BoxGreen Snek Yang Lazat Dan Sihat

11:52:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hai semua!Salah satu makanan kegemaran Kak Sue ialah kekacang dan buah-buahan kering.Kalau kat rumah Kak Sue memang sentiasa ada stok untuk kudapan semasa tengok tv atau up date blog..ehehe.Baru-baru nie kan,Kak Sue berkesempatan mencuba snek kekacang dan buah-buahan kering kegemaran Kak Sue dari BoxGreen yang dibungkus di dalam kotak dan pack kecil dengan pelbagai aneka pilihan yang lazat dan sihat..menarik sangat..

BoxGreen adalah satu set lengkap yang boleh kita gunakan samada untuk sarapan atau boleh juga kita buat biskut yang sedap dan sihat tau...Kenapa Kak Sue kata sihat,sebab kebanyakannya mengandungi bahan semulajadi seperti bijirin,kekacang dan buah-buahan kering yang terpilih.Produk ini boleh di pesan secara online bermula dengan harga Rm59.90 atau untuk maklumat lanjut boleh korang inati-intai maklumat kat bawah nie ya..papai!

BoxGreen Malaysia

Website : www.boxgreen.my
Instagram : @boxgreenco
Facebook : boxgreenco
No Tel : 019 2502809




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Air Minuman MAN JAVA di Jalan TAR

11:51:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamuaikum semua,lama dah Kak Sue dan Abang Man tak berniaga kat Jalan TAR.Rasanya last lima,enam tahun yang lepas,undi tapak tak dapat..tak ada rezeki..lagi pun kalau dapat untuk tapak pasar ramadhan jalan TAR tu jenuh pula anak-anak nak sekolah nak setting time...
Tahun nie Abang Man bagi peluang untuk pembantu -pembantu kami cari duit raya,jadi kami beroperasi sebelah malam sahaja di Jalan TAR.Kalau korang ada pergi shopping Jalan TAR,Sogo atau Campbell..jangan lupa singgah tau..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Membeli Belah dan Berbuka di Kenanga Whole Sale..Memang Berbaloi!

9:57:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie plan ke Kenanga Whole Sales pula.Setiap tahun Kak Sue akan singgah sini cari baju atau jubah untuk sekeluarga.Sini memang banyak pilihan dan harga lebih murah kalau kita beli dengan kuantiti yang banyak...Kira sesuai juga lah untuk peniaga-peniaga pakaian kalau nak datang sini beli dan jual balik..memang berbaloi sangat!
Cuma macam Kak Sue cakap sebelum nie..pilihan pakaian kat sini pun sama macam tempat lain tak semeriah tahun-tahun yang lepas.Kak Sue dan keluarga tak ambil masa yang lama pun kat sini sebab tak banyak pilihan yang menarik perhatian kami..
Selesai membeli belah,kami sekeluarga buat keputusan nak berbuka kat sini aja sebab nanti selepas magrib boleh Abang Man hantar bag pinggang ke Semua House.Jenuh nak cari kedai kawasan berdekatan rumah kami,memang tak ada sebab bag kulit..kena cari kedai khas yang memang buat jahitan kulit kan..
Alahmdullilah Kafe Restu Resepi makanan semua sedap dan sampai dengan tepat waktunya.Maklumlah bila kita nak berbuka nie,kalau lambat-lambat rasa nak marah la jugak kan,lapooo..ehehe.Kak Sue tak dan nak ambik gambar,letih dah sangat hari nie,tapi lain kali kalau Kak Sue ke sini pasti akan singgah lagi kat kafe nie.Staff pun memberi layanan sangat baik..rasa memang berbaloi kalau singgah ke Kenanga nie,jangan lupa datang sini ya korang...selamat membeli belah,papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut & Kedondong Asam Boi MAN JAVA ~ Delivery Order Lagi

9:56:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie seharian kami ada delivery ke beberapa tempat yang perlu diselesaikan.Antaranya Manjong,Melaka,Segamat dan Kuala Kangsar.Lagi beberapa hari order dan delivery nak di tutup sepenuhnya..lepas nie boleh lah Abang Man berehat sikit..dari dua minggu sebelum puasa dah mula siapkan order sampai sekarang tak berenti lagi..Alhamdullilah rezeki tahun ini..

