Carlo Rino Perkenalkan Koleksi Enchanted Dreamscape Spring/Summwer 2016

10:09:00 AM Kak Sue 1 Comments

Carlo Rino,Handbag Carlo Rino,
Assalamualaikum dan hello semua,Kak Sue mendapat jemputan dari Carlo Rino untuk fashion show di I0I Mall,Putrajaya bagi menyambut ulangtahun mereka yang ke 30 dengan koleksi Enchanted Dreamspace Spring/Summer 2016 hari ini.Rasa teruja betul nak lihat kolesi terbaru dari mereka yang tentu semua cantik-cantik belaka..

Kita bergambar dulu mana tahu ada peluang menang hand bag Carlo Rino nanti kan,ada segmen bergambar kat booth,lepas bergambar kita print dan tunggu pengumuman siapa pemenangnya..ramai jugak lah yang join,mana tau rezeki kan..ehehe..


carlo rino handbag,terbaru dari carlo rino,carlo rino
Carlo Rino sentiasa menampilkan koleksi yang unik dan trendy yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur,gaya dan acara.Begitu juga bagi musim ini,Carlo Rino telah memperkenalkan rekabentuk monogram yang evergreen dalam dunia fesyen dengan gaya serta warna baru yang funky dan terang.


carlo rino,carlo rino handbag,koleksi terbaru carlo rino
Jom kita tengok koleksi Signature Print untuk musim ini.Kak Sue suka yang nie simple dan cantik!Kebetulan Kak Sue memang suka warna biru dan putih,memang kena lah kat mata nie..ehehe..


carlo rino,carlo rino handbag,koleksi terbaru carlo rino
Yang ini pun suka jugak nampak comel dan feminin,sesuai untuk ke majlis atau pejabat kan..


carlo rino,koleksi carlo rino
 Koleksi kasut yang ini pun salah satu feveret Kak Sue.Nampak comel dan cute aja kalau Kak Sue yang pakai..hahaha!Sesuai untuk Kak Sue Faux Leather Flats nie mudah nak bergerak gitu...ehehe..


carlo rino,koleksi terbaru carlo rino
Dah ready untuk fashoin show..tak sabar nak tunggu apa lagi yang menarik untuk musim nie.Event nie di buka untuk orang ramai jugak..meriah kan..


koleksi terbaru carlo rino,carlo rino handbag
Antara koleksi musim baru yang menarik dan bergaya.Pelbagai pilhan warna dan size....cantik tau,tak rugi kalau grab!ehehe..


carlo rino,carlo rino handbag,kolesksi terbaru carlo rino
Selesai dah majlis untuk hari nie..semua koleksi bag dan kasut cantik-cantik belaka,korang jangan lupa ke outlet Carlo Rino untuk mendapatkan koleksi terbaru.Sempena Carlo Rino meraikan ulangtahun ke 30 juga,mereka ada buat sales dari 29 April sehingga 2 May nanti.Juga ada barang limited edition yang menarik dan harga yang mampu milik.Cepat tau,boleh beli untuk sambutan hari raya nanti atau hadiah untuk orang tersayang.Terima Kasih Carlo Rino kerana sudi menjemput Kak Sue kali ini.Untuk info lebih lanjut boleh lihat di bawah ya.

Carlo Rino
Website
CarloRino.net
Facebook
CarloRino.net
Twitter
CarloRino_my
Instagram
CarloRino
Youtube
CarloRino Fashion








1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mimpi Kita

1:03:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua..dalam hidup kita tentu kita pernah impikan untuk memiliki sesuatu perkara atau benda yang kita idamkan.Dalam setiap perkara yang kita impikan dan idamkan kita kena atau harus berkerja keras dan ikhlas untuk mendapatkannya.Apabila kita bekerja dengan ikhlas,kerja kita jadi mudah dan menyeronokkan.Ada juga kerja atau perkara bukan mudah dan murah,tapi ia berbaloi untuk kita usahakan..jadi tepuk dada tanya hati dan iman..eceh..ehehe..Apabila kita lebih fokus dalam setiap perkara dalam hidup kita,apa yang kita impikan InsyaAllah satu hari nie nanti bukan lagi mimpi kita,tapi jadi realiti...

