Piala Malaysia Separuh Akhir 2015

8:44:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,hari sabtu yang lepas Kak Sue berkesempatan ke stadium bolasepak Shah Alam,bukan semata-mata tengok bola Kak Sue berniaga kat sana.Kak Sue memang ada kiosk kat dalam stadium tu,Alhamdullilah dah empat tahun Kak Sue dapat peluang berniaga kat dalam stadium Shah Alam,harap tahun depan pun ada lagi rezeki Kak Sue..ehehe..

Tahniah Kak Sue ucapkan pada pasukan Selangor kerana berjaya mara ke separuh akhir untuk Piala Malaysia tahun nie.Pasukan Selangor atau lebih di kenali dengan nama The Red Giants berjaya menumpaskan pasukan Sarawak pada suku akhir kedua.Stadium pun hampir penuh pada hari tu,bersemangat dan meriah betul..seronok tengok gelagat para penyokong
Tahniah juga Kak Sue ucapkan pada tiga lagi pasukan yang juga layak ke separuh akhir iaitu Pahang,Kedah dan Felda utd.Apa korang punya pasukan pilihan yang layak ke final tahun nie?Sama-sama kita tunggu pasukan mana yang layak ke final Piala Malaysia tahun nie nanti ye..Papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Peluklah Anak Setiap Hari

10:12:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum semua,salam jumaat.Korang dah peluk anak korang tak hari nie?Kak Sue kan hari-hari akan peluk anak-anak Kak Sue,tak kira la waktu menonton tv ke,waktu jenjalan ke sebab dah terbiasa dari mereka kecil dan nak anak-anak tahu yang Kak Sue sayangkan mereka dan mereka akan rasa selamat bila dalam pelukan Kak Sue.Jadi peluklah anak setiap hari

peluklah anak setiap hari
Peluklah Anak Setiap Hari


Jom Kita Peluk Anak Setiap Hari

Walaupun anak-anak Kak Sue dah besar panjang semua,itu tak menjadi hal pun.Anak-anak Kak Sue dah terbiasa dan tak rasa malu macam sesetengah anak-anak yang tak di biasakan dengan pelukan nie.Tiap hari kalau waktu bersekolah,anak-anak akan salam,cium dan peluk Kak Sue sebelum mereka ke sekolah.Macam tu juga kalau nak tidur malam,mesti peluk dulu dan good night kiss kata org putih,chewah....Kalau tak ada good night kiss,rasa tak boleh tidur pula rasanya sebab dah terbiasa dari mereka semua kecil lagi.

Sebenarnya kan anak yang sering di peluk,ada kajian menunjukkan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat.Selain dari itu dapat memberikan kesan positif yang lain serta dapat mengurangkan rasa stress dan cemas anak-anak kita.Jadi,peluklah anak kita setiap hari ye.Semoga keluarga kita semua sentiasa dalam berkasing sayang..papai!


3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kit Kat Emas Di Jepun

9:46:00 PM Kak Sue 8 Comments

Sumber Google
Assalamualaikum,siapa peminat Kit Kat kat sini?Kak Sue salah sorang peminat Kit Kat juga dan sentiasa ada stok aje dalam peti ais Kak Sue.Yang paling menjadi kesukaan Kak Sue yang biasa dan Kit kat Rubbies.Kalau dah rasa Kit Kat nie kan rasa macam ketagih la pulak,hari-hari mesti nak makan.Memula Kak Sue tumpang anak-anak Kak Sue punya,sekarang nie memang stok wajib la bila beli barang dapur dan stok jajan untuk anak-anak..
Hari nie Kak Sue terbaca kat surat khabar coklat Kit Kat bersalut emas akan mula di jual di Jepun pada hujung bulan nanti dengan harga RM70 bagi setia bar,hamboi mak hai..harga is pengsan!Sebanyak 500 bar coklat edisi khas akan di jual bagi meyambut penhujung tahun 2015.
Edisi terhad nie kan di beri nama Sublime Gold,yang mempunyai rasa penuh coklat pahit dan akan mula di jual di butik-butik coklat di lapan gedung jualan di seluruh Jepun.Nestle Jepun nie sebenarnya telah mengeluarkan lebih 200 perisa sejak Kit Kat mula di perkenalkan pada tahun 1973..eh sama dengan kelahiran tahun Kak Sue!Menarik kan,harap satu hari dapat la merasa Kit Kat Emas nie ya,apa yang istimewa sangat rasanya kan.Okay lah,jom rehat bersama Kit Kat..papai!

8 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mobile PhotoGraphy | Gambar Pertama Fauna

11:39:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi gambar pertama fauna atau boleh juga kita panggil serangga atau binatang yang Kak Sue ambik.Sebelum nie ada jugak yang Kak Sue ambik tapi tak sharp sangat gambar.Agak mencabar juga tau ambik gambar fauna nie,sebab sentiasa bergerak kan..nie nasib baik Cik Ching nie tengah lepak-lepak boleh la cecepat ambik gambar..ehehe

Kelebihan ambik gambar pakai handphone nie,sama je dengan kamera digital,kita boleh ambik gambar sebanyak yang boleh.Cuma masalahnya bateri habis atau memori dah full.Yang mencantikkan kan gambar juga seperti Kak Sue cakap sebelum nie adalah cara kita ambik gambar pada mulanya.Kemudian kita edit dan bermain dengan tool agar nampak tak keterlaluan sangat.

