya Abah dan Mak..

2. Kedekut Nak Bersedekah - berkira-kira dalam nak bersedekah,tapi kalau guna untuk buat benda lain boleh pulak ye..memang kedekut betul!

3. Suka Komplen,Semua Orang Tak Betul - suka sangat nak merungut,ada aja yang tak kena kat hati kita,bagi kita..kita aja yang betul,orang lain salah!

4. Bergaduh Dengan Adik Beradik,Putus Silaturahim - yang nie memang parah,tegur sikit tak boleh,sentap,yang menegur pun kadang terlalu keras..hakak lah tu garang sangat dengan adik-adik,kalau tak garang pijak kepala..huhuhuuu..

5. Pengotor Kotor Hati,Kotor Akal,Cakap Kotor,Kotor Fizikal - kalau bab pengotor nie memang Kak Sue kurang berkenan,tak kira la kotor apa pun!!

6. Solat Ala Kadar Berdoa Ala Kadar- solat nak cepat aja manjang,doa pun kelam kabut..semoga kita perbaiki solat kita agar lebih baik dari sebelumnya ya..

7. Malas Suka Buang Masa- bab pemalas nie pun memang pantang,buang masa ke sana sini boleh..buat kerja malas..haihhh rasa nak penampoooo!Opss..maafkan saya!Teremosi kejap..ehehe..

8. Tak Ingat Mati Tak Bersedia Untuk Mati - kadang kita hidup macam nak menongkat langit,macam kita nie nak hidup selamanya aja lagaknya kan..solat,mengaji langsung kita tak jaga..ingat-ingat lah oiii..mati itu pasti!

9. Tak Sabar,Cepat Melenting Dan Marah - bab nie lemah,macam kena batang hidung sendiri nie..bukan lah bangga nak bagi tau orang kita nie tak sabar tapi payah betul nak menahan sabar..tapi tak apalah marilah kita belajar bersabar ya selepas nie..huhuhu..

10. Susah Nak Senyum - ada jugak jenis memang susah nak senyum,tak tau apa masalah depa..senyum eh lepas nie..senyum itu sedekah!

Jom kita perbaiki diri kita agar hindarkan dari berbuat perkara di atas..Semoga kita sentiasa istiqomah dalam ibadat kita dan semoga Allah meluaskan dan memberkati rezeki kita..aamiin ya rabb..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kek Mango Mousse Vivo

12:20:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua..setiap orang ada makanan kegemaran masing-masing kan..Kak Sue sebenarnya pengemar makanan manis,seperti kek dan coklat..tapi jangan lah manis sangat kan..pening tau kalau manis sangat..ehehe..Sejak meningkat usia nie Kak Sue dah kurang sikit makan kek-kek nie tapi kalau yang betul sedap,Kak Sue asyik ulang membeli dan makan..haa.gituu!

Sejak dua menjak nie Kak Sue asyiklah dengan Kek Manggo Mousse Vivo..pertama kali cuba Kak Sue dah jatuh cinta dengan rasanya.Sekali makan buat kita rasa nak makan lagi dan lagi..tapi tak boleh lah amal tiap hari kan..nanti lain pula jadinya..ehehe..Kek Manggo Mousse nie boleh korang dapatkan di mana-mana cawangan Restoran Vivo tau.Ada bermacam jenis kek yang lain,tapi Kak Sue paling suka Kek Manggo Mousse nie lah..sekali cuba,pasti nak lagi tau..cuba lahhh!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Bila Sue Melawat Sue..

11:58:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua..masih dalam bulan Syawal jadinya kita masih lagi meraikan hari perayaan selama sebulan kan.Setiap minggu ada saja jemputan rumah terbuka sana,sini..Kak Sue kadang tak plan mana-mana sebab takut tak dapat nak pergi kalau jemputan ke luar KL..tau aja lah kalau dah masuk bandar jamed tak ingat.Patut boleh sampai beberapa minit jadi beberapa jam pulak..ehehe..pergi yang mana mampu aja,yang tak dapat memenuhi undangan tu minta maaf banyak-banyak ya..

Kali nie Kak Sue menerima kujungan raya dari geng KBBA Sue Izza..terharunya bila ada kawan dari jauh sanggup datang ziarah raya.Kebetulan Sue Izza nak beraya rumah sepupu yang berdekatan rumah Kak Sue nie..jadi singgah la sekali.Kadang bila masa macam nie la dapat berbual panjang dan berkenalan dengan lebih dekat.Selalu kalau berjumpa di mana-mana event masing-masing sebok dengan kerja,jadi bila nak berbual tu masa terhad..