Untuk diri Kak Sue kalau Kak Sue inginkan benda atau perkara dalam hidup,Kak Sue akan berusaha sehingga Kak Sue berjaya mendapatkannya.Itu prinsip hidup Kak Sue biar payah macam mana sekali pun..Sesudah kita berusaha,kita berdoa dan bertawakal.Kalau apa yang kita impi masih tak jadi realiti selepas kita buat semua tu,kita anggap aja bukan rezeki kita lagi buat masa ini berlapang dadalah.Kak Sue bersyukur sesetengah mimpi Kak Sue ada yang dah menjadi realiti dalam hidup Kak Sue,Alhamdullilah!Semoga kita dapat mencapai mimpi kita ya,sekian sembang-sembang Kak Sue untuk kali nie.Jumpa lagi..papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kayu Sugi Hadiah Dari Abang

7:56:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,tadi Kak Sue terima hadiah dari Abang.Abang belikan kayu sugi untuk Kak Sue dan Abang Man.Walaupun tak mahal tapi sangat bermakna bagi Kak Sue sebab tanda ingatan anak-anak kepada kita kan.Abang nie memang jiwa dia penuh kasih sayang walaupun kadang suka memberontak.Maklum lah di usia remaja macam nie,kalau tak betul-betul pantau dan memilih didikan yang betul,payah jugak kita nanti..ehehe
Hukum bersugi nie adalah sunat berdasarkan sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud "Siwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah" dan "Solat dengan siwak lebih baik daripada tujuh puluh solat tanpa siwak" riwayat Baihaqi dan Hakim daripada Aisyah r.ha.Antara kelebihan bersugi pula,mendapat keredhaan Allah InsyaAllah,membersih gigi,lidah dan mulut,melindungi dari kerosakan gigi,menguatkan gigi dan gusi,menghilangkan bau mulut,menmabhakan selera makan dan akhir sekali mencerahkan mata
Alasan sesetangah orang yang bersugi nie ketinggalan zaman sangat tidak tepat.Ia bukan soal cara kita guna bahan lama,tapi manfaat pada bahan semulajadi itu sendiri iaitu estrak yang terdapat pada kayu sugi.menarik kan..Jom kita mula bersugi,sunah dan dapat pahala!!Terima kasih Abang..lebiu sayang!


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Anak Manja Ibu Demam..

7:56:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie musim panas.Bukan panas biasa,membahang sampai boleh buat sakit kepala,selsema,batuk dan demam.Semalam Kak Sue dapat tahu Adik anak bongsu Kak Sue demam.Mula lah tak keruan hati Ibu kat sini..kalau boleh rasa nak terokam aja balik masa tu jugak..huhuhu..
Kak Sue sebenarnya tak pasti dah berapa hari Adik demam,sebab tak diberitahu oleh pihak sekolah.Nasib baiklah Adik Kak Sue datang hantar baju anak-anak,jadi Tok Pah mintak izin nak bawak balik cucu dia.Tak sampai hati katanya nak tengok cucu terbaring tanpa pengawasan seperti kat rumah..

Hari nie Tok Pah dan Acik bawa Adik ke klinik lagi,sebab semalam badan Adik  panas mendadak.Risau jugak kan kalau panas sangat,kut jadi sakit lain pulak nanti.Alhamdullilah Kak Sue sampai tepat pada waktu Adik nak buat pemeriksaan dengan doktor.Mengikut pemeriksaan doktor seperti yang di beritahu oleh Adik,Adik ada muntah di sekolah adalah di sebabkan badan terlalu panas.Cuma hari nie badan Adik dah tak berapa panas,tapi kurang air dan kata doktor 'dia sudah lembik"..sedihnya Ibu dengar..huhuhu.Doktor beri cuti sampai hari selasa dan di suruh banyak berehat juga minum air banyak.
Adik tak mau makan kata Tok Pah,bila nampak Ibu dan Abah baru mintak nak makan bubur.Lelaju Kak Sue pergi beli dan singgah rumah Tok Pah sekejap selesaikan beberapa perkara lagi kat sekolah mereka.Harap lepas nie pihak sekolah lebih peka terhadap kesihatan dan kebajikan pelajar-pelajar kat situ dan agak kecewa dengan pengurusan sekolah tu kali nie.Walau apa pun Ibu doakan Adik cepat sembuh dan sihat seperti biasa ya nak..aamiin ya rab!Lebiu sayang..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Restoran Ayam Penyet AP | Menu Ringkas Tapi Sedap !