Kak Sue pun sebenarnya masih banyak lagi nak kena belajar dan sangat enjoy dengan hobi yang satu nie.Hari-hari Kak Sue akan cari bahan atau subjek gambar yang menarik atau lain dari yang lain untuk Kak Sue simpan sebagai koleksi peribadi.Blog Kak Sue juga merupakan salah satu tempat untuk Kak Sue kongsikan hasil dari hobi Kak Sue nie.Harap satu nanti Kak Sue berpeluang memperkembangkan lagi hobi Kak Sue pada kamera digital pula.Mana la tau boleh jadi jurugambar pulak nanti kan,ehehe..berangan dulu ye mana tau mimpi jadi nyata kan,jumpa lagi semua..papai!


2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Terpilih Best Photo Share Mobile PhotoGraphy Lagi..

11:10:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah gambar Kak Sue terpilih lagi kali nie dalam group Sempoi Photography.Group nie memang khas untuk kita kongsikan gambar dari handphone kita.Kak Sue memang dari dulu minat ambik gambar,tapi tak tau macam mana cara yang betul dan cara edit gambar agar tak keterlaluan.Nak belajar dari camera anak Kak Sue pun tak sempat lagi,jadi belajar kat handphone la dulu..ehehe..
Group Sempoi PhotoGraphy nie kita bebas berkarya,janji kita ikut lah undang-undang yang telah di buat dan pastikan gambar yang kita ambik tu memang gambar kita bukan cilok dari orang lain,suka-suka hati cakap gambar kita pulak ye..tak baik gitu!Kadang kita nak ambik gambar yang cantik,sharp jenuh jugak la terbongkok,terselit dan banyak ter lagi lah.Jadi tak adil la kalau ada yang senang hati je mengaku gambar mereka kan..
Sekarang nie Kak Sue teringin sangat nak ambik gambar serangga,atau dalam bahasa photography nie kita panggil fauna.Serangga yang kecil yang kita ambil secara close up atau macro,tapi memang nak kena sabar banyak!Kadang baru nak snap dah terbang pulak kumbang ..kalau semut lagi la bergerak laju bila kita snap ja gambar tu tak sharp.Harap nanti satu hari Kak Sue berjaya juga ber macro nie ye.Selain kita nak ambik gambar yang cantik,kita juga berlajar bersabar bila nak snap gambar nie tau.Bila Kak Sue dah berjaya nanti,Kak Sue share la kat sini okay.Jangan jemu singgah tau..Papai!!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pretz N' Beanz Cafe Pilihan Terbaik di IPC

9:11:00 AM Kak Sue 17 Comments

Assalamualaikum semua,sabtu yang lepas Kak Sue berpeluang melepak bersama team KBBA untuk mencuba makanan di Pretz n' Beanz yang terletak di IPC Shopping Centre Mutiara Damansara.Cafe nie berdekatan dengan entrance je,dan bertentangan dengan Starbuck.Kalau korang parking kat tingkat bawah,naik aje eskalator terus ke entrance Ikea dan cafe nie berada sebelah kiri kita..

Pertama kali Kak Sue sampai kat cafe nie,Kak Sue memang suka tengok hiasan dalamannya yang lain dari yang lain,cool dan relaks memang sesuai uttuk lepak bersama keluarga di hujung minggu atau makan bersama kawan pada waktu pagi atau tengahari kerana cafe nie beroperasi seawal 9.30 pagi hingga ke 10.30 malam,jadi boleh la nak ajak kawan breakfast atau lunch kat sini dan beroperasi setiap hari

Nie bahagian luar,boleh lepak sini smoking area dan lebih luas
Cafe ini menawarkan pelbagai pilihan pretzel dan pizza yang di bakar segar dan doh yang telah di buat di kilang mereka sendiri serta amat menjaga kualiti produk mereka.Tak hairan la pretzel kat sini di akui sedap dan lembut,memang lain dari pretzel jenama yang lain.Kak Sue berpeluang mencuba beberapa menu yang merupakan sinature kat cafe nie antaranya Basil Cheese Pretzel.Cinamon Sugar Pretzel,Chicken Hawaian Pizza,Hot Pepper Chili Chicken Pizza,Prenz n' Champion Baked Egg,Prenz n' Stew Chicken Green Curry.Untuk minuman dan desert Kak Sue order Green Tea Latte dan Chocolate Lava Cake With Vanila Ice Cream serta American Baked Cheese Cake..memang sangat sedap dan puashati.Tak rugi tau singgah sini..

