Salam Maulidur Rasul

11:50:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,Salam Maulidur Rasul semua,esok kita semua akan menyambut ulang tahun kelahiran kekasih kita Nabi Muhammad saw.Kalau boleh kita banyak kan selawat,sambil kita buat kerja rumah,tengah berkerja pun boleh berselawat..
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia di dunia dan di akhirat..aamiin ya rab!

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuti-Cuti Bukit Merah LakeTown Resort

1:12:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,kali nie barulah Kak Sue berkesempatan nak bercuti di negeri dan tempat kelahiran sendiri, kat Taiping Bukit Merah LakeTown Resort.Selalu kalau kawan-kawan share pasal Bukit Merah Lake Town Resort nie Kak Sue memang tak tau nak cerita macam mana sebab tak pernah pergi pun walau dah dekat dengan Batu Kurau kampung Kak Sue..Akhirnya dapat juga datang sini kan..


cuti-cuti bukit merah lake town resort
Cuti-Cuti Bukit Merah Lake Town Resort

Cuti - Cuti di Bukit Merah Lake Town Resort


Kak Sue bertolak dari Langkap rumah mertua Kak Sue sebelah pagi, dan sampai Bukit Merah ngam-ngam tengahari.Sebelum tu Abang Man dah booking awal di Aparment Suria Servis jadi kami cuma ambil kunci dan terus berehat kat bilik menghilangkan letih kejap.Nak booking kat Bukit Merah Lake Town Resort penuh pula jadi terpaksa sewa apartment berdekatan kat situ.

Adik dah tak sabar dah nak mandi kolam, tapi tunggu kejap sebab nak makan tengahari dan berehat sambil tunggu adik dan Mak Kak Sue sampai.Dah dekat dengan rumah, alang-alang ajak mereka join sekali seronok sikit kan..


cuti-cuti bukit merah lake town resort


cuti-cuti bukit merah lake town resort

Apartment Suria yang Kak Sue lepak nie, bagi Kak Sue boleh tahan aje lah.Suasana tempat agak jauh ke belakang, kemudian berabuk macam tak berjaga.Cuma kelebihannya kolam yang agak luas.Nak makan pun kena keluar dari kawasan apartment tu, pun agak jauh jugak lah.Mulanya Kak Sue nak lepak dua hari tapi memandangkan keadaan apartment yang sedikit kurengggg tu, kami batalkan.Ambik sehari aja la..esok kami check out, tapi sebelum tu kasi can la anak-anak mandi- manda dengan sepuasnya...

Esoknya kami check out dan ambil keputusan nak sambung cuti kat pekan Taiping aja.Anak- anak pun belum puas lagi bercuti kan.Kalau kat pekan Taiping nak cari hotel yang ada kolem mandi rasanya tak banyak.Tapi dekat dengan pekan Taiping..senang nak cari makan atau beriadah di kawasan sekitar.Nanti Kak Sue sambung cerita lagi cuti-cuti Kak Sue kat pekan Taiping ya..jumpa lagi.Papai..!

Jom singgah sini Cuti - Cuti ke Taiping Bandar Warisan

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cabaran Gambar Black & White

10:59:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie kawan Blogger dari KBBA Nina yang comel kecik molek dan pandai masak tu,tag nama Kak Sue untuk cabaran gambar black and white yang banyak dah di kongsi oleh kawan-kawan blogger Kak Sue yang lain di facebook.Menarik pulak tengok gambar-gambar depa..semua cun-cun belaka..
Kak Sue sahutlah cabaran Nina untuk post gambar black and white selama lima hari.Nak kena pilih dan ambik gambar yang menarik nie..ehehe..Hari nie gambar pertama Kak Sue adalah mesin jahit model lama mak mertua Kak Sue punya.
Mak memang ada dua,tiga mesin jahit nie,barangan antik lain pun baayak jugak kat rumah mertua Kak Sue nie,tapi nak kena punggah store la pulak nanti.Suka betui kalau tengok barang-barang antik mak..paling suka almari pinggan mak,nostalgia betui!!Tunggu gambar hari kedua Kak Sue kat facebook esok ya,gambar apa pulak la esok ye..papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cinta Orang Dedulu..