Sue Izza merupakan AJK dan orang penting dalam KBBA nie sejak sekian lama.Selalunya apa yang berkaitan KBBA Sue Izza lah yang akan update dan membantu geng baru macam Kak Sue nie kalau ada pertanyaan atau apa masalah mengenai kerja kami..Dalam KBBA sebenarnya tak digalakkan mengelar orang baru atau lama,cuma Kak Sue hormatkan Sue Izza sebagai orang yang dah lama bersama KBBA..Terima kasih Sue kerana sudi singgah rumah Kak Sue,tahun depan datang lagi ya..tahniah juga tak lama lagi akan melahirkan buah cinta yang pertama..eceh..semoga dipermudahkan semua urusan ya,salam sayang semua..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Melepaskan Rindu Lagi..

11:58:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue berkesempatan melepaskan rindu lagi pada Adik..Sebenarnya kebetulan Kak Sue menghadiri rumah terbuka salah seorang geng KBBA sebelumnya,jadi Kak Sue terus singgah sekejap nak melawat Adik..Sekolah baru agak ketat sedikit peraturannya,tidak dibenarkan melawat anak-anak di situ tanpa kebenaran mudir atau ustaz yang bertanggung jawab di situ..tapi tak tahan menanggung rindu Kak Sue terpaksa curi-curi jumpa Adik sekejap..ehehehe..jangan tiru aksi ini okay!Nak tunggu ziarah dan outing rasa macam lambat sangat..huhuhu..

Pihak sekolah ada menyediakan jadual bagi aktiviti ziarah,outing dan cuti ..jadi semua ibu bapa boleh rujuk jadual yang disediakan dan dikongsi di group whatsapps ibu bapa.Segala aktiviti dan perkembangan anak-anak sentiasa akan di up date dari masa ke semasa.Jadi tak ada lah ibu bapa bimbang kan.Suasana di asrama pun selesa dan bersih..itu yang paling penting bagi Kak Sue,kalau selesa dan bersih..anak-anak pun rasa tenang dan selesa nak belajar kan..Begitu juga dengan kemudahan yang lain,Alhamdullilah semuanya melegakan hati Kak Sue.

Semoga semua anak-anak di sekolah tersebut sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,dipermudahkan semua urusan,ditenangkan,diterangkan dan ditabahkan hati mereka semua..aamiin ya rabb..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Perlaking Pilihan Hatiku

11:58:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,hai semuaaa..sekarang Kak Sue tengok ramai yang mengamalkan makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan.Kak Sue pun tak berkecuali mencuba dan kerapkali juga lah bertukar dari satu produk ke produk yang lain..huhuhu..Cuma baru-baru nie,kawan-kawan Kak Sue dari geng Mak-Mak nie dok mencuba satu produk yang begitu laris dan menjadi viral di media sosial iaitu Perlaking yang di asaskan oleh Safiey Alias..semua feed back dari kawan-kawan buat Kak sue teruja nak mencuba..

Untuk percubaan pertama Kak sue beli satu paket dulu dan Kak Sue mula cuba Perlaking nie pada bulan puasa yang lepas.Alhamdullilah seawal dua tiga hari apa yang dapat Kak Sue rasakan tak berasa letih dan lapar masa Kak Sue berpuasa,selain dari tu Kak Sue perasan pori muka Kak Sue semakin mengecil.Punya lah seronok dan rasa sangat puashati Kak Sue ambil keputusan nak teruskan pemakanan produk nie sehingga hari ini juga setersunya...

Kepada yang berminat nak mencuba Perlaking nie boleh ke Facebook AyuShalina Abdul Shatar dengan harga yang sangat berpatutan dan layanan yang memuashati serta cepat..Selamat mencuba dan selamat Glow Glow Shine Uolls..papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Gerai Chef Man di Man Java Corner

11:57:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi gerai baru di depan rumah Kak Sue.Kira selang beberapa khemah aja dari gerai burger Abang Man.Kami planning nak buka beberapa gerai kat sini dengan beberapa rakan Abang Man,bagi meriah sikit yang penting kita jaga kebersihan dan tak menganggu lalu lintas.Ada beberapa menu yang dijual oleh kawan Abang Man yang pernah bergelar Chef satu masa dulu di Goft Club Bandar Tasik Puteri,Rawang.Kalau dah Chef yang masak,kita tahu lah rasa macam mana kan..sangat mementingkan kesedapan dan penyediaan makanan itu sendiri..wah gituu..ehehe...





