Hidup Mesti Di Teruskan

1:14:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,apa yang telah berlaku dalam hidup kita baik atau buruk kita anggap saja sebagai pembelanjaran dalam hidup.Kadang memang payah untuk kita lupakan perkara yang menyakitkan atau melukakan hati kita.Untuk diri Kak Sue sendiri,Kak Sue sentiasa maafkan setiap kesalahan orang pada Kak Sue cuma Kak Sue agak payah nak melupakan..Kak Sue sedang cuma ubah hati agar lebih berlapang dada dalam setiap berlaku..memaafkan dan melupakan..seterusnya meneruskan hidup yang baru,yang lebih baik..Semoga Allah melembutkan hati kita,mengikhlaskan apa yang telah berlaku..aamiin ya rab.. :)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jangan Menilai

1:12:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,jangan menilai.Kadang apa yang kita nampak dan fikir tak seperti apa yang sebenarnya...Jom betulkan hati kita :)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe

11:50:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Kuang.Sebelum nie Kak Sue dengar dan baca ja orang kongsikan cafe nie.Satu hari masa cuti sekolah yang lepas Abang Man pelawa Kak Sue dan anak-anak makan kat situ.Family Kak Sue memang suka steamboat dan seafood,memang sesuai sangat lah.Tempatnya pun sebenarnya tak jauh sangat dari rumah Kak Sue.Lagi satu kan Kak Sue suka suasana tempat nie,senang nak cari dan parking sebab tepi jalan je pastu cafe nie semua dari kayu..cantik kan..


D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Sungai Buluh

Masuk je ke dalam cafe sebelah kiri kita ada dua stall.Stall nie depa letak rojak dan makanan ringan.Ada tiga,empat pilihan makanan ringan untuk anak-anak,jadi kalau anak-anak tak nak makan stemboat boleh la bagi depa makan nie.Cantik kan deko camni,Kak Sue sukaaa..!



Hujung sekali,nah dia.. satu sampan dia punya bahan.Memang banyak tau pilihan bahan yang di sediakan.Bermacam pilihan seafood dan sayur,ada daging dan ayam jugak.Pada yang rasa nak makan mee ke,nasi goreng ke pun ada.Sos dia pun ada banyak jenis,sorry tak ambik gambar pulak sos dia,next time okay..ehehe..Sos dia ada black pepper,thai sos dan beberapa lagi sos..

Family Kak Sue pilih kuah tomyam,boleh tahan sedap kuah dia.Apalagi masukkan lah segala udang,ketam dan sayur.Memang penuh meja dengan sayur sebab kami memang suka sayur,daging kami bakar ja,lepas tu cicah dengan sos black pepper balut dengan salad,ala-ala korea gitu..ehehe..tapi gambar tak ada.Tangan dah comot-comot sebab tengah sedap menikmati steamboat,sampai asyik lupa nak ambik gambar..

Dah siap makan,kalau rasa boleh nak makan lagi boleh la rasa rojak pulak.Rojak boleh tahan jugak,cuma kuah dia tu ceroi sikit la pada selera Kak Sue..

Kalau tak mau makan rojak atau makanan ringan lain boleh la ambik buah-buahan.Ada buah limau dan tembikai.Dekat sini yang Kak Sue suka,makanan yang ada kat sini sentiasa di top up,jadi tak timbul la isu makanan yang kita nak tu tetiba tak ada ke habis ke..memang puashati sangat.Kak Sue sebenarnya dah dua kali datang sini tau.Memang Kak Sue rekemen korang datang sini kalau nak makan steamboat atau BBQ.Berbaloi dengan duit yang kita bayar,dewasa rm26 dan kanak-kanak rm16 murah je kan..

Selain dari itu Kak Sue nak kongsi kemudahan kat sini,mereka sediakan empat ruang makan,ada dewan VIP berhawa dingin,dewan bankuasi,laman santai dan seksyen steamboat.Untuk yang muslim jangan risau kat sini di sediakan surau dan kemudahan wifi juga.Dmanggis Cafe juga menerima tempahan tau untuk sebarang majlis,seminar,mesyurat dan sebagainya.Jangan lupa singgah sini tau,papai!!
Alamat
D'manggis Cafe
254 Batu 17,Kampung Cempedak,Lorong Manggis,
Kuang,48050 Rawang,Selangor D.E
Tel : 603 6038 6844 / 019 233 1973

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Media Sosial Melekakan..?