Kami siapkan order anak beranak aja,mungkin nanti untuk tahun depan atau ada peningkatan order selepas raya,nak kena ambil pembantu khas untuk packing produk kami.Sebab itu banyak kali Kak Sue pesan kat sini,Abang Man pun selalu pesan jangan order last minit..sebab dah susun order dan jadual.Kalau boleh selewat-lewatnya tiga hari sebelum pick up atau delivery order..tapi masih lagi ada yang tak nak dengar nasihat kami.Akibatnya order tak dapat pihak kami hantar pada yang kehabisan stok..

Harap selepas nie dapat beri kerjasama ya,supaya semua urusan kita berjalan lancar.Terima kasih kepada semua peniaga yang memberi kerjasama yang baik dan insyaAllah akan dikekalkan untuk tahun depan..Rezeki sama dikongsi..papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tempahan Dari Geng KBBA

9:56:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,jumpa lagi kita.Kak Sue menerima tempahan air minuman di gerai minuman MAN JAVA untuk disedekahkan kepada pengunjung hari nie.Terima kasih kepada beliau yang sudi memilih gerai munuman kami sebagai salah satu gerai untuk menambahkan pahala pada bulan yang mulia nie.Semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah dan dimurahkan rezeki sentiasa,aamiin ya rabb!Untuk korang yang ada keinginan nak berbuat demikian boleh hubungi kami sehari sebelum ya.Terima kasih awak..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sambutan Raya ~ Karnival Mega Raya Stadium Malawati Shah Alam

9:56:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,rasa beberapa tahun kebelakangan nie Kak Sue dah jarang ke event yang dibuat di Stadium Malawati.Kebetulan Kak Sue singgah sini selepas menghantar Adik dan Abang interview di sekolah baru mereka.Kak Sue rasa kan tahun nie mana-mana tempat yang Kak Sue singgah macam kurang meriah seperti tahun-tahun terdahulu..Kira macam kita boleh jalan relak-relak,tak ada lah bersesak sangat..atau agaknya semua orang berjimat kut memandang ekonomi negara kita yang..entah nak cakap pun buat sakit hati aja!




Kak Sue tak ada apa pun nak cari kat sini,cuma singgah jalan-jalan cuci mata.kalau ada pun untuk anak-anak aja.Tadi belikan topi Lawo untuk Abang,pakaian untuk Adik jenama tak tahu nak sebut ehehe.. dan sedikit kuih raya.Barangan lain rasanya kami semua dah selesaikan,jadi tak ada lah membeli sangat kat sini.Kak Sue doakan semua peniaga tahun nie dimurahkan rezeki ya..Episod kedua untuk sesiapa yang tak sempat singgah sini ialah pada 2 dan 3 Julai 2016 nanti.Jangan lupa singgah ya..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut & Kedondong Asam Boi MAN JAVA ~ Delivery Order

9:55:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,tahun nie memang tak sempat nak update order Kelapa Laut MAN JAVA kat sini.Alhamdullilah rezeki tahun nie setiap hari ada aja order yang nak disiapkan dan perlu di hantar ke lokasi masing-masing.Kak Sue pun kadang-kadang tak sempat nak temankan Abang Man,sibuk dengan urusan rumah dan perlu ada di rumah untuk customer yang datang pick up order.
Kali nie Kak Sue berkesempatan ikut Abang Man delivery order ke Melaka.Untuk pengetahuan semua peniaga sekarang kami ada membuat delivery Kedondong Asam Boi melalui bas,tapi hendaklah sentiasa menyimpan sejuk.Kedondong Asam boi nie bukan pati atau kordial ia adalah jus buah tanpa bahan pengawet.Jadi korang semua kena pastikan sentiasa simpan sejuk.Setakat nie belum ada masalah,kalau ada masalah pun mungkin atas kecuaian tak simpan sejuk!Harap korang dapat ikut arahan cara menyimpan Jus Kedondong Asam Boi tu ya agar dapat kita atasi masalah kerugian apabila barang rosak.Terima kasih untuk semua peniaga dan pelanggan kami!Rezeki sama dikongsi..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Romatika Plaza Alam Sentral ~ Wajib Singgah..

2:27:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hi semua.Kalau ke Plaza Alam Sentral wajib singgah ke Romantika kedai barang hiasan rumah di tingkat lima.Ada bermacam pilihan hiasan rumah ala inggers kat sini dengan harga yang sangat berpatutan.Kak Sue kalau kesini,nak pula kalau musim nak raya macam nie,memang singgah..cari bunga hiasan.Murah dan cantik..puashati!