Kak Sue berkesempatan mencuba set Cucur Udang dan Sup Tulang di gerai beliau..pada tekak Kak Sue memang rasa puashati,sedap semua terasa.Sekarang nie Kak Sue antara pelanggan tetap beliau.Di buka setiap pukul 2.00 petang sehingga 12 malam.Kalau korang nak rasa kesedapan menu yang ada kat sini,boleh la singgah di gerai tepi jalan Blok 29,Green Valley Park,Bandar Tasik Puteri,Rawang..pasti puashati punyalah..jangan lupa singgah ya,papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Homemade Ais Krim Abang ~ Sedap!

8:37:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,kalau hari tu ada Kak Sue kongsikan bisnes kecik Kakak,hari nie Kak Sue nak kongsikan bines kecik Abang anak kedua Kak Sue.Boleh katakan semua anak-anak Kak Sue cenderong minat berniaga,cuma Kakak yang nampak paling ketara..Abang nie suka mencuba,semua benda Abang nak cuba dan paling memeranjatkan Abang nak buat homemade ais krim ..macam tak percaya aja rasa..ehehe..Patut lah gigih Abang cari barang,sibuk tanya barang baking Kak Sue kat dapur yang Abang nak guna..

Apapun kak Sue dan Abang Man sentiasa menyokong aja apa yang anak-anak minat nak cuba atau buat cuma jangan lah melanggar hukum kita sebagai orang islam dan adat kita sebagai orang melayu..itu saja.Okay jom lah Kak Sue kongsikan resepi yang Abang google dari internet,kepada empunya resepi Kak Sue mintak halal dunia akhirat resepi nie ya..terima kasih sangat..

Ais Krim Vanila
Bahan2nya:
1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu kecil Esen Vanila
1 sudu besar Ovellte

Caran2nya:
Masukkan susu pekat,kemudian susu cair pukul sehingga sebati
Kemudian masukkan telur diikuti esen vanila dan ovellette
Pukul sehingga 20 minit
Tutup mixer dan masukkan bahan tadi ke dalam bekas lain dan simpan ke dalam tempat beku peti ais
Siap dah,mudah aja kan,kalau nak perasa lain boleh aja masukkan aja masa kita tengah pukul tu ya..Selamat mencuba,papai!


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Melepaskan Rindu

7:08:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah hari nie dapat melepaskan rindu pada Adik.Rasanya kali nie Ibu lebih kuat berpisah sementara dari Adik..cumanya persaan risau tak dapat dibuang setiap kali memikirkan Adik keseorangan di sana.Ya lah selalunya Abang ada yang akan menjaga Adik..Rezeki Abang nak belajar sini tidak menyebelahi Abang,tak apa lah Ibu redha..Walaupun Adik agak manja tapi Adik telah di ajar berdikari di rumah,jadi tahap displin,kebersihan,kekemasan dan penjagaan diri Adik agak membanggakan kami semua..

Kak Sue berharap ditempat baru Adik akan selesa dan akan dijaga dengan baik..rasa serik dan takut pulak bila ingat peristiwa sebelum nie,dan macam-macam cerita yang dikongsi dimedia sosial..mahu tak tidur malam Kak Sue dibuatnya..Apapun setiap perkara yang terjadi,pasti ada hikmah yang tersembunyi..Semoga Ibu dapat melepaskan rindu lagi di lain hari...Semoga Adik terus istiqomah dengan jalan yang Adik pilih,Ya Allah jagakan Adik untuk kami,terangkan,tenangkan hati serta mudahkan lah semua urusan Adik..Sayang Adik sehingga Jannah..aamiin Ya Rabb..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Puasa Enam

7:08:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,setiap tahun pasti ada antara kita yang berniat berpuasa enam dalam bulan Syawal nie kan..Kak Sue pun tak terkecuali,cuma setiap kali nak cukupkan puasa tu ada aja halangannya..eceh..alasan betul kan..Patutnya buat awal-awal jadi dapat lah kita berpuasa sunat enam kan..kan..
Macam-macam cara dan niat puasa enam,yang kita boleh baca dan lihat diblog dan facebook.Ada pilihan yang kita boleh buat samada menqadakan yang wajib dulu,kemudian baru buat sunat puasa enam Syawal,kemudian puasa enam dulu kemudian baru ganti puasa bulan Ramadhan dan akhir sekali di gabungkan kedua-duanya dalam satu puasa..Mana-mana boleh kita pilih nak buat dulu dan Kak Sue pilh yang paling afdhal lah,rasa macam tak sempat dah nie..ehehe..Selamat berpuasa enam semua..semoga manfaat untuk semua atas perkongsian ini..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jamuan Raya Bersama Keluarga

7:07:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,tahun nie Kak Sue dan Abang Man dah sepakat tak ada buat open house macam tahun yang tahun-tahun sudah.Kata Abang Man tak seronok pulak Adik anak bongsu Kak Sue tu tak ada sekali..Memang lain kalau Adik tak ada,sebab Adik yang selalu menceriakan suasan dengan keletah dia tu..tapi bagi yang nak datang beraya Kak Sue sentiasa aja Open House Kak Sue okay..ehehe..