12:22:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak sembang-sembang santai.Rutin harian Kak Sue macam yang dah di kongsikan sebelum nie dah banyak yang berubah.Kak Sue banyak masa terluang dan dah tak terkejar-kejar masa,tapi tak bermakna bila banyak masa terluang tu Kak Sue akan mengadap facebook,whatapps dan media sosial lain memanjang.Cuma sebelah pagi seperti kawan-kawan yang kenal Kak sue di facebook,pasti akan nampak status yang Kak Sue post setiap pagi.Satu di facebook dan satu di insatgram,lepas tu check whatsaaps kalau ada benda penting dan meneruskan aktiviti mencari redha Allah..ehehe.. ;)


media sosail melekakan
Media Sosial Melekakan..? - Gambar sumber Google

Media Sosial Melekakan..?


Kadang kan bila kita suka layan facebook atau sosial media yang lain, sebenarnya banyak ilmu dan perkara yang kita boleh belajar kat situ.Kak Sue memang suka membaca sejak dari kecik lagi,family Kak Sue pun tau tentang itu.Mak-mak sedara pun memang sedar tentang minat membaca Kak Sue tu,tapi kadang bagi orang tua depa kadang tak berapa paham tentang media sosial nie dan mengangap kita leka dan membuang masa..

"Tanda Allah swt menghendakimu dan mencintaimu,Ia akan memalingkanmu ke arahNya" (Habib Umar bin Al-Hafizd).Kata-kata ini Kak Sue baca masa Kak Sue scroll-scroll facebook Kak Sue pagi tadi.Pada pemahamam Kak Sue,tanda Allah sayangkan kita Allah dekatkan kita padaNya.Allah lorongkan dan gerakkan hati kita suka pada benda kebaikan,berubah kepada kebaikan dan semoga kita istiqomah dengan perubahan itu..

Kadang secara tak langsung Allah nak memberi hidayah atau teguran kepada kita dengan berbagai cara.Melalui ujian yang Allah beri pada kita,melalui orang lain dan perkara-perkara yang terjadi di sekeliling kita yang betul-betul  menyentuh ke dalam hati kita.membuat kita sedar,eh orang nie perangai tak berapa nak cantik macam aku aja,macam nie kut orang lain pandang aku.Jadi kita cuba tak buat perangai tak cantik tu.Eh,benda nie tak patut aku buat,kalau buat jugak tak manis,tak elok malah berdosa kalau aku buat,jadi kita pun tak buat.Kadang kawan yang Kak Sue kenal di facebook atau kawan sekolah yang lama tak jumpa,jumpa balik kat facebook.Ada yang bila cukup waktu,mereka akan whatapps Kak sue buat apa,jom solat..jom ngaji.Betapa berutungnya ada kawan yang mengajak kita menjaga solat dan selalu ingatkan kita kan,walau hanya di media sosial..

Setiap perkara yang berlaku disekeliling kita telah disusun oleh Allah dan pasti ada hikmahnya.Beruntunglah lah kalau kita masih ada tersentuh rasa hati,rasa nak berubah dan perbaiki diri.Kalau macam mana sekalipun Allah dah lorongkan hati kita,tapi kita tetap tak mahu berubah malang sekali lah hidup kita kan.Kita hidup bukan kat dunia nie saja,kat sana esok yang akan kekal selamanya.Kak Sue sentiasa berdoa biarlah pengakhiran hidup Kak Sue dan keluarga Kak Sue yang baik-baik sahaja.Lagi sekali Kak sue nak kongsikan kata-kata yang Kak Sue ambik dari media sosial tapi dari Instagram pulak,saya berdoa Allah mencuit dan mengerakkan hati anda semua supaya berubah ke arah kebaikan di dunia mahupun akhirat nanti..aamiin ya rab..

