Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

8:24:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,dalam hidup kita nie kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.Untuk diri Kak Sue,rasa sangat bersyukur dah apa yang ada dalam hidup Kak Sue.Ada anak-anak yang sihat dan aktif.Kak Sue berdoa semoga anak-anak Kak Sue cemerlang ilmu dunia dan akhirat.Kesihatan yang baik,setakat sakit demam sikit-sikit tu bak kata orang penghapus dosa kecil kita.Rezeki yang tak pernah putus,tak kisah sikit atau banyak janji berkat dan sentiasa mencukupi.Keluarga yang bahagia sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing,saling memahami itu sudah cukup untuk Kak Sue..Semoga kita semua sentiasa bersyukur,sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah..aamiin ya rabb

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cukup Dua Minggu

10:31:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,semalam cukup dua minggu Kak Sue menahan rindu pada Abang dan Adik,tak dapat berjumpa.Alhamdullilah walaupun kadang persaan rindu datang tanpa di pinta tapi Kak Sue berjaya kawal dengan baik...(baik ka pun menangis sampai bengkak mata,sampai tertidur-tidur)kahkahkah!Selalunya cukup dua minggu,Kak Sue dah beria-ria ingatkan Abang Man untuk menjenguk anak-anak kami yang dua orang tu,tapi untuk kali nie kata Abang Man biarlah kita melawat sebulan sekali,agar tak menganggu pembelanjaran anak-anak kat sana..
Sebenarnya perit tau berpisah dengan anak-anak bila kita tak pernah berpisah sebelum ini.Kak Sue tak pernah tinggalkan anak-anak Kak Sue sebelum nie ke rumah mak sendiri atau rumah mertua.Tak kira lah musim cuti sekolah atau masa lain.Pernah sekali Kakak dan Abang beria nak tinggal kat rumah Tok Pah,tapi tak lama lepas tu dah telefon merengek nak balik ke rumah kami.Pulak tu rutin Kak Sue setiap malam sebelum tidur,mesti nak bagi good night kiss kat anak-anak,sekarang yang tinggal hanya bilik yang kosong dan sunyi.....ewah ayat syahdu gila kauuu!ehehehe..
Doa ibu pada anak-anak Ibu semoga sentiasa dalam lindungan,rahmat dan keberkatan Allah.Semoga ditenangkan,diterangkan hati juga di sembuhkan kerinduan kita sekeluarga.Ibu harap ana-anak ibu dapat bersabar sikit kali ini dan InsyaAllah ibu akan datang melawat nanti ya.Jaga diri dan selamat malam anak-anak ibu..lebiuu!


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Antara Kebaikan Kelapa Laut MAN JAVA

6:45:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak bercerita tentang kebaikan Kelapa Laut MAN JAVA.Seperti yang semua tahu,Kak Sue dan suami,Abang Man telah mengeluarkan dan memproses produk Kelapa Laut sejak dari tahun 2002 lagi.Sepanjang kami mengeluarkan dan memproses produk ini,Kak Sue dan keluarga alami sendiri serta testimoni dari pelanggan tentang kebaikan Kelapa Laut MAN JAVA.
Antara kebaikan Kelapa Laut Man Java yang telah di kongsikan dari testimoni pelanggan kami ialah dapat menghilangkan panas badan.Ceritanya bermula bila kawan Abang Man mengadu bercerita tentang anak beliau yang tak berapa sihat,panas badan dan demam.Abang Man memberi cadangan kepada beliau untuk mencuba memberi minum pati Kelapa Laut Man Java kepada anak beliau.Menurut cerita kawan Abang Man beliau beri minum dari pati kelapa laut tanpa membancuh dengan air,dan hasilnya Alhamdullilah panas dan demam anak beliau dengan izin Allah semakin berkurang.Sejak dari itu,beliau merupakan antara pelanggan tetap Pati Kelapa Laut MAN JAVA.
Kisah kedua,Niza dari Damansara yang telah menghubungi Kak Sue setelah membaca iklan di Blog Kak Sue tentang produk kami ini.Beliau ingin cuba mengubati sakit batok yang ibu beliau alami sejak sekian lama.Sebenarnya cadangan untuk minum air kelapa laut adalah atas cadangan doktor yang merawat ibu beliau.Wah jangan tak tau ye,doktor pun cadangkan minum kelapa laut untuk ubati batuk.Cuma kita belum mendapat bukti secara klinikal yang pati kelapa laut memang dapat mengubati batuk dengan izin Allah.

Kisah Ketiga pula dari Pak Din yang berasal dari Jalan Ipoh.Beliau menghubungi Abang Man setelah mendapat nombor dari peniaga dari bandar Selayang.Beliau berhajat sangat nak dapatkan Pati Kelapa Laut MAN JAVA sebab sebelum nie beliau dah cuba beri pada isteri beliau yang mengalami batok yang teruk sejak dari tahun 2008 lagi dan hasilnya mujarab dan batuk isteri beliau semakin baik.Alhamdullilah..
Kak Sue bersyukur di samping kami mencari rezeki,kami juga memberi manfaat kepada orang lain baik dari segi membantu peniaga lain yang mula nak bertapak atau peniaga yang nak menambahkan produk jualan mereka juga dapat membantu dari segi kesihatan.Terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana mempercayai produk dan perkhidmatan kami,apa yang berlaku dan kesembuhan serta kebaikan semua dengan izin Allah...