11:27:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,Kak Sue bercuti di kampung Abang Man sekarang nie.Sambil rehat-rehat Kak Sue ambik gambar rumah mertua Kak Sue nie..Kak Sue memang suka rumah kayu lama nie.Bila tengok bumbung rumah,teringat pulak kisah orang dulu-dulu..
Kita sebagai orang melayu memang tebal dengan adat dan pantang larang.Dedulu anak dara mana boleh keluar tak tentu hala,tak tentu masa.Kalau bercinta pun sorok-sorok dari keluarga,sebab orang tua agak tegas kan,sentiasa mengawasi anak- anak mereka..
Macam tu jugak dengan anak teruna,tak boleh suka-suka nak bawak keluar anak dara orang tanpa izin.Kalau bercinta pun berhubung melalui surat menyurat aja.Dan katanya..orang dedulu jugak kalau rindu,dapat tengok bumbung pun jadilah,walau tak dapat jumpa orangnya.Betul ke..macam menarik je kan cinta orang dedulu.. ;)

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Gaji Pertama Abang..!

11:47:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,rasa dah sebulan lebih Abang tolong Abang Man meniaga kat pasar malam.Selalu tolong kat gerai burger je,tapi sekarang nie tiap rabu dah nak tolong Abah meniaga,Alhamdullilah.Lagi pun cuti sekolah tak ada buat apa,dari merayau dengan kawan-kawan atau main game kat rumah,baik tolong Abah,dapat jugak gaji..haaa,anak sendiri pun bayar gaji tau jangan tak tau..ehehe..
Sebenarnya Kak Sue dan Abang Man sengaja nak ajar anak-anak kami supaya pandai berdikari dan menghargai.Jangan semua nak harap pada orang tua atau orang lain.Kalau nak kan sesuatu barang tu,kami suka anak tu kumpul duit sendiri,dari duit belanja sekolah atau dari hasil depa tolong kami niaga tu kadang-kadang.Kalau tak cukup ke apa kami akan tambah la,janji ada sikap nak menabung dan berjimat.Bila barang atas usaha sendiri,anak-anak lebih menghargai barang mereka kan..
Semalam Kak Sue dan Abang Man dah janji dengan Abang,kalau cukup gaji boleh la Abang nak handphone baru.Duit gaji pertama tolong Abah dah cukup,cuma nak top up sikit ja.Tengok muka Abang ceria ja,seronok la tu dapat apa yang di impikan.Kak Sue bukanlah nak manjakan anak-anak dengan gadjet tapi kadang handphone nie dah merupakan keperluan dah sekarang nie.Cuma pepandai kita la nak pantau nak-anak tu kan..Jangan la sampai benda-benda tu semua merosakkan anak kita.Semoga kita sentiasa memantau anak-anak kita agar kita tak menyesal di kemudian hari..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Menang Hadiah Dari Cosmoderm

3:02:00 AM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,semalam Kak Sue terpilih antara pemenang hadiah dari Cosmoderm untuk peraduan #snapdanmenang bersama Duta Cosmoderm Ben Ashaari di muka depan Sinar Harian.Kak Sue tak sangka pulak terpilih sebab ada ramai lagi gambar yang lebih menarik,tapi dah rezeki Kak Sue kali nie kan,alhamdullilah..!

Kak Sue dapat pencuci muka Cosmoderm Tea Tree Oil dan produk ini sesuai untuk kulit berminyak dan kulit bermasaalah.Kak Sue memang pakai pencuci muka nie pun,jadi jimat la Kak Sue untuk beberapa bulan..ehehe..Terima kasih Cosmoderm!Pada yang berminat nak dapatkan barangan Cosmoderm boleh la ke mana-mana farmasi yang terpilih di seluruh Malaysia atau layari kat sini Cosmoderm ...jumpa lagi,papai!