Ini hot selling kat sini,Basil Cheese Pretzel dan Cinamon Sugar Pretzel serta Green Tea Latte..sedap tau,tak manis sangat green tea nie.Cuba yang nie tau..

Prenz n' Stew Green Curry Chicken,Kak Sue memang suka stew nie sedap sangat dan Kak Sue syorkan korang mesti order bila datang sini nanti

Prenz n' Champion Baked Egg,yang nie pun sedap juga telur di bakar bersama tomato,cendawan dan mozzarella cheese..yummy!!

Chicken Hawaian Pizza dan untuk pengetahuan korang crust pizza nie menggunakan doh yang sama untuk pretzel,memang lembut..

Kalau korang suka pedas boleh cuba Hot Pepper Chili Chicken nie,dan Kak Sue syorkan jugak order yang nie..sedap!!


Untuk desert pula Kak Sue order,Chocolate Lava Cake with Vanila Ice Cream memang terbaik!!Sedap gila..rasa tak cukup satu..ehehe..


Yang ini pula memang salah satu kegemaran Kak Sue,Cheese cake jadi order American Baked Cheese Cake ini jugak..


Menarikkan semua menu yang Kak Sue dah cuba,korang jangan lupa tau singgah sini,pasti tak mengecewakan.Sambil korang shopping kat Ikea tu,bila dah penat dan lapar boleh lah singgah sini.Cafe nie juga ada menyediakan Delivery Order tau,boleh la kalau nak order hubungi no 010 950 7536.Oh ya,sebelum Kak Sue lupa,Pretz n' Beanz nie ada dua cawangan tau satu kat IPC Shopping Centre dan satu lagi di Solaris Mont Kiara.Pada yang berminat boleh la klik link yang Kak Sue sertakan kat bawah ye..

Prent n' Beanz
Facebook
Address
G23,Ground Flour,IPC Shopping Centre
No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara 
47800 Petaling Jaya,Selangor







17 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pulut Inti Kuih Tradisonal Kegemaran

1:21:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,Kak Sue adalah salah seorang pengemar kuih tradisional,dan antara bebanyak kuih tradisonal salah satu kuih kegemaran Kak Sue ialah Pulut Inti.Kuih muih tradisional nie kan,sememangnya sesuai di buat sarapan pagi atau minum petang.Tambah pula kalau di makan bersama Teh O atau Kopi O panas,memang syok...
Kak Sue tak pandai dan belum pernah cuba lagi buat Pulut Inti nie sebenarnya,tapi InsyaAllah satu hari nanti nak juga cuba membuatnya.Sekarang nie pun susah tau nak dapatkan makanan tradisional macam nie kat kawasan bandar,kalau ada pun sekali sekala je dapat beli,macam pulut inti yang Kak Sue selalu beli,bukan tiap hari penjual kuih tu buat.
Rasanya kuih nie mudah juga nak buat cuma kukus pulut dan kacau inti kelapa aja,tapi kalau nak buat tu yang makan kat rumah nie,hanya Kak Sue dan Adik anak bongsu Kak Sue aja.Ingat nak cuba buat juga lah nanti,puas sikit makan kalau buat sendiri kan.Tunggu bila Kak Sue buat,Kak Sue akan kongsikan resepi kat sini nanti ya..sekian dulu,Papai!






1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelebihan OppO Dengan Handphone Lain

1:31:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,pagi tadi Kak Sue pergi ke Plaza Alam Sentral,Shah Alam nak tengokkan handphone Kak Sue sejak dua tiga hari nie macam ada masalah ja,jadi hang la,nak connect wifi pun macam tersekat-sekat la,dah macam kena virus dah handphone Kak Sue nie,risau pula nanti jadi lagi terok.Kebetulan Kak Sue dah biasa ke sana dan kenal kawan kat situ,jadi mintak tolong kawan tengokkan.Sambil kawan Kak Sue tengokkan handphone,Kak Sue pun cuci-cuci mata tengok handphone apa yang latest kat pasaran dan paling hot selling.Kata kawan Kak Sue,sekarang beliau banyak jual OppO.Korang nak tahu apa kelebihan Oppo dengan handphone lain..Jom kita tengok kelebihan Oppo nie jom..

kelebihan oppo dengan handphone lain
Kelebihan Oppo Dengan Handphone Lain - Gambar Sumber Google


Apa Kelebihan Oppo Dengan Handphone Lain

Kak Sue pun tanyalah apa kelebihan OppO nie,dan kawan Kak Sue bagi tau,katanya bila kita dah siap pakai apa-apa application kat handphone kita,selalunya kalau handphone lain,app tu masih running.Bila running benda tu akan makan space handphone kita dan buat handphone kita berat,tapi tidak dengan OppO katanya..kita boleh tutup app tu lepas kita menggunakan setiap app..