2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Coffee Molokek Syeksen 13

6:44:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie cuaca panas sangat kan.Tekak asyik nak minum air aja kan.Hari nie Kak Sue ikut Abang Man hantar barang pada customer kami,sambil tunggu customer datang tekak pun kering rasanya.Kebetulan kami hantar barang ke Perhentian Bas Sementara di Seksyen 13,dekat dengan gerai-gerai di tepi jalan di kawasan Giant Shah Alam.Kalau ke sini,Kak Sue suka singgah beli air coffee yang tengah meletup sana sini sekarang nie,cuma setiap nama air coffee tersebut di beri jenama yang berlainan.Kak Sue suka singgah gerai Coffee Molokek sebab rasanya lain dari yang lain..

Kalau Kak Sue singgah ke sini,pilihan Kak Sue strawberry setiap masa..ehehe,sebab bagi tekak Kak Sue perasa strawberry yang paling sedap.Ada bermacam pilihan flavour kat sini,korang boleh pilih mana yang korang suka.Sebelum membuat order silalah beratur dulu ye,nanti orang marah,sebab kadang kat sini punya la ramai orang singgah beli.Dah siap order dan bayar tunggu aje nama order di panggil,lepas tu boleh lah korang nikmati Coffee Molokek yang memang sedap tak terhingga setakat nie di Seksyen 13..ehehe..Selamat mencubaaa..!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mood Rajin Di Hari Minggu

12:20:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Hari nie mood rajin nak buat kek datang.Sebenarnya Kak Sue tetiba teringin nak makan bila tengok orang buat Brownise. Kalau Kak Sue yang buat,bukan terasa nak makan pun.Cuma kali nie macam terasa teringin sangat nak makan.Barang dah beli beberapa hari lepas,tapi baru hari nie ada mood rajin nak membakar kek..ehehehe..
Pepagi Kak Sue dah siapkan barang-barang baking,sambil mendobi baju sambil siapkan bahan untuk Brownies.Bahan Brownise pun mudah dan buat pun sekejap dah siap.Dalam Blog Kak Sue pun ada resepi Brownise Kedut,boleh cari kat label kek ye kalau korang nak cuba resepi tu.Resepinya mudah dan cepat,tak sampai sejam pun dah siap.Buat sendiri memang puas makan sikit sebab kita boleh tambah bahan kekacang,buah-buahan atau ais krim vanila.Selamat mencuba pada yang nak mencuba resepi,kalau nak order kat Kak Sue pun boleh..ehehe..jumpa lagi,papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jus Kedondong Asam Boi MAN JAVA

12:19:00 AM Kak Sue 0 Comments

Asssalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak open order Kedondong Asam Boi MAN JAVA.Pada mereka yang berminat,produk nie hanya untuk kawasan Lembah Klang sahaja buat masa ini dan akan di beritahu dari masa ke semasa untuk ke kawasan lain atau ada permintaan istimewa.Untuk info juga produk nie bukan pati atau kordial tapi merupakan jus dari buah kedondong yang di campur dengan asam boi sedia untuk di minum.Pada yang berminat untuk menjadi ejen atau pengedar boleh hubungi nombor 012 5854998 / 012 5833736.Sekian,terima kasih.. 

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Bukan Semua Orang Suka Kita

12:19:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,dalam hidup kita nie bukan semua orang suka kita.Ada setengah orang akan sentiasa suka dan menyokong walau apa pun yang kita buat.Ada sesetengah yang lain walau apa pun kita buat baik benda yang baik apatah lagi yang tak baik kan, memang tak akan suka lah.Pada Kak Sue pedulikan lah pada orang yang tak suka kita tu,sebab masih ada orang lain yang sukakan kita,menghargai kita.Janji kita bahagia dan ikhlas dengan setiap perkara yang kita buat...go with the Love...papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pelancaran Camelus Produk Susu Unta Pertama Di Malaysia

8:42:00 AM Kak Sue 10 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan satu produk baru yang pertama di Malaysia iaitu Camelus produk susu unta yang akan berada di pasaran tak lama lagi.Minggu lepas Kak Sue dan #KelabBloggerBenAshaari di jemput untuk memeriahkan Pre Launching Camelus.Teruja nak tau apa yang istimewa pasal produk Camelus nie,pepagi Kak Sue merupakan org terawal sampai,teruja gitu..hehehe..


Masuk aje ke dalam pejabat Camelus yang terletak di Dolmite,Batu Caves suasana dekorasimya yang simple dan kemas.Kak Sue suka sangat mockup unta putih menarik sangat dengan sususan produk yang tersusun rapi.Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai Kak Sue di pelawa duduk oleh staff yang mesra dan sentiasa tersenyum selalu serta bersedia menjawab setiap pertanyaan Kak Sue.


Sebelum aktiviti seterusnya kami di jemput merasa beberapa jenis biskut yang di buat dari bahan utamanya susu unta.Seperti yang di beritahu oleh staff kat situ,biskut red velvet yang paling menjadi pilihan dan Kak Sue suka sangat..sedap kut!Nak raya nanti boleh lah tempah untuk diri sendiri dan keluarga memang puashati..memang di cadangkan!