Bersama Anak dara Kak Sue yang seorang ini..tinggi dah ngalahkan Ibu..

Ateh adik Kak Sue yang paling rajin tak boleh dok diam,ada aja kerja nak buat..

Acik adik perempaun bongsu..kami panggil Puan Pengarah..kahkahkah..

Walau macam mana pun tahun nie Mak Kak Sue dan adik-adik tetap datang beraya ke rumah Kak Sue.Walaupun tak cukup lengkap sebab Abah,Abang dan adik lelaki Kak Sue ada yang tak dapat datang,tapi tetap meriah bila berkumpul bersama keluarga.Bila dah buat makan dan meriah macam nie tak sedap pula tak jemput jiran tetangga dan kawan-kawan yang dekat kawasan rumah Kak Sue..jadi jemput lah jugak yang dekat-dekat tu..

Keluarga Kak Sue sampai pun dah agak lewat malam,dah siap makan sambil rehat apa lagi segmen menyembang yang tak habis-habis sehingga ke pagi..seronok betul suasana macam nie..tidur pun dah tak tau pukul berapa,tau-tau dah azan subuh..ehehe..naik pening kepala-kepala tapi seronok punya pasal abaikan aja rasa sakit itu..ecehh..hahaha..


Menu wajib kami tak kira rumah Mak atau rumah Kak Sue sendiri,Laksa Batu Kurau!Ada juga kami masak nasi dengan lauk pauk kampung yang simple untuk makan bersama keluarga aja..tak dan nak snap gambar.Sibuk dok melayan kawan dan keluarga memang tak pegang sangat handphone..alasan lagi!ehehe..

Apapun Kak Sue ucapkan terima kasih kepada Mak dan Adik-adik yang sudi datang dari jauh nun Batu Kurau beraya ke rumah Kak Sue.Juga untuk kawan-kawan dan jiran yang sudi singgah..maaf lah tahun nie memang tak plan nak buat makan-makan meriah sangat cuma nak meraikan keluarga,kawan dan jiran sekitar rumah aja.Terima kasih semua..semoga tahun depan ada rezeki lagi untuk Kak Sue meraikan tetamu  ya..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Musim Buah Datang Lagi..

7:07:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua..tahun nie musim buah tak meriah sangat berikutan cuaca panas yang teruk beberapa bulan yang lepas.Alhamdullilah,walau pun macam tu Kak Sue dan keluarga ada rezeki nak merasa buah-buahan tempatan kita nie..Kak Sue dan Abang Man berkesempatan balik kampung dan bawa balik buah untuk keluarga Kak Sue yang akan datang beraya nanti.Buah durian kampung dan rambutan kuning memang feveret Kak Sue sekeluarga cuma Abang seorang aja tak makan durian dalam keluarga kami..rugi tau bangggg..ehehehe..Berbaloi balik ambik buah kat kebun sendiri dapat lah semua keluarga merasa,kalau nak beli tu buah agak mahal lah time macam nie kan..Terima kasih kepada Bapak dan Mak sebab jemput kami balik ambik buah..semoga tahun depan rezeki kita ada lagi ya..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA ~ Open Order!

7:06:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalaamualaikum semua..Kak Sue nak buat pengumuman sikit kat sini mengenai order Kelapa Laut MAN JAVA.Pihak Man Java Enterprise akan mula beroperasi minggu depan,semua order yang di hantar untuk minggu nie adalah yang telah di buat sebelum pihak kami tutup order pada akhir ramadhan hari tu..Untuk order baru boleh mula buat bermula hari ini ya..
Pihak kami juga suka nak mengingatkan sekali lagi setiap kawasan/pasar malam/pasar pagi atau pasar ramadhan hanya seorang peniaga dibenarkan.Bukan apa kalau ikutkan kami tak kisah pun berapa ramai nak berniaga dalam satu kawasan,tapi kesian lah pada peniaga-peniaga lain bila dalam satu kawasan sampai dua,tiga orang berniaga benda yang sama,macam mana nak buat duit kan macam tu..Jadi harap masing-masing faham lah apa yang telah diberitahu lebih awal supaya tak timbul masalah di kemudian hari..
Untuk order pula,suka juga pihak kami mengingatkan buat order yang cukup untuk stok sendiri dan buat kiraan lebih awal.Kami tak mahu ada masalah yang bila habis stok,dah hari-hari call dan mintak pihak kami hantar tanpa beritahu lebih awal sebab kami dah susun jadual kemana dan berapa stok yang keluar setiap hari,lagi sekali harap semua ambik kira semua nie ya..Kalau semua orang ikut apa yang telah ditetapkan semua kerja kita jadi mudah dan tak menimbulkan apa-apa masalah kan..Terima kasih kepada semua peniaga dan pelanggan yang memberi kerjasama kepada pihak kami dan berharap kerjasama kita semua akan berterusan sampai bila-bila ya..Rezeki sama dikongsi..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tetamu Pertama Raya Tahun Ini..

