Selamat Hari Jadi Ustaz Kecik

November 13, 2016

Assalamualikum,hai semua!Alhamdullilah walau pun Adik masih tak sihat,dapat kami sama-sama luangkan masa untuk hari jadi Adik kali nie.Adik hadiah paling bermakna setiap kali bila tiba hari jadi Kak sue,sebab Adik lahir sehari selepas hari jadi Kak Sue..haaa menarik kan Allah susun.Setiap tahun sambut sekali hari jadi sama-sama..
selamat hari jadi,hari jadi anak

Ustaz Kecik Ibu


Selamat Hari Jadi Adik,Ustaz Kecik Ibu...Ibu doakan semoga Adik sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang Allah,kesihatan yang baik,umur yang bermafaat,diterangkan hati,menjadi anak yang soleh,baik akhlaknya dan cemerlang dunia,akhirat...aamiin ya rabbilaalamin!

Terima kasih Kak Sue ucapkan kepada kawan-kawan dan keluarga yang sudi wish birthday Adik,seronok berul Adik.Kak Sue sekeluarga dijemput ke rumah senior Kak Sue Kak Ina Trimo masa kerja di Scalinis dulu.Bukan setakat sahabat..kakak dan kadang macam mak dah...ehehe,macam satu keluarga dah.Walau kami jarang berjumpa dan berhubung hubungan silaturahim yang dah berbelas tahun lamanya tetap erat..sentiasa bila ada masa lapang kami masih terus keep in touch
selamat hari jadi
Terima kasih Kak Ina Trimo dan Kak Bibi atas kejutan makan-makan sempena hari jadi Adik dan Sue.Tak sangka pula siap setting table bagai dengan lilin macam candle light dinner,hihihi..Hargai sangat Kak..semoga akak-akak sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah ya..love you both Kak..

selamat hari jadi
Menu yang dihidangkan tak pernah tak sedap!Menu utama Spagetti Olio makanan kegemaran Adik,hari-hari masak pun tak apa.Bertambah Adik makan hari nie..
selamat hari jadi,quiche lorraine
Quiche Lorraine dimasak oleh Kak Bibi dan Kak Ina.Kak Sue first time merasa sejenis tart atau pai yang dimasak dengan cheese,telur dan bayam.Kalau pengemar cheese memang kena cuba nie...sedap tau!
selamat hari jadi
Chocolate Cheese Cake nie Kak Bibi yang buat,Kak Bibi memang hebat kalau tentang kek dan desert.Kak Bibi chef ditempat kerja lama Kak Sue dan kalau korang perasan dan masih ingat Kak Bibi pernah jadi Chef jemputan di Master Chef Astro bebrapa tahun dulu.Sekarang Kak Bibi masih lagi dengan bidang yang sama bersama Kak Ina dengan perniagaan mereka sendiri M'Rimbun Catering

Terima Kasih kepada Kak Ina,Kak Bibi dan Abang Man yang merancang kejutan pada sambutan hari jadi Kak Sue dan Adik kali nie..hargai sangat!Pada korang yang nak kejutan hari jadi macam nie atau apa-apa majlis boleh hubungi detail di bawah nie ya..

M;Rimbun Catering
Ina Trimo
No 11,Jalan 2/15,Bukit Indah
68000 Ampang,Selangor
Email
mrimbuncatering@hotmail.com
Tel no
016 9966926
03 62411931












You Might Also Like

1 ulasan

  1. wow... meriahnya makanan... beruntung adik leh makan byk2... selamat hari lahir ustaz kecik... :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.