Kemudian aktiviti seterusnya kami di jemput ke bilik mesyuarat yang di sampaikan oleh Encik Azhar Sulaiman sebagai Head of Strategic & Corporate Planning di Camelus.Menurut beliau syarikat ini telah menjalankan penyelidikan khasiat susu unta selama 25 tahun dan bahan mentah di proses menggunakan teknologi terkini dan daripada 4000 ekor unta dari baka yang berkualiti.Menurut beliau lagi,susu unta kaya dengan potassium,zat besi,mineral rendah lemak dan kolestrol berbanding susu kambing dan lembu.Selain dari itu susu unta juga mengandungi banyak nutrien untuk menyembuhkan penyakit,kaya dengan vitamin c untuk kuatkan gigi dan penjagaan gusi,baik sebagai pelembab kulit dan juga anti penuaan.Sebenarnya banyak lagi kelebihan susu unta nie yang boleh kita amalkan secara harian..


Kami juga di beri kesempatan mencuba secawan susu unta iaitu campuran susu unta dan tongkat ali untuk lelaki manakala untuk wanita susu unta dan kopi.Memula risau jugak takut bau atau rasa pelik,bila dah rasa sedap rupanya dan tak ada bau langsung,jangan risau hokay.Untuk selera Kak Sue rasanya sedang elok dah rasanya,tak payah tambah apa-apa dah.


Kemudian kami juga dikenalkan dengan rakan kongsi dan penasihat dari Dubai iaitu Mr Hassan Alhammadi dan Mr Abdulla Al Hammadi,juga ketua Pegawai EKsekutif Palmabrand Sdn Bhd yang bersama kami dalam majlis ini iaitu Encik Mohd Nor Mohd Sahak.


Bercerita mengenai rangkain produk Camelus pula,ada pelbagai pilihan produk antaranya campuran Tongkat Ali,Teh Tarik,produk kesihatan untuk lelaki dan juga wanita,coklat dan susu unta asli tanpa campuran bahan lain.Produk ini sedia di pasarkan pada penghujung april nanti dan akan di pasarkan ke pusat membeli belah seperti tesco dan giant serta kedai produk kesihatan.


Pada anda yang berminat nak dapatkan produk dan pihak Camelus ada juga membuka peluang pada sesiapa yang berminat nak jadi agen jualan,stokis dan dropship tau.Di samping itu pihak Camelus akan menyediakan training dan seminar secara percuma dan juga menyediakan iklan dalam pelbagai bentuk seperti di facebook,instagram,flyer dan sebagainya.Kelebihan lain apabila menjadi sebahagian dari ahli Camelus ini ialah keahlian seumur hidup,percutian dan pemberian bonus,menarik kan?Apa tunggu lagi,pada anda yang berminat bolehlah hubungi nombor yang Kak Sue kongsikan kat bawah nie ye dan untuk yang berminat menjadi stokis boleh klik Di Sini

Call/Whatapps/sms : 014 6644262 / 03 61787846

Atau untuk info lebih lanjut boleh layari : 


Camelus

Alamat
PalmaBrand Camel Milk Sdn Bhd
No 33-M,Jalan DBP,
Dolomite Business Park
68100 Batu Caves,
Selangor

Terima Kasih pada pihak Palmabrand di atas kesudian menjemput Kak Sue dan geng #kelabbloggerbenashaari.Kak Sue doakan semoga produk Camelus terus succes..!

10 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sambal Petai Ikan Bilis Tempoyak Dlaila Terbaik..!

10:06:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,dah makan malam belum?Hari nie menu Kak Sue simple-simple aja,tapi ada sambal petai ikan bilis tempoyak Dlaila penambah menu.Sebelum nie memang Kak Sue pernah rasa sambal petai tempoyak Laila nie,dah tahu dah memang sedap.Cuma kali nie Laila buka order untuk sesapa yang berminat nak dapatkan sambal petai tempoyak nie,Kak Sue pun apa lagi tak mau ketinggalan.Memang peminat tegar tempoyak Kak Sue nie,ada lauk tu pun dah cukup bertambah makan tadi.
Sambal Petai Ikan Bilis Tempoyak Dlaila nie boleh tahan lama tau.Boleh beli banyak-banyak buat stok dan simpan dalam peti ais.Bila terasa nak makan boleh terus panaskan aja.Untuk korang yang berminat nak dapatkan Sambal Petai Ikan Blis DLaila boleh lah hubungi Saidila Abdul Rahman di facebook beliau,boleh pos dan cod jugak tau.Selamat mencuba korang,Kak Sue jamin pasti berpuasati!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

ABC Ais Krim Sedap di Giant Taman Permata

8:17:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue berkesempatan merasa ABC Ais Krim yang terletak di Giant Taman Permata,Ulu KLang.Sebelum nie kakak ipar Kak Sue,Kak Jam yang kongsikan di group whatapss keluarga.Nampak sedap dan menarik,teringin nak rasa,nak pulak tengah musim panas nie kan.Kebetulan hari nie Kak Sue dan Kakak anak dara Kak Sue temankan Abang Man delivery barang pada customer,singgah sekali ke rumah Kak Jam.Selepas maghrib kami terus ke sana,Kakak pun ada nak cari barang sekolah sikit.
Dah selesai beli barang,kami ke Food Court Giant nak merasa ABC Ais Krim yang Kak Jam kongsikan hari tu.Kami order minuman masing-masing,Kak Sue order ABC Ais Krim kongsi dengan Kakak,Abang Man order Cendol dan Kak Jam order Ley Che Kang.Nasiblah Kak Sue kongsi dengan Kakak,banyak gila abc jenuh nak habiskan.Cara mereka deco abc tu pun lain dari yang lain,semua bahan di susun di tepi mangkuk dan ais krim di letakkan di bahagian atas sekali.Apa yang istimewanya rasa ais yang di sagat sangat halus,tak pernah rasa ais sagat yang halus dan lembut macam tu.Tekstur ais sagat abc tu dah sama macam ais krim pulak,memang sedap.Pada korang nak cuba,boleh lah ke food court giant Taman Permata,mesti korang puashati.Selamat mencuba...papai!