12:02:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak kongsikan kat sini Restoran Ayam Penyet Ap yang terletak di Aeon Anggun Rawang.Selalu Kak Sue kalau ke sini,lalu lalang aja belum ada niat nak singgah,jeling-jeling dulu,ehehe..Hari nie tergerak hati nak singgah sebab nak cari nasi,Abang Man pun kata nak cuba menu kat sini pula hari nie..


Kak Sue memang suka dengan deko tradisioanal macam Restoran Ayam Penyet nie,nampak menarik sangat dan sedap mata memandang.Rasa ala-ala kampung gitu..


Menu kat sini semuanya ada perkataan penyet,dah nama pun Restoran Ayam Penyet kan..


Cuaca panas macam nie Kak Sue order Lemon Ais,Abang Man dan Kakak tak ada air yang depa berkenan nak order jadi order mineral aja..ehehe..is jimat!


Ini set menu yang kami order tadi,ada tiga set menu semuanya untuk di makan dengan nasi putih.Untuk Kakak,kami order Nasi Goreng AP Special ..


Menu nie pilihan Kak Sue Udang Penyet  memang sedap dan garing udangnya,ada tauhu dan timun.Sambal pun sedap dan pedas lain dari yang lain..memang selera makan!


Yang ini Telur,Tempe dan Tauhu Penyet pilihan Abang Man,pun sedap jugak..feveret Abang Man dan Kakak lah tempe..dah nama pun Man Java kan..ehehe


Untuk sayur kami order Terong Penyet,tak ada pilihan sayur yang lain jadi kami order yang ini,kebetulan Kak Sue pun memang suka sayur terung..sedap cicah dengan sambal!Setiap hidangan mesti ada tauhu dan timun..

Kelainan yang ada dalam menu kat sini bagi Kak Sue adalah sambalnya.Memang kena dengan tekak kami sekeluarga sebab pedas,licin sambal tu kena colek dengan kami.Puas kalau dapat makan pedas gitu.Bagi korang yang nak cuba makan kat sini,Kak sue memang cadangkan singgah sini sedap dan berbaloi tau,memang puashati..!Jangan lupa singgah ya..papai!!

Restoran Ayam Penyet AP Rawang
No 1,Aeon Anggun Rawang Shopping Centre
Taman Anggun.48000
Rawang,Selangor.

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Princess White Minuman Kolagen Pertama Dari Jepun

2:20:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak bercerita mengenai produk Princess White.Produk Pricess White adalah produk minuman kolagen kecantikan yang berkualiti tinggi yang pertama di Malaysia dari Jepun.Produk ini diperkaya dengan estrak bunga sakura yang mampu membersih kulit secara lembut dan mendalam.Ia juga dirumus dengan bahan anti oksiden seperti estrak bunga sakura,buah tomato,buah ceri, buah zaitun,buah strawberri,buah anggur,buah acai beri, buah delima dan akhir sekali kolagen itu sendiri.


Kak Sue berkesempatan mencuba sendiri produk ini dan tak rasa risau bila kita tahu bahan-bahan yang terkandung dalam produk Princess White ini diperbuat dari bahan semulajadi.Tiada kesan sampingan dan elergi serta mendapat kelulusan dari KKM dan yang paling penting halal.Produk ini juga sesuai untuk umur 14 tahun ke atas termasuk lelaki dan perempuan.Kira jimatlah boleh guna untuk sekeluarga kan.Jom kita tengok kelebihan Princess White dan cara mengunakannya..



Kelebihan Princess White Drinks
  • Memberi pencerahan pada kulit muka dan badan secara sekata,gebu,bersih dan kesan merah jambu
  • Mempebarahui sel-sel kolagen yang rosak dan berkurangan di dalam badan
  • Membantu menyelesaikan masalah jerawat,kesan dapat dilihat seawal 7 hari
  • Membantu mencegah jerawat dengan menembusi jauh ke dalam liang-liang untuk menghilangkan kotoran dan minyak
  • Membantu menghilangkan parut akibat jerawat,kemalangan di wajah,malah parut lama di badan
  • Membantu memudarkan dan menghilangkan masalah jeragat disebakan faktor usia,pendedahan cahaya matahari atau salah guna produk yang mengandungi merkuri tidak selamat
  • Membantu mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit,melambatkan proses penuaan.Kulit Kembali Muda 5 Tahun "reverse aging process"
  • Membantu meningkatkan daya ketahanan badan system imunisasi,mengurangkan radang sendi,tulang,kuku dan rambut semakin kuat dan bersinar
  • Membantu menstabilkan hormon dalaman wanita,amat di sarankan untuk wanita yang ingin hamil
Cara Pengambilan Princess White Drinks
Pengambilan produk Princess White drinks nie perlu di ambil sebanyak dua kali sehari iaitu

