Day #2 ~ Cabaran 7 Hari Blogging

December 31, 2016

Assalamualaikum,hai semua!Cabaran kedua hari nie Impian Saya..Kalau ikutkan impian Kak Sue banyak sebenarnya..kalau boleh semua impian tu Kak Sue nak capai..InsyaAllah


Day #2 ~ Impian Saya


Impian utama Kak Sue nak mengerjakan umrah atau haji.Kalau boleh dan ada rezeki Kak Sue nak bawa satu keluarga.Ada rezeki lebih lagi boleh bawa Mak dan Abah Kak Sue pula.Selalu Kak Sue tengok atau dengar aja keluarga atau kawan-kawan yang ke Tanah Suci,harap suatu hari akan ada rezeki kami sekeluarga ke sana..Kata kawan Kak Sue pasang niat dulu,insyaAllah Allah akan mudahkan kita kesana,nanti semua jadi mudah..semoga ada rezeki kami sekeluarga ke sana nanti..aamiin!

Impian lain,Kak Sue nak beli rumah kat Rawang nie dan nak ada kedai sendiri untuk berniaga bersama keluarga Kak Sue.Kalau boleh Kak Sue nak anak-anak bekerja sendiri,berniaga macam Kak Sue dan Abang Man.Sekarang nie anak dara dan anak sulung Kak Sue..Kakak memang nampak berminat nak berniaga,dan Kakak pun ada impian nak ada cafe sendiri satu hari nanti..aamiin!

Selain tu,impian Kak Sue semoga anak-anak Kak Sue berjaya dalam bidang masing-masing,menjadi anak yang soleh dan solehah,baik akhlaknya serta cemerlang dunia,akhirat.Zaman sekarang nie agak menakutkan bila kita tengok macam-macam masalah sosial kan..semoga dijauhkan dari keluarga kita..aamiin!

Semoga semua impian Kak Sue bakal dicapai tak lama lagi,semoga dipermudahkan semua urusan kita semua.Tak salah kita punya impian,mana tahu satu hari akan terlaksana..yang penting kita doa,usaha dan tawakal..jumpa lagi,papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.