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Batook Ori Hilangkan Sakit Belakang

11:22:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,dah beberapa hari Kak Sue rasa sakit sangat belakang.Selalu Kak Sue biarkan aja baik sendiri sebab kerap sakit selepas Kak Sue bersalin dulu,nanti akan hilang sendiri.Tambah kalau berdiri lama atau selepas mop rumah dia punya sakit tu kadang tak boleh tidur di buatnya..huhuhu..
Dua tiga hari nie semakin kerap pulak sakit,Kak Sue teringat ada beli minyak Batook Ori masa balik Taiping hari tu.Semalam nak tidur Kak Sue cuba sapu di bahagian belakang Kak Sue.Rasa berangin dan bau pun sedap,suka sangat bau dia.Pagi tadi bangun Alhamdullilah rasa hilang sikit sakit belakang Kak Sue nie.Rasanya ramai jugak kawan-kawan Kak Sue guna Batook Ori nie untuk sakit kaki,sakit tumit,untuk minyak telon baby pun boleh.Lepas nie boleh la beli lebih sikit buat stok untuk Kak Sue dan anak-anak kat asrama. Pada korang yang berminat nak dapatkan produk nie boleh hubungi 012 5871931 / 019 502 2844.Semoga bermafaat untuk semua,papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Fenomena Ekuinoks Punca Panas Melampau

12:33:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Padi tadi cuaca agak mendung dan redup tapi masih rasa berbahang.Hari nie di katakan akan berlaku fenomena ekuinoks antara pukul 12 tengahari hingga 2 petang dan di kuatiri akan meningkatkan lagi suhu panas yang sedang berlaku di negara kita nie.
Suhu akan lebih tinggi hari nie boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius di beberapa negeri mengikut kata Ketua Pengarah Jabatan Metrologi Malaysia,Datuk Che Gayah Ismail. Ekuinoks nie berlaku bila waktu siang dan malam sama panjang wakktunya di garisan khatulistiwa.Fenomena ini jugak berlaku setiap tahun sebanyak dua kali pada satu garis lintang tertentu.Patut lah panas melampau aja sekarang nie kan..
Kak Sue nak ingatkan pada diri sendiri dan korang semua kalau nak keluar melakukan aktiviti di luar tu hati-hati lah ye.Banyakkan minum air kosong dan dari terkena terus pada cahaya matahari.Kalau boleh elakkan lah aktiviti di luar,bukan apa kadang bila terlampau panas boleh buat kita jadi tak sihat pulak kan.Okay lah jumpa lagi nanti,take care semua..papai!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pati Kelapa Laut MAN JAVA Penawar Batuk?

12:16:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,Pati Kelapa Laut MAN JAVA Penawar batuk? Haih betul ka nie, sebab produk kami belum pernah buat apa-apa ujian makmal.Semua testemoni dari pelanggan kami sendiri.Hari nie Kak Sue nak kongsi testimoni pelanggan Pati Kelapa Laut MAN JAVA iaitu Pak Ali.Menurut Pak Ali isteri beliau dah lama mengalami batuk sejak dari tahun 2008 lagi.Dah puas berubat dan berusaha ke sana sini,tapi masih juga belum sembuh.Kebetulan minggu lepas beliau terjumpa dengan peniaga Kelapa Laut Man Java di Setapak.Katanya tinggal sikit aje lagi pati kelapa laut,beliau pun cuba dan Alhamdulliah dengan izin Allah isteri beliau semakin sembuh

pati kelapa laut man java penawar batuk?
Pati Kelapa Laut MAN JAVA

Pati Kelapa Laut MAN JAVA Penawar Batuk ?

pati kelapa laut man java penawar batuk?
Pati Kelapa Laut MAN JAVA penawar batuk ?
Sebenarnya apa yang berlaku kat dunia semua dengan izin Allah,kita cuma berdoa,usaha dan tawakal.Dari pihak kami Man Java Kelapa Laut memang rasa bersyukur dan terharu bila dapat tahu cerita dari Pak Ali nie.Alhamdullilah selain mencari rezeki,produk kami juga memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.Harap selepas nie ada lagi pelanggan yang sudi kongsi testimoni produk kami.Terima Kasih Pak Ali..!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Petua Lama Bila Bayi Demam Kuning

7:47:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua.Salam jumaat,hari nie Kak Sue nak kongsi petua lama bila bayi demam kuning.Sekarang nie banyak betul kes bayi demam kuning dan ibu bapa tak tau macam mana cara nak kurangkan kuning selain dari nasihat doktor.Petua nie Kak Sue dapat dari Mak mertua Kak Sue.Penyusuan ibu berterusan pun akan mengurangkan kuning bayi jugak.Jangan bagi bayi tu tidur sangat,kejut dia dan susukan dengan kerap.