1 jam sebelum sarapan (2 scoop campur air biasa atau sejuk dalam shaker)
1 jam sebelum tidur (2 scoop campur air biasa atau sejuk dalam shaker)
Selain itu hendaklah minum air putih 8 gelas sehari untuk membantu pembuangan toksin dalam badan,penyerapan lebih cepat dan berkesan.Elakkan daripada mengambil minuman atau ubat berkaffen tinggi seperti kopi dan teh.Untuk lebih info boleh tengok bawah nie ye..

Princess White Drinks
Hotline
019 255 4666
Email
princesswhiteofficial@gmail.com
Instagram
Facebook
Princess White Official







2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA | Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2016

11:13:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,berikut adalah senarai peniaga Kelapa Laut MAN JAVA Pasar Ramadhan 2016.Untuk pengetahuan dan peringatan lagi sekali Kak Sue nak ingatkan pada semua peniaga setiap satu kawasan hanya satu agen sahaja di benarkan membekalkan produk kami.Sementara untuk peniaga pasar malam/pagi atau pasar ramadhan juga di benarkan hanya seorang peniaga yang di benarkan bagi mengelak sebarang kesulitan pada masa akan datang.Kak Sue tak mahu ada perkara berbangkit bila dalam satu kawasan ada beberapa peniaga Kelapa Laut MAN JAVA,tapi kalau ada peniaga yang tak kisah dan sedia bersaing secara sihat,itu tak ada masalah bagi pihak kami.

Pihak kami juga tidak akan bertolak ansur kalau dapat tahu produk kami Pati Kelapa laut MAN JAVA telah di ubah rasa dan nama.Jangan pandai-pandai pulak nak ubah rasa dan nama,nak tokok tambah dan ubah nama konon produk nie keluaran korang pulak.Kalau nak rebranding balik produk kami ada cara,kita boleh bincang.Pihak kami tak mahu benda nie terjadi dan jika dapat tahu bekalan produk dari pihak kami akan di berhentikan serta merta!

Untuk repeat order pula,order yang pertama bagi bulan ramadhan hendaklah di buat selewat-lewatnya tiga minggu sebelumnya.Untuk repeat order pula perlulah di beritahu selewat-lewatnya tiga hari sebelum delivery dengan memberi nama,tempat dan kuantiti barang yang di order.Sekian harap dapat memberi kerjasama dan terima kasih pada semua peniaga baru dan lama yang masih sudi bekerjasama dengan pihak kami lagi pada tahun ini.Semoga kita semua sentiasa dimudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.Rezeki sama di kongsi!!


Kelapa Laut MAN JAVA | Senarai Peniaga Pasar Ramadhan 2016
PENANG
1. Kepala Batas - Zam (Agen Penang)

PERAK
1. Batu Kurau,Taiping - Tina / SueAina (Agen Batu Kurau / Taiping)
1. Kuala Kangsar - 
2. Pasar Ramadhan Teluk Intan - Aboy
3. Menara Condong Teluk Intan - Ina / Nasir
4. Pasar Ramadhan Langkap -
5. Pantai Remis - Ahmad
6. Manjung,Lumut - Ahmadi (Agen Lumut)

SELANGOR
1. Rawang - Jai
2. Country Home,Batu 16 & Taman Jati,Rawang - Nazri
3. Warta Selayang - Jefri
4. Bandar Baru Selayang - Jefri
5. Nahoda,Selayang - Ayu
6.  Greenwood - Abby
7.  Kepong - Zarul
8.Stadium Shah Alam - Amri
9. Shah Alam Sec 36 - Jimmy
10. Kinrara,Puchong - Din
11. Sec 9,Bangi - Slai
12. Meru - Man
13. Andalas,Klang - Qisty
14. Kapar - Fauzi
15. Rantau Panjang - Nin
16. Pelabuhan Klang - Izzanie
17.Tesco Kuala Selangor - Naim