5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kan Dah Kena Tegur..!

10:16:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,selamat malam semua.Hari nie Kak Sue nak kongsi mimpi Abang anak nombor dua Kak Sue.Semalam Abang dan Adik berebut nak tidur atas riba Kak Sue,Abang tidur lena tapi tak sampai 10 minit tidur badan Abang tersentak-sentak.Ingat Abang main-main je,sebab Abang memang suka menyakat.Sekali bila Kak Sue tengok bebetul rupanya memang Abang tidur.Mimpi apa entah.Sejak dua menjak nie Abang macam takut-takut je kalau tinggal sensorang..

Ada satu malam tu,tetiba Abang turun dari atas terus lepak kat tangga dan termenung.Muka macam panik ada,macam risau pun ada.Pelik pulak tetiba bangun tetengah malam buta.Kebetulan Kak Sue dan Abang Man belum tidur lagi,Kak Sue pun tanyalah Abang kenapa dengan Abang nie.Kata Abang,Abang mimpi benda takutlah Ibu,Abang mimpi ada benda bertanduk cakap dengan Abang,benda tu kata Abang tak boleh balik kena tinggal dengan benda tu selama empat hari.ahhh..sudah,buat pulak Abang nie..

Sebenarnya kan,sebelum nie Abang pernah demam.Badan panas gila,tapi Abang mengigil sejuk sampai bergoyang-goyang badan.Yang pelik,demam malam je,lepas subuh terus elok macam biasa.Cuma Abang kurang bercakap dan makan,mata pun merah je.Kak Sue pun tak ada syak apa-apa,cuma ingat demam biasa je lah

Kebetulan masa tu,kami nak balik kampung Teluk Intan,kat kampung pun Abang asyik tidur aje sepanjang hari,badan tak panas dah.Makan tak nak,apa pun tak nak.Sampai la kami nak ke Taiping kampung Kak Sue pulak.Bila kat sana Mak Kak Sue tegur,kenapa tak baik-baik lagi demam,pergi klinik pun sudah,jom la ikhtiar berubat cara kampung pulak

Bila berubat kampung memula tu tak ada apa,nenek tu baca doa dari ayat Al-Quran macam biasa,tapi tetiba nenek tu jadi macam tak ingat pulak.Tetiba cakap siam kau,terkejut Kak Sue!Rupanya Abang 'tertegur'..ada benda menumpang kat badan Abang katanya.Itulah suka sangat merayau merata,tak kira masa!!

Sebenarnya,secara tak langsung Allah nak tegur kita.Tegur Abang supaya jangan susahkan hati Ibu dan Abah asyik dok merayap merata ikut kenkawan tak ikut masa.Teguran untuk Ibu dan Abah pulak,sentiasa ambik tahu perkembangan anak tu nak kemana,dengan siapa dia berkawan,tu yang sebenarnya..kan..kan..kan dah kena tegur!!Hambik nak sangat..


2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Persiapan Baju Sekolah Anak-Anak Dah Selesai

11:11:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,alhamdullilah semalam dah selesai Kak Sue buat persiapan sekolah anak-anak.Beli baju,kasut,beg dan alat tulis dulu,buku belum beli lagi.Kak Sue beli kat Hari-Hari dan Mydin je semalam.Banyak gak beza harga dari tempat sebelum Kak Sue ke sana.Sekarang nie nak kena pandai banding harga,kalau tidak sesak nafas..hahahaha..

Kakak tak nak beli baju sekolah tahun nie sebab katanya yang tahun lepas masih tak pakai.Ada dua helai lagi baju,jadi pakai yang itu aje.Cuma tudung je Kakak nak beli baru sebab tudung tahun lepas dah pendek.Kakak memilih nak beli tudung jenama Canggih sebab katanya senang nak bentuk tudungnya.Biasa lah budak perempuan kan..Pakai tudung berejam rejam.Ibu dulu pakai tudung senget pun ramai peminat..#ehhhh.. 