Selain dari itu halwa kundur pun boleh mengurangkan panas badan bayi yang boleh akibatkan bacaan demam kuning meningkat.Kalau boleh permulaan pantang,kurangkan dulu minum jamu,sebab jamu kan panas.Rendamkan halwa kundur ke dalam botol susu dengan air kosong,kemudian boleh la di beri kepada bayi kita.

Petua lain di gunakan bagi menghilangkan atau mengurangkan demam kuning,ambik daun sirih yang menjalar ke atas dan daun inai kemudian rebus untuk buat air mandian.Setiap pagi boleh gunakan air rebusan tadi untuk mandikan bayi.Insya Allah dengan izin Allah dan kalau serasi demam kuning akan berkurangan atau sembuh seperti biasa.Tak ada lah kita risau nak berulang alik ke hospital,pulak tu tak sampai hati kan tengok kaki comey anak kita asyik kena cucuk aja kan.Kita berdoa,berusaha dan bertawakal Allah jugak penyembuhnya. Semoga bermafaat untuk semua ya..papai!!


5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

T.Shirt KBBA9

8:00:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue terima T.Shirt KBBA9 yang Kak Sue order dari Angah Judin.Pertama kali tengok geng KBBA pakai masa aktiviti ke Taman Negara memang suka sangat.Ada lengan pendek dan panjang,Kak Sue order dua helai sekali.Satu untuk Abang anak teruna Kak Sue,nanti nak repeat order lagi untuk Adik pulak sebab Angah kata untuk budak belum di buka lagi order.Selalu kalau beli suka beli banyak helai sebab senang nak tukar-tukar nak pakai kalau ada event kan,kadang pergi hantar order Kelapa Laut pun pakai tau..gigih sangat,ehehe..
Pada korang yang berminat nak order T.Shirt KBBA9 nie boleh whatsapp Angah Judin di nombor 018 6614125.Jenis material t.shirt nie cotton tau,so tak panas dan selesa.Ada pelbagai pilihan size dari XS hingga 3XL.Sekarang nie order di buka untuk semua,korang cepat-cepat order tau,jumpa lagi..papai!





1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ais Kepal Mak Da

8:00:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie cuaca memang panas mengila kan.Kak Sue kat rumah Mak Kak Sue kat kampung,siang malam memang panas,kadang sampai tak boleh tidur rasanya.Selalunya air kat rumah Mak memang sejuk gila,tapi kali nie tak rasa sejuk langsung...huhuhu..mandi macam tak mandi

Bila panas macam nie rasa nak minum aja lah kan.Jiran sebelah rumah Mak Kak Sue ada berniaga air dan makanan.Kadang petang boring tak kemana kami semua lepak la kat kedai Mak Da sekeluarga.Sambil makan laksa dan ais kepal.Lama betul tak minum ais kepal,dulu masa sekolah ja ada,letak dalam plastik atau kertas,sedap gila..

Ais kepal nie di buat dari ais batu yang di mesin atau disagat,kemudian di kepal-kepal mampat dan di siram air gula sirap dan susu di sekeliling ais tu.Cuma kat kedai Makda nie tak kepal pun terus masuk dalam mangkuk..janji sedap dan hilang dahagakan ehehe..Kak Sue ada terbaca ada satu restoran kat Ipoh ada di jual ais kepal nie,menarik jugak nanti bebila boleh singgah time balik kampung.Nanti kalau Kak Sue singgah sana,Kak Sue review kat sini hokay,papai semua..take care.

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tanda-Tanda Awal Strok Haba

12:25:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie keadaan cuaca kat negara kita panas dan sangat terik.Mungkin di sebabkan Equinok yang di ramalkan bakal berlaku di Malaysia pada 20 Mac 2016 nanti.Dalam tempoh cuaca panas nie orang ramai di nasihatkan berhati-hati dalam melakukan aktiviti luar atau kalau boleh kurangkan lah,lagi baik kut..Risau pulak nanti silap-silap boleh kena strok haba pulak kan..

Ini ha Kak Sue kongsikan gambar dari KKM Putrajaya tanda-tanda awal strok haba.Strok haba nie berlaku bila sistem tubuh badan kita tak dapat mengawal secara normal.Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak dan turut mengalami kegagalan berpeluh.Suhu badan individu yang kena strok haba nie selalunya akan naik sehingga 41C atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.Jika tak di kawal boleh menyebabkan kematian dan hilang keupayaan kekal.Jom kita tengok tanda-tanda awal strok haba,take care korang,banyakkan minum air tau.Semoga bermafaat untuk semua..papai!