4:48:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua..setiap tahun bila Kak Sue balik ke rumah sendiri di Rawang,Kak Sue akan adakan open house bagi meraikan family dan kawan-kawan.Walaupun macam tu kalau ada kawan yang datang lebih awal atau pada hari lain Kak Sue okay aje..Tetamu nak datang rumah,bawa rahmat dan rezeki tau!Tetamu pertama raya tahu nie ialah dari family KBBA tersayang Qaseh dan family.Pertama kali Kak Sue dapat jumpa Rayyan yang sangat comey tu..selalu tengok dalam gambar ja..Kali nie Kak Sue dapat dukung,bermain dengan Rayyan..suka sangat


Kak Sue tak ada masak apa-apa menu yang istimewa pun cuma kuih raya dan Spagetti Bolognise aja bagi menyambut kedatangan Qaseh dan keluarga..Kadang tetamu datang mereka bukan nak makan sangat pun lebih kepada mengeratkan silaturahim dan menziarah.Kalau waktu lain kadang kita agak sibuk dengan tugas harian kan..Terima kasih tau Qaseh dan keluarga sudi datang beraya ke rumah Kak Sue tau..lain kali datang lagi..tak puas main-main dengan Rayyan yang comel tu..muahhh!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Air Tangan Kakak ~ Sup Daging

4:47:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kakak anak dara Kak Sue mood rajin nak masak.Lagi pun patutnya umur macam Kakak nie,dah pandai masak lauk pauk yang simple kan..nasib Kakak memang minat memasak jadi mudah sikit lah kerja Kak Sue..ehehe..Sebenarnya Sup Daging nie Kak Sue dah pernah masak pun,resepi dari Abang Man.Jadi hari nie anak dara Kak Sue pula masak..

Anak-anak Kak Sue baik lelaki atau yang perempuan memang Kak Sue dan Abang Man ajar masak resepi  yang simple,senang kan kalau depa pandai setakat nak masak nasi dan goreng telur tu memang boleh sangat lah..nanti bila mereka dewasa pun senang,boleh berdikari sendiri tak ada lah semua nak harap pada Ibu dan Abah..Kalau korang nak resepi boleh klik sini ya Resepi Sup Daging Sayur Simple.Selamat mencuba ya..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Bisnes Kecik Kakak

8:20:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua..nampaknya anak dara Kak Sue yang sorang tu memang ikut jejak langkah Abahnya,minat berniaga..Kakak dah lama bagi tahu yang Kakak memang minat nak ada cafe satu hari nanti.Sekarang nie Kakak berniaga kecil-kecilan aja kat rumah,Kakak jual Ice Blended dan Aiskrim Malaysia.Kak Sue dan Abang Man sentiasa menyokong apa sahaja minat anak-anak selagi tak melanggar hukum dan adab kita sebagai orang islam..


Sebelum raya hari tu Kakak dah mula berniaga aikrim malaysia,selalunya lepas magrib atau terawikh ada budak-budak singgah beli.Kakak tak kisah pun berapa yang terjual,janji Kakak dapat menabung sikit-sikit dari hasil titik peluk Kakak..Alhamdullilah sampai ke hari nie bisnes kecik Kakak semakin mendapat sambutan kat sini.Ibu dan Abah doakan semoga Kakak terus success dalam apa sahaja bidang yang Kakak ceburi.Good Luck Kakak..we love you!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Masa Untuk Rumah Sendiri Pulak ~ Mai Singgah!

8:19:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,selamat hari raya!Raya kan sebulan..ehehe.Masa untuk rumah sendiri pula hari nie.Kak Sue nak siapkan dan sediakan apa yang patut mana tahu ada kawan atau sedara kat sini yang nak datang bertandang kan..Nasib lah semua dah kemas sebelum balik raya hari tu,cuma nak touch up sikit aja lagi..