Abang pun nak beli jenama Canggih juga,itu pun tak nak jugak beli baru memula tu.Pakai yang lama je Ibu,abang okay je,Ibu pulak tak sampai hati anak nak sekolah tak bertukar baju.Lagi pun ada rezeki kan,memang dah ketepikan belanja untuk persekolahan anak-anak.Baju tahun lepas bukan tak elok,tapi dah agak kusam sikit,dah lelaki kalau pakai tu paham-paham je la,comot sana sini..Konon bergurau dengan kawan,habis baju berkaler-kaler..sabar je la ..

Adik pula Kak Sue dan Abang Man pilih jenama Jony & Jeny sebab bagi Kak Sue jenama nie mudah nak menggosok.Sekali gosok terus hilang kedut,dah la sekali nak menggosok lima,enam helai baju sekolah.Nak cepat pilih jenama nie je mudah.Rasanya Kak Sue dah pakai jenama nie nak masuk empat tahun dah dan puashati sangat.Esok nak selesaikan bab buku pula kat sekolah,terasa betul tahun nie dengan perbelanjaan sekolah anak-anak semua benda naik harga sekarang nie..Sabar je la!

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Meminta Dan Memberi Maaf

12:16:00 AM Kak Sue 0 Comments


Assalamualaikum semua,Kadang-kadang kita nie memang susah nak meminta dan memberi maaf kan.Kak Sue nie kalau marah kalau kena gaya cepat je sejuk hati nie.Cuma kalau tak kena gaya tu yang jadi susah nak sejuk..ehehe.. walaupun hati dah maafkan tapi masih berbekas kat hati..40 tahun belum tentu boleh lupa lagi..hamboi mak melampau gitu kan..hahahaa..

Sebenarnya meminta maaf tak menjadika kita hina pun dan memberi maaf takan menjadikan kita bangga.Malah boleh buat hidup kita lebih tenang dan bahagia.Semoga Kak Sue belajar ikhlas memaafkan semua orang,berlapang dada,bersangka baik dan Kak Sue juga mohon maaf pada semua orang andai ada salah dan silap dari percakapan,penulisan dan perbuatan Kak Sue ye.Semoga kita sentiasa muhasabah diri kita dan keluarga kita..Jumpa lagi,papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Piala Malaysia 2015 Tahniah Selangor!

8:48:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,Kak Sue nak ucapkan tahniah kepada pasukan Selangor kerana berjaya menjadi johan dan mencapai misi 33 menjulang Piala Malaysia pada tahun 2015 di Stadium Shah Alam.Kepada pasukan Kedah,jangan hampa ye,tahun depan boleh cuba lagi.Kak Sue pun ada kat sana,macam biasa la berniaga..cari rezeki kan,memang terasa kemeriahan dari kedua-dua penyokong..seawal tengahari dah ramai penyokong-penyokong memenuhi perkarangan stadium..
Harap tahun depan pihak FAM dan Stadium Shah Alam dapat memantau penjualan tiket sebab ramai kecewa tak dapat tiket kan,datang punya la awal sekali tiket habis!Begitu jugak dengan peniaga-peniaga rambo,ramai gila tahun nie..letih haih nak bersaing dengan depa..!!Harap ada pihak dapat la memandang isu yang serius nie ye..sekali lagi,tahniah Selangor!!Esok cuti ye..papai!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Buku Mewarna Terapi Minda

11:48:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,kadang-kadang seharian kita buat kerja,stress memikir macam-macam hal,penat kan badan dan fikiran.Setiap orang berbagai cara nak releasekan stress mereka.Bagi diri Kak Sue pulak samada bersama keluarga,melayan kerenah anak-anak ketika bersantai sambil berehat,ambik gambar atau mewarna..

Hari nie Kak Sue nak kongsi buku mewarna yang Kak Sue baru je beli minggu lepas Secret Garden dan satu lagi Kak Sue order dari Rizal PaperBag Head,Monsterism baru dapat hari nie,seronok sangat nie..teruja nak mula mewarna..