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Review Filem Munafik | Penuh Dengan Pengajaran dan Teladan

10:16:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualikum semua,semalam Kak Sue berkesempatan layan filem dari Syamsul Yusof Munafik.Kebetulan Abang request nak tengok wayang dan Kak Sue rasa filem nie tak keterlaluan sangat,so bawak la Abang,Adik Kak Sue dan anak buah layan cita nie.Dengar cerita dari kawan yang dah layan cerita ne,katanya asyik terkejut boleh luruh jantung,risau jugak Kak Sue karang asyik terkejut aja,sakit dada..ehehe
Pada Kak Sue filem nie bukan cerita seram biasa,tapi penuh dengan pengajaran dan teladan untuk kita.Apa yang menarik jalan cerita tak membosankan dan sentiasa buat kita tertanya-tanya aja,suspen gitu...tengok screen wayang tu pun asyik tutup mata aja dengan tangan,takut terkejut!Kira okaylah tu dari orang sebelah yang tutup dengan hand bag dia..kahkahkah..
Apa yang menarik dalam filem nie kan bila part Nabila Huda dan Syamsul bercakap dalam bahasa arab.Yang membuat meremang bulu roma bila Nabila menjerit Dajjal!!!Ya Allah meremang masa tu korang.Unsur seram dalam filem ini bukan dari make up tau tapi pembawakan watak iblis dan jin yang ada,Nauuzubillahiminzalik!Ya Allah jauhkan lah kami dari benda yang tak elok..
Pada korang yang belum menonton filem nie Kak Sue cadangkan inilah filem yang harus di tonton oleh semua lapisan masyarakat.Semua ada dalam filem nie..suspen,sedih,misteri dan penuh pengajaran untuk kita semua korang pasti puashati.Selamat menonton ya..papai!






1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuti Sekolah Dah Tak Sama

10:16:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak hantar Adik balik ke asrama.Dah habis dah cuti Adik dan Abang,tapi Kakak pulak mula cuti sekolah minggu nie.Cuti sekolah dah tak sama sekarang nie,kadang kalau Kak Sue nak plan apa-apa program pada waktu cuti sekolah pun dah tak boleh.Semua kena plan kast minit lah nampaknya nanti..huhuhu..

Mungkin lepas nie Kak Sue akan datang melawat Adik dan Abang sebulan sekali.Kata Abang Man kalau kerap sangat melawat dan outing nanti menganggu pulak pembelajaran dan hafazan anak-anak.Harap anak-anak Ibu sentiasa di terangkan dan di tenangkan hati dalam mempelajari segala ilmu yang di ajar oleh guru-guru kat sekolah

Rasanya selepas ini cuti sekolah dalam bulan puasa pun tak sama lagi lah anak-anak Ibu.Haiiii rindu lah Ibu kat anak-anak Ibu.Nak buat macam mana kan anak-anak pergi ke tempat yang baik,kita sebagai ibu bapa hanya mendoakan mereka semoga mereka cemerlang dunia dan akhirat..aamiin ya rab..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelebihan Surah Al Waqiah

10:15:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi kelebihan surah Al Waqiah.Surah Al Waqiah ialah surah yang ke 56 dalam Al Quran,terlatak pada juzuk ke 27 dan terdiri daripada 96 ayat.Surah al Waqiah (hari Kiamat) di ambil daripada al Waqiah yang terdapat pada ayat pertama dan surah ini menerangkan tetang hari kiamat,balasan yang di terima oleh orang mukmin dan orang kafir.Di terangkan juga penciptaan manusia,tumbuh-tunbuhan dan api sebagai bukti kekuasaan Allah serta adanya hari kebangkitan..
Kelebihan surah Al Waqiah ialah jika di baca setiap malam sebagai wirid,maka tidak akan di timpa kepapaan.Rasulullah s.a.w bersabda yag bermaksud "Sesiapa yang membaca surah Al Waqiah setiap mala,maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan.Dan surah Al Waqah ialah surah kaya,maka bacalah dan ajarkan kepada anak-anak kamu"
Tafsir Jamal berkata Masruq "Siapa ingin mengetahui cerita orag terdahulu dan orang terkemudian,serta ahli syurga dan ahli neraka,penduduk dunia dan akhirat,maka bacalah surah Al Waqiah,,
Iman Jaafar pula berkata "Sesiapa membaca surah Al Waqiah pada waktu pagi ketika keluar dari rumah untuk bekerja atau untuk mencari keperluan mak Allah mempermudahkan rezekinya dan mendatangkan hajatnya.Dan sesiapa yang membaca surah ini pada pagi dan petang maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan dan tidak takut terhadap orang yang akan memfitnah,sedangkan fitnah kembali pada orang lain"
Dan di sebut dalam Khawashul Quran,sesiapa yang membaca surah Al Waqiah sebanyak 41 kali dalam satu majlis,maka di tunaikan hajatnya terutama urusan rezeki.Dan sesiapa membaca surah ini sesudah solat asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis maka di tunaikan hajatnya,terutamya urusan rezeki.Aturan tersebut adalah mujarab.Jika ingin di tunaikan rezeki kita daripada Allah dengan tidak di sangka-sangka datagnya,maka bacalah surah Al Waqiah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus dan setiap harinya di baca 40 kali
Dengan mewiridkan surah Al waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam,maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.Saad Al mufti mengatakan bahawa hadis ini sahih
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah maka ia tidak akan kefakiran selamanya"

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Program Bersama Warga Emas di Darul Insyirah Bangi

10:15:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,Kak Sue nak bagi tahu nie The Gathering merupakan sebuah program kerjasama MVM bersama Kelab Blogger Ben Ashaari untuk memberi bantuan asas keperluan kepada Warga Emas di pusat Jagaan Darul Insyirah,Bangi,Selangor pada 31 Mac 2016

Pihak penganjur ingin membuka peluang kepada orang ramai, untuk membantu menaja Pusat Jagaan Warga Emas Darul Insyirah yang memerlukan barang-barang keperluan asas untuk bonda-bonda meneruskan kehidupan melalui program ini

InsyaAllah,Selain memberi barang-barang keperluan asas,pihak penganjur dan para volunteer akan turut memberi pengisian rohani, bergotong-royong dan bersama-sama menceriakan warga emas di pusat jagaan tersebut.