Rasanya tahun nie kami tak ada buat open house memandangkan Adik tak dapat cuti dalam waktu terdekat nie..nanti bila makan atau berseronok ronok teringat Adik jadi sedih pulak,terus mood down..baik tak payah kan..Tapi tak tahu lah nanti kut ada niat nak buat jamuan ringan untuk kawan-kawan yang duduk area rumah Kak Sue nie..Kalau korang nak datang beraya datang aja ya,tapi bagi tahu dulu tau,boleh Kak Sue sediakan apa yang patut..jangan lupa singgah tau,papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Adik Melangkah ke Tempat Baru

8:18:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Adik bakal melangkah ke tempat baru.Rasa masih baru Adik bercuti bersama kami sekeluarga,rasa tak puas lagi bermanja dengan Adik.Tambah pula pada bulan Ramadhan Kak Sue dan Abang Man agak sibuk menguruskan perniagaan kecil kami..tapi tak apa lah berpisah dengan Adik demi kebaikan Adik,dunia dan akhirat..Alhamdullilah Adik di terima masuk ke salah sebuah sekolah agama di Bukit Kapar Klang.
Kak Sue bersyukur Adik masih istiqomah dengan jalan yang Adik pilih sendiri dari mula.Adik nampak bersedia dan ceria macam biasa cuma manjanya tetap tak hilang,ehehe.Walaupun Abang gagal temuduga hari tu,tapi Kak Sue redha dan mendokan apa sahaja jalan yang Abang pilih selagi tak melanggar hukum agama.Bak kata Ustaz Firdaus jangan kita membezakan anak-anak kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.Kita tak akan tahun masa yang akan datang nanti,sebab masa masih panjang untuk mereka..sebak hati Ibu mendengarnya..maafkan Ibu Abang..tak ada niat sedikit pun Ibu membezakan cuma Ibu inginkan yang terbaik untuk diri dan bekalan Abang bila Ibu tiada nanti..
Semoga Adik sentiasa diterangkan dan ditenangkan hati selalu..sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah ditempat baru.Doa dan redha Ibu sentiasa bersama Adik,Abang dan Kakak..Ya Allah jagakan mereka untukku..aamiin ya rabb..



0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Raya Masih Meriah di Tanjung Keramat

5:12:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,masih beraya di kampung Abang Man di Tanjung Keramat.Raya kat sini masih meriah dengan tetamu yang datang dari jauh dan dekat.Setiap tahun macam nie lah keadaan di kampung Abang Man.Walaupun letih tapi seronok bila melihat tetamu yang datang menjamu selera dan dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah sini pula.Ada yang Kak Sue masih belum kenal lagi tau..ehehe..Hari nie menu pecal dan lauk pauk lain..kira hari nie kita jamu nasi ajalah untuk tetamu..

Tahun nie kami sekeluarga tak berkesempatan nak ikut baraan kat kampung nie.Pada korang yang tak tahu apa itu baraan,baraan ialah beraya beramai-ramai dari rumah ke rumah mengikut giliran...memang meriah.Tahun lepas merupakan tahun pertama Kak Sue ikut baraan sejak dari mula Kak Sue berkahwin dengan Abang Man..Sebelum nie rasa macam tak tertarik dan tak berkesempatan nak ikut.Cuma tahun lepas anak-anak Kak Sue dan anak buah yang beraya kat sini teruja sangat nak ikut jadi Ibu pun join sekali lah..Seronok tau beraya beramai-ramai macam nie,siap ada anggota RELA yang akan menjaga lalu lintas lagi..Hari nie ada tiga keluarga yang datang beraya dan selepas semua tetamu pulang..giliran Kak Sue dan keluarga pula beraya rumah sedara lain berdekatan rumah..



Maaflah Mak dan Bapak kami tak dapat beraya lama tahun nie,InsyaAllah tahun depan umur panjang giliran raya pertama disini pula ya.Terima kasih untuk Mak,Bapak dan semua keluarga menjamu kami makan buah-buahan kat kampung..ada rambutan,durian dan mancang..dapat juga merasa.Terima kasih sekali lagi..nanti kami balik lagi ya..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Giliran Raya ke Tanjung Keramat Pulak..

8:18:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,raya ketiga dah.. jom balik Tanjung Keramat pula.Setiap tahun memang beginilah giliran Kak Sue dan Abang Man.Cuma tahun nie dapat merasa lebih lama sikit beraya di kampung Kak Sue memandangkan Mak tak berapa sihat...Selalunya raya kedua dah balik ke Tanjung Keramat.Kampung Abang Man raya masih meriah walau dah beberapa hari kita meyambut hari raya,meriah dari pagi sehingga ke malam.