KUALA LUMPUR / WP
1. Wangsa Maju Sec 2 - Ehsan
2. Melawati - Mat
3. Melawati / Setapak Jaya - Azmi
4. Seri Rampai - Yus
5. Bandar Tasik Selatan - Wan
6. Batu 9,Cheras - Sham
7. Putrajaya - Slai
8. Bangsar,Jalan Telawi - Ila

MELAKA
1. Bandar Melaka - Nizam
 2. Klebang,Melaka - Hashim (Agen Melaka)

NEGERI SEMBILAN
1. Gemencheh - Halimi
2. Gemas - Junita
2. Panjang

JOHOR
1. Muar - Jais (Agen Johor)
2. Larkin - Hafiz

PAHANG
1. Kuantan - Noni (Agen Pahang)
2. Jengka - Ridzuan
3. Temerloh - Bukhari

TERENGGANU
1. Besut Terengganu - Roslan (Agen Besut)


Sekian harap maklum.tempahan untuk pasar ramadhan 2016 Pati Kelapa Laut MAN JAVA telah di TUTUP.Sekian,terima kasih..
                   



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tempahan Pati Kelapa Laut MAN JAVA Untuk Pasar Ramadhan 2016 diTUTUP

10:20:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie dengan rasminya Tempahan Pati Kelapa Laut MNA JAVA Untuk Pasar Ramadhan 2016 DiTUTUP!Alhamdullilah sambutan untuk tempahan pada bulan ramadhan amat mengalakkan macam tahun lepas jugak.Kak Sue ucapkan terima kasih untuk semua peniaga yang masih memberi kepercayaan dan sudi berkerjasama dengan pihak kami lagi pada tahun ini.Ada beberapa peniaga dan agen baru untuk tahun ini,nanti Kak Sue akan up date nombor telefon agen bagi setiap negeri dan kawasan ya.Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan semua urusan,rezeki sama-sama di kongsi..!!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cara Solat Sunat Rawatib

9:29:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,salam jumaat.Hari nie Kak sue nak kongsi dan juga untuk ingatan pada Kak Sue sendiri tentang Cara Solat Sunat Rawatib.Solat sunat rawatib terbahagi kepada dua iaitu solat sunat qabliyah di lakukan sebelum solat fardhu manakala solat ba'diyah di lakukan selepas solat fardhu.Dengan solat sunat nie dapat lah kita menampung segala solat wajib kita yang tak berapa nak dapat markah penuh tu ye.Maklumlah kadang solat diakhir waktu dan kadang dalam keadaan tergesa-gesa pula kan..huhuhu..Ampunkan kami Ya Allah..

Jom kita rujuk gambar di atas sebagai panduan bersama.Semoga kita terus perbaiki amal kita,terus istiqomah dan semoga perkongsian yang serba ringkas dari Kak Sue memberi manfaat untuk kita semua.aamin ya rabb..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Perkhidmatan Membersih Rumah

10:32:00 AM Kak Sue 1 Comments


Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak nak bagi tau sikit Perkhidmatan Membersih Rumah yang adik-adik Kak sue sediakan untuk kawasan Taiping dan Batu Kurau.Mereka menyediakan perkhidmatan pada hari cuti am dan hujung minggu sahaja.Perkhidmatan membersih rumah nie selain dari mencuci,mengemop rumah dan tandas juga mengemas rumah.Kalau nak suruh buat laundry pun boleh.Pendek kata semua perkhimatan kerja rumah ada di sediakan.Pada ibu-ibu yang berkerja atau yang tak sempat nak buat semua kerja rumah dan perlukan bantuan boleh lah dapatkan perkhimatam mereka nanti ya..
Caj perkhidmatan pula RM50 untuk setiap tiga jam,agak murah kalau nak di bandingkan dengan kerja yang perlu di buat kan..Kalau korang berminat atau ada sedara yang tinggal kat Taiping atau Batu Kurau boleh lah hubungi adik-adik Kak Sue di nombor yang Kak Sue kongsikan nanti ya.Kak Sue pasti korang akan berpuashati dengan perkhidmatan yang di sediakan,terima kasih..


Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Sue 013 4550660
Tina 011 36672587



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Restoran WindMill Aeon Mall Shah Alam

12:25:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi tempat makan-makan di Aeon Mall Shah Alam iaitu Restoran WindMill Seafood & Steakhouse.Restoran nie terletak betul-betul di pintu masuk Eon Mall.Kebetulan Kak Sue dan Abang Man ada delivery barang niaga hari nie,jadi singgal la sini kejap nak jalan-jalan cari makan..ehehe..