Antara barang-barang asas yang diperlukan oleh Pusat Jagaan tersebut ialah :



Untuk maklumat anda,

InsyaAllah, dalam program kali ini pihak penganjur akan memberikan pengisian rohani gotong-royong, ramah mesra bersama bonda-bonda selain memberi bantuan keperluan asas.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
Yazid MVM- 013-355 6211
MVM – +03 8066 0883

Semoga usaha ini dipermudahkan.

UNTUK MENAJA

1 TAJAAN = RM30

SASARAN 335 Tajaan

Sekiranya anda ingin menaja Darul Insyirah, bolehlah berbuat demikian kepada akaun Maybank

🔻Akaun : Maybank
🔻Nama : Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
🔻No acc : 56480 164 7699
🔻Email : socialmediagathering@gmail.com

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan dibuat.

Anda boleh taja keluarga ini melalui link
🔻https://www.billplz.com/smtg

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi  :-
Yazid MVM- 013-355 6211
.
Sekian,Jom kita bantu..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Gerhana Matahari 2016

11:26:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie semua kecoh mengenai fenomena Gerhana Matahari.Kak Sue tak berkesempatan pun nak melihat atau mengambil gambar pagi tadi,tapi Alhamdullilah sempat jugaklah buat solat sunat gerhana matahari.Seperti kita semua tau gerhana matahari bermula pada pukul 7.30 pagi waktu Malaysia dan mencapai tahap kemuncak pada 8.23 pagi dan di jangka berakhir pada 9.30 pagi.Sana sini orang upload gambar di media sosial kan,beruntung sapa yang dapat melihat dan merasai suasana gerhana matahari.Kak Sue kat dalam rumah cuma rasa agak gelap dan mendung dalam masa yang di sebutkan di atas.Apa yang pasti setiap kejadian adalah dengan izin Allah hendaknya..Subhanallah..(Gambar sumber google)

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kita Yang Suka Bersangka-Sangka

3:12:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,kita hari nie suka bersangka-sangka.Semua orang tak baik,semua orang jahat.Memang betul pada zaman sekarang nie memang susah kita nak bersangka baik dengan orang lain,tapi kita tengoklah pada keadaan suasana dan tempat jugak kan..Jom kita latih diri kita agar sentiasa bersangka baik dan buangkan sangkaan buruk kita pada semua orang...

Bila kita lihat atau terjadi sesuatu perkara kita lebih cenderong berfikiran negatif dan berburuk sangka tanpa usul periksa...Surah Al Hujurat,ayat enam yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman,apabila datang kepadamu orang yang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran islam) yang membawa sesuatu berita,maka siasatlah dengan teliti (benar atau tidak)".Apabila kita lihat orang lain,kita lihatlah dari sudut positif dan baik..Kita pun nak orang lihat kita macam tu kan..Jangan suka bersangka-sangka ya..papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pilihan Di Tangan Kita

3:11:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua.Dalam hidup kita apa keputusan yang kita buat,pilihan adalah di tangan kita.Bagi Kak Sue sendiri,setiap keputusan yang kita buat itu adakah memberi kebaikan kepada kita,keluarga dan orang sekeliling kita...itu semua kita nak kena fikir jugak tau..

Bila kita dah buat pilihan,bermakna kita bersedia dengan semua akibat dan risiko yang bakal kita tempohi.Dalam setiap pilihan yang kita buat,bagi Kak Sue haruslah tak mengikut emosi semata,perlulah dalam keadaan tenang dan redha.Bila kita tenang dan redha,Insyaallah kita dapat mengawal setiap dugaan yang datang dalam hidup kita...Pilihan di tangan kita,maka buatlah pilihan terbaik...

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Buku Pilihan Ibu dan Adik

3:11:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue dan Abang Man bawak anak-anak keluar makan dan jalan-jalan di Eon Anggun berdekatan rumah Kak Sue.Sementara Adik belum balik asrama nie layankan lah apa yang Adik nak.Kebetulan hujung minggu dan ada yang dah dapat gaji kut,punya lah ramai manusia.Adik dah merengek nak menonton movie Boboiboy,tapi Kakak pulak tak nak layan movie gitu.Makanya kami pun jalan-jalan cari makan aja lah kat situ..sian Adik..huhuhu..

Dalam dok berjalan-jalan tu,Kak Sue rasa nak singgah ke kedai buku Popular.Ramai jugak orang dok shopping buku,rupanya ada jualan murah.Kebetulan tadi Adik sibuk nak buku Boboiboy boleh lah cari sekali.Sambil cari Kak Sue ternampak pulak satu buku yang menarik minat Kak Sue.Sound Direct tajuk buku tu,memang menarik isi di dalam.Tak pikir panjang dah jumpa buku untuk Adik dan Kak Sue juga beli beberapa alat tulis terus pergi kaunter dan bayar.Dapat diskaun lagi dan Kak Sue pun merupakan members kedai buku Popular,ada la kelebihan sikit kan..