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jom Kita Berubah

10:55:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,setiap hari kita niat semoga kita berubah ke arah yang lebih baik.Jaga solat,jaga tingkahlaku dan kata-kata kita,insyaallah selamat dunia dan akhirat.kita jaga Allah,InsyaAllah Allah akan jaga kita..Jom kita berubah!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA ~Iklan Jap!

9:29:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie nak iklan sikit.Untuk sesiapa yang berminat nak jadi pembekal atau berniaga Kelapa Laut MAN JAVA boleh la hubungi nombor yang Kak Sue sertakan kat sini nanti.Kak Sue jugak nak ingatkan setiap satu kawasan,pasar malam atau pasar pagi hanya seorang peniaga sahaja di benarkan bagi mengelakkan masalah yang mendatang.Setakat ini kami telah melantik pembekal baru kawasan Muar,Johor ,Melaka dan beberapa kawasan lain lagi.
Bagi yang berminat untuk rebranding produk kami,kami akan sertakan syarat-syarat yang akan kami sertakan sekali nanti ya.Pada yang berminat boleh la hubungi atau whatapps ke nombor 012 5854998 / 012 5844736.Terima kasih pada pelanggan-pelanggan yang masih mempercayai produk kami.Semoga kita semua sentiasa di murahkan rezeki dan di mudahkan urusan..aamiin ya rab.. :)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pilihan Kedua

8:46:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,masa Kak Sue nak balik kampung hari tu gabra jugaklah bila tak ada tiket untuk pergi balik.Yang ada hanya sehala,Abang Man kata tak apa nanti kita tanya hari lain.Sekali bila tanya tak ada jugak semua fully booked,hadoi macam mana nie,serabut dah.Kak Sue memang fobia sikit nak naik bas,sejak dengar macam-macam cerita yang tak elok dan menakutkan di tv dan surat khabar..
Ada jugak Kak Sue mintak tolong Acik,adik Kak Sue tolong tengokkan tiket dari stesen Taiping,pun sama..penuh!Siap abang tiket tu cakap,public holiday dik,semua orang nak balik.Cubalah datang pagi isnin kut ada penamabahan tiket,tapi saya tak janji katanya..
Dalam pada Kak Sue bercuti kat kampung sambil melawat anak-anak,Kak sue dok memikir macam mana kalau tak ada tiket dan macam mana nak balik tanpa susahkan sesapa.Alhamdullilah dalam pukul sembilan lebih Kak sue ke stesen Taiping dengan family Kak Sue,agak lama tunggu akhirnya ada penambahan tiket tapi tren biasa.Okay lah tu janji dapat balik ke Rawang sebab esoknya kakak nak bersekolah.Punya la lama tak naik tren,okay jugak lah naik sebelah malam,dapat la kami tidur walau pun tidur-tidur ayam je..ehehe.
Kira okaylah jugak naik tren nie tak kira la ETS atau tren biasa,dapat la kita rehat dari letih memandu kan.Mungkin selepas nie ETS dan tren biasa akan jadi pilihan kedua Kak Sue untuk balik kampung melawat anak-anak kesayangan Kak Sue..jumpa lagi,Papai!!


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pendidikan Akhlak Anak

8:14:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,selamat beristirehat bersama keluarga.Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah.Sabda Rasullulah s.a.w "Setiap anak yang di lahirkan dalam keadaan fitrah,kedua orang tuanya lah yang menjadikannya Nasrani,Yahudi atau Majusi" HR Bukhari.
Bagi diri Kak Sue,kalau boleh biarlah pendidikan agama,akhlak dan adab sopan kita terapkan sekali sejak dari kecil,bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.Kak Sue pun bukanlah seorang ibu yang sempurna,masih ada yang perlu di perbetulkan.Semoga kita semua menjadi ibu dan bapa yang dapat memberi pendidikan akhlak yang baik kepada anak-anak kita.Jom kita berubah ke arah yang lebih baik dari sebelumnya..aamiin ya rab.. :)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Aktiviti Hujung Minngu

10:33:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,sejak dua menjak aktiviti hujung minggu Kak Sue ialah balik kampung melawat Adik dan Abang.Kebetulan Abang Man ada kerja,jadi Kak Sue balik dengan Kakak aja lah naik tren.Mungkin lepas Adik dan Abang semakin selesa,Kak Sue akan kurangkan sikit melawat depa dengan kerap.Maklumlah naluri Ibu memang sentiasa risaukan anak-anak,makan minum lah,kesihatan lah..tak senang duduk di buatnya..


