Tempah Tarikh dan Check Up Adik

February 15, 2016

Assalamualaikum,semalam Kak Sue dan Abang Man dah tempah tarikh untuk Adik.Ye lah Adik kan sibuk mintak nak berkhatan,dah alang-alang cuti sekolah dua minggu nie kami pun setuju lah dengan permintaan Adik.Memula nak buat tempahan kat area taman perumahan Kak Sue aja,tapi semua tak buat waktu biasa,cuma cuti sekolah aja dan tak buat Smart Klamp.Terpaksa la cari kat tempat lain..

Kami akhirnya buat tempahan di Klinik Dr. Rosli kat Batang Berjuntai tempat Abang berkhatan dulu.Memula klinik nie pun tak buat berkhatan pada waktu biasa,tapi Kak Sue bagi tau Adik bersekolah di tahfiz.Jadi dapatlah kelonggaran untuk berkhatan kat situ.Kami pun buat temujanji dulu dan tarikhnya adalah esok.Alhamdullilah hari nie Kak Sue dan Abang Man bawak Adik untuk check up Adik sebelum berkhatan esok.Semuanya okay dan tak ada masalah,doktor pesan suruh datang awal esok.

Semoga di mudahkan urusan esok,Kak Sue pulak yang dub dab..dub dab,maklumlah Adik tu manja sikit orangnya.Esok Adik akan melangkah ke alam dewasa..dah boleh jadi imam bak kata Adik..ehehe..kita jumpa esok ye,papai!

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.