Pihak Romantika akan buat sales,bila ada sambutan raya atau perayaan lain.Ada beberapa barangan terpilih yang mereke buat jualan murah.Untuk pilihan bunga hiasan,kedai sebelah depan,khas untuk bunga dan pasu,siap boleh staff kat situ tolong gubahkan lagi.Tahun nie Kak Sue tak beli bunga sebab yang tahun lepas elok lagi,cuma beli hiasan dinding sahaja.nanti kalau korang ke Plaza Alam sentral jangan lupa singgah tau,pasti tak mengecewakan..Kak Sue tak ambik banyak gambar sangat,nanti korang tengok sendiri kat sana memang rambang mata,selamat menyopping,papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jalan - Jalan Ke Ikea Damansara

2:27:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie memang plan nak jalan-jalan ke Ikea Damansara.Ada barang yang Kak Sue nak cari kat sana,sambil cuci mata.Ini kali kedua Kak Sue datang sini,sebab Abang Man memang tak suka tempat yang bersesak.Sebabkan Kak Sue nak cari barang kat sana,Abang Man ikutkan lah juga..ehehe..TQ Sayangku...nie yang sayang lebih nie..


Biasa lah kalau dah datang Ikea nie memang semua barang kita nak..cantik semuanya.Kakak anak dara Kak Sue memang berkenan dengan katil besi macam nie.Jangan kata Kakak,Ibu pun berkenan..jom lah kita sama-sama menabung ye Kakak..mana tahu satu hari impian menjadi kenyataan..ehehe..

Ini pilihan cadar,Kak Sue suka betul corak macam nie.Sebenarnya Abang yang pilih-pilih dulu cadar kat sini.Bila Ibu datang,wahh..cantik pula corak-corak cadar nie..dah berjangkit pula dengan pilihan Abang,harga pun berpatutan kan..sambar untuk Abang dan Ibu..


Langsir nie lah yang Kak Sue cari sebenarnya punca Kak Sue nak datang Ikea nie.Kak Sue ternampak di facebook deco rumah simple,menarik sangat!Langsir nie murah aja RM20.00 siap jahit semua.Tak payah susah-susah dah nak jahit bagai kan..memang berbaloi sangat..

Karpet nie sebenarnya tak ada dalam plan pun,tapi sebab harga murah RM59.00 aja,Abang Man pun belikan untuk Kak Sue..ada banyak lagi pilihan lain tapi yang ini menarik minat mata kami..hihi..
Tiba bahagian dapur,apa lagi bertambah lah rambang mata.Botol nie memang lama Kak Sue berkenan,dah nampak depan mata sambar sekali.Harga pun murah kan..boleh buat isi air sejuk atau untuk hiasan..Jug air pun lebih kurang dengan harga botol tak sampai RM10.00..murah kan..


Last sekali,bunga hiasan..Kak Sue jenis suka yang simple.Tak suka terlampau berbunga-bunga teruk sangat.Just nice kata orang..eceh!Sebenarnya bunga nie nak letak kat bahagian dapur kat rumah Kak Sue..Untuk hiasa ruang tamu bunga tahun lepas elok lagi..jadi kita guna aja mana yang ada..Haaa..dapat dah barang yang Kak Sue cari walaupun ada lari dari perancangan awal,tapi puashati..Jadi boleh lah nak mula kemas dan deco rumah untuk tahun nie...tunggu yaaa Kak Sue kongsikan nanti,papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA ~ Ramadhan Last Order 2016

12:00:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,tahun nie memang tak sempat nak update sangat mengenai produk dan order Kelapa Laut dan Kedondong Asam Boi MAN JAVA.Alhamdullilah rezeki tahun nie meningkat dari tahun lepas.Rasa macam untuk tahun depan,tak nak buka order dah kalau agen dan peniaga yang sedia ada dapat memberi komitmen dan kerjasama yang baik.Setakat hari nie semua berjalan dengan lancar..Alhamdullilah!



Kak Sue nak buat pengumuman untuk semua agen dan peniaga last order ialah pada 30 June (Khamis) dan last delivery pada 1 dan 2 Julai (Jumaat/Sabtu) bagi memudahkan semua urusan bagi pihak kami dan semua agen dan peniaga.Sebarang kelewatan order diharap dapat dielakkan dan pihak kami memohon maaf tiada lagi penerimaan order selepas tarikh tersebut.


Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua agen dan peniaga kerana sudi dan masih mengekalkan produk kami sebagai pilihan anda semua,dan mengucapkan selamat berniaga dan berpuasa kepada semua.Kami juga memohon ampun maaf seandainya ada ketidakpuasan hati atau kekurangan atas perkhimatan kami.TANPA ANDA SEMUA SIAPALAH KAMI..Terima Kasih semua!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ikan Bilis Goreng BerCili ~Mudah dan Cepat

12:00:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,diam tak diam dah masuk 15 hari kita berpuasa.Rasa sekejap aja masa kan..Dalam minggu nie Kak Sue sibuk sikit dengan mengemas rumah yang tak sudah-sudah.Apa taknya habis semua kabinet dapur dan almari pakaian Kak Sue selongkar..ehehe.Pilih-pilih mana yang rasa dah tak boleh pakai asingkan satu tempat.Ada yang nak dibuang dan ada yang nak disedekah kepada yang memerlukan..
Menu hari nie pun macam semalam simple aja,masak apa yang ada di dapur sebab dah tak sempat keluar nak cari barang basah.Leka dengan kerja mengemas,tahu-tahu dah pukul berapa...jalan mudah goreng aja ikan bilis dan buat sayur sikit.Keluarga Kak Sue setiap hari sayur mesti nak ada dalam menu..semua kaki makan sayur.Ikan Bilis Goreng Bercili nie pun sama juga dengan resepi ayam goreng yang Kak Sue kongsi sebelum nie.Goreng Ikan bilis hingga garing,angkat dan ketepikan.Kemudian goreng bawang yang dihiris membulat bersama cili padi,agak layu sikit terus angkat.Kemudian letakkan aja bawang dan cili atas ikan bilis tadi,dah siap...Pejam mata pun boleh kan,jangan silap-silap tercelup tangan la pulak,nak raya nie woi.,..hahahaha,jumpa lagi ya...papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tempe Goreng Aja..

11:59:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie dah tak tahu nak masak apa..Abang Man belikan tempe dan sayur aja.Masak simple-simple sudah Yang katanya..Hadoi..memang tak ada idea sungguh nak masak apa nie..Tempe nie pun salah satu kegemaran Abang Man dan anak dara kami.Kak Sue pula bukanlah pengemar tempe,nak buat sambal tempe Kakak anak dara Kak Sue bagi idea goreng aja Ibu..cicah dengan sambal kicap pun sedap..lagi senang..jadi resepi hari ini Tempe Goreng ajalah dengan sayur goreng,nanti beli lah sikit Masak Lemak Daging Salai kat gerai hujung..settle!ehehe..
Kalau nak goreng tempe nie jangan dibasuh pula ya,letak kunyit dan garam sikit terus aja goreng.Kalau nak sedap boleh lah gaul dengan bawang merah,bawang putih yang telah dikisar.Keluarga Kak Sue baik Ikan ke,apa ke..yang bergoreng kami lebih suka garing-garing.Dah siap goreng boleh dihidangkan bersama sambal kicap..memang terangkat!Korang masak apa pula hari nie..bagi idea sikit..ehehe..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sotong Goreng Kunyit Lagi..

1:02:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue masak Sotong Goreng Kunyit lagi..Dah tak tahu nak masak apa,jadi pusing balik menu yang pernah Kak Sue masak,tapi tahun lepas punya puasa lah..ehehe!Kita sebagai Ibu nie memang kadang pening fikir apalah nak masak setiap hari kan.Kadang Abah tak kisah,tapi anak-anak pulak kesian takut mereka jemu..Jadi ibu semua nak kena kreatif memasak untuk keluarga kan..
Semalam masak seafood sotong dan siput lala,tapi lala Kak Sue masak rebus air aja untuk Adik.Memang feveret Adik kalau siput lala,mengadap semangkuk pun habis.Cuma hari nie Kak Sue guna resepi serba ringkas aja masak Sotong Goreng Kunyit,kalau korang nak tengok resepinya boleh klik sini ya Resepi Sotong Goreng Kunyit ..Selamat mencuba papai..!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mood Raya On..Jom Shopping!

2:59:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,macam mana dengan persediaan sambutan raya korang..dah beli baju raya ke belum?Hari nie Kak Sue plan nak cari baju raya untuk kami sekeluarga,ingat nak pergi selepas berbuka aja.Tetiba Abang Man cakap,hari nie cuti niaga lah memandang hujan yang tak berhenti sejak dari tengahari tadi.Jadi hari nie Gerai Man Java dan Dapur Kak Sue cuti lah..ehehe.Kami keluar awal dan berbuka diluar hari nie..Adik lah orang yang paling teruja dan seronok sangat..maklum lah asyik sibuk berniaga dan kerja lain tak sempat nak bawa anak-anak keluar ke mana-mana...