Kak Sue mulakan mewarna buku mewarna Bunga & Monster nie,dari Rizal Paperbag Head nie dulu..selalu nampak kat Instagram atau di facebook,sekarang depan mata dah,apa lagi..jom kita mewarna..


Gigih nie mewarna,sambil rehat-rehat tengok tv,nanti dah siap,Kak Sue tunjukkan ye..pada yang berminat dengan buku Secret Garden boleh dapatkan kat kedai buku Popular,untuk Monsterism pula boleh follow Rizal Paperbag Head kat Instagram atau di Facebook

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

The BodyShop | Vitamin E Face Mist

9:03:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua, hari nie Kak Sue nak kongsi satu produk yang Kak Sue gunakan dari The BodyShop,Vitamin E Face MistKulit Kak Sue tersangat la kering, jadi promoter kat situ suggest kan Kak Sue pakai rangkaian produk Vitamin E, dari pencuci muka sehingga lah produk muka yang lain antaranya face mist nie lah


The Body Shop Vitamin E Face Mist


Face Mist nie kan bertindak sebaga pelembab kulit kita dan dapat mengekalkan solekan kita agar nampak sentiasa segar. Selepas siap ja kita make up atau macam Kak Sue cuma pakai bedak compact kita sembur kan sekali kat muka kita dan biarkan kering. Masa nak sembur tu tutup mata dan pegang botol kira-kira dalam empat inci dari muka, pastu biarkan jaa muka kering. Rasa sangat segar dan sejuk.. muka pun akan glowing gitu tau...

Face Mist nie juga sesuai untuk semua jenis kulit, dari kulit biasa sehingga ke kulit kering. Kak Sue paling suka pakai kalau ada aktiviti kat luar rumah. Kalau rasa kulit tu kering dan terbakar, sembur je face mist nie rasa segar dan menghidratkan kulit kita. Selain itu, sapa yang kerja kat office ber aircond kan sesuai sangat pakai face mist nie tau. Sebab aircond nie boleh buat kulit kita kering. Kak Sue memang rekemen laa pakai face mist nie dengan saiznya yang agak kecil sesuai nak letak dalam hand bag, harga pun berpatutan.Selamat mencuba..Papai!


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Piala Malaysia | Selangor dan Kedah Layak ke Final

7:28:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,Ahad hari tu seperti biasa Kak Sue ada kat stadium Shah Alam,berniaga sambil tengok bola.Cuma hari tu agak sibuk sikit jadi tak sempat pun nak jeling ke padang.Penonton pun agak ramai malam tu,nak lalu kat tangga pun dah tak boleh.Semangat betul peminat The Red Giant..
Pasukan Selangor berjaya mengatasi pasukan Pahang dengan 2-0 dan telah melayakkan Selangor untuk ke final Piala Malaysia,begitu juga dengan pasukan Kedah berjaya menundukkan Felda United 2-1 di Stadium Darul Aman.Tahniah Kak Sue ucapkan pada pasukan Selangor dan Kedah kerana berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 12 haribulan Disember 2015 pada sabtu depan di Stadium Shah Alam.Pasukan mana yang akan muncul juara Piala Malaysia,kita tunggu sabtu nie.Jumpa di sana nanti ya,InsyAllah..Papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

KidZania Kuala Lumpur Pengalaman Menyeronokkan

12:33:00 AM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum semua,sabtu lepas Kak Sue berpeluang ke KidZania Kuala Lumpur bersama anak Kak Sue,Adik buat pertama kali.Jangan kata Adik,Ibu pun ikut teruja.Selalu dok baca atau dengar pengalaman kawan-kawan aje kan,tapi kali nie dapat peluang ke sana merasai pengalaman yang menyeronokan sendiri depan mata..ehehe..

