Nasib Peniaga Di Stadium Shah Alam - 2

Assamualaikum semua,hari nie Kak Sue dan Abang Man ke Stadium Shah Alam bagi pendaftaran nama peniaga dan pekerja untuk perlawanan akhir bola sepak Piala FA pada sabtu hujung minggu ini.Sebelum nie Kak Sue ada kongsi kami berpeluangan untuk berniaga untuk tiga game dan ini merupakan game terakhir untuk kami berniaga di kiosk Stadium Shah Alam pada tahun ini.Selepas ini seperti biasa borang untuk permit baru akan dibuka kepada semua peniaga yang berkelayakan
Untuk pertama kali sepanjang pengalaman Kak Sue berniaga di sini,tiada taklimat untuk peniaga pada kali ini.Hairan jugak tak ada sebarang taklimat.Kami berpendapat masalah yang pernah Kak Sue suarakan kat sini,hanya dipandang sepi oleh pihak berkenaan.Semua pihak tak ada kuasa untuk menghalang peniaga-peniaga rambow,habis siapa yang ada kuasa??Pandai-pandai lah kami nanti nak hadap peniaga ranbow nanti.Kak Sue pun dah rasa tawar hati sebab alasan yang diberi amat disesalkan.Semoga dipermudahkan urusan semua peniaga pada hujung minggu nie..aamiin ya rabb..

Post a Comment

0 Comments