Kami berbuka di Orchid Bistro,antara restoran kegemaran kami.Memang puashati menu dan layanan terbaik kat restoran tu tau.Selesai berbuka maka bermulah lah pencarian baju raya.






Alhamdullilah,semuanya selesai dengan jayanya,cuma Adik sangat teruja dengan Kapten Amerika dia tu,semuanya Adik nak ada Kapten Amerika dari kasut,slipper,baju,seluar kecik dan kalau boleh seluar pun nak yang sama..Abang Man pun layankan anak bongsu dia hari nie ikutkan apa yang Adik nak.Kasut dan slipper Adik,kami beli di kedai Bata aja,manakala baju dan seluar kami beli di Aeon Anggun Rawang.Tahun nie Kak Sue rasa macam tak banyak pilihan yang menarik..

Untuk Abang dan Kakak masing-masing dah meningkat remaja,mereka dah tak mahu ikut pilihan Ibu.Semua nak pilihan mereka sendiri,Kak Sue dan Abang Man pun tak kisah..asalkan menutup aurat dan harga berpatutan.Kami biarkan aja mereka pilih mana yang berkenan dua,tiga helai untuk persalinan raya.Selesai sudah bab baju raya anak-anak cuma nak tambah sikit-sikit aja lagi..Alhamdullilah rezeki untuk tahun nie..papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Telur Goreng Kicap ~ Menu Paling Istimewa

2:59:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua..hari nie Kak Sue nak kongsi Telur Goreng Kicap menu paling istimewa!Sebenarnya kan Abang Man suami Kak Sue pernah bagi tahu,kalau tiap hari lauk telur goreng kicap pun tak apa..sebab Abang Man memang suka sangat.Cukuplah kalau ada menu yang satu nie,dah buat Abang Man makan bertambah-tambah...
Hari nie Abang Man minta Kak Sue masakkan menu kesukaan Abang Man nie.Kebetulan Kak Sue pun dah tak ada idea nak masak apa dan hari nie anak dara Kak Sue yang seorang tu yang masakkan untuk Abahnya memandang Kak Sue kalut ada kerja lain yang nak diselesaikan.Lagi pun mudah dan ringkas aja nak sediakan menu nie,Kakak pun dah boleh harap dan dah pandai masak beberapa menu yang ringkas sekarang nie.
Rasanya korang pun tahu kan cara nak sediakan menu istimewa nie,ehehe..Memula goreng telur dulu.Kemudian panaskan minyak,tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili padi yang dihiris halus.Apabila bahan tumis layu,angkat dan taburkan atas telur yang digoreng tadi.kemudian letak kicap,dah siap.Mudah sangat kan..kalau korang mengejar masa atau tak sempat nak masakkan untuk berbuka atau bersahur bolehlah cuba menu istimewa Kak Sue nie ye..ehehe..jumpa lagi,papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Daging Masak Kicap 2

2:58:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,resepi hari nie dah biasa Kak Sue masak Daging Masak Kicap memang merupakan antara menu kegemaran kami sekeluarga juga.Selalunya Kak Sue rebus dulu daging biar lembut dulu,kemudian baru masak seperti biasa.Resepi daging masak kicap Kak Sue ringkas aja,selalu nak cepat dan mudah janji sedap!Kali nie Kak Sue tak blender bawang dan halia,Kak Sue hiris halus aja.Kalau korang nak blender pun boleh,lagi sedap dan bergaul mesra gitu..ehehe..

resepi daging masak kicap
Daging Masak Kicap

Daging Masak Kicap

Bahan - bahan :
1/2 kg daging - direbus sehingga lembut,dipotong nipis dan ketepikan.Simpan air rebusan daging tadi
1 biji bawang besar - dihiris halus
3 biji bawang putih - dihiris halus
2 inci halia - dihiris halus
1 biji cili bengala
1 camca besar serbuk lada hitam
1 mangkuk kecil kicap Kipas Udang
2 sudu besar sos tiram

Cara - cara :
Tumiskan bahan yang telah dihiris tadi,sehingga naik bau
Kemudian masukkan air rebusan dan daging tadi,biarkan mendidih sebentar
Kemudian masukkan kicap,sos tiram dan lada hitam,kacau sehingga bergaul mesra
Bila kuah dah agak pekat dan daging lembut masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa
Akhir sekali masukkan cili bengala,kacau dan tutup api
Sedia untuk dihidangkan

Selamat Mencuba..