Untuk pengetahuan semua,KidZania nie hanya untuk kanak-kanak seawal dua tahun sehingga 17 sahaja,ibu bapa hanya untuk memantau anak-anak mereka sahaja,tak boleh join sekali main pulak ye.Memula datang tu,kita daftar dulu dan kena pakai tag yg telah di scan dan di berikan cek bernilai 50 Kidzos.Cek tu kita perlu tukarkan di bank CIMB kepada duit Kidzos untuk bermain semua yang ada dalam KidZania nanti
Kita tukar duit dulu kat bank,nanti dah dapat cash baru kita boleh main yang mana berkenan kat hati.Banyak pilihan kat dalam KidZania,semua best-best..


Adik dah teruja sangat nie,mata dah tak tengok camera dah,sana sini dia tengok bebudak lain dah mula bermain dengan memacam pilihan menarik kat sini,sabaq sat Adik na..


Memula naik tingkat atas dulu,Kak Sue suruh Adik cuba permainan yang mudah.Nak tengok macam mana reaksi Adik bertemu kawan baru dan faham tak arahan yang di berikan..First stop di Spritzer,Adik kerja kat situ dan perlu ikut arahan yang di beri,dah selesai semua baru dapat gaji..


Game yang kedua Milk Factory Vitagen MaryGold,yang nie perlu bayar Kidzos tapi tak ingat berapa.Belajar bagaimana nak buat vitagen secara ringkas kemudian bila dah siap dapat la sorang satu air vitagen..


Yang Ketiga di BH Petrol,sebenarnya masa nie Kak Sue tinggalkan Adik sekejap sebab nak masuk ke dewan dengar Forum Positive Parenting tu,bila dah habis forum tu Adik kat sini.Dah pandai dah berdikari cari apa game yang dia suka,kebanyakannya Adik berkerja sebab Adik nak kumpul duit Kidzos tu..teruja sangat Adik,ehehe.Korang jangan risau kat sini anak-anak tak boleh keluar dari kawasan nie,sebab pakai tag kat tangan tu kan..so kalau terhilang ke apa,depa takan boleh keluar sendirian


Yang keempat Recycling Centre,dari mula masuk Adik sibuk nak kerja kat sini.Rajin betul anak Ibu..kerja..kerja..kerja!Hahaha..Jadi kebetulan tak ramai yang menunggu Kak Sue izinkan Adik kerja kat sini sambil Kak Sue lepak-lepak kejap ngan ibu yang lain..


Last perkerjaan Adik di KidZania,Police Station..nak jadi polis pulak.Kat sini agak lama menunggu sebab feveret kan bebudak lelaki jadi ramai dah beratur.Tunggu jugak sebab Adik nak sangat kan,gaji pun di bayar mahal..hahaha..nanti dah abis kerja boleh la simpan semua duit kat bank..


Dah nak balik dah,memang pengalaman pertama di KidZania Kuala Lumpur yang menyeronokkan.Ada juga game yang menarik tak sempat nak main sebab ramai sangat yang menunggu,next time pasti akan datang lagi sini.

Sebelum balik tu bolehlah simpan duit hasil 'kerja' anak-anak kita kat sana dalam bank.Nanti bila kita datang sini boleh keluarkan duit yang kita simpan nie dan juga boleh tebus barang KidZania di store kat dalam nie.Terima kasih pada kawan blogger Kak Sue Hanim dan KidZania kerana sudi pelawa Kak Sue,lain kali jemput la lagi ye..ehehe.Untuk keterangan lanjut boleh la layari www.kidzania.com.my

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Forum Postive Parenting Di KidZania

1:31:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue terima jemputan ke KidZania Kuala Lumpur untuk menghadiri forum pengasuhan positif.Forum ini berlangsung selama dua hari tau kat sana iaitu 5 dan 6 disember 2015,iaitu hari nie dan esok.Sambil anak-anak kita bermain,kita boleh tambah ilmu untuk diri kita jugak.Hari ini tajuk forum adalah Pembangunan kanak-kanak dan keluarga dan telah di sampaikan oleh Encik Alexius Cheang ahli psikologi tingkahlaku dan Puan Aisha Zanariah Abdullah yang merupakan Jurulatih Montessori

Sementara Ibu dengar forum,anak-anak boleh main kat luar.Nanti Kak Sue kongsi next entri pengalaman Adik teroka KidZania yang super ohsem tu ya..

