D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Lagi..

October 04, 2016

Assalamualaikum,hai semua..Hari nie tetiba Abang Man ajak Kak Sue dan anak-anak makan di D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe.Lagi pun dah lama kami sekeluarga tak makan sama-sama kat luar.Semenjak Adik masuk asrama nie,memang kami sekeluarga kurang makan kat luar dah..nanti teringat-ingat kat Adik..huhuhu..nak makan pun tak seronok..

Kak Sue dan keluarga dah datang D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe nie beberapa kali dah..Tambah pula Kak Sue dan keluarga memang suka makan seafood dan steamboat.Dekat pula dengan rumah Kak Sue,parking pun senang tepi jalan ja..memang jadi pilihan pertama kalau terasa nak makan steamboat.Kat sini juga ada disediakan surau dan tandas yang bersih..tu yang paling penting kan kalau makan kat luar nie..


D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe Yang Unik dan Sedap

Apa yang menarik dan unik kat sini semua bahan diletakkan dalam sampan macam nie..haaa..menarik kan.Ada bermacam pilihan seafood,daging dan ayam.Ada juga pilhan sayur-sayuran dan sos..pilih aja mana yang berkenan kat tekak..ehehe..

Macam biasa Kak Sue dan keluarga pilih kuah tomyam dan Kak Sue nak kongsikan kat sini kali nie kan kuah Tomyam kat sini lebih sedap dari biasa tau..memang sangat puashati..Kira ada penambaikan kat sini dari segi kuah tomyam dan sekitar restoran..tapi tu la gambar restoran tak sempat nak ambik..orang dah ramai datang hari tu,takut menganggu pula kan,lain kalau datang untuk food review..eceh..ehehe..
Second round tambah lagi..ehehe..Kat sini memang sentiasa bahan makanan di tambah,jadi kalau kita nak tambah tu sentiasa ada ja.Tak ada la kes macam pernah Kak Sue pergi kedai lain bila nak ambil makanan dah habis,dah nak kena tunggu pula mereka tambah dulu..tak seronok lah macam tu kan..tengah mood nak makan..nak kena tunggu dulu la pulak..
Dah siap makan,tengah relaks-relaks tetiba staff D'Manggis Steamboat datang bawa bunga untuk Kak Sue,terkejut hakak!Rupanya Abang Man dah berpakat dengan mereka bila dah siap makan,minta tolong hantarkan untuk Kak Sue..alooo touching Kak Sue.Terima kasih sayang dan juga untuk adik yang sporting tu..Ada kejutan Anniversary kami lagi rupanya..tak dan nak ambik gambar pun..ehehe..

Untuk korang peminat steamboat,Kak Sue memang cadang datang makan kat sini memang sangat puashati tau..kat sini juga ada ruang makan dan dewan VIP mana tau korang nak buat apa-apa majlis kat sini kan boleh hubungi alamat dan nombor yang Kak Sue kongsikan nanti ya..Selamat mencuba,papai!


D'Manggis Steamboat & BBQ Cafe
Alamat
254 Batu 17, Kampung Cempedak, Lorong Manggis
Kuang, 48050 Rawang, Selangor
No Tel
603 6038 6844 / 019 233 1973



You Might Also Like

5 ulasan

  1. salam kak sue, bestnya steamboat... lama tak makan

    ReplyDelete
  2. sdpnye...ingt dulu duk kat jinjang..x jauh mana ngn rawang ni..pnh lalu ja p kenduri kawan somi..smpai ke hari ni x termakan kt sini...hehehe..npk ok lauk2 nya

    ReplyDelete
  3. Nampak cam meriah dan sedap...

    ReplyDelete
  4. Salam, nak datang kena booking dulu ke?

    ReplyDelete
  5. Salam, nak kena booking dulu ke sebelum datang?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.