Berlainan dengan kampung Kak Sue,paling lewat pun petang,dan raya ketiga dan seterusnya dah macam hari biasa,makan kuih sambil tengok TV aja kat rumah..sebab tu Mak Kak Sue kalau raya pertama dan kedua tak ada di rumah,melawat sanak saudara sementara Kak Sue dan keluarga masih beraya di kampung..

Alhamdullilah,walaupun jalanraya agak sesak tapi Abang Man cari cara lain nak elak dari menempuh kesesakan...apa lagi ikut jalan lama lah kan...Jalan lama nie walaupun masih banyak kereta tapi dapat bergerak dan terkawal tak ada lah sampai tak bergerak langsung..huhuhu..Kami sekeluarga selamat sampai agak lewat juga.Penat dan mengantuk jangan cakaplah bila berjalan jauh,lepas tu nak tempuh kesesakan nie.Jadi marilah berehat,esok kita sambung masak-masak dan beraya lagi ya..papai!


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Raya Sakan..!

8:17:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,masih dalam mood raya hari nie.Kak Sue kalau di kampung Batu Kurau rutin harian tolong Mak sediakan sarapan.Masa tengah sarapan kami akan berbincang nak beraya kemana selalunya.Waktu perayaan macam nie lah ada kesempatan bawa Mak dan keluarga bersuai kenal dan melawat sedara mara sebab semua balik kan..Jadi hari nie kami beraya sakan sebab ada beberapa rumah yang nak di singgah..


Bergambar dulu sat sebelum bergerak ke destinasi yang pertama..ehehe..beraya ramai-ramai nie memang best dan meriah sangat..seronok betul!

Sempat lagi bergambar kenangan dengan Ateh yang agak susah di ajak bergambar..sporting sikit Ateh..raya nie,,hahaha..

Mak dara dan anak dara bergambar selepas kekenyangan di rumah Alang.Terima Kasih Alang sudi jemput dan masak untuk kami..tahun depan jemput lagi hokay..

Tok Pah dan cucu-cucunya..Abang dan Adik.Lepas nie jarang dah jumpa Tok Paah sebab dah pindah sekolah..apapun Tok Pah sentiasa dihati dan doa kami..

Jom kita sambung raya lagi..gambar tak banyak!Tok Pah dah sound hangpa nak raya ka hangpa nak tengok telefon..tak reti-reti lagi..sorok telefon sebelum Tok Pah ambik buat baling kambing..kahkahkah!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Selamat Hari Raya AidilFitri 2016

8:16:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin untuk semua keluarga dan kawan-kawan.Kesempatan ini Kak Sue dan keluarga memohon ampun dan maaf,andai ada tersalah cakap,tersalah tulis atau perbuatan.Halalkan makan minum dan dalam berurusan niaga juga ya..Kak Sue balik Rawang nanti datang lah beraya ke rumah ya..

Selamat Hari Raya Mak..ini lah Mak Kak Sue tersayang,comel dak Mak kami..terima kasih Mak masak sedap-sedap tau..

Sebahagian daripada cucu Tok Pah dan Cik Din..Alhamdullilah tahun nie raya semua berjalan lancar walaupun ada beraya dirumah mertua masing-masing..

Bukan senang nak ambik gambar dengan Abah Tersayang.Terima kasih Abah sentiasa memberi nasihat dan sentiasa sporting macam selalu..sayang Abah..Tahun nie Mak dan Abah tak berapa sihat,tapi Alhamdullilah kami semua berkesempatan beraya bersama-sama.Terima kasih Allah...

Macam mana dengan raya hangpa tahun nie..meriah tak?

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ketupat Palas Mak

8:15:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua..sehari lagi kita nak menyambut Hari Raya AidilFitri.Macam mana dengan korang punya persiapan?Rumah Mak Kak Sue tahun nie ala kadar saja,sebab nanti beberapa hari selepas kita menyambut hari raya,kena pindah ke tempat lain.Sedih juga sebab dah berpuluh tahun Kak Sue tinggal kat sini,tapi ya lah..nama pun rumah sewa kan.Tapak rumah yang Mak Kak Sue sewa nie,dah dibeli oleh pihak masjid Batu Kurau untuk dibuat parking masjid..jadi kita redhakan lah..

Kita tinggalkan lah cerita sedih tu,macam biasa setiap tahun Mak akan buat ketupat palas sendiri.Kak Sue antara pembantu tetap Mak..tapi tak pernah nak jadi tau..asyik jadi ketupat betina aja,sedihh!Mak suka buat size ketupat kecil dan comel aja,sekali suap dah masuk mulut.Selalu raya kedua dah habis dah ketupat palas mak,kadang tak sempat.Anak,cucu aja yang pakat belasah..ehehe..