Restoran Windmill nie menyediakan masakan seafood dan pilihan makanan barat.Memandangkan Abang Man kurang minat dengan makanan barat jadi kami pilih makan seafood Thai Set untuk dua orang makan.Untuk tomyam ada pilihan tomyam biasa atau pottek,kami pilih pottek dan untuk Kakak pula,pasta Spageeti Olio..

Air minuman memang termasuk sekali dalam Thai Set tadi,satu Ice Lemon Tea,satu lagi lupa dah nama,air campuran buah dan santan boleh pilih nak antara dua air itu sahaja.Kakak order Kalamansi..air limau la apalagi,memang feveret Kakak..ehehe..

Tomyam Pottek,memang sedap cuma kurang pedas sikit.lain kali mintak extra pedas..siap ada api lagi.Kita boleh nak biarkan api kat situ atau nak suruhh depa ambik pun boleh..kang terbakar pulak meja ye..kahkahkah..

Menu yang ini Ayam macam masak black pepper,nama pun tak ingat sebab tengok set aja terus order.Sedap dan memang banyak tau dia punya portion tu,jenuh jugak nak menghabiskan..

Kerabu Mangga,termasuk sekali dalam set,memang kegemaran kami sekeluarga pun sedap dan banyak..boleh ratah-ratah lagi..

Akhir sekali dalam Set Thai,telur dadar.Kalau makan kat mana-mana kedai seafood memang order pun telur dadar,nie ada dalam set memang suka lahhh..


Kakak order pasta,Spagetti Olio..pun banyak tau jenuh Kakak nak habiskan.Siap berenti kejap sembang-sembang pastu sambung balik makan..ehehe..

WindMill nie bebetul terletak sebelah pintu masuk restoran.Ada meja kat depan windmill nie tak perasan pulak Kak Sue masa masuk,kalau tak lepak situ pun best.Boleh pilih nak lepak kat dalam atau kawasan luar memang agak luas la restoran nie.Selesa dan sesuai la kalau kita nak makan sambil sembang-sembang.Pada korang yang datang ke Aeon Mall Shah Alam,jangan lupa singgah sini tau berbaloi,menu pun sedap dan layanan yang sangat baik dan mesra.Jangan lupa singgah tau..papai!!

Restoran WindMill
Lot G-21,Ground Floor
Aeon Mall Shah Alam
40100 Shah Alam,Selangor

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Peniaga Muda Berjiwa Kental

12:25:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,Kak Sue nak berkongsi dan minta kawan-kawan dapat memberi sokongan kepada Adik Jimmy nie yang berniaga gerai tepi jalan Kelapa Laut MAN JAVA di syeksen 36,Shah Alam.Kalau ada lalu area sana,jemput datang singgah gerai beliau tepi jalan aja di Desa Latania katanya.Kak Sue dan Abang Man pun belum sempat melawat tempat meniaga Adik Jimmy.Harap sat hari dapat lah singgah sekejap tanda sokongan kepada beliau.

Adik Jimmy nie masih muda,tapi semangat niaganya kental.Pernah datang ambik stok ke Rawang naik motor aja,bawak stok dan buah banyak pulak tu,kita yang tengok pun risau.Memang jiwa kental betul,pulak tu murah dengan senyuman.Zaman sekarang payah nak jumpa budak muda yang tak malu bermula dari bawah dan berniaga di tepi jalan.Kak Sue dan Abang Man doakan semoga perniagaan Adik Jimmy terus berkembang maju,sentiasa di murahkan rezeki dan di mudahkan semua urusan.Pesan dari kami,jangan lupa Allah..pasti Allah tak lupakan kita...Semoga terus succes!!