kelebihan oppo dengan handphone lain
Kelebihan Oppo Dengan Handphone Lain

Agak-agak korang paham tak apa yang Kak Sue cuba terangkan nie..kalau tak paham acher rujuk gambar atas nie ye.Di sebabkan benda nie la beliau tukar dari samsung ke OppO..macam menarik la pulak.Jom la kumpul duit beli OppO pulak,baru boleh review lebih mendalam lagi kan..eheehe..sekian dulu semoga bermafaat,papai!!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Antara Sunnah Malam Jummat

1:01:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,rasa macam baru ja lagi hari jumaat dah sampai hari jumaat lagi kan.Cepat betul masa berjalan sekarang nie kan.Malam jumaat merupakan malam istimewa yang di tunggu-tunggu oleh kita sebab terdapat banyak amalan yang boleh kita buat.
Salah satu sunnah pada malam jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi berdasarkan hadith Abu Said Al-Kudri ra dari Nabi Muhammad S.A.W dan kelebihan pada yang membaca surah Al-Kahfi ialah di pancarkan cahaya pada dirinya antara dua jumaat,di ampuni dosanya antara dua jumaat dan di selamatkan dari fitnah Dajjal..
Amalan kedua pula membaca Surah Yassin,dari Abu Hurairah ra,sesungguhnya Rasullulah S.A.W bersabda "Siapa yang membaca surah yassin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pegampunan"..
Selain pada itu kita kena banyakan berzikir,doa dan selawat.Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasullulah S.A.W bersabda,"Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku,Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu" HR Tarmizi
Semoga kita sentiasa istiqomah dan sentiasa dalam rahmat Allah..aamiin ya rab..


1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Khasiat Bunga Lengkuas

11:19:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum semua,malam nie Kak Sue nak kongsi mengenai Bunga Lengkuas yang Kak Sue ambil gambar petang tadi.Dah beberapa hari Kak Sue terpandang bunga lengkuas tu,tapi Kak Sue ingatkan pokok bunga apa.Petang tadi rasa tertarik hati pulak nak ambik gambar.Ada dua,tiga kuntum jugak la kat pokok lengkuas tu..dan ada yang dah kering pun
Memula Kak Sue post gambar di facebook,ada kawan yang kata Bunga Harum Sundal Malam..tapi ada yang kata pokok bunga lengkuas dan boleh buat ulam.Baru pertama kali kut tengok pokok bunga lengkuas nie,selalu tengok pokok bunga kunyit ja..Kalau pokok bunga kunyit memang Kak Sue pernah makan beberapa kali dah dan Kak Sue memang suka bau bunga kunyit tu wangi ja..
Pokok bunga Lengkuas nie menurut kawan-kawan Kak Sue boleh dibuat ulam.Di rebus dan di buat ulam,makan bersama nasi.Sedapnya ye.. ulam memang feveret Kak Sue la,kalau ada ulam dan sambal memang bertambah makan nasi..ehehe..Tadi Kak Sue google khasiat bunga lengkuas nie dan banyak khasiatnya sebenarnya
Antaranya di percayai pokok bunga lengkuas nie,mencegah pembiakan kuman dan bakteria dalam tubuh,membantu menghadamkan,melawaskan pembuangan air kecil dan besar serta dapat menyegarkan tubuh badan kita.Selain dari itu juga bunga lengkuas di percayai dapat menghidarkan kanser,kencing manis,darah tinggi,gout dan sakit kulit
Lepas nie boleh la kita cuba bunga lengkuas sebagai ulam kat rumah kita ya,lagi pun ulaman memang diakui salah satu pemakanan untuk awet muda kan,apa lagi jom kita cuba nanti dan semoga bermafaat untuk semua ya...papai!


3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Doa Dan Hati Kita Allah Yang Pegang

11:06:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,selamat malam.Hari nie Kak Sue nak kongsi sedikit kata-kata yang Kak Sue ambil dari wall dari salah seorang wanita yang sangat Kak Sue kagumi iaitu Puan Suzana Ghazali,Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie.Semoga bermafaat  dan menjadi panduan untuk kita semua
Kita tidak mungkin dapat mengubah sikap,malah hati orang lain..Tapi kita boleh berusaha agar hatinya,malah sikapnya berubah menjadi lebih baik.Usaha bermaksud laksanakan tindakan yang perlu beserta doa memohon yang terbaik daripadaNya.Jika Dia izinkan InsyaAllah usaha dan doa kita berhasil.Malah perlu juga berdoa agar hati kita mampu untuk redha dan terima segala yang terbaik di tentukanNya biarpun perkara tersebut bukan termasuk kehendak kita.Sesungguhnya,hati kita..hati orang lain juga,hanya di pegang oleh Allah SWT.Hanya Allah mampu berikan keputusannya..



2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kisah Abang Dan Bola - Game Pertama Abang

11:53:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie merupakan game pertama Abang mewakili One Team FC dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah.Pagi-pagi lagi Abang dah bangun  bersedia nak bertolak ke Padang Awam,Taman Ehsan Kepong bersama team Abang.Kami sekeluarga memang plan nak turun ke sana support Abang,tapi agak lewat sikit sebab Abang Man ada kerja nak di siapkan awal pagi tadi.Selesai aje kerja,kami pun bertolak ke sana,sesampai kat sana Abang dah habis game yang kedua dan menunggu game yang ketiga untuk layak pusingan seterusnya.