Slot yang pertama oleh  Mr Alexius Cheang bercakap tentang perlu positif dalam hal ehwal ke ibu bapaan,amat menarik sekali..tak sedar masa berjalan
Slot kedua pula oleh  Puan Aisha Zahariah Abdullah pula tentang hormat anak-anak dan anak-anak akan hormat kita pula,tak kurang menarik jugak topik nie..

Forum nie memang menarik bagi Kak Sue sebab banyak ilmu yang dapat kita praktikan bersama anak-anak kita.Bagaimana kita nak menangani anak-anak yang tengah membesar atau mungkin kita anggap sebagai bermasaalah.Sebenarnya kan kita perlu tau bagaimana kita bertindakbalas kepada anak-anak kita sama ada membina atau melemahkan lagi hubungan itu.Kalau korang nak tau lebih lanjut kena la datang esok untuk mengetahui atau belajar pendekatan dalam pengasuhan serta tips daripada pakar dalam bidang ini.

Jangan lupa datang beramai-ramai esok tau,terima Kasih KidZania..lain kali jemput lagi ehehe..papai!!




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Rindu Nur Zahra Aressa

1:28:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,rindunya Kak Sue pada anak buah yang seorang nie...Nur Zahra Aressa.Aressa cucu yang paling kecil buat sementara nie dalam family Kak Sue,mana la tau kan tetiba ada pulak anak buah baru lagi lepas nie..ehehe..Tentulah jadi perhatian dan tumpuan kan,sebab kakak dan abang sepupu yang lain dah besar-besar belaka.
Aressa,anak yang sangat baik,penyeri hidup Bonda dan Babahnya.Penghibur hati Tok Pah..Sekarang nie kata dah pandai buat memek muka la,buat kerenah yang mencuit hati kata Bondanya.Hilanglah penat Bonda balik kerja ya.Ibu angah sentiasa berdoa semoga Aressa membesar sebagai anak yang solehah,baik akhlaknya,kesihatan yang baik,cemerlang di dunia dan akhirat...aamiin!Sayang selalu untuk Aressa dari Ibu sekeluarga..muah!!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Salam Malam Jumaat

12:26:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua..Salam malam jumaat..Dah ngaji?Dah baca Yassin,dah baca Al Kahfi?Semoga semua amalan kita di terima Allah hendaknya sebab kita tak tau akan mati atas apa..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mobile Photography |Tema Flora Close Up

12:19:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,kali ketiga gambar Kak Sue terpilih best photo share di Group Sempoi Photography.Sebenarnya tak ada pertandingan atau hadiah pun,cuma kepuasan kat diri kita bila ada yang perasan gambar kita dan terpilih antara 10 yang menarik pada masa yang telah di pilih oleh admin-admin group.
Terima kasih pada semua admin,sentiasa menyokong dan memberi semangat pada orang yang masih baru macam Kak Sue nie.Masih banyak yang nak kena belajar.Harap Kak Sue dapat belajar tema yang lain pula lepas nie..Terima kasih sekali lagi!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pak Yus Dalam Kenangan

11:01:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,rasanya kita semua masih lagi bersedih dengan pemergian pelawak tanah air Pak Yus Jambu pada hari isnin 30.11.2015.Walaupun Kak Sue tak mengenali arwah secara peribadi tapi tak tau kenapa asal membaca atau melihat aja kisah Pak Yus airmata laju ja nak mengalir.Indahnya kematian Pak Yus bila semua berkongsi perkara yang baik dan amal jariahnya hanya kita tau selepas arwah telah tiada.
Arwah merupakan seorang yang sangat suka menolong orang,merendah diri dan menjadi salah seorang penyumbang kepada sekolah agama di negeri kelahiran beliau Sekolah Agama MADI di Jejawi Arau,Perlis.Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan di letakkan bersama golongan roh-roh orang yang beriman..aamiin.Al Fatihah..Pak Yus sentiasa dalam kenangan kita!

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.