2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Soda Herb Yang Menyegarkan

11:38:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak kongsi resepi yang Kak Sue jumpa di facebook.Resepi asal dari Ina Zainal.Sekarang nie kan tengah top sana sini orang dok minum air herba atau detox.Kak Sue tengok resepinya mudah dan sihat,jadi Kak Sue pun cuba buat masa balik kampung hari tu.Jom kita tengok bahan-bahan yang perlu kita sediakan.
resepi soda herb
Soda Herb Yang Menyegarkan

Resepi Soda Herb

Resepi Asal : Ina Zainal
Bahan2nya:
1 biji Lemon (Kak Sue guna 2 biji)
2 batang Serai
1 botol air Sprite
1 tin buah Laici ( Kak Sue guna buah mata kucing)
Sedikit daun pudina

Cara2nya:
Hiriskan lemon nipis-nipis,kemudian serai di ketuk
Relaikan daun pudina dari tangkai dan masukkan semua bahan tadi ke dalam jug.Kak Sue ketuk-ketuk sikit daun pudina tu,bagi keluarkan bau pudina.
Akhir sekali masukkan air batu dan buah laici dalam tin (Kak Sue masukkan sekali air jus laici)
Siap dah,mudah aja kan.

Senang aja kan,rasa segar aja lepas minum air herba nie,nanti lain kali Kak Sue nak cuba campuran buah dan bahan yang lain pulak.Jangan tak tahu,mak Kak Sue pun minum tau,Mak kata sedap cuma kurang manis.Mak nie memang suka minum manis,kuat manis,elok la minum air detoks selalu kan Mak..ehehe.Selamat mencuba,papai!



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Berkelah di Taman Tasik Taiping

8:23:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue dan keluarga di Batu Kurau planning nak berkelah di Taman Tasik Taiping.Bila berkumpul ramai-ramai macam nie memang ada aja planning yang kami akan buat.Selalunya planning di buat lebih awal seminggu,jadi masing-masing boleh luangkan masa seperti yang telah di bincangkan.

Seawal pagi Kak Sue,Mak dan Acik dah keluar ke pasar beli barang mentah untuk di masak sebagai bekal untuk berkelah nanti.Siap masak agak awal bila Kak Sue dan keluarga main memasak bersama kat dapur,memang seronok..ehehe.Cuaca hari nie dari pagi agak mendung memang sesuai nak buat aktiviti luar.Cuma bila kami dah siap masak tetiba hujan la pulak,dah rungsing macam mana nak keluar nie,nak berseronok punya pasal nanti ada yang demam pulak..Sampai Taman Tasik hujan renyai boleh lah turunkan barang dan makan ramai-ramai..seronok betul!

Bergambar kenangan dengan Mak dan adik-adik Kak Sue,Alang,Ateh n Acik..sayang selalu
Keluarga Kak Sue yang tersayang..happy sangat lah nie dapat berkumpul ramai-ramai
Keluarga Ateh,adik Kak Sue no lima..paling pendiam dan sangat rajin..sayang selalu..
Cucu-cucu Tok pah,Kakak Tasha,Kakak Wanie dan Si kembar..Adik,Kakak..
Tok Pah dengan cucu-cucu dan cicit..semoga mak dan abah di beri kesihatan yang baik dapat melihat kami semua berkumpul ramai-ramai macam nie lagi


Seronok bercuti di kampung kali nie,dapat berkumpul,berbual dan masak ramai-ramai,memang meriah betul.Selalu ada aja yang tak dapat join sama,nie pun adik beradik lelaki Kak Sue tak dapt join sebab ada aktiviti lain.Semoga keluarga Kak Sue sentiasa dalam rahmat allah dan berbahagia selalu..aamiin ya rabb..sayang semua!!


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Happy Birthday Abah..!

8:23:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hari nie birthday Abah Kak Sue..bersempena birthday Abah orang (bahasa diri dengan dengan keluarga..ehehe) nak ucapkan Happy Birthday Abah,semoga Abah sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,umur yang bermafaat,rezeki yang murah,kesihatan yang baik dan di permudahkan semua urusan Abah di dunia mahupun akhirat nanti..aamiin ya rabb!Orang jugak nak mintak maaf andai ada tingkah laku orang yang melukakan atau mengecilkan hati Abah.Walau Abah jauh di mata orang,tapi sentiasa dekat di hati dengan setiap doa orang pada Abah setiap hari..lebiuuu Abah..!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Undang-Undang Baru Asrama