Minggu nie Kak Sue tengok,Adik dan Abang makin selesa.Kira kalau tak outing pun tak kisah dah.Waktu Kak Sue mintak kebenaran ustaz tu,memula ustaz kata anak-anak tak ada cuti walau public holiday sebab anak bersekolah aliran agama kan.Agaknya tengok raut wajah Kak Sue yang mengharap,ustaz jadi lembut hati,ustaz pun benarkan terima kasih ya ustaz :)


Pagi Kak Sue datang nak jemput Adik dan Abang,sekali dua-dua tak nak outing atau balik rumah Tok Pah.Abang memang tak mau dari minggu lepas,katanya sayang nak tinggal kelas hafazan.Adik pulak kata Ibu ambik tengahari boleh tak Ibu,ada la yang sayang nak tinggal tu.Alhamdullilah,lega tengok anak-anak dah selesa kat sana.Buat masa sekarang aktiviti memanah,berenang dan berkuda belum mula lagi,anak-anak di benarkan main bola dan aktiviti bebas,sekurang-kurangnya tak ada la bosan sangat kan.Ibu doakan semoga anak-anak Ibu sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,aamiin!Nanti Ibu datang lagi ya..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pengalaman Pertama Naik ETS,Teruja!

10:15:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi pengalaman pertama kali naik ETS atau dengan bahasa panjangnya Electric Train Service.Selalu Kak Sue dengar keluarga dan kawan dok bercerita pengalaman mereka menaiki ETS,hari nie giliran Kak Sue pulak..teruja aih!!
Kak Sue beli tiket seminggu awal sebab kebetulan balik dalam cuti yang panjang kan minggu nie.Kebetulan Abang Man ada kerja yang nak di selesaikan,jadi Kak Sue mengambil kesempatan nak balik jenguk Adik dan Abang kat kampung Kak Sue
Kak Sue gerak dari Stesen Tanjung Malim sebab Abang Man tak nak ke KL Sentral takut jalan sesak pepagi,di tambah dengan tiket yang dah sold out.Perjalanan mengambil masa dua jam lebih aja.Keadaan dalam tren pun selesa dan bersih,ada tempat makan dan tempat solat.Rasanya next time boleh la Kak Sue balik naik tren lagi,senang dan cepat.Kak Sue belum la jalan-jalan tengok dalam tren nie lagi maklumlah pertama kali,lain kali Kak Sue kongsikan lagi suasana dalam ETS nie ye..papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Alhamdullilah,Terima Kasih Ya Allah

12:51:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak menzahirkan rasa syukur Kak Sue pada Allah s.w.t.Sejak Kak Sue dan Abang Man hantar Adik dan Abang ke asrama sekolah agama urusan kami sekeluarga sentiasa di mudahkan.Kadang rasa sebak sangat,sebab tiap kali kami nak berurusan,senang dan mudah sangat.Rezeki pun Alhamdullilah,tak putus-putus sejak dari mula niat nak hantar Adik dan Abang ke sana.
Contohnya macam bila nak parking kereta kan,selalu kalau kat tempat yang sibuk,memang payah la nak dapat parking.Berkali-kali nak kena pusing waktu peak hour pulak tu kan baru la dapat parking.Ini dah dua kali kejadian yang sama,bila sampai aja tempat yang di tuju memang di mudahkan aja,bagai di lorongkan.Parking betul-betul dekat dengan tempat yang kami nak pergi tu,tak tau la kan kalau secara kebetulan ke apa kan tapi rasa sangat bersyukur lah..
Kak Sue sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kami sekeluarga dan semoga kami juga turut memudahkan urusan orang lain.Kak Sue rasa betul-betul bersyukur dengan perubahan yang sedang berlaku dalam hidup kami sekeluarga.Alhamdullilah,terima kasih Ya Allah...
*Terima kasih empunya gambar di atas :)

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ikhlaskan Lah..