Terima kasih Mak masakkan makanan sedap-sedap untuk anak,menantu dan cucu Mak nie,sedap semua.Kesian Mak,walaupun demam masih turun ke dapur memasak dengan penuh kasih sayang.Sayang Mak selalu..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jom Balik Kampung Batu Kurau Pulak..

8:14:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,jom balik kampung Batu Kurau pulak.Tahun nie giliran beraya di kampung Kak Sue,Batu Kurau Kampungku..eceh!Kak Sue dan Abang Man memang buat giliran setiap tahun,tapi kalau ada perkara yang tak dapat dielakkan kami okay aja kalau skip mana-mana giliran tak jadi masalah pun.Cuma setiap kali nak balik kampung Kak Sue Mak mertua pesan singgah dulu.Kadang nak kirim kuih atau apa-apa untuk Mak Kak sue di kampung kan..


Alhamdullilah,hari nie pun jalan masih lagi belum jamed,walaupun kenderaan dah mula banyak dan tak putus-putus.Jalan nak ke rumah Kak Sue pun belum ditutup seperti tahun-tahun lepas,jadi tak payah kami nak pusing jauh kali nie.Kak Sue sekeluarga berkesempatan juga berbuka bersama keluarga di Batu Kurau.Rindunya masakan Mak.,tapi yang paling menjadi kesukaan Kak Sue ialah ulaman dan sambal belacan Mak yang terbaik!!Bertambah makan hari nie..Terima kasih Mak!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Berbuka Puasa Bersama Keluarga di Tanjung Keramat

11:53:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah Kak Sue bertolak awal pagi tadi selepas bersahur.Jalan tak jammed walaupun kereta dah mula banyak memasuki lebuhraya.Kami selamat sampai ke kampung Abang Man dalam pukul lapan lebih pagi.Penat semalam mengemas rumah masih terasa nie.Selepas bertanya khabar mak dan keluarga di kampung..tidur lah sekejap..ehehe..

Hari nie tak tahu nak masak apa,ingat nak masak simple-simple aja untuk berbuka,tapi tetiba adik Abang Man bagi cadangan berbuka di rumah Abang Mas,abang sulung Abang Man.Rasanya belum pernah berbuka lagi kat rumah Abang Mas,idea yang baik nie..Terima kasih Abang Mas sekeluarga sudi terima kami berbuka puasa ya,makanan semua sedap-sedap..Sesekali dapat berkumpul makan dan solat berjemaah bersama memang seronok..Tahun depan jemput lagi ya.. ;)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kemas Rumah Tak Habis-Habis..

11:53:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,tak berapa hari lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.Kak Sue masih dengan rutin harian kemas rumah tak habis-habis...Rasa penat sangat tahun nie bila mengemas rumah walaupun Kak Sue ada ambil pembantu.Mana tak penat,Kak Sue jenis susah nak puashati kalau orang lain yang buat..baik tak payah ada pembantu kan..
Setiap hari tiba hari raya nie,Kak Sue buat spring cleaning ..ewahh!Semua almari baju,kabinet dapur Kak Sue punggah habis,kemudian lap bersih-bersih dan susun semula.Nasib lah ada Kakak anak dara Kak Sue yang rajin membantu..bukan nak memuji anak sendiri,tapi Alhamdullilah Kakak banyak sangat meringankan tugas Kak Sue dan Abang Man..sayang Kakak ketat-ketat!
Bayangkan lah malam kami sekeluarga nak balik kampung pun Kak Sue dan Kakak masih belum siap kemas rumah.Sikit lagi nak siap..sikit tak sikit pun semua settle hampir ke waktu bersahur.Kak Sue suka kalau nak kemana-mana,mesti tinggalkan rumah dalam keadaan kemas dan bersih.Jadi bila kita balik dari kampung atau mana-mana tak lah serabut kepala tengok rumah yang tak terurus kan..
Akhirnya siap juga hari nie kai mengemas rumah dan dah ready nak balik kampung.Pastikan rumah berkunci dan beritahu jiran yang tak bercuti,kita bercuti beberapa hari di kampung bolehlah jiran tengokkan kan rumah..ehehe..Selamat hari raya semua dan selamat sampai ke destinasi masing-masing...papai!!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut & Kedondong Asam Boi MAN JAVA ~ CUTI!

11:52:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie last penghantaran Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi kepada semua pelanggan dan peniaga.Pihak kami akan bercuti selama dua minggu bermula esok sehingga minggu depan.Sebarang pertanyaan akan dijawab seminggu selepas raya dan harap semua dapat memberi kerjasama ya..Terima kasih kepada semua dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.