Untuk game yang seterusnya kata Abang Man kita tunggu lah bagi support kat Abang.Sambil tunggu game yang seterusnya kami berbual dan berkenalan dengan ahli pengurusan,coach dan parent kat situ.Seronok pula kita berkongsi rasa dengan parent lain dan juga bahagian pengurusan serta coach One Team FC Encik Kassim.Rupanya penaung One Team FC adalah saudara Malek Noor,ahli bina badan negara yang terkenal tu,tapi kata pihak pengurusan mereka memerlukan sokongan dan kerjasama parent juga.

Kadang bila masa training,anak-anak tak dapat menghadirkan diri jadi susah pihak mereka nak select pemain yang betul-betul berminat.Setakat ini,pihak pengurusan mendapat beberapa tajaan dari pihak yang sudi menaja dan akan mengembangkan lagi langkah One Team FC ke peringkat seterusnya.Setiap perkembangan team dan pemain akan di up date menerusi whatsapp parent player yang akan di tubuhkan nanti

Untuk game pertama Abang hari nie,One Team FC tidak layak untuk peringkat seterusnya,tapi tak apa lah dengan game ini,dapat Abang membiasakan dengan suasana dan keadaan apabila dapat bertanding dalam kejohanan yang lain pulak nanti,mana tau kan..Gagal sekali,tak bermakna gagal selamanya..teruskan perjuangan dan lebih banyak latihan dan usaha..

Kak Sue mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan coach,Encik Kassim yang banyak berusaha,berkorban masa,tenaga dan wang ringgit.InsyaAllah kami akan terus support minat Abang yang satu ini dan berharap Abang dan team berjaya ke peringkat yang seterusnya..aamiin ya rab.Abang,boleh!!!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kisah Abang Dan Bola

11:02:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,apa khabar semua?Kak Sue harap semua sihat-sihat sahaja,maklum lah keadaan cuaca sekarang nie pun tak menentu,awal hari terik tapi sebelah petang dah hujan pulak kan.Anak-anak Kak Sue yang tiga orang tu pun tak berapa sihat,termasuk la Abang Man,memasing batuk dan selsema.Adik pulak tambah lagi,panas dalam sampai mulut pecah nak makan pun susah,kesian pula Ibu tengok..huhuhu..

Hari tu Kak Sue ada kongsi kat sini mengenai Abang anak kedua Kak Sue.Abang memang minat sangat main bola dan sukan lasak nie.Kadang geram juga tiap hari asyik dengan bola sampai tak ulang kaji pelajaran.Selalu balik dah hampir nak zohor,lepak keringkan peluh Abang mandi dan solat zohor lepas tu tidur sampai petang.Nanti petang bangun lagi,main futsal pulak kat area apartment depan rumah Kak Sue nie,balik dah tentu penat memang tak pegang buku la jawabnya,hai la anak,sabar aje la Ibu nie!!

Bila Kak Sue fikir balik,tak apalah dah Abang minat sangat bersukan.Biarlah,kami sokong ajelah janji Abang tak pergi melepak tak tentu arah dan buat perkara tak elok,lagi la buat Kak Sue risau.Sekarang nie macam-macam hal yang tak elok terjadi sekeliling kita,kadang memang cuak betul hati Kak Sue.Setiap hari Kak Sue tekankan pada Abang,Ibu tak kisah Abang minat sukan janji jangan abaikan solat dan pelajaran,itu aje yang Ibu nak

Hari khamis hari tu Abang ada bawa balik borang kebenaran dari coach untuk Abang Man tandatangan.Kebetulan kami sekeluarga nak keluar makan sempena birthday Kak Sue,Abang dah serba salah sebab hari tu hari akhir pemilihan untuk tuornament di Kepong esok.Kesian pula Kak Sue tengok,akhirnya Kak Sue dan Abang Man benarkan lah Abang pergi training dan kami temankan Abang Man hantar barang pada customer.Sebelum kami gerak ke sana,Abang datang peluk dan cium Kak Sue sambil cakap sorry Ibu,Abang tak dapat ikut..sejuk terus hati Ibu nie..alahai la anak..lemah Ibu..ehehe..

Abang nie memang terserlah sifat kasih sayang dan ambil berat pada keluarga,Abang jenis sensitif sikit kalau pasal keluarga.Jangan la ada sesiapa yang berani nak ganggu atau buat hal pada keluarga kami,mengamuk la Abang tu nanti.Lagi satu kalau apa yang dah Abang minat dan suka,Abang akan usahakan sampai berjaya,itu memang Kak Sue puji.Dan akhirnya Alhamdullilah Abang terpilih untuk bermain dalam pasukan Abang One Team FC sebagai defender.Ibu bangga dengan pencapaian Abang dan Ibu harap Abang sentiasa maju dalam pelajaran dan sukan yang Abang ceburi.Jangan tinggal solat dan pandai-pandailah memilih kawan ya nak..Ibu sayang Abang,muahhhh!