1:15:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,mesyukuri hari ini dengan mengikhlaskan apa yang telah berlalu..kata-kata nie Kak Sue ambik dari perkongsian di facebook,tapi lupa dah sapa yang kongsi.Jom kita belajar ikhlaskan hati pada setiap percakapan dan perbuatan kita.Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah..aamin ya rab..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Yang Baik-Baik Sahaja

8:13:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua.Setiap benda,perbuatan dan percakapan yang baik kita pada orang lain,InsyaAllah pasti akan dapat balasan yang baik juga.Kalau kita dapat balasan yang tak baik,walaupun dah berbuat baik,kita anggap sahaja lah ujian dari Allah untuk menegur diri kita.Semoga yang baik-baik sahaja yang berlaku dalam hidup kita dan semoga kita sentiasa perbaiki diri kita agar lebih baik lagi setiap hari..aamiin ya rab..!



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ya Allah,Jagakan Mereka Untukku

2:06:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie bermula dengan rutin biasa Kak Sue.Tak ada apa sangat yang nak di buat cuma lebih kepada memperbaiki diri agar lebih baik dan istiqomah sebagai hambaNya.Terima kasih pada kawan-kawan dan family yang selalu memberi kata semangat dan tips supaya Kak Sue tak terasa sunyi sangat di rumah sejak berjauhan dengan Adik dan Abang..

Pada minggu pertama tinggalkan Abang dan Adik di asrama,fikiran agak hiba,sunyi dan risau.Alhamdullilah,selepas Kak Sue berjumpa dengan anak-anak Kak Sue,rasa sangat-sangat lega dengan keadaan dan perubahan yang sangat baik pada diri mereka.Cuma sebagai Ibu dan Abah,kami tak dapat lari dari perasaan risau dan rindu.Apa yang boleh kita buat,kita doakan yang elok-elok sahaja lah untuk meraka.Ya Allah jagakan mereka untukku...aamin ya rab..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Bahagia Itu Kita Yang Rasa

1:31:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie last day nak melayan kerenah dan permintaan Adik dan Abang.Pagi-pagi lagi Adik dah bangun kejut semua orang solat subuh dan pagi-pagi jugak kami sekelurga keluar ke pekan Taiping nak beli bahan masakan  permintaan Adik dan Abang.Sebolehnya sebelum Kak Sue balik ke Rawang,Kak Sue nak penuhi apa yang Adik dan Abang mintak,rasa lega dan puashati sangat dapat buat macam tu..


Berjumpa Adik dan Abang selepas dua minggu,Kak Sue,Abang Man dan Kakak terkejut tengok perubahan depa.Lain sikit,cara percakapan dan tingkahlaku depa.Nampak lebih matang,bertanggungjawab,bertolak ansur dan saling mengambil berat.Abang Man tak henti tersenyum tengok gelagat Abang dan Adik,nampak bahagia betul..ehehe..
Kami sebagai Ibu dan Abah,merasa sangat bersyukur kepada Allah,perubahan pada diri Adik dan Abang begitu cepat sekali,dan berharap depa istiqomah dalam setiap perbuatan depa.Melihat Abang menjadi imam kepada Adik,Kak Sue dan Abang Man tersenyum bangga.Bila kita tengok anak-anak kita begitu,kita tak mintak lebih dah dari yang lain.Ibu doakan anak-anak Ibu sentiasa istiqomah dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari.Semoga anak-anak Ibu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah dunia,akhirat..aamiin ya rab..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Alhamdullilah Untuk Hari Ini