Buku Boboiboy adalah buku komik adaptasi dari filem Boboiboy The Movie,jadilah Adik tak dapat tengok movie,dapat baca dari komik pun okay lah.Sementara buku Sound Direct pulak ada tazkirah-tazkirah panas dari Ustaz Abdullah Khairi.Dua buku ini menjadi pilihan ibu dan Adik untuk hari nie,tak sabar nak baca nanti.Tambah lagi koleksi buku-buku Adik dan Ibu,jom tanamkan minat membaca pada keluarga kita.Jumpa lagi,papai!


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sahabat Dunia Akhirat

3:11:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua.Beberapa hari lepas Kak Sue terima pemberian dari salah seorang kawan sekolah Kak Sue.Rasanya hadiah paling istimewa setakat nie pada tahun nie.Selalu beliau berkongsi dan mengingatkan Kak Sue mengenai hal -hal keagamaan.Saling berkongsi apa yang kurang faham dan tahu..Ini dinamakan sahabat dunia akhirat.Susah dah zaman sekarang nie nak jumpa kawan yang boleh kita panggil sahabat dunia akhirat nie..Yang ada tu banyak yang suka mengambil kesempatan atas kebaikan kita.Ini pengalaman nie tau..

sahabat dunia akhirat
Buku Surah-surah Amalam hadiah dari sahabat dunia akhirat
Bila kita hadiahkan buku agama,sedekah atau apa saja yang bermafaat kepada orang lain,InsyaAllah kalau digunakan secara istiqomah pahala akan berpanjangan untuk kita walaupun kita dah tak ada nanti.Terima kasih sahabat dunia akhirat,tak pernah jemu memberi nasihat dan panduan.Walaupun kita tak selalu berhubung tapi kita tau hati kita masing-masing kan.Semoga persahabatan kita kekal dunia dan akhirat,sayang selalu..aamiin ya rabb..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tips Mencukupkan Rezeki

11:23:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,salam malam Jumaat.Dah baca Yassin dan Surah al-Kahfi?Seeloknya eloklah kita amalkan,kalau tak boleh setiap hari malam Jumaat pun Alhamdullilah kan.Malam nie Kak sue nak kongsikan tips mencukupkan rezeki.Kadang gaji besar,duit banyak tapi masih tak mencukupi.Sebab apa,sebab tak ada keberkatan.Bagi Kak sue biarlah sedikit tapi mencukupi dan berkat rezeki kita tu kan..
Jom kita sama-sama praktikan tips di atas,semoga kita sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan rezeki dari Allah.Terima kasih pada yang sudi kongsikan tips ini,semoga mendapat pahala yang berpanjangan diatas perkongsian ini.Semoga bermafaat untuk semua.. :)

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ola Bola Movie

4:39:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,akhirnya Kak Sue berkesempatan jugak bawak Adik menonton movie Ola Bola yang tengah hot di perkatakan sekarang nie.Sebenarnya tak plan nak tengok pada hari selasa lepas,cuma nak usha tiket aja dulu.Kebetulan masa kami sampai ngam-ngam ada tanyangan dan seat,Abang Man pun terus on aja lah.Seronok Adik,berapa kali dah Adik mintak nak tengok movie nie,kebetulan Adik masih bercuti boleh la layan..

Ola Bola movie nie memang sesuai di tonton pada semua peringkat umur dan bangsa.Jalan cerita yang sangat menarik mengisahkan semangat berpasukan,setiakawan antara pemain, semangat sayangkan negara dan kasih sayang serta pengorbanan terhadap keluarga amat menyentuh hati Kak Sue.Bila part Tauke atau Muthu mula lah Kak Sue tangkap leleh.Banyak pengorbanan dan kesusahan yang terpaksa mereka lalui untuk mencapai cita-cita untuk mewakili Malaysia ke Moscow

'Kita menang sama-sama,kita kalah pun sama-sama!",menaikan kembali semangat pasukan Malaysia apabila mereka mendapat tahu bahawa pasukan Malaysia memboikot Sukan Olimpik pada waktu itu.Mereka tetap meneruskan permainan dan berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan bangganya.Lagi satu,apa yang menarik mengenai movie nie kan mereka mengunakan pelbagai bahasa juga.Malaysia kan memang terkenal dengan pelbagai bangsa,bahasa dan budaya.Pada kawan-kawan yang belum menonton movie nie,Kak Sue nak ajak korang pergi ke panggung dan tonton movie nie yang pasti tak mengecewakan.Selamat menonton semua,papai!




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA | Delivery Setiap Minggu

7:11:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak update terbaru mengenai delivery Kelapa Laut MAN JAVA.Sekarang kami buat delivery setiap minggu ke semua tempat kecuali pada hari Rabu dan Jumaat,pick up point akan di beritahu selepas membuat order.
Syarat masih sama macam sebelum nie,order perlu di buat seminggu atau sekurang-kurangnya tiga hari sebelum delivery.Untuk order buah Kelapa Laut,kena order dua minggu awal.Untuk order dari luar Lembah Klang setiap delivery akan di kenakan caj delivery.Bagi yang berminat boleh hubungi kami samada whatapps atau terus call 012 5854998 / 012 5844736.Sekian,terima kasih semua.

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.