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Asam Pedas Batu Kurau Kegemaran Kami

11:11:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue masak Asam Pedas Batu Kurau yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Asam Pedas nie Kak Sue dan keluarga Kak Sue yang lain masak secara rebus sahaja.Kuah agak cair macam masak pindang kalau nak dibandingkan dengan Asam Pedas Johor kuah pekat sikit kan..Cuma semalam Kak Sue saja tumis dulu,kemudian baru masak macam biasa.Rasanya lebih kurang aja kut resepi..

asam pedas batu kurau
Asam Pedas Batu Kurau
Kadang kalau tak ada selera makan atau cuaca panas sangat memang sesuai tau masak menu macam nie,silap-silap bertambah pula makan nasi nanti.Kak Sue suka letak bunga kantan dan kacang bendi banyak-banyak,nanti boleh buat ratah-ratah macam tu aja..ehehe..Kadang rasanya kalau mood rajin memasak datang,setiap minggu Kak Sue masak menu asam pedas nie.Tengok anak-anak makan bertambah memang seronok,hilang segala keletihan..

Resepi Asam Pedas Batu Kurau nie Kak Sue pernah kongsi dah kat sini,nanti korang search aja kat label lauk pauk ya..mana tahu kut nak cuba resepinya.Lagi pun resepinya memang mudah sangat,main campak-campak dan rebus aja.Selamat mencuba ya nanti..papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Siakap Tiga Rasa

11:22:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,masak apa hari nie..Kadang memang tak ada idea kan nak masak apa dah untuk keluarga.Kak Sue kalau tanya Abang Man,jawapannya mesti ikutlah apa nak masak janji simple-simple sudah.Kadang tanya anak-anak juga,tambah bulan puasa selalu tanya anak-anak apa nak makan hari nie.Kalau yang Ibu tak biasa masak,lelaju lah Ibu google resepi.Hari nie Adik minta suruh masakkan Siakap Tiga Rasa.Rasa macam pernah masak,tapi Kak Sue rujuk juga resepi kat blog lain untuk kali ini..Jom kita tengok resepinya..

Siakap Tiga Rasa
Resepi Asal : Azie Kitchen

Bahan2nya:
1 ekor ikan siakap - (boleh goreng atau kukus)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus
5 ulas bawang merah - Kak Sue guna sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut - Kak Sue letak lebih dan koyak2kan aja
4-5 biji cili padi - Kak Sue letih lebih

Bahan-bahan Sos
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - Kak Sue guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara2nya:
Sediakan kukusan.Jika kita nak kukus,lumurkan ikan dengan garam dan kunyit,biarkan 1o minit.Kemudian letakkan ikan dalam pinggan yang dilengser minyak dan air.Kalau untuk goreng pula,lumur garam dan kunyit kemudian goreng sehingga garing,ketepikan
Dalam kuali lain,panaskan minyak kemudian tumiskan bahan cincang selam seminit
Masukkan cili kisar dan biarkan cili masak sebelum masukkan bahan-bahan sos lain yang disatukan dalam mangkuk.kacau rata
Biarkan mendidih,masukkan pula bahan-bahan yang dihiris tadi,air kukusan ikan (kalau kukus) dan garam secukup rasa
Masak sehingga kuah pekat sedikit dan tuang atas ikan yang telah dikukus atau digoreng
Sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba,papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jom Cantik dan Cerah Dengan Luminous Pearl Cosmoderm

11:21:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie semua orang sibuk nak cerahkan kulit kan.Tambah tak lama lagi kita nak menyambut hari raya.Kalau boleh semua nak cantik dan bergaya kan..Kak Sue berkesempatan mencuba produk kecantikan wajah Luminous Pearl Siri Cosmoderm.Mesti korang semua ada yang dah tahu dan biasa dengar jenama Cosmoderm yang diakui selamat dan efektif dalam penggunaan produk keluaran mereka.Yang paling penting produk dari rangkai Cosmoderm adalah produk halal,jadi kita tak perlu risau untuk menggunakannya..

Luminous Pearl Siri dirumuskan untuk mencerahkan tona kulit kita secara semulajadi secara berkesan dan selamat mengunakan Aktif-G.Formulasi khas ini terdiri daripada agen pencerahan semulajadi dan estrak buah-buahan yang membantu merangsangkan pemulihan sel kulit dan peredaran darah kita.Produk ini juga sesuai untuk kulit normal atau berminyak

Pembersih Wajah Berbuih Luminious Pearl - Bahan Active G,Glutathione,Witch Hazel dan Chamomile
Produk ini pembersih berbuih yang lembut dan efektik bagi menanggalkan sel kulit mati diwajah kita juga membantu bersihkan kotoran dan sisa make up dengan berkesan.Juga dapat melembut dan mencerahkan kulit.Setiap kali cuci muka Kak Sue rasa kulit muka Kak Sue lembut dan segar..best sangat!