1:08:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue berkesempatan berjumpa dengan buah hati Kak Sue yang dua orang tu,Abang dan Adik kat asrama depa.Berdebar-debar jantung,macam pertama kali nak tengok Adik dan Abang lahir ke dunia..eceh,hahaha.Sampai ja kat asrama hanya ada Abang,Adik tengah mandi.Maka berpelukan la kami anak beranak,siap ja mandi giliran Adik pulak menerkam Ibu,rindu sangat-sangat Ibu kata Adik..Allah,sebak hati Ibu..kalau lah Adik tau betapa rindunya Ibu pada Adik sama macam jugak macam Adik rindu pada Ibu..huhuhuuu..
Pada waktu ini semua tumpuan hanya pada anak-anak,segala telefon dan sewaktu dengannya Ibu tak hirau lagi.Tangan Adik,Ibu gengam erat sambil Adik dan Abang bercerita pengalaman masing-masing.Nampaknya depa dah mula selesa dan seronok berada di asrama.Ibu dan Abah sangat bersyukur dan bahagia nak..Semoga Allah sentiasa mengubati rindu di hati anak-anak Ibu,di tenangkan dan di terangkan hati.Sentiasa di lindungkan segala niat buruk orang lain dan di lindungi dari segala mala petaka.Malam ini Ibu tidur dalam keadaan yang sangat bahagia...Alhamdullilah untuk hari ini Ya Allah..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Selamat Hari Jadi Mak..

8:40:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,selamat pagi semua.Hari nie harijadi Mak Kak Sue yang tersayang.Kak Sue doakan semoga Mak Kak Sue sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah,umur yang bermafaat,kesihatan yang baik,rezeki yang berkat,di mudahkan semua urusan dan berbahagia dunia dan akhirat..Tiada Mak dan Abah Kak sue,tak ada lah Kak Sue kat dunia nie,sayang Mak Selalu.Kepada kawan-kawan jangan lupa setiap pagi kita hadiahkan Fatihah untuk mak dan abah kita tau.Rasullulah SAW pernah bersabda "setiap pagi sedekahkan al fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.Semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan semoga kita istiqomah..


2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Buat Baik Berpada-pada..

10:16:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,salam malam jumaat.Dah baca Al-Kahfi?Dah Baca Yassin?Kita nie kalau tak boleh buat benda baik,kita ajak orang buat benda baik pun dapat pahala.Kita niat nak buat baik,tapi belum buat,pun dapat dah pahala.Apatah lagi kalau kita buat baik,lagi la dapat pahala...kan..kan..
Senang aja sebenarnya nak dapat pahala,tapi pesan orang tua,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.Yang nie lain pulak,kadang kita punya lah buat baik dengan orang,tapi orang sikit pun tak hargai kebaikan kita.Lagi dia nak pijak kepala kita adalah!Kadang Kak Sue rasa serik nak layan baik sangat kat orang nie tau,sebab nanti akhirnya Kak Sue yang sakit hati dan kecewa.Abang Man selalu pesan berpada-pada dalam berkawan,berpada-pada dalam berbuat baik pada orang..
Bukan kita mintak depa balas pun apa yang kita dah buat,cukup la kalau depa hargai.Sebenarnya mengikhlaskan apa yang kita dah buat baik pada orang,tapi tidak di hargai bukan lah senang.Kalau tak,tak ada la kita rasa kecewa kalau orang buat macam tu kan.Untuk masa yang akan datang,rasanya elok lah bersederhana dalam berbuat baik kat orang nie ye..Semoga kita sentiasa berubah untuk jadi lebih baik!!Papai..!!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tulis yang Baik-Baik..

11:29:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,berjumpa lagi kita hari nie.Hari nie Kak Sue nak ingatkan diri Kak Sue sendiri dan kita semua supaya kita tulis yang baik-baik di blog,di facebook atau media sosial yang lain sebab apa yang kita tulis akan menjadi saksi bila kita dah tak ada nanti.Semoga apa yang kita tulis dan kongsi bermafaat pada orang lain dan  tidak menambahkan dosa sedia ada..sekian,papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuti-Cuti Ke Taiping Bandar Warisan

1:42:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue hujung tahun ke Taiping Bandar Warisan.Sebenarnya Taiping nie dekat je dengan rumah Abah dan Mak Kak Sue.Sambil balik kampung, sambil la bercuti kat sana.Kak Sue sampai tengahari dah, nak check in hotel semua penuh sebab dah nak Christmas masa tu.Melilau lah cari hotel akhir sekali kami lepak kat Hotel Taiping Perdana.Susah jugak nak cari hotel yang ada kolam mandi kat Taiping nie, kemahin jenuh!!ehehehe..Kak Sue kalau bercuti mesti nak cari hotel yang ada kolam mandi sebab anak-anak sibuk nak berendam.Kalau nak mandi laut atau sungai memang tak di benarkan..Ibu depa fobia dah..