2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sambutan Hari Jadi Adik Di Restoran Vivo Pizza

9:57:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum semua.Pada tahun 2006 sehari selepas hari jadi Kak Sue,Allah telah menghadiahkan kan Kak Sue hadiah yang amat istimewa iaitu Mohd Syazwan Faris anak bongsu Kak Sue dengan panggilan manjanya,Adik.Tak ada hadiah yang lebih istimewa selain dari kelahiran Adik.Hari nie dah 9 tahun berlalu,tapi macam masih segar lagi ingatan hari kelahiran Adik tu..istimewa sangat!Sanah Helwah Sayang..!


Hari nie kami sekeluarga keluar ke Eon Anggun,Rawang yang terletak berhampiran dengan rumah Kak Sue dan masih belum ada idea nak makan kat restoran mana bersempena sambutan hari jadi Adik.Kak Sue biarkan Adik buat pilihan nak makan kat mana hari nie dan Adik memilih nak makan-makan di Restoran Vivo Pizza.Ini merupakan kali kedua kami makan kat sini dan merupakan tempat yang selalu Kak Sue singgah bila datang shoping,jenjalan atau makan-makan kat Eon Anngun nie sebab nak tapau Mango Moose Cake kegemaran Kak Sue kat sini.Sedap tau,sekali rasa pasti nak lagi dan lagi dan lagi..ehehe...
Kat sini seperti tempat lain ada pilihan minuman panas,sejuk dan pilihan float,tadi Kak Sue order Mango Delight Cream antara pilihan free minuman apabila kita mendaftar sebagai ahli Club Vivo,boleh tahan dan tak manis sangat,so tak muak la kan..


Makanan pula,Kak Sue dan Abang Man order Oriental Chicken Pizza,cukup untuk makan tiga orang sebenarnya,mediaum size kut..kenyang sangat..


Kakak hari nie order Cheesy Spagetti,peminat cheese la katakan..boleh tahan kata Kakak..ehehe


Abang pulak,order feveret food  Abang la spagetti,dan kali nie Abang order Spagetti Beef Bolognaise

Birthday Boy,Adik pun macam biasa feveret food pun spagetti,Adik order Seafood Spagetti Aglio,sedap tau..!Next time boleh order lagi yang nie..Kak Sue suka sangat!


Chocolate Mousse Cake,free Birthday Cake juga apabila kita mendaftar ahli Club Vivo



Ice cream untuk desert!Free item bila kita belanja lebih dari RM100 dalam satu resit dan free 1 Blueberry Pizza.Kak Sue tapau ja pizza tu dah kenyang sangat.Banyak kan kelebihan mendaftar sebagai ahli Club Vivo nie..

Taraaa..nie kad ahli Club Vivo,senang je kita daftar sendiri kat online dapat kad terus jadi ahli dan dapat menikmati kelebihan menjadi ahli serta merta,menarik kan?Jangan lupa daftar nanti tau...
Terima kasih Kak Sue ucapkan kepada kawan-kawan dan keluarga yang wish birthday Adik hari nie,seronok betul Adik.Kita sebagai ibubapa nie rasa seronok dan puashati la kan dapat mengembirakan hati anak-anak.Siap suruh kami semua nyanyi-nyanyi lagi tadi birthday song,ehehe.Ibu doakan semoga Adik terus menjadi anak yang sangat menyenangkan pada seluruh ahli keluarga,menjadi anak yang soleh,di berikan kesihatan yang baik,murah rezeki dan cemerlang dunia dan akhirat,love you till Jannah sayang,muahh!


6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sambutan Hari Jadi Di Restoran Jiran

12:22:00 AM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum semua,Alhamdullilah syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada Kak Sue masih bernafas dan berada di sini.Semoga Kak Sue di beri kesihatan yang baik dan umur yang bermafaat bagi menghabiskan masa Kak Sue sehingga sampai masanya nanti.Terima kasih kepada suami dan anak-anak Kak Sue yang tersayang yang sentiasa menceria dan membahagikan hidup Kak Sue.Terima kasih juga kepada mak dan Abah yang melahirkan Kak Sue,memberi kasih dan sayang kepada Kak Sue,jasa mak dan Abah tak terbalas sampai bila-bila pun..


Petang tadi Abang Man sempat bawa kami sekeluarga keluar makan di Restoran Jiran di area Wangsamaju.Kebetulan Abang Man ada urusan di sana,jadi kami pun singgah makan di kawasan berdekatan aje lah.Ini kali kedua kami ke sini,sebelum nie kakak ipar yang perkenalkan tempat nie pada Kak Sue.Boleh la tahan,menu kat sini dan harga pun berpatutan.Suasana sana kedai pun agak luas,boleh pilih nak duduk kat luar atau dalam restoran

Pelbagai pilihan menu boleh kita pilih di sini,juga untuk tempahan catering


Kami order minuman kegemaran kami,limau ais,ice lemon tea dan teh panas..mana-mana pergi pun balik-balik itu je yang di order..ehehe..