Penyegar Pencerah Luminous Pearl - Bahan Active G,Witch Hazel,Aloa Vera,Licorice dan Chamomile
Penyegar ini digunakan selepas kita membersihkan muka dengan pembersih wajah Luminios Pearl,ia dapat mencerahkan dan menyegarkan kulit dengan membersih sisa pencuci,mekap dan sel-sel mati juga merangsangkan penjanaan kulit baru dan dapat mencerahkan kulit kita.Selalanya lepas pakai penyegar nie,Adik anak bongsu Kak Sue mesti cakap wanginya Ibu...ehehehe.Bau memang sedap tau,suka sangat!

Krim Anti-Jeragat Luminous Pearl - Bahan Active G,Glutathione,Lidah Buaya,Kolagen dan Beraberry
Serum Anti Jeragat di perkayakan dengan anti-oksidan dan aktif pemcerahan terbaik dari tumbuh-tumbuhan dan selamat.Krim anti jeragat nie membantu memudarkan jeragat,tona kulit kita lebih cerah dan sekata.Gunakan sebagai kitaran pembaharuan kulit..

Krim Perlindungan Siang SPF 50 PA+++ - Bahan Active G,Apple Stem Cell,Kolagen dan Minyak Bunga Matahari
Krim pelindungan siang adalah tiga dalam satu iaitu pelembab,perlindungan matahari dan asas mekap.Ia membantu mencerah dan melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB untuk kulit cerah dan berseri.Krim ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap atau sebagi bedak kompak,kulit akan terasa licin dan halus serta kulit muka kita nampak natural tanpa mekap.

Serum Pencerahan Malam Luminous Pearl - Bahan Active G,Apple Stem Cell,Kolagen,Witch Hazel,Lidah Buaya dan Minyak Roseship
Serum Pencerahan Malam pula aktif mencerahkan dari sumber tumbuh-tumbuhan yang terbaik dan paling berkesan untuk penjanaan sel-sel kulit baru dan  membantu mencerahkan kulit dengan selamat.Selain itu serum ini juga membantu menganjalkan dan memperhalusi tona kulit bagi kulit lebih remaja dan cerah.


Vitamin E Cream 3,000 iu
Selepas seminggu,gunakan Vit E cream 3000 iu sebagai pelembap untuk rehatkan dan nyamankan kulit sambil menjana sel kulit baru..

Review Dari Kak Sue
Alhamdullilah,selepas dua minggu penggunaan Luminois Pearl Siri Cosmoderm kesan yang dapat dilihat ialah pori muka Kak Sue semakin mengecil dan kulit Kak Sue lebih lembap dari sebelumnya.Kulit muka terasa lebih cerah dan lembut.Memang rasa puashati dan Kak Sue syorkan pada korang untuk mencuba rangkaian produk ini yang memberi kesan pencerahan dan buat kulit kita tambah berseri..Bagi yang ingin tahu lebih lanjut boleh lihat kat bawah nie ya..Selamat mencuba..!


COSMODERM
Alamat
No 6-3, Jalan USJ 1/1C, 
Regalia Business Centre
47620 Subang Jaya,Selangor
No Tel
016 210 4287 / 1700 815 495
Web
Email
askcosmoderm@gmail.com


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ayam Goreng Cara Kak Sue

10:07:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,hari Kak Sue keletihan ya amat.Dari pagi sampai lah masa untuk memasak tak berhenti-henti mengemas,mengelap barang-barang kat dapur.Tiba masa nak memasak dah mati idea,apa lah nak masak hari nie yang ringkas pun jadilah.Abang Man terus cadangkan goreng ayam kemudian tabur bawang dan cili padi.Abang Man memang kalau ayamg goreng,ikan bilis goreng atau ikan masin..mesti nak tabur bawang dan cili kat atas..Jadi hari nie resepi Kak Sue yang paling mudah Ayam Goreng Cara Kak Sue...ehehe
Mesti semua tahukan cara goreng ayam,melampau lah kalau tak tahu!Dah siap goreng ayam semua,goreng pula bawang dan cili padi,akhir sekali taburkan aja bawang dan cili di atas ayam tadi,dah siap..Makan dengan nasi,cicah sambal belacan..memang menambah-nambah anak-anak dan Abang Man makan..rasa letih semua hilang,ehehe..Nanti korang boleh la cuba goreng ayam cara Kak Sue ya..Jumpa lagi,papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA DiPasar Ramadhan 2016