Cuti - Cuti ke Taiping Bandar Warisan

Kak Sue ambik bilik mengadap town Taiping, kenkonon memalam nak tengok lapemandangan dari atas, sekali gayat pulak dah..hahahaha!Hotel nie boleh tahan,cuma agak kecewa lagi buat kali kedua percutian kali selepas ke Bukit Merah hari tu.KOlam mandi kat sini sempit dan tertutup.Macam tak ada 'open air', pulak tu air kolam mandi bau klorin sangat kuat.Rasa terganggu la juga..cuma nak puji dari segi layanan dari staff memang bagus,senyum dan mesra sentiasa.Jadi bila ada kekurangan sikit tu, kita buat tak nampak sudah lah..




Cuti-cuti kali nie banyak lepak kat bilik sebab Abang Man nak rehat dah penat bekerja kan masa nie lah nak betul-betul rehat.Lagipun dekat dengan family Kak Sue yang lain, jadi family Kak Sue boleh datang lepak dan bersembang kat bilik.Lepas tu boleh la mandi manda kat kolam ramai-ramai.Memang meriah dengan gelagat masing-masing seronok betul...Rasanya lain kali kena plan cuti hari keluarga pula nie..mesti best!

Bercerita pasal tempat makan pula, memang banyak kat Taiping nie bermacam pilihan.Walau Kak Sue memang berasal dari sini tapi dah banyak perubahan dan banyak kedai-kedai makan yang baru.Percutian Kak Sue kali nie  masih macam yang selalu lah kalau balik Taiping, mesti nak pergi makan kat Belakang Bomba Yong Tau Foo.Kedai hujung sekali tau kalau korang nak makan.Sebab Adik dan Mak Kak Sue memang selalu makan kedai hujung tu..Selain Yong Tau Foo ada masakan panas dan satay kat situ.




Lagi satu tempat pilihan Kak Sue Bawah Larut Matang, makan laksa dan "Black" air kegemaran Kak Sue.Korang kena rasa tau air Black nie, sekali rasa mesti nak lagi.Bawah Larut Matang nie buka siang dan malam, tapi kalau nak makan laksa kena datang awal lah sebab cepat habis.Kak Sue orderkan Abang Man Kuew Teow Goreng,pun sedap juga..Kira kat kedai makan Larut matang tepi sekali nie memang jadi pilihan Kak Sue setiap kali ke sini..





Petang sikit kami pusing-pusing Lake Garden sampai ke kaki Bukit Maxwell, cuaca pun panas sangat.Nampak ramai yang berbasikal,Abang Man singgah situ kejap, menarik sangat basikal nie.Ada untuk seorang, dua orang dan tiga orang penunggang.Rasa macam nak cuba, tapi sebabkan panas lagi,kita pi minum dulu..makan lagi.Hehehe...



Adik dah tak sabar nak naik basikal dah ibu kata posing dulu nak..ehehe,panas nie kita minum dulu hokay..