Abang Man order Sirlion Steak


Kak Sue pula order Grilled Salmon dengan sos Hollandaise


 Kakak order makanan kegemaran dia salad,Grill Carpaccio


Untuk anak bongsu Kak Sue pula Spagetti Bolognise

Untuk Abang pula,kami tapau Chicken Chop aje,Abang tak ikut sebab ada training bola,sedih Ibu!tapi Ibu jadi sejuk hati bila Abang datang peluk dan cium Ibu,tanda sorry tak dapat join sebab ada pemilihan hari nie untuk game ahad nie,tak apalah nak Ibu doakan Abang terpilih ye.Okay lah,keselurahannya menu kat situ,boleh tahan lah.Cuma kali nie Kak Sue pergi makanan kurang sikit lah dari yang pertama kali.Walau bagaimanapun tak ada lah mengecewakan sangat..dan pada tahun nie tak birthday kek pun sebab kadang tak habis makan,Kak Sue nak buat sendiri dah tak lalu nak makan air tangan sendiri..ehehe..

Terima kasih juga kepada keluarga Kak Sue dan kawan-kawan yang tak henti-henti memberi ucapan harijadi untuk Kak Sue hari nie,meriah sungguh wall facebook dan whatsApp Kak Sue hari nie.Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,kesihatan yang baik,umur yang bermafaat,rezeki yang berkat,anak-anak yang soleh dan solehah dan berbahagia hingga ke Jannah.Terima kasih semua..

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Bubur Asyura

10:05:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi resepi Bubur Asyura yang di kongsi oleh makcik Kak Sue hari tu,resepi turun temurun gitu.Bubur Asura nie antara makanan kegemaran Kak Sue.Tetiba teringin pula nak makan,jadi hari nie Kak Sue buat la sikit bergotong royong Kak Sue sekeluarga pagi tadi
Sebenarnya resepi bubur Asyura nie ringkas dan mudah ja,cuma nak mengacau sampai dua jam tu yang orang tak tahan tu,mau tergeliat belakang kalau sensorang..hehehe,tapi kalau bergotong royong seronok tau.Dulu kat kampung Kak Sue kalau nak masak bubur asyura nie,pakat la ramai-ramai dengan jiran gotong royong buat sama-sama.Sekarang tak tau la masih macam tu,atau dah memasing buat kat rumah dengan anak-anak ja kan.Okay lah jom la kita tengok resepi nya

Bubur Asyura
Resepi Asal: Opah Kak Sue
Bahan2:
1 peket tepung beras
2 pot beras(di rendam malam dan di kisar esok nya)
5 batang serai *
1 inci halia *
2 inci lengkuas *
5 helai daun pandan *
1 kg gula putih
1 tin jagung
1 biji kelapa (di ambil santannya)
2 jug air kosong
sedikit kacang hijau (di rebus separuh masak)
sedikit kacang tanah (di goreng tanpa minyak)
sedikit garam

Cara2nya:
Ayak tepung beras,ketepikan
Blender semua bahan bertanda *  dengan 1 cawan air,sehingga halus dan tapiskan
Bancuh tepung dengan bahan yang di tapis tadi bersama 1 jug air
Kemudian masukkan ke dalam kuali dan masak dengan api sederehana
Bancuhan tepung hendaklah di kacau sentiasa,bila nampak pekat dan nak berketul masukkan lagi air 1 jug lagi
Kacau lagi sehingga 1 jam,kemudian masukkan santan,kacang hijau,kacang tanah dan jagung tadi
Bila bancuhan agak pekat dan berkilat,tandanya dah nak masak bolehlah pindahkan ke bekas yang lain.Biarkan sejuk barulah potong dan sedia untuk di hidangkan
Mudah ja kan,tapi pastikan adunan di masak sehingga dua jam,baru la tepung dan bahan lain betul-betul masak.Selamat mencuba ya..papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Terpilih Best Photo Share Mobile PhotoGraphy