8:22:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,cuti sekolah anak-anak teruna Kak Sue tamat beberapa hari lagi.Untuk kali nie katanya undang-undang asrama baru lebih ketat dari sebelumnya supaya anak-anak lebih berdisplin dan lebih baik dari segi pelajaran serta hafazan.Sebenarnya Kak Sue agak suka dengan idea "undang-undang asrama lebih ketat" cumanya Kak Sue berharap biarlah kena dengan caranya dan pelajar serta ustaz dapat menerimanya tanpa tekanan..
Kak Sue tak mahu nak ulas lebih-lebih lagi sebab mungkin ustaz kat situ lebih arif dengan setiap tindakan yang bakal di buat.Apa yang Kak Sue harapkan sebagai ibu bapa kami semua diminta bersabar dengan setiap tindakan dan ujian,begitu juga untuk anak-anak Kak Sue dan ustaz itu sendiri.Kita semua sedang menuju ke jalan Allah,maka Kak Sue berharap setiap perbuatan,percakapan dan tindakan sentiasa dalam keredhaan Allah.Semoga anak-anak Kak Sue,pelajar lain juga dan ustaz sentiasa dalam lindungan  dan rahmat Allah serta di mudahkan setiap urusan baik di dunia atau akhirat nanti..Seperti sebelum nie Kak Sue ada kongsi kat sini setiap perkara yang baik,jalan Allah bukan lah mudah dan murah.Kak Sue doakan semoga Allah kuatkan dan sabarkan hati kami semua..aamiin ya rabb!


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sesuaikah Cara Didikan Dengan Kekerasan..?

9:41:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue rasa terpanggil pulak nak bersembang topik secara santai mengenai sesuaikah cara didikan dengan kekerasan?Kak Sue kadang bila tengok cara orang di sekeliling kita mendidik anak cara kekerasan memang tak berapa nak setuju lah.Baik dari segi kata-kata atau perbuatan,tak kira di sekolah atau di rumah. Didikan secara kekerasan boleh membuatkan anak-anak semakin degil dan memberontak.Bila dah sampai tahap memberontak tu yang kita susah sikit nak control..
Antara tidak boleh dalam mendidik anak-anak nie kan jangan pukul anak dari atas lutut,tidak boleh gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita.Sebab apa..nanti anak jadi bertambah degil dan nakal,tak boleh nak control.Sebaiknya rotan atau pukul anak di telapak kakinya sebab secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak anak-anak..Kadang bila dah marah dah sempat kan nak kawal diri kan..paham di situ,ehehe..
Sabda Rasullulah s.a.w "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.Berseronok dengan mereka.bergurau atau usik asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh tahun hingga 14 tahun kita didk dan ajar,kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"Tak salah kalau kita nak pukul kalau anak kita dah melampui batas,tapi biarlah berpada-pada ya.Kak Sue sendiri memang jarang nak pukul anak-anak,cuma Kak Sue tegas dalam setiap keputusan.Jadi anak-anak dah faham,kalau Ibu kata tak boleh maknanya tak boleh,jangan pulak nak memandai-mandai..ehehe..Semoga kita semua terus bersabar dalam mendidik anak-anak kita untuk menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..aamiin ya rab..




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

The Jungle Book Memang Berbaloi Ditonton

10:58:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,dah tengok movie The Jungle Book ke belum?Kalau belum Kak Sue rekemen korang kena pergi tengok sebab jalan ceritanya memang menarik.Kak Sue sempatlah bawak anak-anak menonton sempena cuti pendek Abang dan Adik minggu nie..


The Jungle Book nie di adaptasi dari sebuah buku yang bertajuk The Jungle Book yang ditulis oleh Rudy Kipling.Cerita nie memang sesuai untuk di tonton seisi keluarga dengan berbagai mesej yang di sampaikan melalui watak-watak dalam kisah seorang budak yang bernama Mowgli,hidup bersama sekumpulan serigala di hutan.Hidup Mowgli menjadi kacau bilau apabila di ganggu oleh seekor harimau yang bernama Shere Khan.Dari situ bermula lah pengembaraan Mowgli untuk menyelamatkan diri dengan bantuan kawan-kawannya..


Kalau korang nak tau cerita seterusnya kena la datang menonton filem nie tau.Ada bermacam pengajaran dalam kisah filem nie kasih sayang,sedih,geram dan terkejut beruk pun ada..hahahaha!!Macam nak terkeluar jantung Kak Sue weiiii,dalam satu babak antara Shere Khan dan Mowgli,nasib baik tak tercampak popcorn..ehehehe.Jangan lupa tau datang tonton filem nie,Kak Sue gerenti korang akan berpuashati.Kak Sue bagi 5/5 bintang..memang best sangat!Rasa nak tengok lagi pun ada..Selamat menonton..papai!!



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.