ABC Taman Tasik Taiping pulak,sini semuanya order ABC,hahaha..menarik sangat kan.Dah la tengah pepanas,apa lagi..
Ley Che Kang,ini pun salah satu kegemaran Kak Sue.Memang sedap Lay Che Kang dia nie,hangpa mesti kena cuba tau.Kedai nie betul-betul belakang tempat orang naik basikal tu nama D'Garden kut kalau tak silap,dok cari nama tempat tu tak nampak
Yang nie pulak Abang yang order D'Garden Cofee Yogurt pun sedap,punya ramai orang beratur hari tu.Abang ambik falovour strawberry,memang sedap berbaloi beratur panjang
Da siap kami minum dan makan yang entah kali berapa ntah,nak naik basikal pulak.Tetiba Kakak dan Abang tak mau naik,jadi Adik tak ada yang temankan.Sekali nampak jumper,so bagi Abang dan Adik main jumper nie ja,siap Abah dia belikan satu yang baru bawak balik.Main la puas-puas kat rumah pulak..
Last day kat sana,Kak Sue sekeluarga bersama keluarga adik-adik dan mak berkelah kat Taman Tasik Taiping.Gambar nie ja sempat ambik sebab lapar gila dah time tu,ehehe..Kami masak siap-siap kat rumah,lepas hangkut semua bawak pi Taman Tasik.Memang ramai betul hari tu orang semua pakat berkelah berkumpul bersama keluarga,meriah sungguh!Sampai jamed la Taman Tasik Taiping..

Pada yang nak datang ke Taiping nie,jemputlah datang na,sini sebenarnya banyak tempat yang boleh kita melawat.Cuma Kak Sue tak pergi pun kali nie sebab dah pergi banyak kali dah.Macam Zoo Taiping,Muzium Taiping,Bukit Larut semua tu dekat ja dengan bandar Taiping dan ada banyak lagi tarikan baru kat sini yang tak sempat Kak Sue pergi.Akan di kongsikan kat sini lagi tau bila Kak Sue ke tempat baru yang menarik nanti,jumpa lagi..Papai!



1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA Menyejukkan Dan Menyegarkan

10:05:00 AM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,sekarang cuaca panas sangat kan,dan di jangka cuaca panas nie akan berpanjangan sampai bulan mac nanti.Macam yang Kak Sue kongsikan sebelum nie,silap-silap boleh kena jerebu negara kita nie.Dalam keadaan cuaca panas macam nie,Kak Sue nak rekemen kat korang produk Kak Sue pati atau kordial Kelapa Laut MAN JAVA,boleh sejukkan badan dan tekak serta menyegarkan gitu,InsyaAllah.Nak minum sendiri atau nak berniaga pun boleh.
Semalam ada seorang customer Kak Sue dari Selayang order buah dan pati kelapa laut untuk mak beliau.Katanya mak beliau batuk yang teruk dan hari tu ada la minum kelapa laut nie,alhamdullilah katanya berkurangan sikit.Kak Sue nak tunggu juga feed back beliau macam mana setelah mak beliau minum dan makan kelapa laut.Nanti boleh la Kak Sue kongikan kat sini.Sebenarnya kita ikhtiar saja,yang menyembuhkan hanya Allah swt.Sekejap lagi pun Kak Sue nak buat delivery ke Muar,Johor repeat kali kedua untuk bulan nie sahaja.Pada yang berminat nak order Kelapa Laut MAN JAVA boleh la hubungi atau whatapps di nombor 012 5854998 / 012 5844736,sekian terima kasih.

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuaca Panas Fenomena El Nino Sehingga Mac

9:10:00 PM Kak Sue 2 Comments

Gambar sumber google

Assalamualaikum semua,selamat beristirehat bersama keluarga.Sekarang nie cuaca tengah panas kan.Tadi Kak Sue tengok kat berita ada di beritahu di ramalkan cuaca panas nie berpanjangan sehingga bulan mac.Silap-silap boleh mengakibat jerebu.Kita dan keluarga semua kena kurangkan lah aktiviti di luar rumah lepas nie kan.Kadang panas sangat boleh akibatkan sakit kepala,tekak sakit dan demam.

Keadaan cuaca yang panas nie di sebabkan kejadian fenomena El Nino kuat dan di jangka boleh mengurangkan jumlah hujan dan kenaikan suhu berbanding dari biasa.Risau jugak ye kalau dah kurang hujan nanti air kat empangan pun berkurangan,yang nie pun kita nak kena jimat la jugak mengunakan air kat rumah kita.Kalau duduk kat kampung boleh jugak mandi kat sungai,kalau rumah perumahan jenuh la jugak.Nak kena takungkan air la buat simpanan bila keadaan terdesak macam sebelum nie.Okay lah,jaga diri semua dan minum banyak air tau,jumpa lagi..papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.