9:13:00 PM Kak Sue 12 Comments

Assalamualaikum,Alhamdullilah hari nie gambar Kak Sue terpilih best photo share di group mobile photography yang Kak Sue join belum sampai sebulan pun,iaitu group Sempoi Photography.Terima kasih kepada admin yang memilih gambar Kak Sue sebagai best photo share untuk kali ini.Tambah semangat la Kak Sue lepas nie dok snap gambar sana sini ye..orang tengok pun pelik,apa hal dia nie semacam je tengoknya gigih ambik gambar hari-hari..hihihi..
Sebenarnya kan,setiap apa yang kita buat kena ada minat yang mendalam,baru la kita rasa enjoy dan seronok nak buat sesuatu perkara tu kan.Kak Sue memang minat dan suka ambik gambar,cuma tak tau cara yang betul nak ambik gambar bagi setiap ketogari gambar yang Kak Sue nak ambik tu.Begitu juga bila nak edit gambar agar nampak tak keterlaluan,kena tau caranya,dan Kak Sue masih banyak kena belajar lagi
Terima kasih kepada Sufia Tadza dan Suehana Lee yang banyak membantu minat Kak Sue yang satu nie.Kadang untuk mendapatkan gambar yang cantik tu,ialah masa mula-mula kita ambik gambar tu,edit gambar hanya untuk memeriahkan lagi gambar yang kita ambik tu aje,ulang tayang ayat Suehana jap..ehehe.Selepas nie Kak Sue nak cuba ambik gambar yang lebih mencabar lagi,sebab kebanyakkan gambar sekarang nie banyak gambar bunga aje kan..ehehe..Jumpa lagi dengan gambar-gambar Kak Sue yang lebih mencabar lepas ini ye..ecewah,..hahaha,jangan jemu singgah tengok gambar tau,papai!

12 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Musim Nenas Madu

8:23:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie tengah musim nenas madu.Sana sini orang dok bercakap dan berkongsi cerita pasal nenas madu.Kak Sue pun tak ketinggalan nak merasa nenas madu nie.Sebenarnya Kak Sue bukah lah pengemar buah nenas,tapi saje la nak merasa,kebetulan anak teruna Kak Sue yang dua orang tu memang suka buah nenas

Kebetulan semalam Kak Sue dan keluarga keluar ke Car Boot Sale di tempat tinggal Kak Sue di Bandar Tasik Puteri nie,sambil jalan-jalan lepas Kak Sue dan keluarga bersarapan di gerai area situ ternampak ada peniaga yang menjual buah nenas madu yang tengah hot sekarang nie.Kak Sue pun belikan untuk anak-anak,sebungkus ada lima biji dengan harga RM12.Boleh la kan,janji dapat merasa..

Katanya buah nenas madu nie susah juga nak dapat stok.Saiz buahnya pula kecik dan comel je,rasanya pula manis dan agak berair lebih sedap di makan sejuk.Tengok anak-anak makan tadi puashati,kalau ada lagi peniaga yang sama jual minggu depan boleh la belikan lagi.Korang dah rasa belum buah nenas madu nie,kalau belum boleh la cepat beli sebelum habis musim,kang ngeces pulak bak kata orang jawa..ehehe..jumpa lagi,papai!!

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Tteokbokki Versi Melayu

9:36:00 PM Kak Sue 8 Comments

Assalamualaikum semua.Hari nie Kak Sue mencuba resepi special sikit Tteokbokki salah satu snak makanan korea.Sebenarnya anak dara Kak Sue yang beria-ia sangat nak makan kuih beras nie.Asyik dok melayan drama korea,tengok menu mereka semua macam sedap-sedap aje dah teringin la pulak katanya.Kebetulan ada kawan blogger travel ke Korea hari tu Anil Wanina,Kak Sue pun kirim melalui beliau bahan utama menu nie iaitu kuih beras,TQ Anil sudi belikan tau. Resepi yang Kak Sue google kat internet tapi ada bahan Kak Sue tambah sikit ikut selera Kak Sue dan keluarga yang suka makanan pedas,jadi resepi Tteokbokki Versi Melayu.Jom la kita tengok resepi dari Kak Sue Tteokbokki vesri Melayu Kak Sue nie jom..

Resepi Tteokbokki versi melayu
Tteokbokki Versi Melayu

Tteokbokki Versi Melayu

Bahan - bahan :
500 gram daging
1 peket kuih beras
1 peket fish ball sayur
2 keping fish cake
8 biji cili padi (di hiris halus)
1 biji bawang besar (di hiris halus)
3 biji bawang putih (di hiris halus)
1 inci halia (di hiris halus)
2 sudu serbuk cili
2 mug air
1 kiub stok ayam
sedikit serbuk lada hitam
serbuk lada putih
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit sayur brokoli
sedikit sayur kubis
sedikit kucai
sedikit daun sup dan bawang
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Resepi Tteokbokki versi melayu
Bahan-bahan Tteokbokki Versi Melayu

Cara - cara :
Memula potong daging ikut kesukaan korang,cuci bersih dan toskan
Kemudian gaulkan daging bersama garam,serbuk lada hitam dan lada putih
Goreng daging tadi dengan api sederhana sehingga garing dengan sedikit minyak,ketepikan
Kemudian tumiskan bahan yang di hiris halus tadi sehingga naik bau
Masukkan air,kemudiam masukkan serbuk cili tadi,biarkan cili masak sekejap
Kemudian masukkan sos cili dan tomato,kiub ayam dan garam
Masukkan fish ball,fish cake dan sayur sayuran serta kuih beras,kacau sebati
Akhir sekali masukkan daging yang dah di goreng tadi dan taburkan daun kucai serta daun sup dan bawang tadi,dah siap dah.
Mudah je kan,selamat mencuba ye,papai!




8 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.