12:37:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,dah beberapa kita berpuasa Kak Sue tak berkesempatan nak bercerita tentang pasar ramadhan tahun nie.Macam sibuk sangat pula tahun nie rasanya..ehehe..gigh nak masak kan setiap hari.Lepas masak rehat sekejap tunggu asar terus ke pasar ramadhan tolong apa yang patut..Nak ambik gambar macam tahun lepas pun memang tak sempat sangat dan kebanyakan agen dan peniaga banyak datang ke tempat kami sendiri untuk ambil stok mereka..




Alhamdullilah tahun nie kami MAN JAVA Kelapa Laut Enterprise menerima banyak tempahan dari semua negeri.Sampai ada yang pihak kami terpaksa menolak sebab dah tak menang tangan,takut nanti tak dapat nak memenuhi order yang sedia ada nie..dah orang marah kita pula kan..Kak Sue mohon maaf bebanyak ya..InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan boleh kita berurusan ya..

Hari nie Kak Sue nak kongsikan tiga tempat produk Kelapa Laut MAN JAVA dipasar ramadhan yang boleh korang singgah untuk membeli juadah berbuka.Kalau ada yang terlebih kurang boleh korang bagi tau Kak Sue nanti.Semoga berpuashati dengan produk kami nanti..
Gerai minuman MAN JAVA di Bandar Tasik Puteri,Rawang..jemput singgah ya..


Jangan lupa singgah ke gerai Along di Pasar Ramdhan pekan Tapah,Perak.


Gerai Nizam di Pasar Ramadhan Taman Rambai Jaya Melaka,jangan lupa singgah di gerai beliau ya..


Nanti Kak Sue akan update lagi lokasi pasar ramadhan dengan Air Kelapa Laut MAN JAVA ya..Selamat berpuasa dan terima kasih pada semua yang sudi singgah ke gerai kami..



2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Paprik Udang Bersayur

10:05:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hai semua..Diam tak diam dah hampir seminggu kita semua menjalankan ibadah berpuasa.Kak Sue harap tahun nie diberi kesihatan yang baik dan semangat rajin nak masak sehingga ke penghujungnya..ehehe.Begitu juga dengan amalan kita ya,jangan fikir tentang makan aja,sedangkan amal kita tak tingkatkan.Nasihat nie untuk diri dan keluraga Kak Sue sendiri juga..

Okaylah jom kita tengok resepi hari nie pula.Kak Sue nak cuba resepi dari blogger masakan terkenal Che Mat Gebu,Paprik Udang Bersayur.Jom kita tengok resepinya jom...tapi ada bahan yang Kak Sue tak letak sebab tak ada stok kat rumah.Pesan dengan Abang Man pun kebetulan hari nak masak nie lah,bahan yang Kak Sue nak tak ada kat kedai runcit depan tu,tak apalah guna aja bahan apa yang ada.Kita yang buat dia kan..ehehe

Paprik Udang Bersayur
Resepi Asal : Che Mat Gebu

Bahan2nya:
udang
1 biji bawang besar *dihiris
2 ulas bawang putih  *dihiris
6 biji cili padi siam merah *dititk
1 camca besar sos cili thai *Kak Sue tak letak 
1 camca besar sos tiram
3/4 sudu besar pes tomyam
1/4 bahagian trafficlight capsicum,didadu besar *Kak Sue tak letak
10 tangkai sweet pea *Kak Sue tak letak
Sebesar penumbuk kubis bunga - dipotong sekuntum2 - Kak Sue letak brokoli sebab dah ada dalam peti ais guna mana yang ada..ehehe..
1/2 batang lobak merah -belah dua,hiris serong sederhana tebal
3 batang putik jagung
1 biji limau nipis
1/3 cawan air
sos ikan secukup rasa

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang besar,bawang putih,serai dan cili padi sehingga naik bau
Masukkan sos tiram dan pes tomyam,kacau rata tambah udang.Kacau sehingga udang berubah warna
Masukkan lobak merah,bunga kobis dan putik jagung.Tuang air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula sweet pea dan daun limau purut.Kacau dan masak sekejap dan perah limau nipis.Kacau rata dan rasa ikut selera koranglah ya
Tutup api,sedia untuk dihidangkan..

Selamat mencuba ya..Papai!


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.